semenjak seminggu yang lalu beliau telah berkali kali berbunyi menyindir aku. krak...kruk...berbunyi bila mana aku di selekoh atau melanggar lubang atau bendul. kerana tidak tahan dengan sindiran tersebut pagi tadi aku bawa beliau ke jalan sentul untuk upacara tukar ganti. aku sudah tukar rantai + sprocket beliau.
mula pagi tadi lepas balik dari dataran aku ada usha 1 kedai kat sentul tu. pergh dia kata harga 1 set siap pasang rm250. gila apa mahal nak mampus. disebabkan dikala itu jam baru menunjukkan pukul 930pagi dan banyak kedai masih belum buka maka aku balik ke rumah dahulu. sempatlah aku pergi giant kejap tumbuk guard usha awek kaunter dan beli ubat ketiak. pastu pergi sarapan kat bus stand lama kene nasi lemak.
jam 11 aku serang sentul lagi sekali. rupanya memang banyak kedai tak buka. nak pergi kedai yang sama aku rasa tak berbaloi maka aku usha 1 kedai kat simpang jalan ipoh pulak. kat sini bukan port mat mat rempit macam sentul. sini ramai motor besar. superbike. so tak berapa jauh la lari dari motor akukan. keh keh keh
mamat cina bagi 2 jenis. "ada baek punya ada biasa punya. mana lu mau?"
aku masih terkial kial. " baek brapa biasa brapa?"
mamat cina konfiden. " baek dua latus lima puloh. biasa satu latus enam puloh"
aku tak puas hati juga. " apa beza baek dengan biasa?"
mamat cina bawak datang 2-2. " ini baek punya ada ring-o. lambat kendur. biasa punya takda 3 hari sudah mau tarik"
aku masih tak berapa faham. " ooo.itu macam ka? lu bagi biasa punya sudah la."
maka mamat cina dengan rela hati memulakan upacara tukar ganti. sekali dia tengok lining brek pun dah habis. aku suroh dia ganti.
dalam masa menunggu mamat cina menyiapkan belalang ada seorang rider sedang menunggu motor beliau untuk tukar minyak. beliau menunggang z1000. pergh meleleh air liur. 4 botol elf 4t + oil filter + rantai = rm500++ lah aku tengok tadi. dia kaya kot.
pastu ada seorang brader yang baru nak berjinak jinak. beliau menunggang superbike murah. er-6n. dress-up memang baek. apa dia buat pada asalnya aku memang tak tau tapi dalam masa aku kat kedai tu dia kene racun dengan mamat cina untuk beli tayar depan belakang berharga rm1200. maut lu brader keluar duit. aku tengaok dia tukar rantai + sprocket, fairing dengan no plat dan macam macam lagi. mau kopak dekat rm2000 tu. tapi takpa kata dia sebab " kalau aku buat kat JB ke batu pahat mau sekali ganda dari ni."
selesai belalang dikerjakan oleh mamat cina aku nak blah. aku sempat lah salam brader tadi bagi name kad kot kot ada bisnes kata orang. keluar kedai aku bagi salam rem kat dia bagi pacak 2 tiang. harap brader tadi tak maki aku.
No comments:
Post a Comment