aku tak berapa rapat dengan ayah. namun aku selalu buat kerja dengan ayah. tolong ayah memang antara benda yang aku malas nak buat. hehe. sebab aku tak suka. aku lebih suka buat kerja sendirian kerna aku tidak mahu ayah buat kerja sebenarnya.
sedari aku lahir ke alam ini ayah sudah memburuh. bekerja siang malam untuk menghidupkan anak anak. mencari sesuap nasi buat keluarga. walau ayah telah bersara beberapa tahun lepas namun beliau masih bekerja. aku rasa seperti tidak berguna sebenarnya. patut aku sudah mampu menyara ayah tika ini. sedang aku lebih membebankan usia tuanya.
ayah sering mengingatkan anak anaknya untuk bersolat. walau apa kau lakukan jangan tinggal solat kerna ia tiang agama. ayah marah kalau anaknya tidak solat. walau kami semua sudah 'dewasa' sebenarnya. aku masih ingat dipukul ayah kerna tidak solat. aku tahu ayah mahu mengajar.
masa dibangku sekolah rendah ayah menghantar ku ke sekolah. pernah sekali kami eksiden. terlanggar kereta. ayah sering leka dalam membuat sesuatu perkara. itu adalah kejadian eksiden pertama ku dalam usia baru 7 tahun mungkin.
kalau hari raya ayah tak pernah terlepas untuk bakar lemang. ayah sangat terel bakar lemang. semua orang puji kerna lemang yang ayah buat lembut tapi garing. juga setiap kali itulah aku yang membantu ayah.
aku ada ayah sorang je. aku sayang ayah aku. selamat hari ayah...
No comments:
Post a Comment