maka tadi semasa membuang masa berborak dengan para pemandu lori diceritakan oleh mereka bagaimana asal usulnya lori hantu.
lori hantu pada asalnya di beri nama bukanlah kerna lori tersebut tidak mempunyai permit atau rotex atau insuran. kisahnya bermula pada waktu sebelum tengahari. tapi tengah panas pukul 11 macam tu. disebabkan cuaca yang panas menyengat seorang dari kalangan pemandu lori di sebuah kawasan kuari telah mengambil keputusan untuk berhenti sebentar di kantin untuk membeli air minuman.
pemandu lori dikawasan kuari mempunyai satu tabiat dimana mereka tidak suka menarik hand break kecuali di kawasan bukit. kantin tempat pemandu itu berhenti tidaklah berapa bukit sangat. oleh kerna beliau berpuas hati dengan cara parking dan yakin bahawa lori tersebut tidak akan berganjak pemandu lori tersebut meninggalkan lori tersebut tanpa menarik hand break. sementara menunggu makcik kantin tersebut membungkus air yang diminta pemandu tersebut terdengar akan jeritan dari para pelanggan kantin tersebut.
"lori takda pemandu...lori takda pemandu..."
sambil memerhatikan pelanggan yang sedang menjerit tadi pemandu lori tersebut sempat juga menoleh ke arah lori yang bergerak tadi. "macam kenal lori ni?rompong depan takda pintu rangka je tinggal" bisik pemandu lori dalam hati.
tenpa berlengah beliau mengejar lori tersebut. sambil menjerit bagai nak gila "hantu punya lori...hantu punya lori..."
disebabkan mereka malas nak sebut panjang panjang mereka telah memendekkan kepada lori hantu.
apesal cerita ni macam tak best tapi masa aku dengar berguling guling aku gelak. celaka.
No comments:
Post a Comment