pagi ini kebangangan aku diteruskan dengan menempuh hujan. aku sudah berjanji dengan rafidah untuk pergi sarapan pagi dan seterusnya belajar bersama untuk ujian hari ini. waktu yang di persetujui ialah pada 830 pagi. maka aku pun keluar rumah pada jamm 820 pagi. memang 10 minit adalah jarak perjalanan aku dari rumah keramat ke kolej. selepas 2 minit menunggang belalang tempur biru kelihatan hujan dihadapan. oleh kerna tiada tempat untuk aku berteduh aku meneruskan saja tunggangan menempuh hujan. hasilnya sampai simpang bukit antarabangsa aku sudah kebasahan. terpaksalah aku berpatah balik kerumah.
jika tadi aku tidak menumpukan seluruh power untuk melawan hujan, kali ini aku lebih bersedia. aku pakai baju hujan yang berjenama givi. akan tetapi aku tidak memakai seluar dan kasut hujan sekali kerna kelihatn langit agak cerah dan ku rasakan tidak perlu untuk aku mengenakan satu set pakaian hujan.
dengan power yang sudah berganda aku terus menunggang belalang tempur biru. ada titis titis air kelihatan di pelindung topi keledar tetapi tidak diendahkan kerna aku fikir ia terlalu kecil. aku rasa aku sudah cukup power setakat melintas simpang bukit antarabangsa. aku teruskan perjalanan sampai depan zoo aku masih power. lepas sahaja simpang melawati hujan turun agak lebat cukup untuk membasahkan seluar dalam aku tetapi aku tetap tidak berhenti berteduh. dalam hujan aku meneruskan perjalanan.
sampai di shell sebelum simpang masuk ke highway karak aku berhenti. bukan untuk berteduh tetapi untuk mengisi minyak. rupanya disana ada ramai penuggang motorsikal berkuasa tinggi turut singgah. juga bukan untuk berteduh tetapi untuk mengisi minyak.
usai mengisi minyak aku pun meneruskan perjalanan. dalam hujan yang tidak berapa lebat. lepas sahaja daripada tol gombak hujan turun tanpa belas kasihan. oleh kerna tiada tempat untuk berteduh aku meneruskan jua tunggangan. memang kali ini aku loangsung tiada power. sampai di simpang lampu isyarat masuk ke kolej tahp kebasahan pada darjah ke-5 iaitu basah lencun. memang hujan tadi tak bagi peluang untuk aku.
apa yang bangangnya? aku dah sampai sana. aku patah balik rumah. tak kan nak lepak bersama gadis gadis dengan seluar yang basah kan? jatuhlah saham aku dalam market.
No comments:
Post a Comment