sesi perbualan ilmiah bersama seorang rakan bakal phd beberapa minggu lalu banyak mencambahkan minda. banyak perkara diutakan oleh beliau terutama tentang politik mesia. aku cuba menunjukkan pada beliau tentang pr dan beliau cuba mempertahankan gerombolan walau kadang beliau berpuas hati dengan hujah aku.
salah 1 tajuknya ialah ketuanan melayu. dan aku jawab dengan keras pada beliau. fuck ketuanan melayu. serius. disini aku nak bagi beberapa hujah yang menyokong 3 perkataan aku tu.
pertamanya apakah ketuanan melayu? brahem katak selalu kate ketuanan melayu. ketuanan melayu ialah menunjukkan satu kuasa tuan dan hamba. dalam konteks mesia hari ini kaum penghuni dan kaum pendatang. itu yang cuba di pertahankan oleh brahem katak. kita sekarang dalam ababd ke 21. kita bukan masa tahun 1400masehi lagi. kita bukan bercerita tentang hang tuah dan puteri hang li po. kita bercerita tentang beckham, justin bibir, barak obama.
mesia hari ini ialah mesia yang berdaulat. mengikut perlembagaan reid lah. mesia dibentuk dengan 3 kaum paling besar iaitu melayu cina dan india. mengikut buku kbsm tunku, cheng lok n thuraisingam adalah antara mereka yang pergi ke england untuk mendapatkan kemerdekaan. kenapa timbul masalah ketuanan melayu. malah pada aku kita patut lebih konsen tentang bangsa mesia. kerna kita bersama sama meraih kemerdekaan.
terjadi 1 kes minggu lepas dimana ibu bapa tidak dapat mendaftarkan anak mereka sebagai bangsa mesia. kenapa? sedangkan dalam tivi sibuk dicanangkan bangsa mesia dan 1 mesia. kes terjadi bila bapa seorang india dan ibunya cina. anaknya? maka bang sa mesia suatu yang perlu. even lepas ni kalau melayu pun kita letaklah bangsa mesia.
apa faedahnya ketuanan melayu ini? serius aku tak nampak apa faedah pada aku. bakal phd ada cakap kita mudah dapat tender, pinjaman mara dan sebagainya. ok aku ada hutang dengan mara. janganlah jadi macam nagib. buat iklan macam kita berhutang budi pula. 'semua yang dilakukan adalah apa yang patut dilakukan oleh pemerintah' - anwar ibrahim.
bila kerajaan penang membuat tender terbuka terhadap semua tender yang melibatkan kerajaan negeri ramai kontrektor melayu bungkus. sebab apa? sebab selama ini mereka cuma bergantung pada kuota melayu. sebenarnya mereka tidak layak pun untuk tender tender tersebut. sedang mereka yang dapat meng-alibaba-kan tender. di beri pula kepada pihak ke-3. mereka cuma untung atas angin. tanah pudu jail yang diberi kepada uda. di open tenderkan. yang masuk tiada kontrekter melayu. sebab? sama diatas.
apa guna ketuanan melayu bila tanah tudm diberi kepada cukong. tanah kg beremban diberi kepada cukong. lepas ni tanah kg baru pula. mintak direct tak dapat. nak dibuat akta pula. macam macam cara supaya dapat dipenuh kantung pak menteri. siapa pak menteri ni? bukan orang KL yang pilih dia jadi wakil rakyat pun
kenapa ketuanan melayu? melayu adalah kaum paling besar di mesia. kuasa politik pada orang melayu. pengundi paling ramai ialah melayu. tapi pernahkah anda terfikir bahawa melayu bukanlah kaum yang mula menetap di semenajung ini. dahulu kala semasa hang tuah masih berhayat semua yang singgah berdagang di tanah ini di panggil melayu. india melayu, cina melayu, arab pun dipanggli melayu.
orang melayu juga paling mudah dipengaruhi pemikiran. kononnya orang melayu ni penuh tipu muslihat tetapi yang aku lihat orang melayu yang ditipu. orang melayu juga malas membaca. aku akui aku baru je ada minat membaca ni. statistik dbp kita cuma membaca 2 buah 1tahun. itu pun bukan semua orang baca 2 buah tetapi lebih kepada range buku dan jumlah penduduk.
apa yang orang melayu suka baca? mangga, mastika, utusan. semua yang hanya merosakkan minda, melemahkan akal. tiada bacaan yang boleh mencambahkan minda. membuka fikiran. aku pernah observe 1 benda yang mudah. surat khabar bahasa melayu cuma ada komik dan no ekor. sedangkan surat khabar inggeris dan cina ada juga permainan yang menguji minda seperti sudoku dan crossword. walaupun benda ni kecik tapi aku dapat rasakan ia sesuatu yang penting sebab ia boleh menajamkan lagi fikiran.
orang melayu ni dah lah malas membaca ditambah pula malas berfikir. segala yang disumbat di telan tanpa banyak cerita. kononnya mereka islam tapi apa yang nabi ajar tak pernah nak ikut. nabi kata siasat suatu perkara tapi dorang lagi suka dengar berita tivi3suku. lupakah bani melayu bahwa ayat pertama yang nabi dapat ialah membaca?
aku bukan nak kata aku malu menjadi melayu. nik aziz ada kata islam lebih penting dari melayu. kalau korang islam mesti sokong kata kata ini. tapi apa guna jadi melayu jika mengemis di negeri sendiri? yang kaya cuma kroni kroni gerombolan sedang kita rakyat marhain terus menanggung hutang yang tiada penghujungnya? yang menyokong hanya menjadi barua. hanya kerna rm50 sanggup bersusah selama 5tahun?
No comments:
Post a Comment