pada mulanya kami bercadang untuk bersua untuk melepas rindu pada kenalan yang tidak kerap berjumpa. walau tinggal 1 kampung namun untuk berjumpa amat payah sekali. seorang menuntut di penang, seorang di tanjung malim, 2 lagi disini tapi lebih kepada membuat aktiviti ekonomi masing masing.
seperti biasa perbincangan berkisar tentang khabar dan aktiviti terbaru. yang di penang baru sahaja tamat degree dan sedang menganggur. menjual takaful sementara mendapat kerja tetap. yang di tanjung malim sedang membuat phd dalam bidang bahasa. baru tahun pertama. lagi 2 tahun baru habis kata beliau. seorang disini tetap dengan kedai runcit beliau di shah alam dan dalam usaha membesarkan perniagaan. seorang lagi bekerja sebagai profesional dalam bidang beliau dan sedang melanjutkan degree secara sambilan. pertengahan tahun hadapan tamat katanya.
berbual tentang bola sepak, tentang filem tentang apa sahaja yang terlintas di fikiran. yang penang membuka cerita tentang takaful yang sedang diusahakan sekarang. aku yang sedang berjinak dalam bidang ini juga cuba mencerna seberapa banyak informasi untuk di kongsi bersama. yang lagi 2 cuma mendengar cuma kadang menyampuk untuk mengetahui lebih mendalam.
jam 1 pagi hujan turun dengan lebatnya. belum sempat berlari ke arah motorsikal terpaksa duduk semula. maka yang penang dan bakal phd bertanya pada aku tentang politik. apa akan terjadi jika pr menguasai negara? tidakkah akn muflis? jawaban aku cuma 1. buku jingga.
bertitik tolak dari point ini kami mula berdebat secara ilmiah. aku cuba mempertahankan kerajaan pakatan rakyat manakala bakal phd cuba mematahkan hujah hujah aku walau beliau seperti tidak menyokong kerajaan. kami berbicara tentang ketuanan melayu tentang anwar tentang kepimpinan tentang penyatuan umno-pas tentangpolitik yang pastinya.
aku bukanlah seorang pendebat sebenarnya namun aku berhujah mengikut pengetahuan aku dari pembacaan. secara terbuka aku menyatakan aku tidak mampu untuk berlwan cakap dengan beliau. bukan kerna beliau seorang bakal phd tapi mungkin kerna pengetahuan aku yang tidak menjangkaui pengetahuan beliau juga kerna beliau sungguh petah berkata kata. aku sangat beruntung kerna punyai seorang rakan begini. me salute you.
jam 315 baru hujan mulai reda. diharap ada bahagian kedua untuk sesi bicara ilmiah bersama bakal phd.
No comments:
Post a Comment