sebagai seorang manusia kalau kita keluar rumah pastinya mengenakan pakaian. baju dan seluar adalah yang paling basic. kalau pakai spender dan bra itu optional. hahaha
setelah bertarung dengan hujan pada pagi minggu yang lalu aku tetap ke kolej. kali ini aku terpaksa menumpang taca. terima kasih taca.
pertarungan dengan hujan menyebabkan 2 helai jeans yang biasa aku pakai telah basah. yang tinggal di rumah keramat cuma 2 helai seluar slack. 1 yang digunakan untuk solat dan 1 untuk exam. ada juga lagi sehelai seluar jeans baru yang belum pernah aku gunakan kerna belum outer bahagian kaki. biasalah beli jeans mesti panjang dan kene outer kaki sebab panjang sangat. maka perlulah aku mengenakan jeans tersebut dengan melipat bahagian kaki yang panjang itu.
usai bersiap dan taca pun sudah sampai di bawah aku pun turun. taca tersenyum melihat aku. seakan akan ingin gelak pun ada. sampai di dalam kelas ramai rakan sedarjah sudah tiba. mereka juga tersenyum seakan mahu gelak. ada yang memuji ada yang mengeji. tidak mengapa itu semua hak individu.
* salah ke aku pakai seluar jeans hijau, baju biru, sweater ungu dengan inner oren, seliper merah dengan spek hitam hujan?
No comments:
Post a Comment