09 June 2011

[busut 2] ngigau

apit kalau datang celakanya boleh tahan gak dia buat lawak.

terjadilah kisah itu. waktu itu pagi dalam jam 9 mungkin. biasalah hujung minggu selagi matahari tak terpacak dan perut masih belum berkeroncong tidur pastinya agenda utama. namun tidak bagi aku yang memang bangun pada awal pagi. yelah orang tidur awal bangun pastinya awal juga. masa kejadian aku sedang menilik komputer bai. apa aku buat aku pun tak ingat tapi antara 2 je. kalau pun tidak bermain game bola pastinya menonton cerita terlarang.

bilik yang tak berapa besar di tingkat atas menyaksikan 4 orang jantan sedang melingkar. aku sedang bermain komputer. sebelah aku bai. pastu ucu dan hujung di dinding apit. malam itu tidak aku ingat apa di buat. yang pasti kami tidak pernah buat sesuatu yang membuat nabi tidak mengaku kami sebagai umatnya.

sedang ralit mata memandang skrin komputer terdengar orang sedang marah marah. aku ingat suara dari luar rumah. awek sebelah juga selalu bergaduh dengan adik beliau. tapi suara tersebut terlalu dekat. rupanya apit sedang mengigau. di maki hamun siapa entah aku pun tak tahu. lantas aku menyambar telefon bimbit untuk merakam video. namun apakan daya aku terlambat. beliau sudah berdengkur kembali.

oleh kerana kecewa aku meneruskan aktiviti kembali. selang beberapa ketika apit kembali ke babak kedua. ok bukan sambungan tadi tapi babak yang lebih serius. aku tak tahu siapa yang di maki namun tatkala aku sedang mencari video mode dari hand phone tersebut beliau sekali lagi telah berdengkur. celaka.

untuk tidak kecewa buat kali ke-3nya aku telah siap siap standby video mode dekat hand phone. sambil meneruskan aktiviti bersama komputer kesayangan bai saat yang di tunggu tunggu telah tiba. apit sekali lagi dengan nada tegas memarahi orang di dalam igaunya.

" butuh hangpa la ingat hangpa anak raja"

ini je dialog yang aku ingat. video original telah hilang bersama dengan hand phone v3 aku tu. tapi aku ada bagi kat ucu melalui gigi biru. nak tunggu ucu upload kat youtube dah 5 tahun.

apit...apit...la ni hang dok maki sapa pulak?keh keh keh

1 comment:

sky_olivercon said...

hahaha....baru aku hengat.....aku upload la ni jugak....video 2 ada lg dlm hp aku....muahahaha