31 March 2011

[hidup] perjalanan

mengikut kamus dewan:
hal atau perbuatan berjalan


namun bagi aku...
ia bermaksud mencari...
mencari tempat...
mencari makanan...
mencari sesuatu yang pasti dan tidak pasti...

hidup ini suatu perjalanan menuju pulang...
pulang ke asal kita...
syorga kata ustaz...

setiap minggu...
perjalanan tetapku...
demi segulung ijazah...
yang tidak ku tau nilainya pada mata masyarakat kini...

terkadang terfikir...
bila sampai di penghujung perjalanan...
sudah cukupkah segala???

[sesuap nasi] kerja keras

dah lama buat kerja-kerja bak indon...
tadi tolong haji malek di teluk intan...
dismantle weighbridge...

kerjanya taklah susah mane...
namun memerlukan tenaga yang banyak...
segala kudrat dikerah...

alhamdulillah...
selesai menyiapkan tugasan...
aku kencing airnye kuning pekat...

pergh...
lama gila tak tengok air kencing aku kaler macam tu...
penuh dengan toksin-toksin...

mungkin esok aku akan lebih sihat dari hari ini...
siapa tau???
hahaha

30 March 2011

[jiwa jiwa luka] hmmm

berfikir sejenak...
terpahatkah namaku di dinding hatinya???
atau aku seperti insan lain...
yang cuma singgah...
dan pergi...
bukan bertapak untuk selama-lamanya...

aku puas mencoba...
meragut segala peluang terhidang...
namun bagai melepas batuk ditangga...
mencurah garam ke laut...

kadang rasa seperti putus-asa...
perlukah...
aku???

[sesuap nasi] kerja minggu ini

rabu aku ada satu job di batu 14 hulu langat...
kilang buat sos...
seriusly...
lepas ni kalau aku tengok orang jual burger guna sos kilang ni...
taubat aku tak beli...

khamis aku ada job kat teluk intan pula...
esoklah tu...
jam 9 sudah perlu berada disana...
jam 6 aku sudah keluar rumah mungkin...
akukan seorang pemandu berhemah...

jumaat pula job di sungai buluh...
pasang infrared untuk timbang...
kerja mudah barangkali...

aku perlu tidur...
untuk mengembalikan kecergasan menjelang esok pagi...

28 March 2011

[politik] hak sebagai pengundi


ketahuilah hak anda sebagai seorang pengundi...
dah daftar ke belum ni???

26 March 2011

[jiwa jiwa luka] hybrid

semalam...
bercakap tentang kereta...
prius...

tidak pernah terungkap...
bercerita tentang minat...

kita memang serasikan???
hahaha

[part time] kelas ganti tekno

hari ini miss suhaiza berniat untuk mengganti kelas minggu depan kepada hari ini...
malas juga kelas panjang-panjang ni...
pening kepala...
ngantuk lagi...

miss suhaiza best...
"kalau you all lapar...
kita beli makanan kat luar makan dalam kelas...
sama-sama"...
sempoi...

addasuki ada minggu ni...
beliau diarahkan untuk mengambil exam yang sekian lama tertangguh...
banyak nak kene baca...
good luck la brother...

su tiba-tiba online jugak...
dah line aku jadi slow...
potong line betullah orang tua ni...
baru nak download bahan-bahan terlarang...
hahaha

[jiwa jiwa luka] senyum

aku gembira malam ni...
setelah lama tidak ketemu...
melihat kau tersenyum...
hilang segala rindu...

saket kepala...
pergi...
mengantuk...
hilang...

aku tidur dalam senyuman...
kerna bunga kembali mekar...
sekurang-kurangnya pada malam ini...

25 March 2011

[hidup] minah melayu kat klcc

**untuk bacaan 18 tahun keatas sahaja...maaf jika menyentuh sensitiviti...

hari ini aku ke KLCC...
salah satu mercu kebanggan negara...
che det kata dia buat...
tapi sebenarnya rata-rata contractor adalah warga indonesia...
tapi bukan ini yang aku nak cerita...

suria klcc ni kalau siang hari memang ramai manusia...
ada yang bekerja tidak kurang juga yang membeli-belah...
sedang berjalan-jalan...
nampaklah seorang minah ni...
1st impression...melayu kot...

namun begitu pakaian beliau sungguh mantap...
macam model catwalk pun ada...
yang pasti tetek die tesembul keluar...

sebagai seorang lelaki...
ianya umpama tindakan reflect...penerangan di sini...
mata akan terus tertumpu tepat kearah benda bulat di atas dada beliau...
tapi iman masih tercebis di dada...
lantas mataku beralih kerna teringat akan balasan di akhirat kelak...


bagi seorang hamba Allah yang lain...
perkara seperti ini sudah pasti rezki kepada beliau...
tanpa prasangka beliau terus merenung dengan penuh perasaan...

agak-agaklah...
apa perasaan perempuan tersebut???
pastinya marah bukan...
lantas aku terdengar satu jeritan dari perempuan tersebut...
belaiu menengkin lelaki tersebut...

namun lelaki tersebut seorang hebat...
langsung tiada riak bersalah pada wajah beliau...
pelbagai kata-kata nista dihamburkan keatas beliau...
aku yang ada di situ cuba mencuri dengar perbalahan mereka...

dengan selamba lelaki tersebut membalas...
"kalau tak nak orang tengok buat apa tayang pakai baju macam ni???
kan bagus kalau pakai baju kurung ke...ni da macam offer orang tengok...
salah ke aku kalau ko open offer to public macam ni???
fikir dulu sebelum buat la...MELAYU!!!"

padat...tepat...sempoi...
aku ingat nak salam mintak autograph kat dia...
tapi segan pulak ramai orang kat situ...
hahaha

minah tu tak bersuara...
dengan muka marah dia berambus...

so...
to all ladies out there...
think before you dress...
people around you will watch...
if you don't like people staring on your boob's...
or any part of your body...
cover it up...
so we dont share all sin...
hahaha

20 March 2011

[part time] zul

zulkhair ada seorang adik yang juga belajar di bmi...
zahirah nama beliau...
iye perempuan...

zahirah ada kawan...
kawan beliau juga ramai perempuan...
hari ini beliau membawa seorang kawan beliau untuk keluar makan tengahari bersama kami...
tidak berapa lawa...
mungkin beliau ada kawan yang lebih cun...

tapi...
aku tidak pelik...
apabila semasa berborak...
zulkhair menyebut nama kawan zahirah yang lainnya...
ramai juga...

sial...
tak mau kenalkan dengan aku...

[part time] wifi @bmi

celake...

19 March 2011

[busut 2] meniaga nasi lemak

ini idea siapa???
aku sirius tak tahu...
yang aku ingat aku kene buat mee goreng dan bihun goreng...
amin buat nasi lemak...
zafwan buat pulut ayam...

macam biasa adat orang berniaga...
mula-mula susah nak buat untung...
memang betul...
berniaga di taman melati...
dekat-dekat dengan putra...
1st day bukak meja sebiji nasi pun tidak berjaya dijual...

namun mereka tidak mengalah...
mula mencari port lain...
dengarnya sampai ke bangsar???
aku tidak pernah sampai kesana...

port baru dikatakan lebih menguntungkan...
kira bergerak jugalah perniagaan...
ada regular customer...

sebiji kereta dibeli...
rm1000...
mazda ape ntah...
kereta ini banyak berjasa...
pergi tengok bola parking sebelah kereta tuanku...
hehehe

namun disebalik perniagaan ini...
ada manusia yang mengambil keuntungan...
hehehe...
aku contohnya...
ucu dan pak abas...
hehehe...
segala macam makanan yang tidak habis dijual...
menjadi santapan harian kami...

kadang-kadang dihulur jua pada makcik sebelah...
sampai jemu jugalah mereka menikmati hasil tangan kami...
hahaha

[puisi] sahabat

mula perkenalan hanya sebagai rakan sekelas...
berbual untuk merapat jurang...
8jam perjalanan perlu kau tempuh...
hanya untuk segulung ijazah...

jauh kau berkelana
demi mengejar cita-cita
mencari sesuatu yang digelar nikmat dunia
walau ia sekelip mata

setiap minggu kau akan hadir...
tanpa pernah gagal...
jika ada tugas di pejabat...
akan ditangguh kerna ilmu itu lebih utama...

menimba ilmu sehingga ke china
terus menjadi darah dagingnya
tidak dikisah badai melanda
yang penting ilmu didepan mata

perjalanan yang jauh tidak pernah menjadi masalah...
hujan ribut bukanlah penghalang...
setiap hujung minggu dihabiskan untuk mencari ilmu...

dari lipis hingga ke gombak
sudah menjadi lumrah baginya
walaupun jauh hendak dikata
namun baginya sebentar jua

mentari yang menyinari ada jua hilangnya...
bulan yang menawan ada jua jemunya...
panas terik kadang-kala datang redupnya...
hujan yang lebat pasti ada teduhnya...

engkau pergi tanpa petanda
walau usia mu masih muda
itu janji yang maha esa
kita menurut sebagai hamba

walau engkau sudah tiada
semangat juangmu tetap bersama
meneruskan perjuangan ke akhirnya
itu cita-cita kita semua


*dedikasi untuk abang, sahabat, kawan, rakan kelas, teman serumah yang pernah menghiasi hidup ini
hari ini sepatutnya hari lahir beliau namun Allah lebih menyayangi...
Al-fatihah untuk Azaharie Mohamad

[busut 2] puasa seorang pelajar

semasa belajar HND dulu...
kami orang tinggal di sri gombak...
rumah sewa itu diberi nama busut 2...
nama yang diberi oleh yusri...

so seperti umat islam sedunia yang lain...
bulan ramadhan kita diwajibkan berpuasa...
ia dinanti-nantikan oleh umat islam yang beriman...
namun bagi aku yang ketika itu tidak berapa nak beriman sangat...
terasa puasa sesuatu yang membebankan...

walaupun begitu aku tetap berpuasa...
ini kerna ia telah ditetapkan oleh agama...
aku juga sempat khatam 2 kali setiap kali ramadhan...

kehidupan sebagai pelajar banyak keterbatasannya...
contohnya makanan...
tidak bagi kami sebenarnya...
tinggal di kawasan yang majoritinya umat melayu...
jiran sebelah-menyebelah juga melayu...
membuat kami mudah menjalani ibadah puasa...

maka setiap petang juadah berbuka akan disediakan...
aku sebagai chef hanya menurut perintah dari pihak atasan...
biasanya hasan...hahaha
makanan feveret untuk juadah berbuka ialah mee goreng...
apa sedap sangat ke mee yang aku goreng sampai merekamenggemarnya???

cuma kadang-kadang aku bertukar menu...
bihun goreng...
(asan da lama ajak aku buat bihun goreng kat uma dia...aku ingat dia da rindu masakan aku lah)...
pernah sekali aku cuba buat nasi apa ntah...
yang pasti aku menonton bob lokman buat bersama shila rosli...
dalam nasi tu ada ayam...
disebabkan puasa maka nasi tersebut agak tawar...
namun rakan-rakan serumah ku tidak merungut dan licin juga pinggan mereka...

oleh sebab hidup berjiran...
bertukar-tukar juadah menjadi kemestian...
kadang-kadang makcik sebelah menghulur...
dan kami tak hulur apa-apa kembali...
cuma pinggan bersih sahaja...hahaha
(takpa kami makcik faham...orang bujang la katakan)...

namun jika ada sesuatu untuk dikirim...
ucu akan selalu meng'ofer' diri beliau...
kerna apa ya???
oh ya!!!
makcik sebelah ada anak dara yang 'lawa'...
mungkin pasl tu kot...

kawan-kawan ada jawapan???
hahaha

12 March 2011

[cerita kontot] haji karim kaya

pagi itu seperti biasa haji karim berhasrat untuk pergi menebas di kebun belakang rumahnya. suasana yang dingin sehingga ke tulang kadang-kala membuat haji karim menggigil. dengan mengusung sebilah parang panjang beliau berjalan terus ke hujung kebun beliau.

beliau memulakan aktiviti penebasan beliau berhampiran dengan anak sungai. fikir beliau ingin dibawak sampai ke depan. sedang dalam aktiviti penebasan beliau tiba-tiba parang panjang tinggalan pusaka arwah atuk beliau hinggap di atas sebuah botol kaca. namun botol itu tidak pecah.

haji karim mengambil botol itu dan kelihatan cebisan kain kuning membaluti tubuh botol tersebut. dalam hati beliau berkata mungkin botol perangkap hantu atau jembalang yang ditangkap oleh bomoh kampung sebelah. atau mungkin ada jin di dalamnya seperti cerita aladdin yang beliau layan di estro ceria. lantas haji karim menyimpan botol sepanjang sejengkal itu di poket tepi seluar camel beliau.

setelah siap menebas sehingga ke tengah kebun, haji karim mulai rasa kepenatan. pangkal pokok manggis menjadi tempat beliau bersandar. pokok manggis mempunyai dahan yang rendang dan sesuai untuk lepak dibawahnya. dalam keadaan yang sangat letih haji karim teringat ada botol di poket tepi seluar camel beliau.

sebagai seorang manusia yang sedang dalam kehausan haji karim tanpa berfikir panjang terus membuka botol tersebut dan menonggengkan botol tersebut ke mulut beliau. dicuba berkali-kali tetapi hampa. air yang diidamkan tidak mengalir keluar.

dengan tidak semena-mena botol tadi mengeluarkan asap yang berkepul-kepul. haji karim yang terkejut terus mencampakkan botol tersebut ke tanah. botol itu terus mengeluarkan asapnya. asap tersebut berkumpul lalu membentuk suatu lembaga yang menyerupai seorang wanita. sekali pandang ada iras-iras maya karin dalam filem puntianak harum sundal malam.

haji karim yang masih kaget mulai menjadi hairan. bagaimana semua ini boleh berlaku?apakah wanita dihadapan beliau adalah seorang wanita atau seekor jin berupa wanita atau juga mungkin pontianak yang dikurung didalam botol tersebut?

setelah badan wanita tersebut siap dari kepulan asap tadi dia terus mengucapkan terima kasih kepada haji karim. lalu wanita tersebut memberitahu
"katakan 3 hajatmu akan ku tunaikan"

haji karim yang masih dalam keadaan terkejut lantas bangun. mendengar 3 hajat yang akan ditunaikan oleh wanita botol tersebut haji karim menjadi bersemangat. teringat akan isteri beliau dirumah yang sudah berkedut. lalu haji karim menyatakan hajat yang pertama,
"jadikan isteriku muda dan cantik seperti ratu cantik dunia"

"setel" jawab wanita tersebut pendek.
"apa hajat mu yang ke-2?" sambung wanita berkenaan.

haji karim berfikir sejenak. jika isteriku muda dan cantik tak kan dia mahu aku yang sudah tua berkedut ini? lantas beliau menyatakan hajat beliau yang ke-2,
"aku ingin menjadi muda, kacak dan bertenaga"

"jadik" kata wanita tersebut.

haji karim terpinga-pinga dengan perubahan fizikal beliau. kulit yang dahulunya berkedut kini tegang juga berketul-ketul ala-ala malek noor dikala muda.

wanita tersebut berkata lagi,
"fikirkan dahulu hajatmu yang terakhir. jangan sehingga memakan diri"

adat hidup manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada. haji karim terfikir untuk hidup senang. tidak perlu ke kebun. hanya goyang kaki dan duit bertimbun-timbun mencurah ke rumah beliau. haji karim ingin menjadi seorang yang kaya-raya. berkatalah beliau,
"aku ingin menjadi kaya-raya."

"wokeyh bos" turut wanita tersebut.

*****************

di sebuah rumah kampung, seorang wanita tua yang sedang menyisir rambut dihadapan cermin menjadi terpana apabila melihat akan perubahan pada fizikal beliau. beliau menjadi kembali muda. kedutan yang selama ini hinggap di badan beliau juga semakin menegang.

keluarlah wanita tua itu dari rumah beliau dan mula mencari suami tersayang. terus beliau ke kebun di belakang rumah kerana beliau yakin yang suami  beliau sedang berkebun disana.

terjerit-jeritlah beliau mencanang nama haji karim.sedang mencari-cari wanita tua tersebut terjumpa parang panjang kesayangan suaminya. namun suaminya tiada disitu. juga terdapat setin kaya yang masih baru dan tarikh tamat tempoh yang belum tiba. diambil parang panjang dan tin kaya tersebut untuk dibawa pulang. fikir beliau mungkin suaminya sedang berjimba-jimba di warung sood di simpang tiga kampung itu.

*****************

seekor jin yang sudah bertukar menjadi seorang wanita berjalan di bukit bintang sambil menahan gelak.
"dah minta jadi muda nak jadi kaya pula. kaya santan muda la kot"
"hik...hik...hik" tawa beliau kecil.

[info] header

sebagai pengikut setia...
anda mesti perasan yang header entri sudah berubah...
hehe...

since komen ucu yang pedas...
jua saranan beliau yang bernas...
maka aku tak jadi untuk membuka akaun blog ke-2...

tetapi untuk membezakan setiap entri...
sebab utama entri akan ditulis di dalam kolum...
contohnya...
[sebab] tajuk...


dan seterusnya...
tolonglah...
komen kat sini...
nampak la sikit blog ini dibaca...

apa hal suka sangat komen di fesbuk tu...
haiya...
macam bersawang blog ni...
hahaha

[jiwa jiwa luka] rindu nan lalu

minggu lalu kau marah padaku...
kerna masa silam mu...
aku berasa sungguh berduka...
kerna aku takut pabila dimarahi...

aku cuba membuat engkau gembira...
walau kadang-kala aku sendiri terluka...
aku cuba membuat engkau tersenyum...
walau kadang-kala aku sendiri tertangis...

senyum mu umpama bulan...
menerangi malam yang tiada cahaya...
walau cuma bulan sabit...
ia tetap indah kerna aku tau engkau masih tersenyum...

jika tidak ketemu...
rindu bisa hinggap di hati ini...
bila kau didepan mata...
kelu lidah untuk berbicara...

aku tahu...
cuma aku...
engkau pula...
tak pernah mengerti...

11 March 2011

[part time] kelas ganti hari ini

hujan masih menitis diluar...
azan sedang berkumandang diudara...
naruto baru tamat...

sejuk...
dingin...
basah...

mengabdikan diri kepada yang esa...
merelakan diri untuk mencari ilmu...
bersusah hari ini untuk kebahagiaan kemudiannya???

pejamkan matamu...
berpaksikan pada yang satu...
mintalah agar dipermudah...

10 March 2011

dilemma

pertimbangan demi pertimbangan perlu dilakukan...
semua untuk kebahagiaan orang-orang disekeliling aku...
tapi aku juga perlu fikirkan tentang diriku juga...

beberapa perkara perlu aku buat keputusan sekarang...

1. kerjaya
aku baru dapat offer kerja kat damansara...
starting ni dia kata nak bagi 2500...
confirm nanti up lagi 20%...
tapi bagaimana aku dengan wak din nanti???
aku adalah orang harapan beliau...





2. sekolah
bmi seperti biasa akan membuat kejutan kepada para pelajar part time...
kali ini mereka meminta aku membayar sejumlah wang yang memang aku tidak mampu...
duit kwsp akaun 2 aku pun ada berapa sangat...
aku perlu mencari wang secepat mungkin...
jika tidak tiada final examlah aku...
kerja sekolah pun bertimbun...
nak kene susun semula jadual aku ni...


3. blog
setelah aku bagi cadangan untuk membuka akaun blog ke-2 siang tadi...
seorang pembaca setia aku memberi komen...
supaya tidak perlu...
cuma aku perlu mengasingkan bahan dalam blog ini...
buat supaya ada perbezaan dalam kategori entri tersebut...


4. kewangan
aku perlu meluaskan source of income aku...
banyak yang perlu diselesaikan...
hutang-hutang yang berunsur riba semua...
perlu aku jelaskan supaya nama tidak disenarai hitamkan...
**adakah sugar mami yang follow aku???
hahaha




5. ehem...ehem...
adakah beliau masih marah???
sudah seminggu tidak berjumpa...
hanya berbalas pesanan ringkas sahaja...
boleh sasau aku begini...

26. perkahwinan achong

ok...
achong tidak semestinya seorang lelaki berbangsa cina...
ada 3 orang achong yang melayu...
1. penyanyi sweetchild yg kini pelakon lawak...
2. roomate aku mase 2nd sem kat BMI dulu...
saing kawe ni ore klate...dok tahu iduk lagi ko dah out...
hahaha...
3. klassmate aku sekarang...
beliau menjadi topik kita kali ini...

pada 6hb mac 2011...
kawan aku yang seorang ni melangsungkan majlis persandingan di rumah beliau...
di seremban...
maka setelah dicanang seluruh inderapura...
pergilah kami ber-8 dari kota metropolitan...

apa yang hendak ditulis ini...
tiada idea...
korang tengok gambar je lah ye...
enjoy...

tatkala berhenti sarapan...


kek...nyum..nyummm


ape bende ni???aku xingat name nye...


fid dengan aksi manja di hadapan kamera...


sedang mengumpat dengan makcik2...


ada juga cina yang nak buat adat melayu...


makan xberadab...(achong je)...


asyik melaram dihadapan kamera sendiri...


merenung masa depan....


cukop2lah cha....


gadis2 bergambar bersama pengantin...


hapis yang masih dalam mood berbulanmadu....
"welcome to da club" kata beliau kepada achong...

darwish & papa...

ok...gambar memang xedit...
gila malas aku ni...
masa pergi beli hadiah untuk achong...
taca menitiskan air mata...
sirius...
tak percaya tanya yah...


26. sibuk

sudah lama rasanya aku tidak merasai kesibukan...
biasanya rileks-rileks sahaja...

bermula pada (hari) jumaat lepas...
aku bekerja di Nilai...
(pada) hujung minggu pula aku berpoya-poya sekitar klang valley...
(hari) isnin, selasa, rabu...
aku bekerja di (negeri) perak...

aku suka bekerja di luar negeri...
luar selangor la...
banyak yang aku dapat lihat...

(hari) isnin aku berkenalan dengan uncle hotel...
beliau bercerita tentang pekan bidor...
aku hanya mendengar...

(hari) selasa pagi itu aku berkenalan dengan che' am...
beliau seorang bekas Air Force...
walaupun sudah berumur 58 tahun...
namun masih tegap dan mempunyai idea-idea yang sangat bernas...
namun tidak diterima diperingkat atasan kerna birokrasi...
sayang juga kerna beliau bersongkok tinggi...

pada sebelah petangnya pula...
aku berkenalan dengan pak imam masjid kg pintu gerbang...
rupanya beliau juga boleh mengurut...
dan agak terkenal di daerah beliau...

semalam (rabu)...
mula berkenalan dengan seorang pegawai MCM...
orang kedah...
agak lucu tetapi serius orangnya...
dia bukan topik utama...

awek timbang felda lawin tengah...
NORASHIKIN...
beliau seorang yang manis...(aku tak jilat)
sungguh ayu berbaju kurung dan bertudung litup...
namun aku seorang profesional...
kerja tetap kerja...
sorry la shikin sebab tak menegur mu...
hahaha...

hari ini(khamis)...
aku nak pergi interview...
nak test market...
orang tu kate nak offer aku 2.5k...
aku nak tengok macamana...

ok...
dah macam diari aku buat benda ni...
AAK...
gambar tiada kerna camera masih bersama aqqashah...
nanti apabila camera kembali ke tangan...
akan ku hiburkan anda dengan gambar...
ye...
hahaha

2nd blog

1 pun tidak terjaga...
lagi pula mahu buka yang ke-2???

ok...
mula-mula aku nak beritahu...
ucu dengan komen pedas beliau...

"apalah chop...mula-mula hari tu garang bukan main...
background wolverine...last-last keluar cerita jiwang"

aku serius tidak tertahan dengan kata-kata ucu tersebut...
but thank you my friend...

untuk itu aku akan membuka 1 lg blog...
(walaupun yang ini tidak ramai pengikut...)
blog yang hanya untuk perasaan...

walaupun masa mudaku pernah minum darah kambing...
sedangkan mat komando jua berkeluarga...

*nanti aku beri link untuk blog itu...