14 June 2011

[hnd] mercun katak

sempena nak dekat puasa ni ada satu cerita pasal mercun. ini pun diingatkan oleh ucu.

mercun memang di haramkan di hostel oleh cek wan. boboy dan zaim hampir di buang dari hostel kerna mercun. sebab diharamkan bukanlah kerna ia berbahaya kepada pelajar tetapi mengganggu cek wan tidur. budak budak ni mana reti bahasa. waktu tidur dorang rasa masa yang paling sesuai untuk main mercun. dan masalah yang lagi besar ialah dorang main bukan kecik kecik anak punya mercun. nah mercun bola, mercun telur. manalah cek wan tak mengamuk.

lagi pulak jenis budak budak yang dok tingkat empat jenis baling mercun bola ke bawah. pergh bunyi kat sebelah telinga tu masa tengah tidur. kene roh korang tengah melancong kat atas genting ok lagi dekat, tapi kalau tengah berenang kat selat inggeris atau tengah bersenggama dekat amsterdem tak ke naya. tak sempat nak masuk balik. itu yang membuat cek wan marah mungkin. ye la orang berkeluarga. rumah dekat sebelah hostel pulak.

nak dijadikan cerita hostel aku kat tingkat 1. b-1-27 kot. bilik tu aku ucu beso & acong. acong seorang lelaki melayu berasal dari kelantan yang rupa macam cina. tak tahu dia hidup lagi ke. lepas je isyak masa kejadian kitorang pun melepakkan diri sambil membuang masa seperti biasa. masa ni hobi membaca buku adalah sesuatu yang pelik dan menjengkelkan. sambil mendengar lagu lagu yang di putarkan di komputer tengok acong yang super hebat bermain minesweeper ada juga terdetik untuk menyiapkan assignment yang diberi. namun apalah ertinya membuat assignment awal awal tak thrill lah kan.

amin datang ke bilik hari tu untuk berbuka bersama mungkin. acong pula ada standby sebungkus mercun katak yang di ambil dari bilik kawan dia. alah yang kaler hijau pastu berikat kat tengah tu. lantas terus diambil seketul oleh amin lantas di baling ke bawah.

selang beberapa minit kemudian bilik dibuka dan suara garau yang memang sangat dikenali berkumandang. masing masing kaget. acong sedang menggulung rokok daun. ucu asap dalam mulut terus di telan. nak jadi jin agaknya orang tua ni. aku buat buat main minesweeper dan amin? aku tak ingat amin buat ape. cek wan memulakan teguran dengan lembut. mari kita ikuti dialog yang berlaku pada malam itu.

cek wan : "assalamualaikum"
kami semua : "walaikum salam. eh cek wan" kaget.
cek wan : "buat apa lo ni" sambil masuk kedalam bilik.
amin : "takda apa cek wan"
cek wan : "siapa yang baling mercun ni tadi?" sambil memegang mercun katak yang sudah berkecai.
kami semua : ".............." senyap. tiada bunyi.
cek wan : " cakap siapa baling tadi" dengan nada lebih keras.
kami semua : "............" masih senyap\
cek wan : " kalau taknak cakap semua saya buang hostel
amin : "saya cek wan. saya" dengan nada cuak
cek wan : " haa. ni siapa punya mercun banyak banyak ni" sambil menunjuk 1 bungkus mercun katak di atas meja.
acong : " ni takde apa ni cek wan. ni bunyi dia PE PEK je."
cek wan : "banyak awak punya pe pek. kali ni saya lepaskan." nada kesal
acong : "terima kasih cek wan"
cek wan : "haa. ni lagi satu" menggertak
kami semua : "........." kaget semula
cek wan : "siapa punya rokok ni?" sambil menunjuk sebungkus rokok daun
acong : "rokok daun je tu cek wan. pitih tak dop." jawab dengan konfiden
cek wan : "lain kali sorok siket."
acong : "ok cek wan"

keluar saja cek wan dari pintu bilik masing masing pecah perut. mercun pe pek. aku ingat cek wan balik rumah pun mengekek gelak agaknya. hahaha

No comments: