17 November 2012

[jiwa jiwa luka] kita

awak
biar saya menjadi penanggung dosa awak asal saja awak sudi berkongsi istana di syurga bersama saya

awak
bukan menjadi halal buat saya yang dikejar selama ini tetapi menjadi peneman duka dan air mata yang dicari

awak
mengapa perlu ada saya dan awak sedang bisa berkongsi kita

27 October 2012

[kerja] raya

tahun ni aku start kerja semula. setelah 2 tahun hidup kais mengais. mula dengan kerja sebagai technician di puchong dan sekarang sebagai safety officer di kota dosa.

walau tajuk jawatan aku officer namun raya tahun ni (raya puasa & raya haji) aku perlu bekerja. nasib budak baru masuk, aku perlu mengisi kekosongan ketika para senior cuti pulang ke kampung halaman mereka.

yang pasti perbezaan yang paling ketara semasa kerja dengan cuti di rumah ialah sepinggan nasi. aku lapar nasi kerja sebab semua kedai makan tutup. termasuk kedai mamak.

pengalaman raya puasa membuat aku akan memanjat klcc untuk mencari nasi buat juadah makan malam.

17 October 2012

[jiwa jiwa luka] kekasih hati

satu perkataan. cuma satu.
itu sudah cukup buat aku tersenyum.
hilang segala rindu.
cinta kembali berputik.
kasih menguntum semula.
sayang berkembang wangi.

pabila suara terdengar.
seluruh dunia tidak beerti.
seisi alam cuma khayalan.
syuga dunia terhamparan.


**
12:00pm
17 oct 2012
bus port-kl

28 September 2012

[makan] masak

**idea datang sedang aku makan malam kat tempat kerja

setiap kali makan di kedai makan / warong / restoran / bistro / cafe / kantin / pasar malam, aku secara automatik akan mengkritik masakan makanan yang akan aku jamah tersebut. walau sudah berkali menjejak kaki ke tempat yang sama, memesan juadah yang sama, aku tetap akan mengkritik masakan tukang masak yang memasak makanan yang aku pesan yang dihidangkan di hadapan aku itu.

ia menjadirancak bila mana aku makan bersama teman teman wanita ku yang lain. lebih lebih lagi jika ianya pertama kali kami menjejakkan kaki ke tempat tersebut. suapan pertama bisa menjadi perbualan hangat atau menjadi suapan terakhir yang hambar

tatkala meningkat dewasa ini dengan sedikit rasa ego dan bilamana aku punya sedikit kuasa untuk memilih, aku terkadang punya rasa tidak puas hati terhadap segelintir tukang masak yang menyediakan makanan tersebut. bagaimana jika aku katakan situasi dimana kita ke sebuah restoran untuk kesekian kalinya tetapi hasil yang berbeza? makan  makanan yang sama. dimasak oleh orang yang sama namun rasa berubah ubah. tidakkah kita akan bereasa tidak puas hati jika makanan yang kta makan tersebut pernah kita rasa dengan sedapnya namun ia menjadi hambar buat kali kedua kita memesan dan ia seperti akan keluar kata nista ketika makan buat kali seterusnya?

perasaan marah juga timbul dalam hati bilamana makanan yang dihdang tidak menepati citarasa. sudahlah begitu dengan rasayang tidak senonoh. kemana arah garamnya, gulanya, kemana rasa pedasnya, masamnya. tidakkah tukangmasak tersebut punya lidah untuk merasa, hidung untuk menghidu? juga tidakkah mereka punya perasaan seperti para pengunjung yang punya keinginan untuk menikmati makanan yang bisa memuaskan nafsu makan mereka?

jika aku di rumah aku seringkali membantu mak dalam urusan penyediaan makanan terutama jika ada tetamu yang datang ke rumah. bukanlah aku pandai memasak tetapi aku tahu selok belok dalan penyediaan sesebuah hidangan itu. tidak aku pernah mengikuti kelas latihan / kursus penyediaan makanan untuk meningkatkan mutu masakan. cuma internet, buku masakan dan sedikit rasa ingin mencuba yang menjadi pencetus kepada hasil sesuatu masakan. juga tunjuk ajar daripada mak dan arwah wan yang banyak membantu aku.

seorang makcik aku sangat tegas dalam setiap juadah yang beliau sediakan.. ternyata ia sesuatu yang hebat dalam bidang beliau. tegas beliau bilamana tidak suka orang menambah apa dalam makanan yang beliau sediakan. kadang beliau marah jika orang menambah sos / kicap dalam juadah beliau. cara beliau ini menjadi pedoman kepada aku bilamana jika seseorang itu meminta sos / kicap untuk ditambah dalam makanan yang aku sediakan mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan masakan aku itu.

aku akui secara peribadi walau tak sedap macam mana pun makanan tersebut aku akan sedaya upaya untuk menghabiskannya. bukanlah aku tekak buaya tetapi aku telah diajar sedari kecil oleh ayah supaya setiap makanan mestilah dihabiskan. ayah tegas dalam soal ini. rezeki yang diberi tuhan perlu kita manfaatkan.

bila aku sambung belajar dulu (diploma) ramai saudara mara yang agak terkejut dengan kursus yang aku ambil. engineering dan culinary amatlah berbeza.sangka mereka minat memasak aku itu hendak dijadi sebagai kerjaya ternyata meleset. namun jika mereka datang ke rumah tatkala aku ada sudah pasti aku tidak mengecewakan mereka dengan juadah yang disediakan. memasak cumalah hobi aku kerna aku juga suka makan dan aku tak suka menyusahkan mak untuk memasak makanan yang beliau tak reti nak buat hanya untuk anaknya yang gemuk ini...

masa bukan waktu

masa itu berubah
kadang cepat kadang pantas
kadang lambat kadang lewat

waktu tidak menipu
bergerak tanpa hirau
engkau siapa

05 September 2012

makan malam

makan malam ni.paling power bila kau lepak kedai yang makanannya sedap pemandangan pun sedap bunyi bunyian yang sedap tempat duduk yang sedap dan yang paling penting pelayannya juga sedap.

31 August 2012

makan

nasib baik tuhan cuma beri kita raya cuma sebulan. orang melayu ni kan kononnya amatlah kuat agama dan sentiasa patuh pada perintah. sebulan raya diberi sebulan mereka merayakan. ramadhan yang patut dipenuhi dengan aktiviti keagamaan cuma dihiasi ketika awal datangnya.

tidak lengkap raya jika tidak bercerita tentang makan. sedari celik mata sehingga tidur kita dihidangkan dengan makanan. jamuan di sana sini. rumah terbuka bersepah sepah. jemputan perlu di penuhi untuk mengembirakan tuan rumah. jika sudah hadir wajiblah untuk kita menikmati juadah takut disalah erti pula.

tapi bila mana kita memenuhi kesemua jemputan ternyata perkara yang tidak sepatutnya terjadi. kita akan terlebih makan. plan diet selama sebulan kita menjadi sia sia dalam masa kurang 1 minggu. berat badan yang telah menurun sehingga 4kg naik semula secara mendadak. tali pinggang yang sudah di lubang paling akhir berganjak sebanyak 2 lubang.

benarlah raya itu sebulan. nampaknya diet plan perlu ditangguhkan selama sebulan jugalah.


04 August 2012

Menulis kembali

Setelah lama tidak membuka blog ni rasa kekok untuk menulis pula. Sekian lama tidak membuka kerna bil Unifi tergantung. Di hospital pula kebanyakan laman web di block oleh pihak pengurusan. Itu yang langsung tiada apa yang dapat di update dalam blog ni. Namun kini setelah bil Unifi di bayar bulan lepas kini aku boleh mula menulis kembali.

Banyak topik aku nak buka di sini tapi oleh kerna tiada satu pun aku tulis sebagai nota simpanan ia semua hanya tinggal kenangan. Benarlah satu kata yang pernah aku terbaca. " Idea yang hadir jika tidak di tulis maka ia akan menjadi sia sia".

Harap selepas ini aku memberi lebih perhatian terhadap idea yang mungkin terbit dalam kepala untuk di coret.

**Dr bila jumpa je selalu beri semangat untuk aku menulis tapi aku tak tau nak mula dekat mana. Harap di beri tunjuk ajar.

26 April 2012

BACA INI DULU SEBELUM KE DATARAN MERDEKA



Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012, 2 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

BERSIH 3.0 DUDUK BANTAH 
Tuntutan Bersih 2.0 :
1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

YANG BOLEH DI BAWA:
1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning.Sebaiknya ada logo Bersih 3.0
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya/Tunaikan 8 Tuntutan SAHAJA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 3.0.

JANGAN BAWA
1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
4. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
5. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya.
6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
7. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 tidak dibenarkan.
8. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
9. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
10. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
11. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
12. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
13. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah. 

LAKU KAN INI SEBELUM DATANG
1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
4. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
5. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
6. Jangan lupa *charge*bateri handphone dan kamera.
7. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan –Dataran Merdeka.
8. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
9. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
10. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Dataran Merdeka 
11. Jangan memakai baju Bersih 3.0 sebelum perhimpunan bermula. 


LAKUKAN INI SEMASA BERARAK

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan di Dataran Merdeka dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik
2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*
3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.
4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
12. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
13. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
15. Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email / talipon: Setiausaha Bersih 3.0.
16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada. 


SESUDAH BERHIMPUN

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan kepada Setiausaha Bersih 3.0.
3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. 
Dapatkan maklumat dari Setiausaha Bersih 3.0.
4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 3.0.

JANGAN TERPEANGKAP DENGAN PROVOKASI
1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu. 

BILA POLIS MENYERANG
1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
3. Duduk jika pimpinan arahkan.
4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.
5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6. Ambil gambar mereka jika sempat.
7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

APABILA DISOAL OLEH POLIS
1. PengenaIan Anda
2. Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan danalamat sahaja.
3. Seandainya ditanya soalan-soaian lain: Anda boleh bertanya, "Adakah saya ditahan? "

BILAKAH ANDA DITAHAN
4. Anda ditahan apabila anggota polis itu
• menjawab "ya" pada soalan di atas
• beliau tidak membenarkan andameninggalkantempat tersebut atau ingin membawa andake balai polisapabila anda digari

5. Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas daritempat tersebut atau enggan mematuhi arahanbeliau untuk ke balai polis atau tempat lain jikadiarahkan.

BILAKAH ANDA TIDAK BOLEH DITAHAN
6. Polis tidak boleh menahan anda semata-mata keranaanda berkemungkinan menjadi seorang saksi danpolis ingin mengambil kenyataan saksi daripadaanda (Kenyataan saksi/112).

BILA BEBAS
1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan. 

PERHATIAN
1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini 

Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan. 

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita. 

Ingat, Perhimpunan Bersih berjaya pada10 November 2007 dan 9 Julai 2011kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi. 

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

27 March 2012

[serangkap] 3

waktu malam dingin menyusur
cuaca tenang kalutnya malam
mata pedih keringat memupur
perut berlagu tiada menghadam

25 March 2012

[serangkap] 2

ibu ayam berkokok bertelur
mentari pagi menyinar menyerlah
waktu manusia masih berdengkur
aku menapak menuju sekolah

[serangkap] 1

pisang emas dibawa belayar
masak sebiji diatas peti
hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati

24 March 2012

[belog] tiru

aku terbaca disebuah blog yang agak aku minati(suka sangat sebenarnya). dimana pengarangnya menggunakan 10 patah perkataan untuk meluahkan isi hati, perkara terjadi di sekeliling dan sebagainya. 10 perkataan sahaja.

mengambil inspirasi dari hasil tulis beliau aku akan memulakan 'serangkap'. ia boleh jadi pantun atau puisi. yang pasti aku akan hanya menulis satu rangkap sahaja. ok bm korang dapat 6 ye. satu rangkap atau dalam bahasa mudahnya 4 baris. aku tulis dalam 4 baris sahaja.

dengan 4 baris sahaja aku harap aku dapat meng'update'kan blog ini dengan lebih kerap.haha

aku mulakan dengan pantun paling terkenal dalam alam bani melayu...

[kerja] tukar lagi???

setelah 3 bulan berkelana di sebuah syarikat di puchong akhirnya aku akan berpindah ke sebuah syarikat lain di kota dosa.

memang sudah jadi satu impian aku sedari awal lagi untuk bekerja di sana. sebelum ianya terbina aku sudah memasang cita cita untuk menjadi salah seorang anggota di dalam institusi tersebut. aku selalu menyebutnya sedari aku mulai habis sekolah lagi.

walaupun aku agak tersimpang dari apa yang aku minati namun mengejar cita cita itu aku utamakan. segala unsur unsur yang aku minati akan aku terapkan dalam kerja seharian aku disana kelak.

kerja baru dimana??tunggu offer letter baru aku cakap...

20 February 2012

[kerja] lunch

aku hari ni kerja dekat viva home decor jalan cheras sana tu. so secara automatiknya aku makan dekat dekat area yang tersebutlah kan.

environment kedai tersebut seperti kedai kedai makan yang lain. ada tivi tak bukak. cuma ada suara radio saja. lauk yang tak berapa menarik tapi ramai orang. tipikal malay restoren in kay ell.

so nak dijadikan certa siaran radio yang terdenga itu. dari cakap cakap penyampai dia berkata sedang dalam segment rock. aku terdengar begitu terasa bersemangat untuk makan.

kemudiannya keluar lagu yang agak rancak. aku berkata dalam hati "boleh tahan gak ni". lantas aku mengambil lauk yang agak taf seperti ikan keli dan sayur sawi. aku juga meng'order' air limau ais. pergh makanan orang orang taf.

duduk untuk makan lagu tadi masih tidak habis. lauk kat kedai tu pun boleh pergi gak sedapnye. tiba tiba...

lagu ni keluar



aku punya momentom makan menjadi sedikit slow. bukan sebab ada kene mengena dengan aku tapi sebab aku punya feeling lagu mula mula tadi kene potong. ciss..

lepas je lagu kat atas tu habis dia sambung dengan lagu ni pulak.


ok. this is way too much. tadi dia kata segment rock. ni lagu ape ko pasang ni. bukan saja aku jadi tak lalu makan malah terasa nak muntah pula. celaka betul.

aku bukan apa. aku kesian kat ikan keli yang melingkar di dalam pinggan tersebut. aku terpaksa tinggalkan ia. for the record rasanya aku tak pernah tinggalkan makanan tanpa menghabiskannya.

perkara begini perlu diambil serius oleh pihak pihak berwajib. jakim, lhdn dan imigresen serta sprm perlu menguatkan lagi penguatkuasaan mereka. bagaimana lagu macam ni boleh di kategorikan sebagai rock? kalao dio, rudi van halen atau steve haris dengar?? mau terhiris hati mereka.

diharap mereka konsern benda benda macam ni. keh keh keh

08 February 2012

[belog] update

lama sudah tidak meng'update'kan blog ni.
bersawang sudah.
ada cerita yang aku nak kongsi bersama.