sementara itu di sebuah rumah agam yang terletak di pinggir bandar. kelihatan beberapa penduduk tempatan dan saudara terdekat sudah memenuhi ruang laman hadapan rumah agam tersebut. ada yang berkopiah dan ada juga yang bersongkok tinggi. ada yang sedang menyiapkan kelengkapan untuk memandi. kolong, tong tong air sudah di pinjam dari surau berhampiran. hanya menanti sekujur tubuh kaku tiba dari hospital.
para pembantu rumah sedang teresak esak menangisi akan pemergian tuan rumah tersebut. seakan tidak percaya sehingga ada antara mereka yang pengsan. ada yang mengaji dan juga yang membaca yaasin. untuk di sedekahkan kepada tuan yang dikasihi.
ketua pembantu rumah sibuk masuk keluar rumah. pelbagai perkara perlu di selesaikan. dari menyedia tempat bermandi sehingga tempat mengkafan. beliau juga perlu menguruskan surat mati untuk diedar kepada mereka yang datang menziarah.
**diminta reades memberi idea atau komen. sumbangan anda amat dihargai
No comments:
Post a Comment