dulu masa sekolah tingkatan 5 hujung tahun sebelum spm kami 1 kelas di wajibkan pergi kursus motivasi. lokasi di sabak bernam. ILDAS ko nama tempat tu.
masa pergi tu yang perempuan sibuk bukak lagu lagu nashid. masa ni nashid jiwang tengah popular. sebagai orang orang jahat aku kene kekalkan kejahatan aku dan tidak terpengaruh dengan unsur unsur nashid yang cuba di sebarkan oleh para perempuan.
orang jahat mestilah duduk belakang sekali kan. aku dengan dett masa tu kitorang berdua memekak lagu 'rape me' dari nirvana. haha ada juga yang menjeling tapi aku peduli apa.
kat ildas kitorang tinggal 2 malam. macam macam peristiwa berlaku. ada budak hilang dompet lah. bergaduh dengan budak sekolah lain lah. budak budak sekolah lain tu tak kenal sekolah kitorang rupanya. bodoh.
sebelum balik ada 1 sesi yang betul betul tacing. aku benda benda tacing ni sensitiv siket. adalah budak yang mengalir air mata tapi aku tak hampir hampir je lah. haha
masa dalam bas on the way balik dett cakap kat aku. 'ko ni tak reti insaf ke?' bila aku mintak dia bawak keluar kaset nirvana. kene aku sebijik. celaka dett.
tapi selepas 2 minggu di brainwash di ildas kami jadi lebih menusia dari sebelumnya. lepas 2 minggu kami orang kembali menyetan. haha
No comments:
Post a Comment