kemudian kedengaran deejay bertugas membaca satu luahan hati pendengar yang mengirimkan surat/sms/email. sebab ia agak panjang was was juga aku kalau katakan ianya sms kan. biasalah luahan perasaan mestilah ayat ayat jiwang yang berbunga bunga yang keluar. memang jiwanglah macam tulisan jiwa jiwa luka aku. hahaha
kemudian teman wanita yang bersama aku pun bersuara memperkatakan tentang lenggok bahasa yang digunakan lelaki tersebut. "gila lah ayat, jiwang gila, jiwang karat, geli aku". tatkala itu aku cuma tersenyum tanpa sebarang response.
dalam perjalanan ke kolej pagi itu aku terfikir semula tentang kata kata teman wanita aku malam tadi. kemudian aku membuat kesimpulan bahawa;
- adakah beliau ingat lelaki ini tiada perasaan?
- adakah beliau fikir yang lelaki ini robot?
- adakah beliau rasa lelaki hanya tahu memainkan perasaan wanita?
- lelaki = ganas ?
shakespear, ahadiat akasha, m.nasir, eddie hamid. mereka semua lelaki.
maka adakah salah bagi seorang lelaki meluahkan perasaan yang terbuku di hati mereka untuk di tujukan kepada yang tersayang. percayalah bahawa lelaki juga punya perasaan seperti wanita. ia juga bisa di lukai.
No comments:
Post a Comment