selepas kelas aku terus menuju surau untuk menunaikan kewajiban...
setelah selesai aku pon melepakkan diri di luar surau...
tujuan...untuk menanti achong pulak...
seusai menanti achong...aku pon buka laptop...
melayari internet setelah meninggalkannya lebih 12jam...
blog-blog wajib seperti tukartiub...rakyat marhaen...sembang kencang...krenmaut...aku mulakan...
semua untuk mengikuti perkembangan semasa...
ketika sedang membaca entri tentang prk tenang...
datang pula lecturer yang disayangi...
sebagai anak murid yang patuh...aku dan achong mulai berborak dengan beliau tentang politik semasa...
aku tidak menyanggah kredibiliti beliau sebagai seorang pengajar...
namun beberapa pandangan dari beliau aku tidak berapa setuju...
pertamanya beliau mengatakan bahawa orang cina sedang bergabung...
mca dalam sembunyi-sembunyi mulai berpakat dengan dap...
keduanya orang melayu sedang berpecah kepada 3...
ameno...pas...pkr...
jika dibiarkan kita akan menjadi seperti singapura...
apa jadi kepada melayu singapura...kata beliau...
tuan lecturer...
kamon la...bukan semudah itu untuk orang cina bergabung didalam dap...
kapal singh tu cina ke???
ingat orang cina tiada masalah perpaduan macam melayu ke???
keputusan tuan untuk mengundi ameno juga untuk pru akan datang bukanlah sesuatu yang bijak...
tuan kata biarlah ameno berkuasa kerna perpecahan kita kepada 3...
kalau pon tuan tidak mengundi ameno melayu tetap pecah kepada 3...
lagipun pkr bukanlah melayu semuanya...
kenapa tidak memilih pas yang teguh memperjuangkan islam sekian lama...
sebenarnya otak tuan telah dicemari oleh juak-juak ameno...
mereka inilah yang telah memecah-belahkan masyarakat melayu...
media massa yang sepatutnya bergerak bebas dikongkong supaya 'bias' kepada mereka...
tivi3 suku yang setiap malam menyebarkan fitnah dan tidak jujur dalam menyiarkan berita...
blogger-blogger ameno yang tidak putus-putus menyebarkan benih-benih kebencian...perkauman...
dengan tujuan supaya pihak pembangkang nampak buruk...
perkara ini memang menjadi darah daging mereka...
aku...penyokong pembangkang???
mungkinlah...tetapi lebih kepada benci kerajaan...
cara mereka mentadbir...
kronism...rasuah...
konon-konon je kempen anti semua tu...
namun itulah cara mereka yang sebenar...
tanah orang kampung ditukar hak milik menjadi hak milik mereka...
diberi kepada kroni-kroni mereka...
orang-orang kampung yang merempat disitu diabaikan...
ini semua didepan mataku...
anak muda sekarang telah mula sedar semua ini...
cara pemikiran orang kampung juga telah berubah...
kamon lah...
selamatkan negara kita daripada juak-juak yang sibuk memenuhkan kantung mereka...
rakyat marhaen macam kita yang tertindas...
No comments:
Post a Comment