scene megi adalah scene yang paling best buat budak budak asrama. tak kiralah kepada yang bersekolah menengah atau di universiti. aku ingat lagi adik aku masa duduk kat asrama kg pandan. sekali beli megi macam nak buat kenduri. masa aku mula masuk bmi pun lebih kurang jugak. aku beli 4 bundle megi. disebabkan aku kurang into scene megi maka megi aku bertahan sehingga 4 bulan tu pun pasal budak budak dapat tahu aku ada simpan megi. bilik aku dah tentu bukan port.
masuk sem 2 sem 3 aku mula into scene megi ni. itu pun pasal beso yang pengaruh. scene megi pada beso adalah scene yang wajib. dia kalau sekali beli macam dah taknak makan benda lain. ada sekali tu dia beli 1 kotak. memang dewa megi lah beso ni. disebabkan kitorang ni jahat maka megi beso selalu menjadi mangsa. dia letak megi dalam almari. bukan megi saja. macam macam makanan lagilah. coklat ada. biskut ada. kami orang panggil almari beso sebagai peti ais.
lepas kene ceroboh beso tak tau pun sebab kuantiti yang ada dalam peti ais tu sangat banyak. tapi sekali dia tau amek kau dia punya muncung. pagi sampai esok pagi. kami orang pedulik apa kan. orang yang biasa menceroboh ialah boboi dan zaim. aku tak menceroboh. kalau aku nak aku mintak je. beso mana berani dengan aku. hahaha
lepas habis hnd aku kerja la pulak. scene megi langsung takda dalam diari aku. sampai lah tadi. sebab kedai makan kat bawah rumah ni tutup aku terpaksa beli megi.
aku ingat lagi last aku beli megi tomyam harga dia 60sen. aku tak ingat bile. tadi aku beli sebungkus harganya singgit. sejak bila scene megi jadi kapitalis ni??
No comments:
Post a Comment