30 May 2011

[mat rempit] road block

aku pernah bercerita tentang musuh para penunggang motorsikal. antara musuh utama penunggang motorsikal ialah road block. lebih lebih lagi road block di laluan yang disediakan hanya untuk penunggang motorsikal sahaja. ini kerana ia agak sukar untuk penunggang motorsikal membuat pusingan-u atau merempuh road block tersebut. jika road block yang dilakukan di jalan biasa iaitu jalan besar yang juga digunakan oleh pemandu kereta dan lori ia memang mudah untuk di elakkan. buat u-turn pun cukup.

tadi petang dalam perjalanan ke kota damansara aku telah ditahan oleh sepasukan anggota jpj yang membuat road block di laluan motorsikal exit kota damansara di highway nkve. pergh senafas. aku agak kaget namun aku tempuhi dengan tabah. yang menahan di tengah tengah laluan seorang pegawai dengan 2 paku. muka garang pegang bendera. aku biasanya tidak pernah berhenti ketika road block kerna aku mengenakan baju loreng. ia 1 tiket untuk mempermudahkan urusan sebenarnya. namun pegawai jpj yang menahan itu aku rasa pasti dia seorang yang slow. askar pun nak tahan ke? kata aku di dalam hati.

lalu beliau meminta aku untuk mengeluarkan ic. aku tunjukkan batc aku dari dalam wallet tanpa mengeluarkannya. kemudian dia meminta lesen memandu. aku slow slow keluarkan lesen. diminta pula road tax. aku kata bawah seat. dia suruh keluarkan. dia pandang aku dengan muka tak puas hati. kemudian sampai 2-3 buah motorsikal lagi melalui road block tersebut. pegawai jpj yang bertugas untuk menahan terpaksa menyerahkan lesen aku yang berada pada tangan beliau kepada anak buah beliau sambil menyuruh untuk memeriksa road tax aku.

lantas aku mengambil kesempatan keatas situasi yang agak bercelaru. budak jpj pun datang kearah aku dan berlakulah sesi dialog seperti ini;

budak jpj : "road tax bang?" sambil membelek lesen aku di tangan beliau.
aku          : "road tax ada tapi di bawah seat. malaslah nak turun bukak seat" dengan selamba
budak jpj : "aaaaaaaaa" sambil memandang aku
aku          : "bawah seat ni"
budak jpj : "road tax mesti hidup lagi kan?"
aku          : "eh mestilah"
budak jpj : "bila mati?"
aku          : "bulan 10" penuh konfiden
budak jpj : "ooo.ok lah kalau macam tu" sambil menyerahkan kembali lesen aku tanpa memeriksa road tax
aku          : "ok terima kasih" sambil menyelitkan lesen ke dalam wallet

cepat cepat aku start motorsikal dan berambus. namun sebelum blah aku terdengar perbualan antara pegawai yang menahan aku tadi dan budak jpj.

pegawai jpj  : " dah tengok road tax?"
budak jpj     : "dah. bulan 10 mati" konfiden

terima kasih budak jpj kerna tidak memeriksa road tax aku. kalau tak dah tentu dapat surat.
most of all thanks Allah for giving me another chance.

nanti ada duit aku renew la road tax tu. baru 7 bulan...keh keh keh . . .

29 May 2011

[bola sepak] UCL finale 3

gelagat penonton;

1. dalam ramai ramai kat rasta plaza awal pagi tadi, cuma 3 orang wanita sahaja yang aku nampak sopan berpakaian. maksudnya bertudung. yang ke-2 dan ke-3 paling sopan berpakaian ialah taca dan yah. yang paling sopan? tunang amin. sebab? dia pakai long sleeve.

2. port ni memang happening la kalau nak layan bola. tetapi. kalau lu orang datang tapi sibuk main ipad pastu kepit kerusi sebiji kat celah kangkang baik lu orang kangkang kat rumah. kitorang datang nak tengok bola ni takde sit la bongok.

3. menyu fan macam biasa. meroyan tak habis habis. macam taca cakap " biasa aku dengar je rupa rupanya betullah fan menyu ni poyo"

[bola sepak] UCL finale 2

kali ni kita review player pula ye...

the champions;

1. valdes
superb. bertindak pantas dan tangkas banyak menggagalkan percubaan menyu. gol rooney not a chance. tapi 1 by 1 he is the king

2. alves
overlap yang sentiasa menarik dari pemain brazil ini namun apalah game tanpa kad kan...hehe

3. pique
mengawal pertahanan dengan cemerlang. ade sekali tersilap passing nasib baik betul betul kat kaki valdes kalau tak mesti rooney bersorak...hahaha

4. macherano
sebagai sweeper yang sentiasa ada di atas dan di bawah. pening gak carrick nak melayan die.

5. abidal
our hero. get back after fighting with cancer. itu pasal puyol bagi dia angkat piala.

6. busquets
macam biasa. lakonan mantap sampai marah lah pemain menyu

7. xavi
bertindak sebagai kapten. mengawal perlawanan dari minit ke 15.

8. iniesta
larian mantap. sentiasa mengucar kacirkan pertahanan lawan

9.pedro
berjaya meloloskan diri untuk gol pertama. budak ni pantang bagi peluang. silap korang lah terlepas dia.

10. villa
masih cuba menyesuaikan diri dengan barca. masih tak pandai main tiki taka. tapi beliau tetap dengan cara beliau. gol of the game.

11. messi
faham faham sendiri lah...

12. keita
masuk untuk menguatkan pertahanan.

13. puyol
kapten masuk untuk julang piala je. rambut dia masih menjadi bualan yah n taca...nasib baik aku sekolah kalau tak mesti dorang suka main rambut aku...

14. afellay
masuk untuk buang masa. tapi sempat gak buat 1 try..


 





menyu;

1. van der sar
tak sangka kene gol free shoot. selalu bukan main susah lagi. strike dari messi dan placing dari villa tidak dapat di nafikan oleh gol keeper tua ini

2. vidic
why so serious? masa dalam tunnel

3. ferdinan
masa awal game bukan main garang lagi

4. fabio
lari laju tapi bodoh

5. evra
die ni memang jahat tapi malam tadi apesal baik??

6. gigs
main ke malam tadi?

7. carrick
kene ikat dengan macherano

8. valencia
ape sakit die ni...sume orang dia nak selang...

9. pak ji sung
kene belasah dengan alves. tukar main belah kanan pulak

10. rooney
dah lepas semua defend sangkut dengan valdes.

11. hernandes
dia duduk dengan gigs kot

12. nani
masuk tak masuk same je

13. scholes
cuba mengimbangkan game semula. berjaya kawal game masa barca dah malas nak main

[bola sepak] UCL finale 1

final yang menemukan dua buah kkelab yang berlainan latar belakang. sebuah pasukan bandar yang sangat terkenal, manchester united dan sebuah kelab negara yang memang dikenali dengan kehebatannya, barcelona. seperti dalam entri aku yang lepas menceritakan tentang terkenalnya pasukan daripada england kerana strategi pemasarannya, media media yang menggembar gemburkan tentang pasukan mereka. jadi tidak terkejut aku ke rasta plaza awal pagi tadi melihat pengunjung yang hadir rata ratanya adalah pasukan dari england.

cuma sekelompok peminat yang menyokong kelab catalan walaupun aku tahu mereka tidak true barcelona -banyak yang sokong barcelona sebab messi dan penyokong liverpool yang butthurt - tetapi ia sudah cukup untuk menghangatkan suasana.

barcelona seperti biasa dengan tektik tiki taka mereka yang terkenal. kelihatan juga menyu cuba untuk menggunakan tektik yang sama tetapi fail. apa rahsianya? kami bertiki taka sejak sekian lama dan bukan hanya untuk perlawanan akhir. pemain pemain barca membuat para pemain menyu kelihatan seperti pelajar srjk(t). kelam kabut tidak kenal punca clearance terus sampai valdes. messi senyum sejak dari permulaan permainan memikirkan pemain menyu yang bersungguh sungguh. hehe

gol pertama sumbangan pedro telah membuat penyokong menyu sengap. kelu tidak bersuara muka cam cibai. namun gol rooney membuat mereka hilang akal. menari menyanyi bagai sudah menjulang piala. tidakkah mereka tahu baru 34 minit permainan berlangsung? mungkin ramai yang tidak faham tentang gol rooney. lain kali banyakkan membaca dan mengkaji ye.

begini. gol rooney adalah usaha mereka sendiri. iye aku mengaku bukan gol bagi tetapi mesti diingat bahawa salah satu rule yang kami terapkan di catalan ialah menghormati tuan rumah. memang boleh makan menyu dengan mudah. setakat 5-0 bukanlah sesuatu yang sukar. 1 gol untuk menyu sudah di reserve kan cuma masa dan ketika sahaja yang tidak diketahui kerna ia bergantung kepada usaha mereka sendiri. tidak percaya? mari aku bagi 1 contoh. la liga el clasico tahun ini. ketika di nou camp dengan mudah barca membaham 5 gol namun di barnebeu cuma seri 1 gol. tak cukup? rubin kazan pernah kalahkan barca di nou camp 1 gol dan ketika melawat mereka barca baham 4-1. apa 1 gol memang usaha mereka? memanglah tetapi kerna menghormati tuan rumah. faham? tak faham masuk longkang.

selepas 3 gol aku sudah menjangkakan tiada gol walau ramai yang berharapkan lagi. tak faham gak? gelanggang finale adalah yang terhebat. tidakkah aib bagi sebuah pasukan yang gah dimata penyokong mereka di ratah sampai 4 gol? lagi pula aku tengok xavi sudah tak main dengan iniesta lagi. ini tanda yang mereka sudah cukup. tak percaya gak? aku bukan minat barca macam menyu punya budak. tahu nak menang saja tapi sejarah tak tahu tektikal tak tahu. 20 years with barca is enough to say.

budak budak menyu tidak dapat menerima kekalahan pasukan mereka. biasalah siapa suka kalahkan tapi 1 fakta yang penting untuk mereka faham ialah barcelona adalah pasukan terhebat di eropah.


in catalan;
tot el camp
es un calm
som la gent blau-grana
tant se val d'on venim
si del sud o del nord
ara estem d'acord
una bandera ens agermana

blau-grana al vent
un crit valent
tenim un nom
el sap tothom
barca! barca! baaaarca!

jugadors
seguidors
tots units fem forca
son molts anys plens d'afanys
son molts gols que hem cridat
i s'ha demostrat, s'ha demostrat
que mai ningu ni ens podra torcer

blau-grana al vent
un crit valent
tenim un nom
el sap tothom
barca! barca! baaaarca!

translation in english;
a clamor rises
from the pitch
we're the blue and claret people
makes no differennce where we hail from
whether it's from the south or the north
now we all agree
one flag unites us in brotherhood

blue and claret flowing in the wind
one valiant cry
we've got a name
that everyone knows
barca! barca! baaaarca!

players
supporters
united we are strong
so much glory through the years
oh, the many goals we've cheered
and it has been proven, it has been proven
that no one can break us

blue and claret flowing in the wind
one valiant cry
we've got a name
that everyone knows
barca! barca! baaaarca!



28 May 2011

[jiwa jiwa luka] lelaki dan perasaan

pernah satu malam aku dan salah seorang teman wanita sedang makan sup meletup di bandar tasik permaisuri. kedai ini menyiarkan radio suria fm sebagai halwa telinnga para pelanggan. ketika itu jam 1130 malam. pada waktu begini segmen suria cinta sedang rancak berkumandang.

kemudian kedengaran deejay bertugas membaca satu luahan hati pendengar yang mengirimkan surat/sms/email. sebab ia agak panjang was was juga aku kalau katakan ianya sms kan. biasalah luahan perasaan mestilah ayat ayat jiwang yang berbunga bunga yang keluar. memang jiwanglah macam tulisan jiwa jiwa luka aku. hahaha

kemudian teman wanita yang bersama aku pun bersuara memperkatakan tentang lenggok bahasa yang digunakan lelaki tersebut. "gila lah ayat, jiwang gila, jiwang karat, geli aku". tatkala itu aku cuma tersenyum tanpa sebarang response.

dalam perjalanan ke kolej pagi itu aku terfikir semula tentang kata kata teman wanita aku malam tadi. kemudian aku membuat kesimpulan bahawa;

  1. adakah beliau ingat lelaki ini tiada perasaan?
  2. adakah beliau fikir yang lelaki ini robot?
  3. adakah beliau rasa lelaki hanya tahu memainkan perasaan wanita?
  4. lelaki = ganas ?
tidak terfikirkah oleh beliau dari mana datangnya ayat ayat puitis yang sering memuji wanita? dari mana datang karya cinta agung seperti romeo & juliet dan qaish & laila? penulis penulis jiwang yang hebat adalah lelaki? lagu lagu yang sering berkumandang di corong corong radio kebanyakan adalah dari lelaki?
shakespear, ahadiat akasha, m.nasir, eddie hamid. mereka semua lelaki.

maka adakah salah bagi seorang lelaki meluahkan perasaan yang terbuku di hati mereka untuk di tujukan kepada yang tersayang. percayalah bahawa lelaki juga punya perasaan seperti wanita. ia juga bisa di lukai.

[part time] kelas pertama inovasi

mesti ramai yang tertanya tanya...
kenapa aku pelik sangat masa dalam kelas tadi...
beria sangat nak grup dengan efa...

sebenarnya...
bukan aku nak grup sangat dengan dia...
suasana kelas yang sungguh membosankan...
aku rasa mengantuk gila tadi...
nasib baik aku bukan jenis tidur duduk...
kalau tidak...
ke laut beh...ke laut...

so aku kene buat sesuatu yang dapat menceriakan diri aku...
juga hangpa suma...
bukanlah sesuatu yang pelik aku menjadi bahan...
sekadar buat kalian tersenyum...

lagi pula...
main basic fundamental reason is...
si dia tiada dalam kelas...
keh keh keh . . .

27 May 2011

[hidup] aktivity semasa

1. nak cari tempat makan dan siapkan cerita sebelum 31 may untuk pertandingan selangorlicious.

2. mencari quote quote yang menari dari lagu untuk kedamaian

3. kerja kat lafarge baru start dan aku tak join untuk esok sebab kene sekolah

4. kene kumpul duit untuk bayar ke kolej 

5. buku di rumah sudah khatam. nak cari bahan baru yang murah.

6. masih belum berjaya memikat hati si dara. apa aku nak buat? aku bukan seorang yang ada pengalaman.


[mat rempit] jem

kadang kadang...
kuala lumpur boleh mengguris hati aku...

tadi aku dari klang...
macam biasa petang jumaat aku lepak keramat...
keluar dari volvo masuk jalan syed putra...
jalan lengang...
sampai depan istana...
still bergerak lancar...
masuk jalan kinabalu...
tak banyak kenderaan...
terus ke jalan kuching...
masih tidak sesak...

akhirnya...
nikmat kuala lumpur dapat juga dirasai...
menyusur ke jalan tun razak...
kereta sudah banyak...
depan pwtc jalan pack...
bawah lrt pekeliling kurang sikit...
lepas sahaja bulatan pahang...
dia punya jem...
membawak sampai simpang masuk akleh...

terima kasih jalan tun razak...
tanpa kau...
tiada maknanya kuala lumpur...
hahaha

25 May 2011

[hidup] fotografi

aku sedang mengkaji tentang pencahayaan...
kalau korang tau...
agak agak lah...
gambar apa aku sedang kaji sekarang...

keh keh keh . . .

[hidup] bisnes 2

aku pelik betul dengan melayu sekor tu...
orang buat bisnes die pon nak buat bisnes...
orang dapat projek die pon nak projek...

bile orang dapat projek...
panjat kilang sini...
turun kilang sana...
die pon nak juga...
orang kate projek juta juta...
die bukan main terpanar...

bila orang suruh buat kerja...
tangguh...menangguh sahaja kerja nya...
dari hari ke hari...
minggu ke minggu...
bulan ke bulan...

aku cuma mintak quotation sahaja...
susah sangat ke nak print quotation tu???
pelik betul melayu ni...

*lambat lah aku nak kaya macam ni...
**dari hujung tahun ni ke tahun depan lah gamaknya...

[hnd] kobrima

kobrima ialah singkatan kepada...
koperasi british malaysia...
ok nama sahaja sudah cukup mengambarkan bahawa...
mereka adalah golongan kapitalis...

kapitalis adalah suatu golongan yang cuba memeras...
menyembelih...
menindas...
rakyat marhaen...
persaingan akan mengurangkan keuntungan...
maka pesaing perlu di hapus...

cukup intro...
dulu che wan bukak lah kedai...
jual barang barang makan...
sama macam kobrima ni...
tapi tutup lewat...
kadang sampai jam 1 pagi...
kobrima cuma jam 11malam...
lagi pula...barang yang dijual oleh che wan lebih murah harganya...
walaupun 10sen namun ia sungguh berharga kepada pembeli bergelar pelajar...

disebabkan persaingan...
maka dengan kuasa yang ada...
tuan pengarah kobrima telah menghapuskan kedai che wan...
alasan:

  1. beroperasi lebih masa...
  2. menggugat koperasi yang telah lama berkhidmat kepada masyarakat...
  3. tiada kedai yang spesifik...main pacak je...menyakitkan pemandangan...
maka dengan rasminya kedai che wan ditutup...
selapas beroperasi selama beberapa bulan...
dengan jayanya...

kami dari golongan "wing jahat"...
cuba membantu che wan...
bukan untuk mempertahankan...
tetapi lebih kepada mengkhianati kobrima...

apa yang dapat dengan wang 20 sen???
teka...teka...teka...
tooooooooot!!!!
masa sudah tamat...
jawabannya ialah...

  1. choki choki
  2. biskut
  3. roti
  4. mayonis tuna dalam tin
  5. air oren
lokasi makan...
kerusi taman yang cuma 5 kai daripada pintu kobrima...
keh keh keh...
agak kerap kami melakukan kejahatan begini...
namun mereka tetap teguh bertahan...
dasar kapitalis betullah...

tapi dengar mereka sudah tidak menjual barang makanan lagi...
cuma banyak stationary dan khidmat fotokopi...
makan makan dia orang dah tender dekat beso...
hahaha...
makin beso la beso...

beso pun antara kapitalis yang kejam pernah aku jumpa...
hahaha

[jiwa jiwa luka] couple

sekarang aku seorang...
single...
solo...
lone ranger...

rasa macam nak couple...
duet...
berpacaran...
double trouble...

aku tau ko baca blog ni...
jom kita kapel???

AKU SERIUS!!!

24 May 2011

[jiwa jiwa luka] masa berubah

aku rindukan...
masa masa gembira...
kita semua bersama...
seperti dulu...

i really do...

[kahwen] comel

minggu bile ntah...
aku pergi majlis kahwin comel...
name sebenar beliau ialah...
faizul azhar...
mane datang comel ntah...
tak comel pun orangnya...
keh keh keh...

aku gerak dengan malai dan fairuz...
disana terjumpa pula...
rusdi...
wak...
amang...
zaini...
hafis...
mail & isteri...
mahani & laki...
mamat & linda...

hari hujan...
aku salahkan karaoke punya orang...
lagu tak best...
penyanyi hampeh...
nyanyi lagu tobat maksiat kumpulan indon...
woi...orang kenduri kawen la bukan funeral...

sedutan dari majlis tersebut...



sebenar tadi aku dah edit 2-3 gambar lagi...
tapi aku tak save lagi...
laptop hang...
so aku sudah malas...
ini je la nampaknye...
hahaah

[hidup] bisnes

dengan modal permulaan sebanyak rm5k...
apa yang boleh dilakukan???

need a response...
taca thinking abour car wash...
bobo talk about dobi...
amin talk about making it become rm50k...

so...
think think think...
the easiest i will do...

[belog] kritikan

ucu selalu sound...
"cho muke ganas hati ada taman"
"tulis iron maiden gambar wolverine cerita jiwang"

taca cakap...
"cerita cerita jiwang pasal perempuan"

ok lah...
aku dah tukar...
background...
harap ucu suka...
taca gembira
keh keh keh . . .

mawar memang tak boleh dipisahkan...

23 May 2011

[jiwa jiwa luka] persoalan

aku tidak tahu...

aku merindu...
pada apa???

aku cemburu...
pada siapa???

aku tiada jawaban...

22 May 2011

[buku] kisah kisah lucu

hari ini tiada kelas...
batal sampai abang halim...
kata mdm. shariah...

pagi pagi lagi aku sudah terjaga...
telah berjanji dengan hasan untuk ketemu...
di rumah beliau...

beliau kerja malam...
maka pada siangnya beliau tidur...
keseorangan aku di rumah beliau...

sambil menunggu beliau hidup kembali...
(dari mati sementara)...
aku mencari buku untuk dibaca...
dapat lah sebuah buku...
buku pertama aku habis baca dalam 1 hari...
another rekod for me...
keh keh keh...

kisah kisah lucu...
tentang...
rasulullah s.a.w...
para rasul dan nabi...
sahabat sahabat nabi...
para tabi'in...
juga para wali...
dan ahli sufi...

namun penuh...
pengajaran...
pelajaran...
nasihat...
teladan...
sempadan...

[hnd] wa kene beb 2

ini kali sebuah prank yang agak panjang...
juga melibatkan orang luar...

masa ni kami orang sudah tinggal di busut 2...
amir tinggal bersama keluarga beliau di kelana jaya...
yus sudah bekerjaya di stesyen tv yang lagho itu...

maka merancanglah kami untuk ke baling...
rumah hasan...
dan kami khabarkan kepada mereka ber-2 bahwa...
hasan yang akan berkahwin...
riang gembiralah hati mereka ber-2 mendengan perkhabaran tersebut...
lagi lagi ia disampaikan oleh seorang yang amat dipercayai...
ahmad botak...

setelah berkumpul pada malam itu...
malam merdeka rasanya...
kami pun memulakan perjalanan dalam jam 2 pagi...
celaka mus boleh layan bunga api kat dataran dengan ain...
bersama kami ialah husin...
beliau juga menjadi mangsa persepakatan kami...

sampai di masjid rumah hasan...
(rumah hasan belakang masjid)...
kira kira jam 9 pagi...
kami orang pergi mencekik di kedai mamak di pekan baling...
lepas tu pusing pusing sebentar...

kira kira jam 12-1...
kami pun bertandang ke rumah hasan...
hasan menyambut kami dari dapur...
dengan pakaian biasa...
t-shirt dan jeans sahaja...
yus dan amir berpandangan sesama sendiri...
mungkin memang budaya orang disini fikir mereka...

lalu kami beramai ramai mengecohkan suasana...
WA KENE BEB! LU KENE BEB!
orang kampung memang tak faham...
sebenarnya...
bukan hasan yang kahwin...
tetapi kakak beliau...
keh keh keh...

lantaran kejadian tersebut...
berbuku dihati yus...
hasan kahwin yang sebenar...
beliau tidak pergi...
alasan : kerja...
namun kami tahu...
beliau agak berkecil hati...
hahaha

[hnd] wa kena beb 1

hari jadi sepatutnya hari yang menggembirakan...
tidak bagi aku pada tahun itu...
2004...

aku dah di setup oleh mus...
beliau mencanangkan tarikh hari jadi aku kepada geng geng wing jahat...
owh masa ni dah duduk hostel baru...
tapi nama wing jahat masih melekat...

aku seperti biasa tidur awal...
jam 10 sudah tergolek...
tiba tiba jam 12 aku dikejutkan...
oleh bamin dan hasan...
seperti orang kene rush...
aku jadi tidak menentu...
tidak faham apa sebenarnya yang sedang berlaku...

lalu aku dipimpin ke bilik air oleh mereka...
POP!
sebiji telur singgah di kepala...
dan bertubi tubi lagi selepas itu...
menjerit mereka kegirangan...
HEPI BESDAY PANDIR!
aku yang kemamau layankan sahaja...

kemudian hasan berkata...
nasib baik mus beritahu tarikh hari jadi aku...
memanglah mus tahu sebab dia 1 hari sebelum aku...
celaka...
nasib ada lagi sebiji telur yang belum meletup...
apalaga...
memang aku attack balik lah mus...

walaupun aku sudah letup mus...
tapi dendam aku masih berbuku dihati...
aku kene berapa puluh biji ntah...
dia kene 1 je...
mana aci kan...

lagi 1...
mak aku lupa hari jadi aku tahun tu...
lepas 2 hari baru die mesej...
sedih aku...

[buku] rekod

aku baru memecahkan 1 rekod peribadi...
1 novel dalam masa 1 hari...
pergh...
biasanya ia mengambil masa paling kurang 1 minggu...
namun semalam aku berjaya menyingkatkan masa tersebut...

aku masih membaca setiap baris kata yang tercatat...
tiada skip skip macam yah baca...
hehehe...

tinggal 3 buah novel lagi yang perlu di baca...
aku perlu memulangkan semula novel yang dipinjamkan oleh yah...
sudah lebih 1 bulan aku pinjam novel novel tersebut...
tetapi aku ada juga beri dia beberapa buah...
so ada give and take la...
hahaha

novel yang aku usahakan masih berjalan...
namun aku agak perlahan untuk menulis...
tentang keadaan semasa...
contohnya : baju yang dipakai...

tapi aku akan cuba menyiapkannya secepat mungkin...
may Allah give me idea...

21 May 2011

[jiwa jiwa luka] hari pertama

selalu ada dia...
walaupun lambat...
pasti akan muncul...
tapi hari ini...
tidak muncul...
aku yakin...
dia tidak akan menjelma...

aku rindu...

[part time] rumah keramat

aku tak tau la apa pasal...
kalau tidur di sini mesti tidak puas...
tidur awal ke...
tidur lewat ke...
pastinya terganggu...

katalah tidur jam 12 tengah malam...
selang 2 jam...
aku terjaga...
lepas tu...
jam 3 terjaga...
tidur balik...
jam 4 terjaga...
tidur semula...
jam 5 terjaga...
pejam balik...
jam 6 terjaga lagi...

yang pastinya disini...
aku tidak mendapat tidur yang solid...
aku sendiri tidak tau mengapa...
ia sudah berlaku sejak beberapa bulan yang lalu...
semenjak teman serumah pergi meninggalkan aku keseorangan...

adakah perlu untuk aku mencari sebuah rumah lain...
yang tidak dibayangi oleh teman serumah ku yang lalu???
atau ia sekadar ketidakselesaan di rumah ini???
aku tiada jawaban...

20 May 2011

[hiburan] lagu

pagi ni aku cucuk hardisk...
nak dengar lagu...
yang melayan perasaan...

aku drag 1 folder...
semua lagu melayu...
jenis dengar lagu selang selang(shuffle)...

lalu kedengaran lagu siti...
joget pahang...
layan siti sedap ni...
fikir aku...
aku clear playlist...
drag folder siti...

habis lagu joget pahang...
keluar lagu lain...
rase tak sedap pulak...
aku klik next...
klik next...
klik next...
klik next...
klik next...

tarik folder ella...
sampai habis 1 folder...
aku tak klik next...

[hidup] kamera

aku dah dapat balik kamera aku...
yang kasha pinjam selama 5 bulan...

apa maksud semua ini???
lepas ni...
entri bergambar...
keh keh keh...

[part time] semester pendek

esok dah nak kene daftar sem pendek pulak...
cuti kelas cuma 1 minggu sahaja...
tak dapat nak buat apa...
baru sahaja merancang rancang untuk aktiviti...
bersama rakan rakan sekelas...
piknik di air terjun ka...
berenang air masin ka...
jalan jalan di melaka...

ini merupakan sem pendek ke-3...
harap kali ni bmi bagi maksimum jam credit(credit hours)...
agar cepat sikit kitorang habis...

yang pasti kali ni dah xda khidmat masyarakat...
buat kerja amal...
kalau harap kelas abang halim...
main congkaklah nampak nya...
hahaha...

19 May 2011

[mat rempit] hujan

aku pernah cerita tentang perkara yang tak disukai oleh para penunggang motorsikal...
maka petang tadi...
dalam perjalanan aku dari klang ke keramat...
hujan turun di pertengahan perjalanan...

masa dekat batu 3...
hujan turun renyai renyai...
aku meneruskan perjalanan kerna hujan jenis ni tak banyak berkesan pada aku...

masa sampai asia jaya...
ramai penunggang sudah parking motorsikal mereka...
dibawah flyover hilton...
ada yang sedang bertukar pakaian kepada baju hujan...
ada yang sudah double stand...
ada yang sedang bercumbu...
ok ini tipu...
tapi aku terus je tanpa ada niat untuk bertukar pakaian...

masuk je KL...
lepas volvo...
hujan agak ganas...
besar besar gak la dia punya titis titis air...
aku tetap degil...
tidak juga mahu berhenti untuk bertukar...

sampai dekat menara umno...
aku tengok langit area UK memang sudah gelap...
gementar juga nak meneruskan perjalanan...
tapi aku tabah...
depan IB memang sudah lebat...
aku fikirkan laptop dan kamera je...
tapi bila fikir balik...
apa guna beg aku yang mahal ni...

masuk je simpang jalan enggang...
disambut dengan air bertakung...
dekat depan tranasional tu lah...
hujan tetap menggila...
kalau kat klang mau kene rembat dengan hanger kalau main hujan macam ni...
walaupun hujan lebat...
aku still menunggang dengan kelajuan sedap badan...
men'cilok' antara bas dan lori...

depan texas...
dekat simpang nak masuk pergi NPG...
air sudah naik tinggi...
kalau nak motor cawan sudah tentu plug basah punya...
aku tetap menggila menunggang...
ye lah...
sudah hampir ke rumah...

masuk je rumah aku terfikir...
kenapa aku tidak berhenti di mana mana tadi???
di terowong boleh...
di bawah flyover boleh...
di stesyen stesyen minyak boleh...
tapi aku pilih untuk terus...
baju hujan dibeli siap dengan kasut hujan sekali...
apa makna semua ini???

mungkin benar kata mak...
aku ni degil...

[buku] review - Kasih dan Awang


tercatat di kulit hadapan...
sebuah novel grafik dewasa...
membaca sambil ada lukisan lukisan yang menarik...
mudah untuk...
memahami...
menggelongsori...
mendalami...
mengalami...

1st time aku baca buku novel macam ini...
macam baca komik pun ada...
cuma ia satu cerita yang panjang...

18 May 2011

[hidup] dosa

tadi makan tengahari...
di sebuah kedai...
di bulatan berkeley...

maka duduklah aku dan bondes di sebuah meja...
disebelah kami...
sekumpulan anggota JPJ...
baru balik buat sekatan jalan raya...
rasanya...
kerna penuh kon didalam pajero mereka...

oleh kerna tiada masalah pendengaran...
maka terdengarlah oleh aku dan bondes akan perbualan mereka...
bukanlah mencuri dengar...
tetapi suara mereka memang jelas kedengaran...
kerna hanya sebelah meja sahaja...

yang menjadi tajuk perbualan mereka ialah...
dosa...
pelik mendengar anggota JPJ bercakap tentang dosa...
lebih pelik...
mereka bercakap tentang dosa tidak memberi sama rata...
hasil sekatan jalan mereka...
(rasuah)...

tidaklah aku tahu jika ada polisi terbaru...
JPJ pungut saman on the spot...
tetapi itulah yang aku dengar...
salah seorang daripada mereka...
begitu bersungguh sungguh mempertahankan...
duit itu perlu di beri sama rata...
jika tidak berdosa...

adakah mempertahankan dosa dengan dosa???
bodoh punya melayu...

[buku] review - Beruk


bermula cereka...
berlatar belakangkan tahun 60'-70'an...
dari cerpen menjadi sebuah novel...

bagaimana sayangnya manusia pada haiwan...
walau haiwan lebih mengerti keperitan manusia...
namun ajal jua ditangan sang kekasih...
kerna diskriminasi antara manusia...

mudah difahami...
khatam dalam 2 hari...
itu pun kerna kerja...

17 May 2011

[buku] review - Masuk barisan


bukanlah sebuah buku yang mengajak kita masuk barisan nasional...
ianya sebuah blook...
blog yang di bukukan...

gabungan 32 penulis blog...
menghasilkan sebuah blook...
yang amat mementingkan lenggok bahasa...
tatabahasa...

ia sebuah karya yang perlu dibaca...
kerna ia melahirkan idea idea baru...
kerna ia bercerita tentang isu semasa dan lepas...
kerna ia mengkritik juga menasihati...
ia juga berkisar tentang hidup seseorang...

agak lemah bagi aku untuk menamatkan blook ini...
kerna mereka amat memntingkan tatabasa...
aku cuma orang gasar...
bercakap seperti di pasar...

[tonton] review - teksi tunai

oleh kerna cerita ini ada tayangan semula di tivi...
maka itu aku membuat sebuah review...

cerita yang di hostkan oleh brother bob lokman...
memang best...
menguji tahap pengetahuan am kita...

kadang aku menyumpah juga...
ke arah para penumpang...
soalan yang begitu mudah...
tidak dapat di jawab...
kalau di beri alasan bahawa...
tertekan atau kelam kabut...
aku dapat terima...

tapi jenis soalan hiburan...
pasal artis bukan main cepat korang nak jawab...
siap berebut rebut lagi...
bila ditanya siapa perdana menteri ke-3...
melopong...
kene telephone minta bantuan...

celaka punya melayu...

[hidup] selamat hari ibu

kenapa aku tak tulis pasal hari ibu???
nothing to say...

speechless...
wordless...

when it come to mother...
1 word do the rest...

SAYA SAYANG MAK!!!

[hidup] selamat hari guru

kepada warga pendidik...
1 hari untuk menghargai pengorbanan kalian...

profesion sebagai cikgu dulu...
dianggap sebagai tidak popular...
2nd class...
namun kini...
ramai yang nak jadi cikgu...
kenapa???
kerna gaji mungkin...

sekarang ia masih menjadi 2nd class...
kenapa aku cakap begitu???
sebab tidak ramai yang 'true' nak jadi cikgu...
contoh...
selepas graduate dari mana mana universiti...
ramai yang akan mencari kerja...
di sektor swasta yang menawarkan gaji lumayan...
atau kerajaan yang dijamin sumber pendapatan...
jamin ke???

selepas beberapa ketika...
setelah mencuba membuat resume yang kononnya hebat...
still...
tak dapat kerja seperti yang diharapkan...
minta jadi technician dapat kerja angkat telephone...
minta bahagian hr dapat kerja bank...
semua tidak memenuhi kriteria si peminta kerja...

beberapa ketika dahulu...
kerajaan membuat 1 program...
kpli...dpli...
untuk melahirkan guru...
ini ialah pilihan terakhir bagi mereka yang tidak mendapat kerja...
ia bukanlah pilihan utama mereka...
itu sebab aku cakap ramai cikgu sekarang...
tak 'true' dalam scene mengajar...

aku tak kata yang cikgu cikgu yang masuk dari...
kpli...dpli...
semuanya tak 'true' scene cikgu ni...
ada juga yang terpaksa guna jalan ni...
untuk memenuhi cita cita sekolah rendah mereka...
untuk menjadi seorang cikgu...

scene mengajar adalah 1 scene yang suci...
kepada mereka yang betul betul 'true' dalam scene ni lah...
banyaknye yang masuk scene ni cuma untuk sesuap nasi...
saudara mara aku..
kawan kawan sekolah aku...
kenalan kenalan aku...
yang masuk scene ni...
aku harap mereka 'true'...
ikhlas dalam mengajar...

aku tak boleh masuk scene ni...
walau seorang cikgu pernah berkata...
aku memang sesuai...
ada ciri ciri...
tetapi mak aku secara sempoi berkata...
"cirit anak orang nanti"...
hahaha

ada tak cikgu cikgu solo yang baca ni???
lu orang mesej la aku...
aku pun solo...
(ni dah merepek)...

ok...
cikgu...
guru...
instructor...
lecturer...
mentor...
doa ku agar kalian bahagia dunia dan akhirat...
diharap halalkan segala yang telah kalian turunkan kepada ku...

15 May 2011

[buku] review - Hantus & spells

dari tajuk kita dah dapat agak...
isi kandungan berkisar tentang alam ghaib...
cerita cerita tentang hantu...
juga jampi serapah...

penulis tidak serius dalam penceritaan beliau...
diselit juga unsur unsur humor...

mudah di fahami walaupun dalam bahasa inggeris...
kerna ia menggunakan bahasa inggeris yang mudah...
kadang diguna bahasa rojak dan pasar...
kalau budak sekolah baca pun boleh faham...

aku setel buku ni dalam 3 hari...
my 1st english book setel...
it just <200pages...

banyak yang dapat di pelajari dari buku ini...
nak pinjam???
kita barter la...
mau???hehehe

14 May 2011

[cerita kontot] abang pernah tengok jin?


*di ceritakan oleh seorang imam (abang halim)

maka pada hari itu di tempat kerja beliau, suraya, sibuklah para cikgu kerna salah seorang pelajar perempuan telah dirasuk. bukan seorang tetapi 4 orang pelajar sekaligus. pelajar pelajar berkenaan meracau racau seperti terlihat akan jembalang yang amat hodoh lagi buruk rupanya. sebagai salah seorang pendidik, beliau secara paksa rela memberi pertolongan kepada para ustaz dan ustazah dalam usaha untuk memulihkan pelajar pelajar berkenaan. 
dan para ustaz secara berterus terusan terkumat kamit mulut membaca ayat ayat untuk menjampi pelajar pelajar tadi. sedang dalam pertarungan antara ustaz dan pelajar yang dirasuk tadi, suraya terasa meremang akan bulu tengkuknya. tiba tiba dia terpandang kelibat suatu susuk tubuh. cuma sekali imbas dan beliau hanya dapat ingat pun sekali imbas juga.

petang itu setelah pulang dari sekolah, suraya bercerita tentang kejadian di sekolah beliau kepada suaminya, hanif."abang pernah tengok jin? tadi kat sekolah ada budak kene rasuk. sayang nampak jin". "iye ke jin? entah entah jon jenin tak?" jawab hanif seorang yang tidak percaya kepada perkara perkara sebegini hanya acuh tak acuh mendengar cerita dari mulut suraya. namun di dengarnya juga kerna hari itu hari kamis. takut juga hanif kerna ditakuti tidak dapat bercucuk tanam di ladang.

malam itu, selepas makan malam bersama, hanif duduk di hadapan tivi untuk menonton wrestling. "dong" "dong" jam dinding dirumahnya berbunyi menandakan sudah jam 12 tengah malam. terkejut hanif dengan bunyi jam dinding itu. tidak beliau sedari yang hari sudah lewat. tiba tiba beliau teringat akan cerita yang dibawa oleh suraya di sekolah siang tadi. rasa berdebar menangkap jantung beliau. rasa seperti nak terkencing mula menyelinap ke bahagian organ reproduksi beliau. "nasib baik ada toilet dalam bilik" getus hati berdebar hanif. 

tanpa berfikir panjang beliau terus bangun daripada pembaringan di atas sofa di ruang tamu ke bilik tidur beliau. semasa membuka pintu bilik tiba tiba beliau rasa bulu roma meremang dan terasa seram sejuk. suhu bilik terasa sangat sejuk tidak seperti di ruang tamu. rasa seperti ingin terkucil semakin hebat. rasa seperti tidak mahu ke toilet namun air sudah di muncung tidak guna di tahan lagi. tatkala membuka pintu toilet hanif terkejut. penampakan susuk bergantungan di suatu sudut. cerita suraya petang tadi rupa rupanya benar. 

sudut yang berpaku itu tidak menampakkan pakunya. terlindung oleh susuk susuk tadi. bau busuk terus menerpa ke dalam hidung beliau. sesak nafas jadinya dengan bau itu. dalam keadaan separuh berani hanif memetik suis lampu. segala keadaan resah gelisah, gundah gulana tadi bertukar dengan senyuman. susuk yang bergantungan di sudut toilet beliau rupanya seluar jeans yang beliau gantung minggu lepas. "bilalah aku nak basuh seluar ni ye. dah berbau." berkata hanif sendirian.

*keh keh keh...jangan marah...
**penambahan pada beberapa bahagian cerita telah dilakukan plot certita lebih menarik

12 May 2011

[hidup] bas ekspress

scene bas ekspress adalah 1 scene yang hot sepanjang tahun...
terutama apabila tiba waktu perayaan...
kalau dekat raya puasa tu...
sebelum puasa orang dah beli tiket...

kat KL ni 3 port paling hot sekarang ni...
untuk scene bas ekspress...
pudu...
putra...
bandar tasik selatan...

scene pudu memang dah ada lama dah...
aku tak tahu la dorang start bile...
yang aku ingat...
kadang hujung minggu...
aku kene pergi sana...
sebab nak hantar atau angkut...
budak utara...

scene pudu ditutup tak berapa lama dulu...
untuk renovation...
dulu aku pergi ulat bersepah...
"bang nak g mane bang???"
soalan yang biasa ditanya...

aku tak suka pudu ni 1 je...
orang ramai gila...
ntah apa dorang buat tunggu bas lama lama ntah...
ejas la time korangkan...
sampai terus naik bas...
kalau dah sampai tu berambus je terus...
tak lah jadi sesak kat situ kan...

aku start scene bas ekspress ni dari kecik lagi...
masa tu ayah bawak balik kampung...
teluk intan...
naik bas anson bernam yang kaler hijau tu...
aku steady je naik bas...
abang aku yang biasenye muntah...

bila dah besar siket...
mase form 3...
aku joint scene pekeliling...
pergi area pahang...
main bola...
camping...
sampai sekarang scene pekeliling masih relevan...
untuk pergi camping belah pahang...

pastu masuk bmi...
aku layan gak scene pudu...
adelah 1-2 kali...
yang aku ingat pergi ikut amin balik kampung...
pastu balik sini...
macam takde keje...

dah lama gak sebenarnya aku tak layan...
scene bas ekspress ni...
4 tahun lebih kot...
aku ingat nak masuk balik scene bas ekspress ni...
tapi...
nak pergi mana ye???
hmmmm...

[hidup] hati wanita

mereka katakan padaku bahawa...
aku tidak mengenali hati wanita...
aku tidak mendalami hati wanita...
aku tidak memahami hati wanita...

mereka katakan padaku bahawa...
mereka kenal wanita...
mereka faham wanita...
mereka biasa dengan wanita...

aku akui...
tidak pernah hati ini untuk cuba mendalami hati...
kaum hawa ini...
aku tidak biasa dengan...
jantina berlawanan ku ini...

teman teman aku yang wanita cuma terhad kepada...
rakan di sekolah ku dulu...
itu pun yang masih berhubung...
rakan universiti ku...
tiada yang lain...

namun apabila mereka memberi aku...
kata kata...
nasihat...
bagaimana untuk mendampingi wanita...
maka aku akan cuba...
kerna aku mahu...

tetapi...
mereka ini jugalah yang sering...
menghancurkan...
menghiris...
mengguris...
hati wanita...

kadang aku...
kesal terima ajaran mereka...
kesal kaum hawa dipermainkan...
kesal lelaki dipandang serong oleh wanita...

tidakkah mereka punya perasaan???
tidakkan mereka tahu wanita punya perasaan???

MAAFKAN AKU...
jika pernah bersalah...
jika menghiris perasaan...
jika tulisan ini menyentuh...

aku cuma seorang manusia...

[part time] review sem1/2010

seperti biasa...
3 subjek...
masih terasa kehilangan seorang sahabat...
2 subjek yang aku pasti akan menjadi favourite kepada beliau...

pembelajaran seperti biasa...
sabtu dan ahad ku di penuhi dengan aktiviti...
memenuhkan lab dan kelas...

sem ni aku telah berjaya...
ponteng 2 kelas...
ke 2-2nya kelas power quality...
yang lain penuh...
dengar kata...
mereka terkejut dengan pemontengan aku...
aku percaya...

subjek robot...
bermula dengan 4 orang ahli...
presentation ber-3...
viva ber-2...
hampir hampir yang exam seorang...
syukur dapat juga aku menyertai si dia...

subjek tekno...
telah berjanji 6 orang untuk penubuhan...
akhirnya tinggal 4...
yang buat kerja cuma 3...
tidak mengapa...

subjek power...
memang power...
lecturer power...
kelas kat lab yang power...
exam pun power...
result belum tentu power...

2 sudah melabuhkan sauh...
1 kerna tidak mampu menangung kos...
tetapi kalau merayu mungkin dapat...
dia yang tidak kuasa...
1 lagi...
aku tidak tahu apa masalah...
katanya kerja yang semakin membebankan...
aku percaya...
semoga kamu ber-2 terus berjaya...
jangan putus persahabatan kita...

ada suka...
ada duka...
cuma 1 hujung minggu untuk berehat...
minggu hadapan daftar semula...
nak kene cari duit la pula...
damn!!!

11 May 2011

[jiwa jiwa luka] seseorang

aku punya seorang...
teman...
sahabat...
kawan...

beliau sangat...
sayang...
kasih...
mengambil berat...

sepertinya beliau...
faham keadaan aku...
apa perasaan aku...
tahu akan niat aku...

tapi...
tahukah beliau tentang perasaan ku terhadapnya???
atau...
beliau juga sepertiku???

perlukah...
aku berterus terang???
tidakkah...
tidakkah nanti ia akan menjadi suatu masalah???

[hidup] mendengar masalah

setiap manusia ada masalah tersendiri...
hidup...
keluarga...
kekasih...
uang...
kawan kawan...
sekolah...
kerja...

aku jua punya masalah...
sekarang ini...
masalah terbesar aku ialah...
mendengar masalah orang lain...

bukan aku punya masalah pendengaran...
tetapi lebih kepada mendengar masalah mereka...
pabila seseorang menceritakan masalah mereka...
aku rasa seperti aku yang menghadapi masalah itu...
"feel like put my foot in your shoes"

hamdi ada cakap dulu...
kita kene jadikan masalah ini sebagai satu hiburan...

mereka yang membaca blog ini...
yang menceritakan masalah mereka kepada aku...
pesanan aku...
aku akan tolong sehabis daya...
no matter what...
but when i reach my limit...
sorry...
i have do my best...

yang penting...
sesuatu perkara itu...
janganlah ambil deep sangat...
kita amek surface je...
kalau deep...
nanti kita akan lemas...

percayalah...

[part time] esok exam

tidur dekat rumah keramat...
tidak boleh lena...
sejak abang pergi dulu lagi...

balik malam tadi dari rumah abang halim...
sudah jam 1 pagi...
usha usha apa yang menarik di internet...
jam 2 baru lelap...

lebih kurang 4 pagi terjaga...
minum air sedikit...
lelap semula...
jam 630 pagi terjaga lagi...

kepala terasa berat...
badan rasa lemah...
tidur di rumah keramat...
tidak pernah dapat merasa...
tidur yang solid...

pagi pagi lagi...
sudah ada yang memanggil untuk bercerita...
tentang masalah...

mendengar...
itu sahaja yang mampu untuk di lakukan...
masih menanti jawaban dari pihak...
yang mungkin boleh membantu...
yang mungkin menolong...

lambat sedikit bergerak...
untuk bersarapan pagi bersama seorang kekasih orang...
kekasih orang ye...
aku cuma menumpang kasih...
namun agak terlewat...
beliau sudah mula beredar...

sekarang rasa bagai ingin berbaring...
sambil pegang nota pun boleh juga rasanya...
tapi semalam amin beritahu...
"orang genius mane stadi"...
celaka...
kene juga aku...
hahaha...

10 May 2011

[hnd] klcc

pernah sekali tu...
kami orang ke cyberjaya...
masa tu cyberjaya baru bukak...
so kami orang agak jakun untuk kesana...

pergi pun bukan kerna apa...
cuma untuk bertemu kawan bob...
fawaz...
pasal apa dorang jumpa pun aku tak tahu...
yang penting aku nak ikut...

punch line sebenarnya ketika pulang...
ketika bob merangkul stereng kereta...
beliau seperti tidak ketahuan arah...
sign board juga tidak membantu kami...
kerna tiada di jalan yang kami lalui...

maka aku dengan idea yang spontan...
"cari klcc"...
lalu semua bertanya...
"apesal klcc???"...
aku balas...
"klcc kan bangunan paling tinggi kat dunia...
mesti nampak punya"...
dorang pun...
"betul gak pandir"...

lantas kami pun mencari klcc...
sayup sayup je nampak...
bagai cahaya di hujung terowong...

kami pun terus menerus...
menjadikan klcc sebagai pedoman...
untuk pulang ke gombak...
nyata ia tidak sia sia...

semenjak dari kejadian itu...
bila kami agak agak kurang pasti dengan jalan yang dilalui...
kami akan mencari klcc sebagai pedoman...
walau pun tengah sesat kat kuantan...
celaka...
jadi bahan...

[busut 2] awek amin

sampai sekarang ni...
aku still percaya...
awek yang amin bawak balik tu...
sepupu dia...

celaka...
stail bertunang dengan sepupu sendiri...

[busut 2] awek sebelah rumah

aku nak releasekan benda yang sudah lama menjadi tanda tanya...
semasa tinggal di seri gombak...
adalah seorang awek yang tinggal di sebelah rumah kami...
dia tinggal bersama sama keluarganya...

ada bapak dia...
ada mak dia...
ada adik dia...

bapak dia seorang polis pencen...
pantang aku keluar rumah...
macam macam ditanya...
tapi bukan pasal bapak dia aku nak cerita...

mak dia seorang yang peramah...
selalu juga menegur kami...
kadang menghulur juga...
mi goreng ke...
bihun goreng ke...
apesal cerita mak dia pula ni???

adik dia boy...
seorang yang sangat bizi...
sirius...
motor kalau dia parking adalah dalam 3 minit...
pastu jalan lagi...
parking 3 minit...
hilang...
oi orang tak mau tau pasal boy la...

awek...
ok...
awek ni memang mudah untuk kelihatan...
kerna dia suka tersidai di luar rumah...

bentuk badan dia...
pergh...
kalau dari belakang memang tak pandang ke lain lah...
ala ala pelakon era era p.ramlee la...
pinggang kerengga kata orang...

aku tak ingat siapa yang mulakan...
tapi kami sepakat...
sepakat yang membawa berkat...
sumpah laknat...
blood contract...

kami menggelar beliau mak lampir...
kalau mak lampir tu korang paham paham je la ye...
sure la dia seorang yang...
"cun"..."lawa"..."manis"...
walaupun bentuk badan menggiurkan dari belakang...

*sirius aku pernah mimpi ngeri sekali dulu...

[jiwa jiwa luka] PMS

bila orang perempuan datang bulan...
buat la ape pun...
ko buat baik...
ko buat tak baik...
ko buat tahu...
ko buat tak tahu...

sindrom ni akan membuat kita yang serba salah...
benda benda kecil...
di anggap sesuatu yang serius...

aku...
kene bersabar...
biarkan dia berfikir...
ada orang yang akan bertahan dengan sikapnya???
ada yang memperdulikan jika dia terus begitu???

kerna apa aku bersabar...
kerna aku mahu dia tahu...
aku orang itu...
orang yang terus berada di sisi...
walau apa yang berlaku...

[part time] ulangkaji

dalam masa aku bernafas ni...
antara perkara yang aku tak suka...
ulangkaji pelajaran...

memang dari sekolah rendah lagi...
tabiat tidak suka mengulangkaji pelajaran ini...
telah menular di dalam jiwa aku...

maksud ulangkaji pelajaran di sini ialah...
ulangkaji untuk peperiksaan...

mula mula sekali aku nak beritahu...
aku memang tidak suka peperiksaan...
sebab aku teruk dalam peperiksaan...

bab bab menghafal teori memang aku fail...
namun jika benda itu nyata...
yang boleh di lihat atau di bayangkan...
ia sesuatu yang amat menarik bagi aku...

contohnya semalam...
peperiksaan robotics...
70% daripada soalan ialah teori penghafalan...
lagi 30% ialah pengiraan...

korang semua sudah mengetahui kehebatan aku dalam matematikkan...
tidak perlu di nytakan lagi disini...
(terdapat unsur unsur riak disini...astaghfirullah)

back to story...
aku tidak dapat menjawab dengan cemerlang...
aku cuma tulis apa yang aku ingat sahaja...
nak tiru tasha...
duduk silang meja pula...

sepatutnya...
institusi pembelajaran menitikberatkan tentang perkara ini...
tidak semua pelajar boleh menghafal sebegitu banyak teori...

manusia di lahirkan dengan pelbagai kelebihan juga kekurangan...
untuk pelajar seperti aku...
yang amat mementingkan praktikal daripada teori...
adalah tidak adil 40% markah keseluruhan...
adalah daripada peperiksaan akhir semester...
itu tidak termasuk 20% daripada peperiksaan pertengahan semester...

sistem pembelajaran yang tidak adil ini...
banyak merugikan para pelajar...
seperti aku...
apabila berhadapan dengan dunia pekerjaan...
kerna apa...
kerna pada peringkat awal memasuki alam pekerjaan...
saringan resume akan dibuat...
selalunya kami akan kandas kerna pointer cgpa yang tidak gempak...

contohnya...
exxonmobil mengambil fresh graduate yang pointer 3.5 keatas...
memang mereka pelajar cemerlang...
dean list lagi...

tetapi...
adakah mereka hebat dalam arena pekerjaan???
tidak semestinya...
kerna apa???
kerana mereka orang teori...
mereka akan cuba menegakkan teori yang mereka belajar...

namun begitu...
bagi pelajar pelajar seperti aku...
apabila memasuki alam pekerjaan...
kami adalah pelajar yang sudah biasa dengan praktikal...

tidak sukar untuk kami memahami sesuatu perkara...
kerna kami sudah biasa dengan keadaan begitu...

sebagai contoh...
pernah dalam satu temuduga...
aku ditanya...
sila lukiskan AND gate dan OR gate...
sumpah aku lupa...
hahaha...

jadi untuk meng'cover'kan diri...
aku lontarkan soalan pula kepada beliau...
"bukan aku tak nak lukis tapi...
adakah benda ini akan membantu dalam membuat kerja nanti???
perlukah aku mengetahui jenis gate semasa membuat kerja nnti???"
aku dapat kerja tu...
tapi ku tak pergi...

so my point is...
peperiksaan banyak menyusahkan pelajar dari segi pemarkahan...
kerna street smart is not a book smart...

i rest my case...

09 May 2011

[makan] nasi kerabu

wa sebenarnya tak berapa 'in' dengan nasi kerabu ni...
sebabnya dia ber'kaler' biru...
dah macam bubuh nila pulak...
macam baju budak sekolah...

tadi...
disebabkan makanan lain sudah habis terjual...
maka wa dengan selamba men'tapau' nasi kerabu...
tambah lauk daging bakar...


wa makan tanpa menghiraukan keadaan warnanya...
yang membiru...
kadang kadang terfikir gak...
lepas makan ni muka jadik biru tak???
pesal dia tak kaler hijau kan???
lepas makan boleh jadik hulk ke...
ok dah mengarut...

makan sambil minum air bandung...
memang nikmat...
tapi sekarang rahang wa kebas...
kunyah daging liat punya pasal...
sape nak jawab???

[kawan kawan] poligami

segelintir kawan kawan...
baru kahwin setahun...
ada yang anak seorang...
ada yang belum mengandung pun lagi...

dekat luar...
dah pasang awek...
bila bini tak ikot lepak...
aku bujang la beb...

cerita bukan main gah lagi...
"ni baru 1...tak lama lagi adalah no 2"...
"aku direct cakap kat bini aku...abang nak kahwin lagi 1"...
"bini aku bukan berani nak melawan pun"...

realitinya...
kerja pun macam tak stabil lagi...
kerja...berhenti...kerja...berhenti...
income bini lagi lebat dari dia...

sebenarnya...
"macam mana ni...kantoi pula dengan bini aku"...
"bini aku dah bising bising lah pula"...
"siapa tak sayang bini oi!"...

dengarnye...
dah bagi tau aku dah kahwin...
tapi...
korang bagi tau tak bini korang ade awek???

ade seorang senior...
anak dah sekolah menengah...
"bukan tak pernah terfikir...
yang 1 ni pun sudah tidak terjaga"...

mereka masih hijau...
baru merasa...
yang sudah biasa...
aku tengok steady je...

aku???
yang 1 ni pun belum confirm...
hahaha

[puisi] sensored

*dibaca dengan irama lagu ini

Hisap rokok tembakau cina
Keluar asap berbunga bunga
Wahai cik adik abang nak tanya
Bawahlah pusat apa namanya

Hisaplah rokok tembakau jawa
Sambillah hisap sambil ketawa
Wahai cik abang ini jawabnya
Bawah pusat pepet namanya

Berjalan jalan ke kedai nyonya
Di bawa kawan bersama sama
Wahai cik abang adik nak tanya
Berapa panjang abang punya

Bukan panjang sebarang panjang
Panjang datang dari selatan
Kalau nak tahu berapa panjang
Cubalah baring sambil terkangkang

**lirik/idea asal : abdul halim (abang ktm)

08 May 2011

[buku] review - burgempak

tak putus gelak...
selagi urat gelak...
tak putus...
hahaha

[buku] review - cewah

mustread publication patut tukar nama...
sebab tidak menerbitkan karya ini...

"dah besar nanti nak jadi rock"

[hidup] mak

dulu...
aku diam dalam perut beliau...
dibawa kehulu...
dibawa kehilir...

keluar...
aku dijaga...
dibelai...
dimanja...

kemudian...
aku di sebat...
untuk mengajar...
untuk belajar...

sesudah...
aku mahu itu...
diberi...
aku mahu ini...
diberi...

kini...
masih belum dapat...
menebus walau setitis peluh yang mengalir...
biar dia berehat tanpa memikir masalah...

namun...
aku terus mencuba...
buat dia tersenyum...
buat dia gembira...

aku...
sayang mak...
rindu mak...
sentiasa berdoa akan kebahagiaan...

[jiwa jiwa luka] perasaan

sebagai seorang aku...
telah berfikir...
telah bertafakur...

sentiasa cuba untuk menjaga hati dan perasaan...
cuma...
kadang...
aku terlalu menjaga hati dan perasaan itu...
sehingga aku melukakannya...

salah pada perbuatan???
salah pada pertuturan???

bagaimana dengan perasaan aku pula???

07 May 2011

[part time] exam robot

nota tidak cukup...
yang mengajar pun bagus...
sekarang seorang pun tiada ide...
untuk memulakan ulangkaji...

update 1308;

pergi makan tengahari...
di cafe boy je kot...

progress???
macam takda progress je...
hahaha

[hidup] bahan

pergi kenduri member sekolah kahwin...
kene bahan dengan kenalan lama...

tak jadi pergi tengok maharaja lawak...
pun...
kene bahan dengan taca & fid...

[hidup] penunggu

orang perempuan ni...
kalau kita lambat...
dia punya bising...

tapi...
bila dorang lambat...
korang jangan bising...

[jiwa jiwa luka] puppet

aku sering bertanya kepada mereka di sekeliling ku...
aku juga sering membaca...
buku buku...
majalah majalah...
blog...
internet reseach...

tentang apa yang patut aku buat untuk memikat hati wanita...

jawaban yang paling cliche...
be yourself...
wanita suka lelaki yang berterus terang...
tunjuk siapa diri mereka siapa sebenarnya...

namun aku hampa...
sangat sangat hampa dengan jawaban ini...
kerna jawaban ini sering menghampakan aku...

aku seorang rokes...
pakaian tidak pernah terurus...
lalu datang pendapat yang memerintahkan aku...
untuk memakai sesuatu yang lebih sopan...
yang lebih menarik...
ternyata...
itu bukan aku...

aku seorang yang tiba tiba...
seorang yang buat keputusan on time...
seorang yang selamba...
malu???sering tertinggal di rumah...

kerna sikap ini membuat mereka yang lain...
berasa malu dengan aku...
berasa malu semasa berada dengan public...
berasa malu dengan diri sendiri...

dan pabila aku bersikap begini...
mereka sering memerintahkan aku berubah sikap...
'sopanlah sikit sop'...
'dia tak sukalah kalau kau macam ni'...

then what you expect from me???
this is real me...
i live my life...
i love my life...

'cuba ko ubah cara pemakaian ko'...
'cuba ko cakap tu baik baik sikit'...
'cuba ko kurangkan sikap selamba ko tu'...
'dia tak suka orang macam ni'...
'dia tak suka kalau ko itu...ini...'...

DAMN!!!
ini semua ayat perintah...
kenapa tidak suruh...
'cuba ko jadi boneka...buat ape yang orang suka'...

aku cuba buat si dia suka...
aku cuba buat dia kenal...
aku cuba buat dia sayang...
siapa aku sebenarnya...
dan bukan...
suka...
kenal...
sayang...
pada...
PUPPET...

06 May 2011

[buku] target 2

blook ni masih belum disambar...
cilakak...

kene serang gerai beger rokes ni...

[buku] target

tadi pergi kino...
usha usha buku...
sementara menunggu pidomat...

1 buku di suggest oleh blogger terkenal...
obefiend...
ianya berharga rm59.90...
tebal gila dalam 500++pages...

lagi 1 makanan karya nasionalis terkenal...
isham rais...
sudah lama ianya di pasaran...
namun baru sekarang aku terjumpa...
berharga rm45.00...

jika dicampurkan ke-2 nya...
seratus lebih juga aku kopak...
baru minggu lepas beli buku di klibf...

mungkin simpan hasrat ku kali ini...
ada rezeki...
pasti ku sambar ke-2nya...
hehehe

[siar siar] KLCC

celaka apa ntah petang tadi...
nak balik dari KLCC...
ada pula mamat gay bermesra...
depan mata...

usap usap lengan...
cheit...
putus selera cekik aku malam ni...

[mat rempit] test drive - blade 250

50km/h je gegar...
50km/h je gegar...
apa kejadahnya...

aku try henjut...
pick up yang baik untuk kelas 250cc...
cut off yang mendadak...
bila mencecah 140km/h...
steady but still gegar...

sempat sampai 160km/h sahaja...
kerna sudah sampai di persimpangan ke rumah...

tunggu zul keluar sebentar lagi...
aku nak panjat karak...
hahaha...

03 May 2011

[part time] hutang

wa still tak dapat nak cari duit...
nak bayar hutang...
untuk kolej...

exam hari jumaat ni...

DAMN!!!

02 May 2011

[buku] review - Islam Melayu Komunis



jika baca buku sejarah KBSM...
jika baca surat khabar...
jika menonton cerita di tivi...

merekalah pengkhianat bangsa...
merekalah perosak agama...

bagi aku...
mereka pejuang...
agama...bangsa...negara...
yang sebenar...
dengan daya keringat mereka...
bukan dengan membontoti kehendak penjajah...

mereka yang memulakan perjuangan untuk merdeka...
mereka yang menaikkan semangat nasionalism...
mereka yang membuat kita bangga dengan tanah ini...

namun 'juak' itu...
dari dulu kerjanya...
memecah belahkan umat melayu...
dengan medium yang mereka kuasai...

kerja mereka dari dulu meniru...
kerja mereka dari dulu memfitnah...
kerja mereka dari dulu merosakkan pemikiran melayu...

mengapa 'juak' ini begitu takut kepada kebenaran???
mereka lebih sayangkan dunia dari kehidupan abadi...

01 May 2011

[buku] KL book fair 2

petang tadi...
lagi sekali aku menjejakkan kaki ke pwtc...
bukan untuk menghadiri persidangan gerombolan songkok tinggi...
tetapi lebih kepada seruan utama tuhan...
dalam wahyu pertama kepada kekasihnya...
iqra'...

kali ini tujuan ku lebih serius berbanding kedatangan sebelumnya...
kerna tatkala itu kehadiranku sekadar untuk mendapat buku terbaru secara percuma...
tetapi kali ini...
aku serius untuk mencari buku ilmiah...
yang lebih menjurus kearah kehidupan sebagai manusia...

sasaran aku kali ini tetap booth yang sama...
milik gerakbudaya...
tetapi bukan buku fixi...
kerna aku sudah mendapatkannya...
kali ini aku cuba untuk mensasarkan buku buku karya para pejuang bangsa...
pejuang nasionalis...
mereka yang hidup dalam kemelut politik yang serba penuh dengan kekotoran...

sudah selesai membaca nanti...
bisa aku me'review' buat kalian...
buku buku yang dibeli sebentar tadi...:

[cuti] hari pekerja

hari ini...
1 may...
hari pekerja...
labor day...

mereka yang bekerja...cuti...
kerja kilang...cuti...
kerja pejabat...cuti...
kerja telekom...cuti...
kerja tnb...cuti...
indon...cuti...
bangla...cuti...

mereka yang bekerja hari ini...
dapat triple pay...
masyuuuk...

kenapa hari guru...
guru tidak cuti???

kenapa hari ibu...
ibu tidak cuti???

kenapa hari jadi...
kita tidak dapat cuti???

[keluarga] ayah terlupa

tadi pergi mengambil ayam di tempat pemprosesan ayam...
untuk kenduri esok tengahari...
jemput hadir ye pengikut setia ku...

back to the story...
maka aku pun memandu kereta...
kerna agak banyak ayam itu...
setelah pertukaran ayam dan agong bertukar...
kami kembali ke kereta...
aku terus ke bahagian pemandu...
ayah dengan sempoi buka pintu belakang...
dan terus duduk...
tanpa rasa bersalah...

aku tak tegur lagi...
mungkin kerna bahagian sebelah sana ada lumpur...
jua kerna nak ke econmart pula...

setelah keluar daripada econmart...
sekali lagi ayah masuk dan duduk di belakang...
pergh...
sekali dia ingat dia macam datuk datuk la pula...
hahaha

rupanya ayah dah terlupa...
dia sudah tidak bekerja...
hahaha

kadang kadang lawak ayah ni...
serius juga...