17 January 2011

14. bini aku tomboy ke?

menjelang waktu petang hari ini...
aku selesai membaca novel ku yang ke-2...
untuk kesekian kalinya...
buku aku pinjam dari yah...

aku mulai jatuh cinta dengan membaca novel tatkala aidiladha yang lepas...
ketika sedang bosan baring dirumah sewa...
sambil menanti taca bersiap untuk dihantar ke stesyen bas jalan duta...
aku menginginkan membuat sesuatu untuk mengisi masa lapang ku...

jam di dinding memberitahu baru pukul 4 petang...
tiket bas taca mulai bergerak jam 9 malam...
aku ada 4 jam untuk di isi dengan sesuatu...
tetapi tidak ku tahu apa sesuatu itu...

dengan tidak semena-mena idea mendatang...
lalu aku meminta 'sesuatu' dari taca...
pemberian taca amat bermakna...
itulah kali pertama ku...

novel yang bertajuk 'sepatu biru' berjaya memikat hatiku...
sedari itu aku cuba mendekatkan diri dengan novel...
pabila ke kedai buku pastinya akan ku cuba mencari novel...
tetapi sehingga ke hari ini aku masih belum berjaya membeli walau sebuah novel sekali pun...
pepatah inggeris ada menyebut 'don't judge a book by its cover'...

setakat ini aku hanya berjaya membeli buku-buku indie sahaja...
ini kerna buku-buku indie ini ada para penyebarnya...
ramai dari kalangan pengarang...penerbit...editor...peminat...akan membuat review terhadap buku2 indie di blog-blog mereka...
dari sini aku membuat penilaian untuk membeli buku-buku tersebut...

mungkin aku masih belum menjumpai blog-blog yang membuat review untuk novel barangkali...
kalau sudah nanti akan ku cari novel yang mungkin membuat ku jatuh hati...

entri ini bukan lah sebuah entri yang membuat review terhadap novel 'bini aku tomboy ke?'...
tetapi aku ingin memberi tahu yang novel ini best...
aku suka...

ditangan aku ada lagi sebuah novel...
yang juga dipinjam dari yah...
mungkin selepas membacanya aku akan terus membuat pinjaman terhadap beliau...
beliau mempunyai noleksi novel yang banyak...
sehingga aku membelinya sendiri...
yah...nanti aku bawak ko g klcc/mid valley ye...kite g bli byk2...hahaha...

*aku ada idea nak buat novel gak la...sape nak join??kite up indie sudey...

1 comment:

sky_olivercon said...

kecoh la weh...nak jadi ahadiat akasyah...kuang3