30 October 2011

[hidup] runsing

hidup aku terumbang ambing
seperti kapal di tengah lautan tatkala ribut melanda
di dalam kotak pemikiran ku kosong
aku sendiri tidak tahu apa aku fikir
aku sendiri tidak tahu apa yang aku mahu

aku melihat tanpa perasaan
aku berjalan tanpa perasaan
aku belajar tanpa perasaan
aku membantu tanpa perasaan
aku minum tanpa perasaan

aku pandang dia
aku buntu
sejak sekian lama
kenapa hari ini aku pandang tanpa punya perasaan

aku rindu pada aku
di mana aku ketika ini
aku tidak mahu terus begini

29 October 2011

[rempit] hilang

bangun pagi nak pergi ke sekolah untuk belajar seperti biasa di hari sabtu

jam baru 830 pagi

turun bawah dengan semangat

belalang tempur biru tiada

haru biru hidup aku

aku yang semakin terhimpit

ya Allah, semakin berat tanggungan di bahu ini

iyya kanakbudu wa iyya kanasta'in

27 October 2011

[part time] lagi lagi exam

budak budak yang belajar sekali dengan aku masih tak tahu yang sebenarnya aku ada hutang dengan bmi. di sebabkan oleh hutang tersebut aku tak dapat untuk register lagi. dan disebabkan tak register aku tak boleh exam.

tapi aku buat macam takda apa je. datang kelas macam biasa. buat lab macam biasa. hantar report macam biasa. pening kepala buatkan assignment untuk dorang pun macam biasa.

di sebabkan hutang aku yang berjumlah hampir 5k dan aku juga tiada sumber pendapatan maka aku rilek rilek je. aku ingat sem ni aku terpaksa gantung dulu then sem depan aku register macam biasa. harap harap result aku untuk sem ni akan disimpan oleh lecturer pabila aku register semula nanti.

aaaaaaarrrrrrgggggggggghhhhhhh!!!!!!kenapa semua pun nak kena ada duit? bayar pakai daun ke batu tak boleh ke???

[hnd] ijat rimau

masa duduk asrama memang macam macam perangai orang yang kita akan jumpa. mula mula duduk asrama wing jahat dengan orang orang jahat memang ok sebab tak kenal lagi. lepas dah beberapa ketika baru aku tahu aku tak salah wing. bukan macam mus yang sering merempat kat wing kami orang.

cerita benar ini bermula di tingkat 1 asrama lelaki bangunan lama. kira the west wing la dimana kejahatan direncana disana. orang orang pelik di wing ni ramai tapi tak sepelik ijat rimau. nama penuh dia aku tak tau tapi yang pasti kami panggil dia dengan nama ijat. dia orang temerloh.

dengar cerita dari mulut dia sendiri dia ni membela. bukan bela kucing macam orang lain tapi bela rimau. kira macam saka macam tu. katanya pandai mengurut tapi bila boboi mintak urut dia kata baru belajar urut kaki belum sampai tangan. haha

ijat rimau hidup dalam misteri. dia pernah tidur di katil tanpa tilam. atas palang besi dia boleh tidur. dia juga sering mendengar bunyi bunyi pelik di belakang billik aku. untuk pengetahuan belakang bilik aku ada serumpun pohon buluh kuning. orang kata situ port jin.

hanif basri (orang tua) cukup risau jika ijat rimau ada bersama. ada sekali masa sesi mari bercerita hantu meremang bulu roma orang tua masa ijat bukak cerita. tapi orang tua geng dengan ijat besen. so takda ape apa sangatlah.

banyak lagi misteri budak ijat tu sampai aku dah lupa. haa...kami pernah jumpa dia sekali masa di temerloh. masa tu nak pergi camping kat bekelah. macam mana kami boleh jumpa dia pun tak tau.

**p/s ijat rimau kata dia ada sedara masa dekat bmi tapi bob tak mengaku..haha

[hiburan] menonton tivi bahagian 2

menonton tivi boleh jadi benda paling tak berfaedah untuk dilakukan oleh seseorang. kajian di barat - yang tak berpaksikan ketuhanan -  menyatakan umur seseorang akan pendek sebanyak 1.5 hari selepas menonton cerita yang tidak berguna selama 2 jam. sama juga macam dorang cakap umur akan pendek sebanyak 3 hari untuk sebatang rokok. nonsense.

semenjak aku kehilangan laptop beberapa bulan yang lalu, hidup aku banyak ditumpukan pada tivi. dari pagi sampai ke malam aku tengok tivi je. takda lah perkara lain macam main bola ke, main tenis (friend with benefit) atau mencangkul di halaman rumah yang aku lakukan selain tengok tivi.

apa cerita yang aku tengok. macam macam. masa bulan puasa lepas setiap hari aku akan layan upin dan ipin dengan bucuk. apa mimpi aku tak pernah tengok cerita tu sampailah bulan puasa lepas. sebab nak tunggu punya pasal aku kene layan cerita upin ipin ni. nak layan rumah kedai dah tak ditayang lagikan.

selain upin ipin aku juga layan cerita tamil dan hindustan. memang sedap layan cerita dari india ni dia punya sedap macam makan pop corn masa tengok wayang. tak kenyang dan tak cukup cukup. cerita dari india ni puncanya cuma 1. awek nak lawa, pastu polis jahat kacau orang kampung, datang hero belasah semua, dapat awek, setel.

baru baru ni pula aku telah potong chanel mtv kat estro. maka sudah tak banyaklah chanel estro kat rumah aku. tapi aku bijak. aku telah mencari segala chanel yang memang sedia ada tetapi tidak di highlight bintang oleh aku. contohnya cerita india dan china. setelah aku bintangkan semua chanel yang ada dapatlah nak cover balik chanel mtv yang aku potong tu.

setelah aku menghighlightkan segala chanel baru aku sedar terdapat chanel korea. memang celaka orang korea punya cerita. aku dari dulu memang anti cerita korea ni. sejak cerita winter sonata. aku benci sebab dari start sampai habis dorang menangis je. baik buat cerita tajuk tears sonata. tetapi ada berita buruknya. baru baru ni aku terjerumus ke dalam cerita korea yang lain. kat ntv je cerita ni. tajuknya coffee prince. memang celaka cerita ni sampai aku tak jadi nak pergi librari pagi pagi sebab cerita ni start jam 12 tengahari.

aku tak tau sampai bila aku akan terpengaruh dengan tiub ni. harap nanti ada sesuatu kebaikan dari tiub ni untuk aku.

25 October 2011

[hiburan] Menonton bola pula

Ada 2 game aku nak cerita. Dan ke 2-2 game adalah melibatkan menyu. aku bukan nak cerita pasal cara permainan mereka yang macam celaka tapi pasal peminat menyu di mesia.

Penyokong menyu yang paling celaka ialah mat-k. serius kalau aku tak sabar memang dah letup. Mula game dengan liverfool. Aku tengok kat kedai makan kat keramat. Aku tengok dengan taca. Katanya dia peminat liverfool. Pemain liverfool kacak (katanya). Rasanya pemain liverfool yang kacak dah lama retired (yang bernama rush). Boleh pulak mat-k duduk meja sebelah ni dia punya ulasan macam hasbullah awing. Siap menganjing lagi. Kalau aku dengan budak budak dah lama senyap mat-k. aku terpaksa mengawal sebab aku dengan awekkan. Hehe

2nd game pulak masa lawan city. Haha aku suka tengok game ni sebab menyu kene 6 biji. Yang aku nak cerita mat-k duduk depan sekali. Remote kat tangan dia. Celaka ape orang tengah seronok menganjing menyu dia tukar. Nasib baik aku dengan orang tua (abang halim). Rasa nak terbang kerusi je aku.

Secara pukalnya boleh disimpulkan peminat menyu memang macam sial. Kalau dia menang macam sial kalau kalah pun macam sial. Pendek kata sial lah puih (gaya abang long dil). Aku ingat nanti dapat lepak dengan geng geng anti menyu aku nak menganjing dorang la. Menari atas meja lagi sekali? hehe

[hiburan] Menonton tivi

Terdapat pelbagai cerita yang ditayangkan di tivi setiap hari. Drama melayu, omputih, korea, katon, sukan, dokumentari dan macam macam lagi. Tivi di rumah keramat kalau aku disini akan terpasang 24jam. Aku memang tak pernah off. Bukan tak boleh off tapi aku sengaja biar ia terpasang. Cuma ia akan aku off pabila aku perlu menggunakan extention untuk dibawa keluar.

Tapi aku bukan nak cerita pasal extention wire. Aku nak cerita tentang perihal oraang yang menonton tivi.

  1. emotional – di rumah keramat adam. Tengok cerita sofiyya penuh perasaan. Siap maki hamun. Sama macam ucu masa kat busut. Kadang tu dia punya emosi siap sepak tangga, baling remote. Rileks sudah tengok orang berlakon je kot.

  1. tak pandang tivi – ini mak. Dia kat dapur tengah masak. Kat tivi depan tengah cerita melayu. Aku tukar dari jauh dia jerit. Oooii. Mak tengah tengok laaa. Aku tanya tengok apanya kat dapur. Tenang mak jawab. Mak dengar la. Kadang tu da depan tivi dia boleh layan main game kat henpon. Kalau tukar dia punya hangin.

  1. excited – ni berlaku pada ramai orang lelaki ketika tengok bola. Kene pulak tengok m.u kene 6-1 macam malam tadi. Memang heven la. Haha.

  1. cibai – jenis orang tengah tengok dia boleh tukar. Ini perangai abas. Celaka suka kacau orang tengok tivi. Dia tak habis nak buka channel [v] tak pun mtv. Padahal orang tengah sedap layan movie.

  1. tidur – jenis cerita baru start 10 minit dia da tidur. Bukak lah cerita ape pun. Cerita hantu ke, aksi ganas ke, yang penting baru intro dia dah tidor. Haha sape ye?

So anda terjatuh pada kategori yang mana? 

21 October 2011

[jiwa jiwa luka] marah lagi

entri yang bisa mengguris perasaan itu telah di padam

harap saya di maafkan

juga persahabatan kita terjalin sperti dahulu

no heart feeling


19 October 2011

[hidup] macam macam hal

pagi aku ada interview dengan HP kat damansara. jawatan kuli je. akan tetapi sebelum aku pergi interview tersebut aku sudah melawat kawasan malam semalam. aku jalan jalan dengan seorang awek ( solo lagi dan bukan aku punya). siapa nak berkenalan sila amek borang. hehe

sambil berpusing pusing mencari lokasi sebenar kejadian (nampak dah menara hp tapi tak tau jalan masuk) aku berbicara dengan awek tersebut. satu perkara yang menarik ialah awek tu boleh cakap yang "aku suka damansara ni, lelaki lelaki kat sini hensem hensem"

**maka secara automatiknya aku konfiden yang amat akan mendapat kerja sebagai kuli di HP. sebab? budak tadika pun tahu...

16 October 2011

[menulis] pertandingan

suatu hari kenalan phd telah mesej aku.

phd : salam usop. minat berkarya? ada pertandingan cerpen putrajaya. untuk maklumat layari www.ppj.gov.my

*lebih kurang lah mesej dia. tapi maksud dia sama.

maka sedari hari itu aku sedang berusaha untuk menyiapkan sebuah cerpen yang bertajuk "putrajaya di hatiku".

setakat ini aku baru siapkan 1700++ patah perkataan dalam  muka surat. apa crita selasa tarikh tutup penyertaan tapi idea takda.

semasa di perpustakaan minggu lepas aku telah membuka laman sesawang (pergh ayat sekema) pnm.gov. web page library la. aku terjumpa pula satu pertandingan menulis esei. kalau korang rajin bolehlah tulis. tajuknya

”Tun Dr. Mahathir : Ikon Membaca Kebangsaan Penggerak Kemajuan Negara Bangsa” korang tulis dalam 1000-1500 perkataan je.

dahagakan maklumat? korang pergi la kat page pnm.gov tu...

15 October 2011

[politik] anak muda

Memperlekehkan anak muda
Oleh Amaluddin Zhafir

“Generasi muda perlu diperlengkap dengan latihan dan kemahiran bagi mempastikan peranan mereka dalam pembangunan negara… Potensi setiap golongan ini mestilah digembleng dan dioptimumkan, idealisme mereka mesti digilap, kreativiti mesti dipupuk dan bakat mereka dibajai untuk terus berkarya.” – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011.
“‘Gembleng. Optimum. Perlengkapkan. Setiap golongan. Gilap. Pupuk. Mesti.’ Ayat-ayat ni aku saspek ada bau-bau komunis ja…” kata seorang penganggur kepada penulis, ketika mendengar ucapan Najib yang disiarkan secara langsung melalui kaca TV di sebuah restoran di ibu kota.

Sementara seorang rakan yang satu lagi pula memberi respon, apa yang dikatakan Najib hanyalah sebagai “janji pilihan raya, ayat-ayat politik.” Tepat dan padu analisa mereka.
Anak muda ditolak ke tepi
Realitinya, begitulah andaian kasar golongan muda terhadap apa yang cuba Presiden UMNO itu mahu laksanakan melalui Bajet 2012 itu – kosong, tidak memberi apa-apa makna.
Dengan menolak ke tepi golongan idealis muda yang masih terawang antara idealisme dan realiti, rata-rata golongan muda yang datang dari pelbagai latar, pengumuman Najib itu hanyalah ungkapan ‘trying hard’ untuk menyedapkan hati rakyat Malaysia. Dan secara tidak langsung memperlekehkan golongan muda.
Bolehlah beliau berkata begitu, hasil Bajet-nya itu jelas untuk jangka masa pendek sahaja, dengan pemberian ‘sekali jalan’ yang nyatanya adalah untuk menarik undi secepat mungkin, sebelum rakyat lupa akan janjinya itu.
Dengan modal kononnya mahu membangunkan golongan belia, lalu dihamburkan wang ringgit, dibangunkan pula syarikat-syarikat bekepentingan kerajaan dan swasta dengan jutaan ringgit – yang belum tentu ada akauntabiliti dan ketelusan – untuk “pembangunan sistem pendidikan yang dapat melahirkan tenaga kerja berbakat, berkemahiran tinggi, mempunyai daya kreativiti serta berinovatif.”
Benar, setiap sebahagian besar kerajaan dalam dunia, dengan memetik kata Najib, “prihatin terhadap suara dan nurani orang muda.”
Begitu pun, tahap ‘keprihatinan’ Najib itu, tidak pula menampakkan ciri-ciri keperihatinannya terutamanya bagi golongan muda luar bandar, yang mungkin ketika rencana ini ditulis, sedang sibuk dengan aktiviti merempit, menghisap dadah, dan pelbagai lagi masalah sosial.
Tetapi punca terjadinya masalah ekonomi dan sosial golongan muda, jauh dari itu. Ia sangat berkait rapat dengan pembentukan dan pembangunan ilmu yang selama ini tertutup rapat.
Kuncinya di sini ialah kebebasan berfikir, untuk menggapai ilmu dan pemahaman yang jitu, bagi golongan muda. Inilah yang diabaikan BN sejak 54 tahun ini.
Jika Isaac Newton dilarang meluahkan idea kepada guru dan rakan sekolah, jika dia asyik terperap di bilik dan tidak bebas untuk berjalan menenangkan diri di bawah pokok epal, mungkin tiada kedengaran tentang graviti.
Jika Albert Einstein dikongkong daripada berhujah di sekolah, di university atau di mana sahaja kerana tiada tauliah, tentu dia tidak dapat menghasilkan teori relativitinya yang telah mengubah persepsi manusia terhadap ruang, masa dan gravity.
Najib yang ‘jauh ke hadapan’ masih mahu membawa rakyat Malaysia berhampiran lohong gelap di mana anak muda hanya dibenarkan menghafal dan dilarang bertanya serta berhujah mempersoalkan ‘tradisi’ kerana semua itu akan membawa kepada falsafah – dan falsafah itu dianggap oleh para pemimpin negara sebagai sesuatu yang menyesatkan, tidak berfaedah dan tidak membangun.
Garang anak muda, bila dewasa sama saja

Tiada kata seindah bahasa, tetapi bermadah sahaja tidak ada manfaatnya apabila Najib dan para Perdana Menteri sebelum ini memekakkan telinga dari jeritan garang golongan idealis muda Malaysia.
Apabila kebebasan untuk berpolitik, menubuhkan kelab-kelab yang berorientasikan idealisme dan falsafah dalam kampus dihalang untuk mekar kerana Akta Universiti dan Kolej Universiti, anak muda terus mandom.
Bagaimana pun, dalam ‘kegarangan’ golongan muda berjuang menuntut pemansuhan AUKU, tidak pula terdengar desakan dari pejuang pelajar ini untuk mendesak menuntut kebebasan akademik secara total – yakni menuntut subjek-subjek penting diwujudkan, contohnya pengajaran falsafah, perbandingan ideologi, antara agama, kesaksamaan gender, dan banyak lagi di tempat pengajian mereka.
Ini juga kesan ‘kejayaan’ AUKU yang bukan sahaja menyekat aktivisme mahasiswa tetapi juga menutup minda mereka, termasuk yang mengaku menjadi pejuang pelajar.
Kerana itu, apabila mereka menjadi graduan dan menjejak alam dewasa, politik mereka kekal terbatas kepada agama dan kaum, selain politik carma.
Jika Najib jujur prihatin terhadap nasib golongan muda yang selama 54 tahun ini dikongkong oleh partinya sendiri, beranikah beliau untuk ‘memandibungakan’ sistem pendidikan?
Memang tepat apa yang dikatakan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, “Bajet BN itu dicipta untuk memenangi pilihan raya akan datang, bukan untuk mereformasi dan mentransformasi sistem negara ini.”
UMNO dan BN sudah kering idea untuk mengubah segala ‘kekotoran’ yang dihasilkan mereka selama ini.
Bagi menutup bangkai gajah, Najib berniat pula mahu menubuhkan MyCreative Venture Capital, kononnya sebagai projek perintis ‘membangunkan belia’ dan memberi bantuan kepada golongan muda yang mempunyai idea kreatif.
Dengan modal ini, menurut kefahaman penulis, agaknya hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai Steve Jobs dan Bill Gates, masing-masing pengasas Apple dan Microsoft.
Kebebasan melahirkan kreativiti melahirkan kejayaan
Sedarkah Najib bahawa kebebasan yang ada dalam masyarakat di mana Newton dan Einsten (yang agak terkongkong pada masa itu) dan Bill Gates serta Steve Jobs (yang amat luas terbuka ruang kebebasannya) banyak membantu mereka menterjemahkan idealisme kepada teori, amalan dan produk?
Harapnya Najib sedar, jenis-jenis manusia pencipta dan saintis yang disebutnya dalam Bajet 2012 BN itu sebenarnya adalah produk dari sistem demokrasi yang bebas di mana kebebasan berfikir yang muncul dari kebebasan akademik dan peluang sama rata tanpa kuota.
Atau adakah secara halusnya, dengan memperbanyakkan syarikat-syarikat yang dikuasai kerajaan untuk ‘membantu’ golongan muda ini, Najib sebenarnya mahu melahirkan belia-belia yang bergantung harap pada subsidi kerajaan atau kontrak?
Ini tidak dapat dijangkakan, tetapi mengikut rekod rasuah, ketirisan, ketidaktelusan dan salah guna kuasa BN selama ini, adalah tidak salah untuk mencurigai niat halus Najib itu.
Yang paling aneh, walau tak sepelik mana, tiada pula mahu BN mencermin diri bersama Majlis Profesor Negara dan berfikir untuk memperbaharui sistem pendidikan Malaysia sedalam-dalamnya.
Meminjam kata-kata Presiden UMNO dalam Bajet 2012 itu, “Ilmu pengetahuan adalah tonggak kepada pembikinan sesebuah tamadun dan pelapik asas bagi mencapai kecemerlangan.”
Apakah ketam cuba mengajar anaknya berjalan betul?
Justeru, adalah mudah jika mahu memupuk dan membajai ilmu pengetahuan dengan memperkemas, memperbaiki corek camping sistem pendidikan, sebelum pergi jauh memberi modal kepada belia yang dianggap kreatif sahaja melalui syarikat-syarikat yang bakal tumbuh bak cendawan selepas hujan nanti.
Maksudnya, sistem pendidikan kekal tempang manakala sistem mengemis projek dan kontrak akan berterusan. Anak-anak muda pula terus kehilangan arah kerana kreativiti gagal muncul tanpa kebebasan berfikir, bersuara dan berekspresi.
Hanya peruntukan wang tanpa membebaskan cengkaman minda
Berkaitan dengan agenda BN memantapkan pembangunan pendidikan, Najib selaku Menteri Kewangan mengumumkan RM50.2 bilion akan diperuntukkan bagi sektor pendidikan dengan menyebut RM1.9 bilion akan diberikan kepada semua jenis sekolah.
Pun begitu, bunyinya tetap indah, gorengan bahasanya hasil karya penulis skrip Bajet 2012 sangat memukau. Memukau hanya untuk mereka yang dahagakan projek, dan mereka yang lembam dalam memahami maksud tersirat sebenar BN – mereka lebih utamakan pemberian wang ringgit berbanding pembangunan masyarakat madani yang benar-benar bebas dari cengkaman kerajaan yang tidak telus dan tidak menghargai kebebasan.
Benar seperti apa yang disebutkan rakan penulis sewaktu di restoran pada 7 Oktober lalu bahawa kata-kata Najib itu bersifat komunis dengan menawarkan kebajikan bersyuarat (tunduk kepada pemerintah) dan dalam masa sama merobotkan rakyat.
Setiap kali bajet atau peruntukan, hanya wang untuk mengekalkan apa yang ada. Kurikulum atau sukatan pendidikan masih di takok lama. Kalau sudah diubah kerajaan, ia sekadar menulis semula sejarah mengikut agenda politik.
Jika sistem pendidikan yang bebas, adil dan terbuka serta peluang sama rata mengikut merit dapat dijadikan budaya, bukan hanya Steve Jobs atau Bill Gates sahaja dapat dihasilkan, malah versi baru Plato, Aristotle, Ibnu Sina, William Shakespeare, Leonardo Da Vinci, Ludwig van Beethoven, Srinivasa Ramanujan dan Nikolai Tesla akan muncul.
Najib lebih rela ‘play safe’ semata-mata untuk kepuasan diri dan parti, dan untuk mengekalkan kuasa bagi pilihan raya umum ke-13 yang mungkin akan berlaku tidak lama lagi, sebelum rakyat lupa akan ‘kebajikan sekali jalan’ beliau.
Jika setakat itu sahaja keberanian Perdana Menteri, simpan sahaja Majlis Profesor Negara. Mana tahu suatu hari nanti untuk Bajet akan datang boleh ditubuhkan sebuah Muzium Profesor Negara untuk memperingati jasa-jasa mereka yang tidak membantu memupuk ilmu dan kebebasan berilmu kepada semua rakyat Malaysia.

**directly copy from 

http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/10/memperlekehkan-anak-muda.html#more

[menulis] 4

"kalau orang bagi kau rm10 juta dan suruh habis kan dalam masa 2 hari, kau nak buat apa?" jawab fauzi dengan nada mengeluh. apa lagi yang mampu dilakukan selain mengeluh. wang sebanyak itu tidak mungkin dapat dihabiskan dalam masa yang sebegitu singkat. bersyarat pula. tidak boleh diberi kepada orang seperti menderma. mesti dibelanjakan dengan material yang tampak.

"gila kau. mana datang rm10 juta beb? kau kene nombor ke? kau rompak bank?" pertanyaan azman bertalu talu untuk mendapat penjelasan yang lebih jelas. terasa excited beliau dengan wang yang sebanyak itu. "kau bagi je kat aku sikit tahu la aku apa aku nak buat." sambung azman.

"itulah masalahnya. aku tak boleh bagi orang. aku kene belanja. jika tidak aku tak dapat lagi rm750 juta." jelas fauzi yang sedari tadi dahinya berkerut memikirkan masalah yang sedang menimpa dirinya ini. dulu masa takda duit banyak masalah sekarang duit dah banyak pun masalah. tak tahu mana nak di salurkan.

azman yang sememangnya excited dengan kata kata fauzi tentang wang rm10 juta itu tanpa disedari telah duduk bersebelahan sambil ditangan beliau sudah tersedia pen dan kertas. "haa. ni pen dengan kertas. kita nak berbelanja ni kene ada perancangan tak boleh main tabur je. rugi nanti. walaupun rm10 juta tu tak sikit tapi membazirkan amalan syaitan. kita kena berimat cermat."

**ide...idea

12 October 2011

[menulis] 3

"awak akan menjadi pewaris tunggal harta peninggalan tuan zaid" kata lelaki yang lagaknya seperti seorang peguam. fauzi yang masih dalam keadaan kaget dan tidak mengerti akan apa yang sedang terjadi cuba memahami situasi yang sedang berlaku dihadapannya.

"seluruh harta tuan zaid yang berjumlah rm750 juta akan menjadi milik awak sekiranya anda patuh kepada wasiat yang ditinggalkan. anda perlu melunaskan syarat syarat yang telah dekemukakan tadi dan kemudian harta itu akan berpindah milik kepada awak." sambung si peguam dengan kot dan memakai rambut palsu peguam sambil memegang sehelai kertas ditangan.

**********

sambil membelek belek sehelai kertas di tangan, fauzi termenung mengenangkan kisah yang bakal terjadi kepada dirinya. tak disangka beliau akan mewarisi sebuah empayar yang amat di segani di tanah air. namun bagaimana mungkin dia melunaskan segala syarat yang telah di tetapkan itu? teramat sukar dan canggung buat beliau untuk mematuhi syarat syarat yang dikenakan.

azman - rakan serumah fauzi - yang sedari tadi menonton televisyen melihat fauzi dari hujung mata sahaja. nampak benar yang beliau tidak keruan dan kerisauan seperti punya masalah yang amat besar yang tidak mungkin dapat terpikul olehnya sendirian. "kau macam ada masalah besar je ji? tak nak cerita kat aku ke? kot kot aku boleh tolong?" sergah azman sambil mengunyah keropok lekor.

***xda idea...

[jiwa jiwa luka] maaf

aku salah....

maafkan aku...

memang aku degil...

memang kadang aku tak faham bahasa...

aku ingat aku boleh kau berubah...

tapi aku silap...

mungkin ini yang terakhir...

dengan harapan aku dimaafkan...

dan persahabatan kita kekal seperti tiada apa berlaku...

**kepada yang berkenaan**

09 October 2011

[jiwa jiwa luka] marah

bukan aku marah. namun setiap kali aku bercakap aku kene marah.
kalau aku tak cakap kene marah.
cakap baik baik kene marah.
kalau cakap penuh nista kene maki balik.
keluar nada suara biasa kate aku marah.

kenapa aku sering di persalahkan?
ape salah aku?
kalau membantu pun kene marah.
apa patut aku lakukan?

aku runsing runsing ni yang jadi lapar ni.

**untuk mereka semua

[puisi] pilihan

aku pening
fikiran celaru
kepala berdenyut
perasaan gundah gulana
mata liar
tangan merayap

tanpa arah tujuan
aku tidak tahu
apa aku mahu

**9 oktober 2011, 219, bmi gombak

[puisi] berubah

tadi hari panas
tiba tiba hujan turun mencurah
dengan angin yang menderu

sejuk didalam bilik
dengan hawa dingin pada tala terkuat
membuat aku menggigil
walau punya baju panas

masing masing berbunyi
dengan perihal mereka
berkenaan pelajaran juga bukan
aku masih tidak tahu arah
mana yang patut aku tuju

**1 oktober 2011, 227, bmi gombak

[puisi] terkurung belajar

tengahari waktu panas
didalam bilik berhawa dingin
duduk mengadap papan putih memerah otak untuk ilmu mendatang

hari ini hari sabtu
ramai yang duduk bersenang dirumah
menonton filem hindustan
bermesra dengan ahli keluarga
bersantai bersama rakan taulan

aku tersadai di tengah tengah bilik
melihat mereka yang khusyuk
khayal dengan kata kata guru
juga menguap kebosanan

aku menunggu waktu tamat
untuk pulang ke rumah
untuk minum petang
bersama si dia

**1 oktober 2011, 227, bmi gombak

[part time] wifi lagi

celaka apa ntah pagi ni. semalam ok je. hari ni aku nak buka fesbuk tak boleh. takkan lah technician bmi buat kerja malam malam block fesbuk. itu sesuatu yang tidak mungkin.

[kahwen] amen nikah

semalam aku sempatlah menyibuk kat masjid. untuk majlis pernikahan amen dengan bini dia. aku sampai lambat sikit sebab biasalah aku naik dengan orang. orang tu ucu. time time orang nak gerak baru nak isi minyak lah...

aku masuk masjid tengok orang dah duduk. ada yang bersila ada yang bersimpuh. orang melayukan penuh dengan tertibnya. aku melangkah masuk dengan konfiden. aku nampak amen dah bersila depan kadi. aku ingat dah setel. rupa rupanya baru mukadimah.

amin bagi aku guna d80. aku tak tau sapa punya. yang penting aku dapat menembak. puas gak lah menggodek sebab tak pernah pegang. hasilnya banyak juga gambar kat kamera tu. kamera aku? ucu pegang. gambar gambar kat bawah ni semua hasil tembakan ucu.



amin tenang selepas 3 kali lelap

awek pengapit yang lawa

pengantin perempuan dengan mas kawen 

pemberian mas kawen

menyarung cincin emas
amin masa kat rumah

kekacakan amin pudar semasa bergambar dengan aku

beberapa perkara yang perlu di ketahui anda semua semasa hari kejadian ini.

1. awek pengapit yang lawa itu rupa rupanya telah dimasuk jarum oleh asan basri sebelum aku dan ucu jumpa. berita dari amen mengatakan bahawa asan telah maju setapak sehingga membawa berjumpa ibu bapa beliau ke rumah awek pengapit yang lawa tersebut. harap kisah silam asan sebagai seorang gay tidak diketahui awek pengapit yang lawa tersebut.

2. masa minum petang di rumah pengantin perempuan kami dihidangkan dengan kuih muih. tetapi yang paling penting mereka juga menghidangkan pulut dan sambal. pada mulanya aku ingat amen yang supply pulut sambal tetapi mengenangkan tiada ayam goreng maka aku amat pasti ia bukan hasil tangan amin. pulut ayam yang amin dengan wan buat dulu memang pergh. cuma tiada market disini.

3. pak imam memang best. dari lepas asar sehingga 630 baru setel. memang legend la dia punya syarahan agama. dari bab orang kawen sampai ko dapat cucu nanti. aku rasa imam tu orang pas sebab ustaz umno mana reti sangat bab bab agama ni. ke laut lebih.

yang pasti seorang lagi rakan aku telah selamat diijabkabulkan. ini bermakna semakin kecillah grup orang bujang. nanti majlis di perlis tinggal aku dengan bob je lah. yang lain diharap kamon lah gerak beramai ramai.

**gambar purely direct from memory card. no editing b'coz i have no medium to do so.

[menulis] 2

sementara itu di sebuah rumah agam yang terletak di pinggir bandar. kelihatan beberapa penduduk tempatan dan saudara terdekat sudah memenuhi ruang laman hadapan rumah agam tersebut. ada yang berkopiah dan ada juga yang bersongkok tinggi. ada yang sedang menyiapkan kelengkapan untuk memandi. kolong, tong tong air sudah di pinjam dari surau berhampiran. hanya menanti sekujur tubuh kaku tiba dari hospital.


para pembantu rumah sedang teresak esak menangisi akan pemergian tuan rumah tersebut. seakan tidak percaya sehingga ada antara mereka yang pengsan. ada yang mengaji dan juga yang membaca yaasin. untuk di sedekahkan kepada tuan yang dikasihi.

ketua pembantu rumah sibuk masuk keluar rumah. pelbagai perkara perlu di selesaikan. dari menyedia tempat bermandi sehingga tempat mengkafan. beliau juga perlu menguruskan surat mati untuk diedar kepada mereka yang datang menziarah.

**diminta reades memberi idea atau komen. sumbangan anda amat dihargai

[menulis] 1

ketika itu hujan turun dengan lebatnya. fauzi yang menunggang motosikal tidak dapat memulakan perjalan untuk pulang ke rumah. jam di tangan sudah menunjukkan pukul 7. beliau duduk di meja tepi sebuah kedai minum barat. ditemani laptop pemberian syarikat beliau bekerja.

sedang fauzi mengemaskini status beliau di laman sosial facebook beliau didatangi oleh lima orang lelaki. mereka berbadan sasa juga memakai kot. fauzi yang seperti tidak mengerti akan apa yang sedang berlaku hanya bertindak selamba dan meneruskan bermain angry bird. fauzi gemar bermain angry bird kerana beliau suka melihat babi babi itu meletup.

sorang daripada lelaki yang berbadan sasa itu memulakan bicara."Encik fauzi? anda perlu ikut kami"

fauzi yang masih terpinga pinga tidak menghiraukan lelaki tersebut kerana beliau terlallu asyik melayan angry bird.

lelaki tadi bersuara lagi tetapi kali ini dengan suara yang agak kasar. para pelanggan di kedai tersebut memandang dengan wajah curiga. fauzi memandang lelaki tersebut dan terkejut kerana tidak menyedari akan kehadiran mereka. "apa boleh saya bantu" kata fauzi yang kaget.

"encik fauzi perlu ikut kami" tegas lelaki yang berbadan sasa tadi. lagaknya seperti ketua kepada mereka berlima.

"tapi saya dah nak balik ni. waktu kerja saya sudah lama habis. kalau nak jumpa pun esoklah." jawab fauzi yang cuba untuk meloloskan diri dari mereka yang berbadan sasa tadi. salah seorang daripada lelaki berbadan besar terus memaut tangan kanan fauzi dan terus mengiringi fauzi yang masih tidak faham apa yang sedang berlaku.

**diminta readers memberi idea atau komen. sumbangan anda amat dihargai

08 October 2011

[puisi] di awang-awangan

terduduk di sudut
menyiapkan tugasan
bersama teman
tiada kesudahan

berkumandang siaran radio
dengan lagu lagu terkini
siaran di televisi
dengan perlawanan bola sepak

manusia manusia yang lain
dengan urusan mereka
belajar untuk peperiksaan
melayari internet secara percuma

yang datang untuk mengisi perut
makan bersama yang tersayang
makan bersama rakan
makan sendirian

aku
masih berfikiran
mengapa dipersalah
sedang aku hanya bermesra

[jiwa jiwa luka] tak faham

sekarang ok. tetiba berubah.

sekejap ok. sekejap ko.

aku tak faham dengan 1 jenis makhluk ciptaan tuhan.

PEREMPUAN

kenapa aku sering dipersalahkan walau cuba buat benda baik.

kenapa aku diherdik jika aku cuba berkelakuan budiaman?

siapa yang tidak faham dan salah faham?

letih berfikir aku perlukan makanan

[politik] bajet 2012

petang tadi mat mongol becakap pasal mana duit nak salur. macam macam tempat dia nak bagi duit. ada yang dia potong ada juga yang dia bagi. tak tertinggal gula gula sebelum pilihanraya.

malam ni kenalan phd mesej tentang sesuatu yang serius;

phd : ko percaya tak pada ungkapan "Belia Harapan Bangsa"?

aku : memang belia harapan bangsa. dunia untuk anak muda - isham rais. tapi selagi orang tua terus mengongkong dengan kuasa yang mereka ada anak muda tak jadi apa.

phd : bernas jawapan ko. tapi ungkapan tu dah tak boleh pakai lepas ni. yang tepat " Belia terus menganggur, si tua terus bekerja hingga lanjut usia(60)".

aku : betol. aku tak tau kenapa nak simpan orang tua dalam sektor sedang mereka cuma makan gaji buta. kerja yang boleh disiap dalam 30 minit jika sektor swasta memerlukan 3 hari untuk mereka. mat mongol kata akan ada peluang baru akan dibuka.

phd : mungkin dia lupa sejarah politk lalu. cukuplah dengan kumpul mahasiswa/i um, ukm, uitm n uia. dah boleh dapat undi majoriti untuk negeri selangor. dia terlepas pandang. kesian.

aku : mungkin mat mongol ingat dengan rm200 dapat jadi gula gula untuk budak budak lupakan pasal umur 60 tu kot.

phd : pada pandangan aku berlaku satu bentuk penindasan oleh golongan konvensional(orang tua) untuk kepentingan peribadi. even elaun MP tak kira apa parti dinaikkan. dan mereka bersorak gembira.

last sekali kenalan phd memberi peringatan yang paling penting.


phd : p/s. usop jom kita daftar pasrti KITA. dengar ada kosong lagi.

gurauan pasti KITA oleh kenalan phd memang kerap berlaku. tak tahu pula apa motif sebenar beliau sama ada untuk memperlekehkan KITA atau memang ada niat tersirat. tetapi yang nyata beliau pernah berkata "kita masuk KITA pastu daftar sebagai calon. kacau undi dah tentu BN bayar nanti." disambut dengan hilai tawa. hahaha.

apa yang pasti tindakan mat mongol melanjutkan had persaraan sehingga 60 tahun banyak mendatangkan masalah kepada anak muda. para graduan terutamanya yang sering kali mendapat masalah ketika baru melangkah ke alam pekerjaan. baru sebelah kaki melangkah telah di bentes dan terjelepuk ke tanah.

seringkalli kita di sogokkan dengan cerita tentang peluan kerjaya diluar sana. "20000 kekosongan di karnival kerjaya". jika jawatan kosong yang ditawarkan sebagai pelayan kedai mamak adakah ini yang perlu dipilih oleh para graduan? apalah guna belajar bertahun, menanggung hutang pada ptptn, ketok duit mak bapak tiap tiap bulan. last last tersadai kat kedai mamak. memburuh di kedai makanan segera. lebih teruk hanya terperuk terus menghabiskan harta orang tua?

orang muda sering dipandang lekeh oleh golongan tua yang rasa mereka sudah cukup berkuasa. lagi pula disokong oleh anak anak muda yang hanya tahu membesarkan perut masing masing tanpa memikirkan tentang rakan seusia mereka. mungkin perlunya gerakan seperti tahun 1974 untuk menyedarkan anak anak muda ini? atau terus membisu, rela dihinjak?

aku bukanlah seorang pemimpin. aku cuma aktivis yang rela dipimpin. aku akan bersama mereka yang terus cuba menegakkan yang benar. diharap akan muncullah isham rais ke-2 untuk dekad ini.

06 October 2011

[kahwen] pre-wed amen & syafiq

hujung minggu ni 2 orang kawan aku akan kawen. sorang kawan sekolah menengah sorang lagi sekolah universiti. mereka ber-2 sama usia dengan aku tapi dah nak kawen. ye la. sudah jodoh mereka.

aku rasa dulu aku ada pernah sebut (sound) kat dorang. pasal nak kawen ni. kalau time aku sekolah memanglah aku tak datang. tapi rasa bersalah juga kalau tak datang kawen dorang ni.

amen kawen buat kali ke-1. harapan la lu nak ke-2 bro. haha. tak silap aku bakal bini dia ni dulu pernah aku jumpa dan pernah lepak sekali. maen kate tu sepupu die. serius sampai hari ni aku percaya tu sepupu die. nasib baik aku tak ejas. haha

masa lepas lepas amen kate awek tu sepupu die aku tengok die bukan maen mesra lagi. manada orang mesra dengan sepupu sampai macam tu. fikir aku. tapi sebagai seorang yang tak suka bersangka buruk maka sebab itulah sampai hari ni aku percaya yang awek tu sepupu die.

tujuan aku tulis ni bukan apa cuma aku dalam dilema sekarang ni. nak pergi ke tak? kita sering di'omok'kan jika tak pergi jemputan kawen orang nanti kita kawen orang tak datang. celaka ape ntah hari tu membe aku yang lain kawen time 1 mei. sanggup aku tak pergi KL metalcamp. pastu kawan kitornag yang lain kawen die tak datang. bukan jauh pun die kat jalan kebun. so teori orang dulu dulu ni memang menipu banyak.

jadi akhir kalam. aku nak kene pergi ke tak? hadoiyai....

[hiburan] pengaruh cerita

filem kita wajah kita...

itu yang dicanangkan oleh finas tak lama dahulu. pernah suatu ketika tidak lama dahulu ketika cerita lawak dan hantu keluar sama kuat. tertanya aku adakah kita ini berwajah hantu lawak?

tadi aku tonton filem hantu bonceng. aku tengok yang donlod punya. serius aku tak nak bazir duit untuk tengok cerita melayu kat wayang. dan ternyata aku tidak salah memilih untuk tidak menonton di pawagam. cerita yang serius akan merosak. 1. rosak bahasa. 2. rosak anak bangsa.

filem ini di tonton oleh semua lapisan umur. anak anak pastinya terhibur dengan zizan. tak salah untuk menyampaikan segala yang benar tentang alam rempit tetapi batas bataskanlah. segala pertuturan anda menjadi buah mulut anak anak. buruk benar jika anak anak kecil bercakap pasal celup.

kadang aku sedih dengan anak bangsa aku. tapi mereka yang sibuk memperjuangkan ketuanan lebih tahu. harap mereka peka terhadap semua ini.

05 October 2011

[fesyen] tunjuk ***** v2.0

setelah malam semalam yang panjang - 430 baru aku balik - dengan pelbagai ranjau yang perlu aku hadapi sebagai seorang hamba di atas muka bumi tuhan yang maha pencipta.

semalam aku bercerita tentang awek yang duduk meja bertentangn dengan aku yang pakai baju jenis tunjuk tetek. tadi siang masa di rumah aku tatkala aku menonton tivi. aku jenis yang suka tukar tukar siaran sehingga aku sendiri tak tahu nak tengok rancangan apa.

maka terhentilah aku di siaran tivi3suku. rancangan telenovela. drama bersiri dari latin (mexico biasanya). 1 analisis segera telah dibuat oleh aku. dengan gaya pakaian yang dipakai oleh para pelakon juga orang awam yang sedang memerhatikan mereka berlakon dapat aku simpulkan bahawa fesyen baju nampak tetek adalah dari pengaruh drama telenovela. cara pakai mereka ternyata amat menarik aku sebagai seorang lelaki. akan tetapi disebabkan madrasah alhijrah masih belum habis aku terpaksa menukar siaran semula.

jadi. apakah salah pelakon telenovela yang berpakaian begitu sedangkan ianya adalah pakaian yang biasa di paki oleh masyarakat disana? atau adakah salah wanita wanita disini sedangkan mereka cuma meniru gaya pakai mereka yang dalam suasana iklim yang lebih kurang sama dengan mesia? tidakkah mereka tahu bahawa negara arab lebih panas dan wanita wanita disana masih mengenakan purdah dan jilbab?

[jiwa jiwa luka] kerja

katanya mahu bekerja di melaka...
nak dihalang siapa aku...
tak dihalang aku merana...

jangan pergi...
PLEASE!!!

[kerja] bisnes baru

sorang kawan ada mintak idea untuk buat bisnes. sekarang ni dia dah ada kedai runcit terletak di shah alam. berdekatan dengan uitm. pulangan? 2k-3k bersih sebulan. tapi kata beliau tak boleh kaya macam ni. dia nak kaya cepat.

so dia mintak aku sajes apa apa bisnes yang boleh di buat untuk cepat kaya? aku ada memikirkan beberapa seperti; 1. sarang burung 2. kedai makan 3. pam minyak 4. construction.

yang pasti apa yang aku fikirkan untuk dia mesti ada pulangan untuk aku. bukan maksud aku untuk amek komisyen tetapi lebih kepada menjadi pembantu beliau mungkin. kiranya win win situation la.

dear readers; kalau ada apa apa idea yang boleh dikongsi bersama. diminta agar anda membantu.
tq

[menulis] idea

sekarang ni macam macam idea datang menjengah kepala otak aku untuk menulis. aku ingat nak tulis balik cerita aku hari tu.

masalah sekarang aku takda laptop.serius aku perlukan laptop untuk menulis kembali. kertas kat rumah tak cukup. bajet pun cukup cukup makan je. mana ada sen nak beli kertas.

lagi pula aku tengah takda kerja. nak cari kerja atau nak buat kerja? aku tak tahu mana 1 aku nak buat. nak cari kerja banyak yang dah ban aku sebab aku tak report lepas dorang offer aku macam macam. nak buat kerja modal pula takda.

got to do something for living.

[fesyen] tunjuk *****

disebabkan aku tidak punya laptop, ujang dengan senang hati memberi aku pinjam laptop. bukan apa, untuk kesenangan beliau juga.

ada laptop tetapi tiada internet juga masalah sebenarnya. pada mulanya aku lepak rumah gadis gadis untuk buat kerja sekolah. setelah banyak kali aku sendiri rasa tak sedap. apa pandangan masyarakat setempat bukan? tapi kalau boleh aku still nak lepak sana juga. sedap mata memandang, banyak idea datang masa kat sana.

kemudiannya aku beralih ke mcD. time time awal pagi macam ni tak ramai orang. cuma 2-3 meja sahaja yang ada orang. lagi 1 meja tu budak budak kerja mcD duduk sambil tonton bola di tivi.

masalah di mcD ni cuma 1 je. yang datang makan sini macam macam 'pesen' orangnya. yang paling tak boleh tahan jenis awek awek yang pakai baju nampak tetek. pesen tetek nak tunjuk kat orang. memang lah banyak kat luar sana tapi janganlah kat mcD tempat aku nak buat kerja sekolah ni. kosentrasi aku terganggu dengan pandangan pandangan sebegitu. nanti kalau tak dipandang akan timbul 2 kemungkinan. 1. awek tu akan ingat aku gay. 2. awek tu mesti kecik hati sebab orang sekacak aku tak pandang tetek dia sedangkan dia berusaha untuk menunjukkannya.

petang isni lepas aku dengar fly fm. topik yang cuba diketengahkan oleh phat babes(betul ke eja) "woman love to be object of desire". dengan 1 contoh dimana brasil telah mengharamkan iklan dari lingerie company. rakan dj phat babes mengakui bahawa isteri beliau juga suka dijadikan bahan. sebagai contoh jika mereka keluar untuk bersosial bersama rakan atau membeli belah, beliau akan memakai sesuatu yang lebih menarik untuk di pandang sedang di rumah hanya biasa biasa sahaja. bila di tanya kenapa jawapannya supaya orang akan tengok.

begitu juga dengan para pemanggil. tidak kira lelaki atau perempuan mereka mengakui teori ini. antara alasan lain ialah supaya orang yang tengok akan berasa cemburu.

so; is it my fault if i'm looking at a woman wear a shirt with exposed boob?

01 October 2011

[hidup] laptop lagi

bilalah kutu nak hantar laptop ke rumah. duit sudah diberi. aku sangap sudah.

[part time] fuzzy

dalam meneruskan kesinambungan pembelajaran, kami perlu mengambil satu mata pelajaran digelar Artificial Intelligence(AI). AI disini seperti filem AI yang anda semua saksikan suatu ketika dahulu. tentang kemajuan teknologi.

dalam mata pelajaran AI ini kami perlu belajar tentang fuzzy logic. fuzzy logic ialah satu kaedah yang di gunakan untuk mempermudahkan kerja. kira macam kalau anda korang rasa c++ tu susah fuzzy ni tak lah sesusah mana. dia meng'improve'kan c++ korang tu.

untuk membuat program fuzzy logic ini beberapa software boleh digunakan seperti c++, Java, LabView. tapi apa yang paling penting ialah kita kene faham setiap software yang akan kita gunakan.

sekarang ni satu haram aku tak faham. macam mane nak buat ni!!!!!!