menonton tivi boleh jadi benda paling tak berfaedah untuk dilakukan oleh seseorang. kajian di barat - yang tak berpaksikan ketuhanan - menyatakan umur seseorang akan pendek sebanyak 1.5 hari selepas menonton cerita yang tidak berguna selama 2 jam. sama juga macam dorang cakap umur akan pendek sebanyak 3 hari untuk sebatang rokok. nonsense.
semenjak aku kehilangan laptop beberapa bulan yang lalu, hidup aku banyak ditumpukan pada tivi. dari pagi sampai ke malam aku tengok tivi je. takda lah perkara lain macam main bola ke, main tenis (friend with benefit) atau mencangkul di halaman rumah yang aku lakukan selain tengok tivi.
apa cerita yang aku tengok. macam macam. masa bulan puasa lepas setiap hari aku akan layan upin dan ipin dengan bucuk. apa mimpi aku tak pernah tengok cerita tu sampailah bulan puasa lepas. sebab nak tunggu punya pasal aku kene layan cerita upin ipin ni. nak layan rumah kedai dah tak ditayang lagikan.
selain upin ipin aku juga layan cerita tamil dan hindustan. memang sedap layan cerita dari india ni dia punya sedap macam makan pop corn masa tengok wayang. tak kenyang dan tak cukup cukup. cerita dari india ni puncanya cuma 1. awek nak lawa, pastu polis jahat kacau orang kampung, datang hero belasah semua, dapat awek, setel.
baru baru ni pula aku telah potong chanel mtv kat estro. maka sudah tak banyaklah chanel estro kat rumah aku. tapi aku bijak. aku telah mencari segala chanel yang memang sedia ada tetapi tidak di highlight bintang oleh aku. contohnya cerita india dan china. setelah aku bintangkan semua chanel yang ada dapatlah nak cover balik chanel mtv yang aku potong tu.
setelah aku menghighlightkan segala chanel baru aku sedar terdapat chanel korea. memang celaka orang korea punya cerita. aku dari dulu memang anti cerita korea ni. sejak cerita winter sonata. aku benci sebab dari start sampai habis dorang menangis je. baik buat cerita tajuk tears sonata. tetapi ada berita buruknya. baru baru ni aku terjerumus ke dalam cerita korea yang lain. kat ntv je cerita ni. tajuknya coffee prince. memang celaka cerita ni sampai aku tak jadi nak pergi librari pagi pagi sebab cerita ni start jam 12 tengahari.
aku tak tau sampai bila aku akan terpengaruh dengan tiub ni. harap nanti ada sesuatu kebaikan dari tiub ni untuk aku.
No comments:
Post a Comment