26 June 2011

[hidup] sikat

zul seorang yang neat. semua nak kemas. pakai t-shirt berkolar. di iron sebelum disarung. pakai slack. ada side, tajam. mesti pakai air wangi. rambut tersisir rapi.

namun beliau punya masalah jika bersiap di rumah keramat. beliau tidak dapat menyikat rambut. dulu semasa abang ada dia ada sikat. maka zul boleh lah pinjam. 

aku? memang tidak pernah punya sikat sedari kecil.

zul ada juga nak pinjam kat adam. hampa. adam jawab pakai jari sudah lah.

sebenarnya zul tak faham sistem. jika kita menonton filem filem dahulu akan dapati bahawa pelakon akan menyikat rambut semasa hendak ngorat awek. contohnya ramli masa nak try cik salmah(bujang lapok)

tak faham? ok biar aku jelaskan. jangan pandang rendah pada mereka yang tidak menyikat rambut. kerna jika kami sikat rambut pasti awek akan ngorat kami orang. hahaha

No comments: