14 May 2011

[cerita kontot] abang pernah tengok jin?


*di ceritakan oleh seorang imam (abang halim)

maka pada hari itu di tempat kerja beliau, suraya, sibuklah para cikgu kerna salah seorang pelajar perempuan telah dirasuk. bukan seorang tetapi 4 orang pelajar sekaligus. pelajar pelajar berkenaan meracau racau seperti terlihat akan jembalang yang amat hodoh lagi buruk rupanya. sebagai salah seorang pendidik, beliau secara paksa rela memberi pertolongan kepada para ustaz dan ustazah dalam usaha untuk memulihkan pelajar pelajar berkenaan. 
dan para ustaz secara berterus terusan terkumat kamit mulut membaca ayat ayat untuk menjampi pelajar pelajar tadi. sedang dalam pertarungan antara ustaz dan pelajar yang dirasuk tadi, suraya terasa meremang akan bulu tengkuknya. tiba tiba dia terpandang kelibat suatu susuk tubuh. cuma sekali imbas dan beliau hanya dapat ingat pun sekali imbas juga.

petang itu setelah pulang dari sekolah, suraya bercerita tentang kejadian di sekolah beliau kepada suaminya, hanif."abang pernah tengok jin? tadi kat sekolah ada budak kene rasuk. sayang nampak jin". "iye ke jin? entah entah jon jenin tak?" jawab hanif seorang yang tidak percaya kepada perkara perkara sebegini hanya acuh tak acuh mendengar cerita dari mulut suraya. namun di dengarnya juga kerna hari itu hari kamis. takut juga hanif kerna ditakuti tidak dapat bercucuk tanam di ladang.

malam itu, selepas makan malam bersama, hanif duduk di hadapan tivi untuk menonton wrestling. "dong" "dong" jam dinding dirumahnya berbunyi menandakan sudah jam 12 tengah malam. terkejut hanif dengan bunyi jam dinding itu. tidak beliau sedari yang hari sudah lewat. tiba tiba beliau teringat akan cerita yang dibawa oleh suraya di sekolah siang tadi. rasa berdebar menangkap jantung beliau. rasa seperti nak terkencing mula menyelinap ke bahagian organ reproduksi beliau. "nasib baik ada toilet dalam bilik" getus hati berdebar hanif. 

tanpa berfikir panjang beliau terus bangun daripada pembaringan di atas sofa di ruang tamu ke bilik tidur beliau. semasa membuka pintu bilik tiba tiba beliau rasa bulu roma meremang dan terasa seram sejuk. suhu bilik terasa sangat sejuk tidak seperti di ruang tamu. rasa seperti ingin terkucil semakin hebat. rasa seperti tidak mahu ke toilet namun air sudah di muncung tidak guna di tahan lagi. tatkala membuka pintu toilet hanif terkejut. penampakan susuk bergantungan di suatu sudut. cerita suraya petang tadi rupa rupanya benar. 

sudut yang berpaku itu tidak menampakkan pakunya. terlindung oleh susuk susuk tadi. bau busuk terus menerpa ke dalam hidung beliau. sesak nafas jadinya dengan bau itu. dalam keadaan separuh berani hanif memetik suis lampu. segala keadaan resah gelisah, gundah gulana tadi bertukar dengan senyuman. susuk yang bergantungan di sudut toilet beliau rupanya seluar jeans yang beliau gantung minggu lepas. "bilalah aku nak basuh seluar ni ye. dah berbau." berkata hanif sendirian.

*keh keh keh...jangan marah...
**penambahan pada beberapa bahagian cerita telah dilakukan plot certita lebih menarik

No comments: