30 May 2011

[mat rempit] road block

aku pernah bercerita tentang musuh para penunggang motorsikal. antara musuh utama penunggang motorsikal ialah road block. lebih lebih lagi road block di laluan yang disediakan hanya untuk penunggang motorsikal sahaja. ini kerana ia agak sukar untuk penunggang motorsikal membuat pusingan-u atau merempuh road block tersebut. jika road block yang dilakukan di jalan biasa iaitu jalan besar yang juga digunakan oleh pemandu kereta dan lori ia memang mudah untuk di elakkan. buat u-turn pun cukup.

tadi petang dalam perjalanan ke kota damansara aku telah ditahan oleh sepasukan anggota jpj yang membuat road block di laluan motorsikal exit kota damansara di highway nkve. pergh senafas. aku agak kaget namun aku tempuhi dengan tabah. yang menahan di tengah tengah laluan seorang pegawai dengan 2 paku. muka garang pegang bendera. aku biasanya tidak pernah berhenti ketika road block kerna aku mengenakan baju loreng. ia 1 tiket untuk mempermudahkan urusan sebenarnya. namun pegawai jpj yang menahan itu aku rasa pasti dia seorang yang slow. askar pun nak tahan ke? kata aku di dalam hati.

lalu beliau meminta aku untuk mengeluarkan ic. aku tunjukkan batc aku dari dalam wallet tanpa mengeluarkannya. kemudian dia meminta lesen memandu. aku slow slow keluarkan lesen. diminta pula road tax. aku kata bawah seat. dia suruh keluarkan. dia pandang aku dengan muka tak puas hati. kemudian sampai 2-3 buah motorsikal lagi melalui road block tersebut. pegawai jpj yang bertugas untuk menahan terpaksa menyerahkan lesen aku yang berada pada tangan beliau kepada anak buah beliau sambil menyuruh untuk memeriksa road tax aku.

lantas aku mengambil kesempatan keatas situasi yang agak bercelaru. budak jpj pun datang kearah aku dan berlakulah sesi dialog seperti ini;

budak jpj : "road tax bang?" sambil membelek lesen aku di tangan beliau.
aku          : "road tax ada tapi di bawah seat. malaslah nak turun bukak seat" dengan selamba
budak jpj : "aaaaaaaaa" sambil memandang aku
aku          : "bawah seat ni"
budak jpj : "road tax mesti hidup lagi kan?"
aku          : "eh mestilah"
budak jpj : "bila mati?"
aku          : "bulan 10" penuh konfiden
budak jpj : "ooo.ok lah kalau macam tu" sambil menyerahkan kembali lesen aku tanpa memeriksa road tax
aku          : "ok terima kasih" sambil menyelitkan lesen ke dalam wallet

cepat cepat aku start motorsikal dan berambus. namun sebelum blah aku terdengar perbualan antara pegawai yang menahan aku tadi dan budak jpj.

pegawai jpj  : " dah tengok road tax?"
budak jpj     : "dah. bulan 10 mati" konfiden

terima kasih budak jpj kerna tidak memeriksa road tax aku. kalau tak dah tentu dapat surat.
most of all thanks Allah for giving me another chance.

nanti ada duit aku renew la road tax tu. baru 7 bulan...keh keh keh . . .

No comments: