11 June 2011

[hidup] kelantan

*ini bukan entri yang rasis macam ucu...hahaha


1. pagi ni baru aku gerak dari klang sebab malam tadi letih gila tak larat. masa sampai kat area KL aku dah dapat nampak sikit sikit bendera merah. aku masih bersabar. kemudian masuk je jalan ampang dah bersepah bendera bendera merah kat sini. setelah di selidik rupanya ada final bola malam ni. sorilah aku tak follow bola sepak mesia. hahaha

2. buka laptop aku chat dengan sorang awek kelate. lepas tegur terus kate "gomo kelate gomo". ceit potong stim nak ngorat betullah.

3. dulu masa belajar member aku anti gila dengan orang kelate. ucu(nama sebenar) memang seorang yang rasis. orang paling rasis terhadap orang kelate paling kental aku pernah tengok. kalau sebut pasal kelate boleh buat gaduh dengan dia ni.

pernah sekali lepak kat kantin. ada lah awek2 duduk ramai ramai usha kami orang. ok ni tipu sebab awek awek tu cuma usha aku sorang. ok ni tipu lagi sekali. awek awek tu tengah tunggu makanan dan kami orang yang usha mereka. ada dikalangan mereka yang cun, cantik, maree. sedang memasang telinga terhadap perbualan mereka ucu terus cakap " sial, muka lawa tapi speaking klate. fail!"

dulu aku pernah terpengaruh dengan ucu namun hatiku kini sudah berubah. awek kelate memang cun, cantik, maree. mereka juga boleh bercakap kay ell.

4. ada lagi sorang. razi(nama sebenar) bab bola dia memang anti gila dengan kelantan. biasalah main bola kalah. tapi kalau kalah dengan team lain dia takda hal sangat.

5. hari tu masa kawen mudin n yo. bamin, boboy dan aku sahaja yang berani menyahut cabaran ke kelantan. kami orang mula bergerak dari kay ell jam 5 petang. kira kira jam 11 malam kami sampai di gua musang. ketika itu hujan agak lebat. dengan tidak semena mena boboy terus membuat kenyataan berani mati. "lepas ni kalau ngorat awek kene tanya dulu dari mana. kalau kelantan reject on the spot. gila ko balik raya dah 6 jam baru separuh jalan. kalau raya dengan jem lagi. dah tentu aku yang kene drive" bamin yang sudah bertunang juga menyapot kenyataan boboy "betui bob." aku tak cakap apa apa kerna aku pun tengah dok usha awek klate. kalau aku bersuara dah tentu aku kene.

6. mudin dan hilmi tinggal kat area rumah bamin dan hasan tapi tak pernah nak jumpa. orang lain pun kerja juga sedara.

7. ucu orang perak. dia sibuk entot entot kat sabah. hahaha. celaka apa sabah lagi jauh dari kelantan sial...

1 comment:

sky_olivercon said...

ape jadah aku kne.....kuang3