02 June 2011

[hidup] tidak faham

ada  banyak benda dalam dunia ni yang buat aku tak faham dan keliru. contohnya laplace transform. soalan 1 baris tapi pengiraan sampai 7 helai kertas a4. itu tak termasuk kalau keliru antara laplace dan fourier lagi. tapi sesukar mana pun laplace transform dan fourier, akhirnya dapat jua aku selesaikan dengan bergaya.

lagi 1 contoh jalan. kita tengok jkr sibuk buat jalan bersimpang siur. flyover sampai 5 tingkat. tapi jem tetap jem. aku tak faham kenapa buat flyover banyak banyak tapi masih jem dan sebenarnya flyover yang banyak ini telah mengelirukan pengguna jalan raya. ada yang kat lane 3 tiba tiba nak keluar susur kat lane 1. bukankah itu perbuatan yang mengundang maki hamun. namun setelah beberapa kali melalui jalan itu kita akhirnya akan faham jalan yang kita lalui itu dan kalau tutup mata pun tiada masalah rasanya.

contoh seterusnya ialah makan. kadang kita tak faham bagaimana tukang masak di kedai tomyam boleh menyiapkan begitu banyak makanan dalam masa yang singkat. juga bagaimana seorang mamak boleh mengambil order tanpa menulis? bagaimana mereka boleh tidak terkeliru antara order meja kita dan order meja sebelah? ia tidak lah pelik sangat jika kita dapat tahu bahawa makanan kegemaran bagi umat mamak ialah kismis.

dalam banyak banyak perkara yang tidak faham dan keliru ni. aku jumpa satu perkara yang tidak mungkin bagi seorang aku untuk merungkaikan masalah yang timbul. ianya ialah perempuan/wanita/gadis/awekz/cikaro. serius aku fail dalam chapter memahami hati kaum hawa ini. kadang bila aku buat suatu perkara yang betul dan mulia pada pandangan masyarakat namun pada si dia ia sesuatu yang useless dan hanya membuat dia semakin sakit hati. juga jika aku mengambil berat tentang mereka akan dikata aku menyibuk tetapi jika tidak di hantar mesej dikata aku tak ingat padanya.

aku harap si dia membaca coretan aku ini. tolonglah jelaskan pada aku yang tidak pernah faham ini kerna aku ingin memahami...

No comments: