BERSIH 2.0 telah menuntut reformasi pilihan raya selama ini namun tuntutan kami langsung tidak diberikan perhatian.
Masa telah tiba untuk pihak-pihak yang diamanatkan untuk menguruskan negara untuk “mengambil kira pendapat-pendapat rakyat jelata”. Di seluruh dunia, suatu gegaran untuk mengukuhkan demokrasi di kalangan masyarakat sedang berlaku dan kami ingin menjemput pihak berkuasa untuk menghormati suara-suara tersebut.
Oleh itu, kami telah membuat keputusan untuk menganjurkan Perhimpunan BERSIH 2.0.
Tuntutan perhimpunan tersebut adalah:
-Bersihkan senarai undi
-Mereformasikan undi pos
-Gunakan dakwat kekal
-Akses media bebas & adil
-Masa berkempen minima 21 hari
-Kukuhkan institusi awam
-Hentikan rasuah
-Hentikan politik kotor
tarikh : 9 julai 2011(sabtu)
tempat : sogo, ibu pejabat pas kuala lumpur, masjid kg baru
-Bersihkan senarai undi
-Mereformasikan undi pos
-Gunakan dakwat kekal
-Akses media bebas & adil
-Masa berkempen minima 21 hari
-Kukuhkan institusi awam
-Hentikan rasuah
-Hentikan politik kotor
tarikh : 9 julai 2011(sabtu)
tempat : sogo, ibu pejabat pas kuala lumpur, masjid kg baru
dalam media arus perdana yang dikuasai oleh juak gerombolan sering kita dapati bahawa perhimpunan bersih adalah 1 agenda pembangkang yang amat merugikan rakyat jelata terutamanya para peniaga di kuala lumpur. namun mereka langsung tidak menyiarkan akan kehendak keperluan pihak yang menganjurkan perhimpunan tersebut.
segala tuntutan yang dibuat oleh pihak penganjur bukanlah sesuatu yang sukar dilaksanakan kerna ia berbentuk realistik. sebagai pihak yang turun mengundi pihak penganjur cuba menunjukkan kehendak dan hak sebagai pengundi. namun pihak berkuasa/ kerajaan tidak mengendahkan semua ini mungkin kerna ia suatu yang boleh menjatuhkan mereka atau dalam erti kata lain penipuan tidak dapat dibuat dalam pilihanraya.
jika pihak berkuasa telus dalam setiap perkara yang di tuntut pada perhimpunan bersih 1 pada tahun 2007 dahulu maka bersih 2.0 ini pastinya tidak akan dianjurkan.
untuk menyedapkan berita mereka telah menuduh abang mat kita yang baru memenangi jawatan ke-2 dalam parti pas sebagai ingin menunjukkan kuasa. sedangkan abang mat telah mengetuai segala perhimpunan sekian lama biar pun sebelum memenangi jawatan tersebut.
juga dikatakan berlaku kekacauan di ibukota kerna perhimpunan ini. ingin dinyatakan disini bahawa para peserta yang mengikuti perhimpunan tidak menimbulkan sebarang kekacauan selagi polis tidak membuat apa apa terhadap mereka. segala kekacauan biasanya dimulakan oleh pihak polis.
pada 9 julai ini aku akan menyertai perhimpunan bersih 2.0. melainkan terdapat sebarang kecemasan yang memerlukan aku tidak menghadirinya. bagai kata isham rais "9 julai hari untuk anak muda" . kawan kawan yang membaca/terbaca tulisan ini diharap bersama kita menjayakan perhimpunan ini.
masa depan adalah untuk anak muda. mari kita tentukan masa depan kita. jangan biar golongan tua terus menindas kita. bangkitlah anak muda.
No comments:
Post a Comment