pagi itu pagi yang cerah. segalanya berjalan seperti biasa. tiada yang ganjil seperti lembu menumpang bas atau itik memandu kereta.cuma aku perlu ke rumah abang untuk mengambil kereta untuk keperluan kerja. aku ke rumah abang menunggang belalang tempur biru.
sampai di rumah abang aku meletakkan belalang di tempat letak motorsikal dan terus naik ke tingkat tiga untuk mengambil kunci kereta yang ada bersama akak ipar ku. rumah beliau di tingkat tiga.
usai mendapatkan kunci kereta aku terus ke arah kereta yang terletak di kawasan letak kereta pula. kalau diletakkan kereta di kawasan letak motorsikal pasti dibakar hidup hidup oleh jkkk kawasan tersebut. aku terus menghidupkan enjin supaya ia panas sedikit agar mudah aku memulakan perjalanan.
setelah agak panas - enjin dan aku - terus sahaja memulakan perjalanan. sampai di satu simpang kelihatan ramai orang berhenti. untuk membeli sarapan di bawah payung. ada antara mereka yang menoleh ke arah aku lalu tersenyum. aku membalas senyuman mereka lantas mereka ketawa. tidak sopan sungguh penduduk di sini.
aku meneruskan perjalanan sehingga sampai di sebuah traffic light. lampu ketika itu bernyala merah. merah tanda berhenti bukan berani kalau berani jalanlah masa merah tu. di sebelah aku kereta yang agak besar pada fizikalnya. kelihatan ramai juga kanak kanak di dalam kereta besar ini. mereka ada yang memandang aku. aku senyum pada mereka. mereka ketawa. budak budak sekarang tak pandai hormat orang nak pergi kerja gamaknya. mak bapak dia orang tak pergi kerja ke?
dengan hati yang terguris aku berlalu meninggalkan mereka. sampai di tol aku memilih lorong yang paling ideal. lorong ideal ialah lorong yang di duduki oleh seorang gadis yang manis. pagi ini aku bertuah kerna memang pilihan aku tepat. aku mengaja membayar lebih supaya ada masa lebih untuk beliau memulangkan duit baki. semasa memberi duit aku melemparkan senyuman yang paling manis buat beliau. beliau juga membalas senyuman padaku. selepas mendapat duit baki aku sengaja meminta resit. supaya lebih masa untuk aku menatap beliau. sambil memberi resit kepadaku beliau lemparkan senyuman yang paling manis buatku. terima kasih awek tol.
meniggalkan awek tol tanpa mendapat nomor telefon adalah fenomena biasa. maka itu aku tidak berapa terkilan. sampai sahaja di ofis rakan sejawatku tanpa segan silu berguling guling ketawa. pada aku pastinya ada sesuatu yang telah membuat beliau sangat bersuka hati. aku cuba untuk mencungkil apakah gerangannya yang telah membuat beliau begitu gembira. dengan muka yang merah padam - kerna ketawa tanpa ingat dunia - beliau datang padaku dan terus menunjal kepala ku. tidak berasa sakit fikirku dalam hati.
rupanya aku memakai topi keledar sepanjang masa aku memandu kereta dari rumah abang sehingga ke ofis. patutlah orang kat bawah payung gelak. patutlah budak budak hilang hormat pada mereka yang pergi bekerja. dan patutlah aku dapat senyuman yang paling manis dari awek tol.
No comments:
Post a Comment