27 June 2011

[askar] makan durian

askar dan orang asli adalah sinonim. aku masih teringat semasa di dalam hutan beberapa tahun dahulu. ketika itu sedang membelasah budak rekrut untuk latihan medan.

datanglah beberapa orang asli dari kawasan sekitar memberi buah durian kepada kami. maka makan lah kami dengan sopan santun kerna masa tu ada sarjan saliham. sarjan saliham garang + tak siuman.

kami pun mengopek durian pemberian orang asli. tapi adalah seorang pegawai. nak kata bodoh memang bodoh. nak kata bengap lebih tepat mungkin.

beliau tidak mengopek durian tersebut sebaliknya membelah seperti belah kelapa untuk makan isi di dalamnya. terbelah 2 lah durian tersebut.

sarjan saliham di sebelah aku. "BONGOK". 1 perkataan.

No comments: