04 June 2011

[negara] hepi bufday tuanku

hari ini 4 jun 2011 ialah hari keputeraan rasmi bagi seri paduka baginda yang dipertuan agong. seperti yang anda semua maklum agong ialah pemerintah tertinggi di negara kita. beliau juga pemerintah tertinggi angkatan tentera malaysia. maka pada pagi hari tadi telahh berlaku satu upacara mengarak panji panji seri paduka baginda yang dipertuan agong di dataran merdeka.

aku adalah antara warga negara yang turun ke dataran merdeka untuk bersama menyaksikan upacara tersebut. tidak dapat aku membilang hadirin yang berada disana tapi memang banyaklah. ada beberapa perkara yang aku lihat kurang diberi perhatian.

  1. para vip duduk di bawah khemah siap berkerusi juga berkipas. vip vip terdiri daripada para pak menteri, para duta negara asing, ketua ketua jabatan seperti polis dan tentera dan sesiapa juga yang aku tak ketahui. tetapi rakyat marhain hanya duduk tersidai di tepi tepi padang. tidakkah tuanku tahu bahawa pagi juga panas. kalau aku ni tak kisah sangat panas ni tapi yang membawa anak anak kecil. kasihan aku melihat anak anak yang mahu melihat sekujur tubuh yang menjadi pujaan mereka berada dikalangan hadirin. peluh membasahi tubuh. yang lebih kecil merengek kerna kepanasan. 
  2. kawasan yang di 'beri' untuk rakyat melihat perbarisan di tepi tepi padang tidak cukup luas. para rakyat perlu berlapis lapis. bagi yang rendah kalau kat belakang faham faham sajalah kan. cuma nampak kepala orang depan.
  3. kedudukan tuanku yang jauh dari rakyat. tahulah hari ini hari jadi tuanku tapi rakyat juga ingin meraikan bersama. sudahlah jauh tidak datang dekat pula. lepas baris tuanku terus je blah. ingat kami orang ni datang saja je ke? ada pakcik tu datang dari temerloh. tidakkah tuanku tahu temerloh itu jauh?

untuk pengetahuan semua walaupun baginda berada di atas sekali dalam carta organisasi pemerintahan negara tetapi pendapatan beliau adalah dibayar oleh kita semua. faham tak? ok segala perbelanjaan kita seharian telah dikenakan cukai. cukai itu digunakan untuk perbelanjaan negara. gaji tuanku juga adalah perbelanjaan negara. macam kata obe

jika tuanku tidak keberatan untuk majlis seterusnya yang memakan wang beribu ribu boleh kiranya tuanku menyediakan tempat untuk rakyat duduk berteduh dari panas mentari. juga diharap dapat tuanku hadir bersama rakyat di tepi padang. 

selepas ini ada pula istiadat penganugerahan darjat kepada siapa siapa pula. petang ada minum dan diikuti dengan makan malam. semua benda benda ini hanya dapat di tatap oleh rakyat melalui kaca tivi. apalah salah kiranya tuanku buat juga minum petang bersama rakyat dan makan malam. jika tidak pun dijemput beberapa orang rakyat untuk bersama sama di majlis tuanku yang gilang gemilang itu. walau ada wakil rakyat mereka sudah biasa dengan semua ini kenapa tidak di ajak sekali rakyat bersama?

bukankah orang melayu sering dengan pepatah 'raja baik di sembah raja zalim di sanggang'. ntah macam mane aku dah lupa tapi maksudnya samalakan. diharap perkara perkara ini dapat diberi perhatian.

1 comment:

alamka said...

tu sume dilakukan sbb faktor keselamatan...mana tau dlm ramai2 crowd tuh ade org jahat?kalo ditembak...tak ke huru hara jd nye...so..ambil ia sbg satu peraturan or law...pendapat aku la..