01 June 2011

[cerita kontot] bergegas

setiap pagi warga kota sibuk menyiapkan diri untuk bekerja. tidak terlepas affifudin dan zakaria  yang sudah lebih 13 tahun di kota metropolitan ini. bekerja di sebuah syarikat yang perkhidmatan, mereka perlu pergi dari sebuah kilang ke sebuah kilang untuk bekerja memberi khidmat. syarikat tempat mereka bekerja menawarkan perkhidmatan kejuruteraan elektrik dan mekanikal.

seperti biasa pagi itu zakaria memulakan langkah dengan membuka van bagi memanaskan enjin. affifudin terkocoh kocoh membawa toolbox dan segala barangan keperluan bagi mereka bekerja pada hari tersebut. barang barang yang tidak diperlukan juga dimasukkan kedalam van. zakari memandang affifudin dengan seribu satu persoalan di benak fikiran. buang tebiat ke apa kawan aku seorang ni? bentak beliau di dalam hati.

affifudin yang sedari tadi terkocoh kocoh memerintahkan zakaria agar segera bersiap masuk ke dalam van dan memulakan perjalanan keluar daripada pejabat. zakaria yang masih mencari cari mood bermalas malasan  membontoti affifudin yang tergesa gesa itu.

sebagai pemandu utama van besar milik pejabat, zakaria tidak akan menekan pedal minyak selagi enjin tidak pada tahap kepanasan yang sepatutnya. tertib ini telah beliau praktikkan sejak mendapat van besar yang baru ini 3 bulan yang lalu. van baru jadi buat buat jaga la. affifudin juga selalu mengingatkan zakaria tentang peri pentingnya menjaga van besar yang baru di beli oleh majikan mereka.

namun tidak pada pagi ini. affifudin dengan muka merah padam segera mengarahkan agar zakaria cepat cepat memulakan perjalanan. seingat beliau kerja yang perlu di buat pada hari ini bukanlah suatu kerja penting yang memerlukan perhatian dan perlu dihadiri awal pagi. malah ia kerja biasa jika buat atau tidak, tiada masalah bagi sesiapa pun. seperti mengejar sesuatu affifudin mahu segera meninggalkan pejabat. muka beliau yang berpeluh peluh sedari tadi membuat hati zakaria serba salah. dengan berat hati zakaria terpaksa juga memulakan perjalanan keluar daripada ruang letak kereta pejabat.

sampai di hujung simpang pejabat kelihatan kenderaan sudah mulai berbaris. "jem lah tu" kata zakaria seperti ingin memulakan bicara. tidak bagi affifudin. beliau dengan nada keras memarahi segala kenderaan yang sedang berbaris itu. " time ni la nak jem. diorang ni tak tau cuti sekolah ke? cukup cukup lah jem masa budak sekolah".

agak terkejut zakaria kerana teman sekerja beliau ini tidak pernah pula memarahi jem. jika ada kereta terbalik sekalipun beliau hanya memandang sinis. tidak pada pagi ini. semuanya berubah. zakaria seperti sudah tidak mengenali rakan sekerjanya itu.

melepasi simpang di hadapan pejabat mereka sampai pula ke sebuah lampu isyarat. "takde pulak polis jaga pagi ni. selalu bukan main sibuk bagi orang jalan. hari ni pegi mane pulak polis ni. pegi cari makan ke?". bentak affifudin. zakaria pula semakin kaget dengan perlakuan rakan sekerjanya itu. namun masih tidak mahu bersuara. beliau hanya memandu seperti biasa sambil tangan mencari cari stesyen radio yang sesuai dengan sistem pendengaran beliau.

melepasi lampu isyarat jalan tetap jem. "ko masuk sini. masuk sini cepat" sergah affifudin. "mana ada short cut pun kalau lalu sini" jawab zakaria pantas. "ko masuk je lah. banyak cakap pula" sambung affifudin. kerna tidak mahu sebarang perbalahan zakaria hanya mengikut sahaja kata affifudin.

"sini sini. kanan. ok masuk kiri. cari parking. haa...tu kosong". arah affifudin lagaknya co-driver rally.

selesai affifudin turun daripada van seraya itu zakaria menyumpah seranah beliau berbaku; bakul. "celaka. cakaplah nak berak. buat aku risau je. ingat dah tanda tanda perubahan nak mampus"

No comments: