13 June 2011

[kahwen] maell

malam tadi aku dan rakan rakan ke kenduri kawen maell kat kg delek baru. majlis yang simple dibuat pada waktu malam. ramai juga yang hadir. aku datang bersama rakan rakan seperjuangan semasa di sekolah dulu. talib malai zul kerek aidi datang single walaupun masing masing ada pasangan dan kerek dah ada anak pun. syafiq dan muzamel datang bersama pasangan mereka. aku juga dengan pasangan ku cuma dia kena tinggal di tempat letak motor.

lepas ambil nasi minyak nak duduk nampak la pula dugung n wak. tak pasti mereka bersama bini masing masing atau pun sendirian. ramai juga rakan rakan sesekolah yang hadir malam tadi. selain nama yang di sebut sorang pun aku tak kenal. muka tu macam biasa tengok tapi nama haram aku tak tau.

lepas makan sesi amek gamba. tapi disebabkan waktu malam maka tidak banyak gamba yang menjadi. aku salahkan maell dalam hal ni. cuma beberapa yang agak ok telah aku aplot kat fesbuk. kecewa juga aku.

selesai menggila kami pun lepak. mula mula kat depan rumah maell pastu mak maell suruh kami ke depan. dorang cakap malai telah menghalang laluan. ye la orang tak nampak dia kan malam. lepak kat depan kitorang tetap buat hal. gelak macam orang dah masuk syurga.

sedang borak zaini cakap "hidup single la best. senang nak pergi mane"
muzamell menjawab "sampai bila nak tembak dinding?"
kesian muzamell dia tak tau orang dah kapel la banyak menembak dinding sebab ada sorang je tapi tak dapat sedangkan kami orang orang single ni bersepah kami boleh pilih. mana ada kami tembak dinding lagi.
hahaha.

apa pun congratulate to maell & pasangan semoga berkekalan sehingga ke syurga.

untuk tatapan kalian aku bagi jugalah 1 gamba. gamba terbaik malam tadi

No comments: