19 January 2011

16. malam tahun baru

ape kene ntah aku ni...
dah 18 hari baru nak cerita tentang malam tahun baru...
sebenarnya aku dalam keadaan tidak tahu apa nak buat...
idea robot aku tidak menerjah keruangan minda lagi...

pada malam tahun baru yang lepas...
buat pertama kalinya aku tidak membuat kerja gila...
tiada klcc...tiada bukit bintang...tiada pesta buih...
tetapi pada malam itu aku rasa bahagia...
hahaha...

untuk malam tahun baru kali ini...
aku hanya keluar makan...dinner...
yana...yah...aku...
kami bertiga ke sebuah kedai makanan mexico...

hanya yana yang pernah sampai ke kedai ini...
mengular masa kerja...hahaha...
kedai ini terletak di jalan ampang berhampiran dengan tasik ampang yang tepi mrr2...
namun oleh kerana yana ni seorang yang amat suka mellupakan jalan...
kami terpaksa berpusing-pusing di sekitar ampang...
gile sampai taman kosas tu aku bawak kereta...

namun pencarian kami berakhir...
pabila yana dengan percubaan terakhir mengatakan kedai berkenaan di belakang shell di jalan ampang...
dan aku dengan rela hati mencuba untuk kali terakhhir...
jikalau tiada kedainya di situ kemungkinan kami akan ke chilis klcc atau ke delifrance flamingo...

percubaan untuk mengingati lokasi sebenarnya telah berjaya...
yana yang dalam samar-samar untuk mengaku kesalahan beliau dengan wajah ceria menunjukkan kedai tersebut...
kedai yang agak tersorok di celah-celah rumah orang kami hinggapi...
untuk makan malam ini...

makanan dikedai ini memang sedap...
aku cuma makan tortilla wrap with chicken...
yana dan yah memilih speghetti sebagai santapan mereka...
kami makan dengan penuh sopan-santun...
walaupun makan di kedai mexico namun kami tidak bertukar menjadi kaum aztec...
hahaha...

selesai makan malam kami pon terus pulang kerumah...
walaupun ketika itu jam baru menunjukkan pukul 10 malam...
tetapi oleh kerna aku memerlukan tidur yang cukup untuk memandu ke kuala kangsar esok pagi...
aku memilih untuk berehat di rumah...

terima kasih yah sebab belanja kami makan malam tersebut...
doakan beliau dapat buat sales banyak-banyak lagi...
dan aku dapat memenuhkan perut aku lagi...
hahaha...

sedikit sebanyak perkara yang berlaku di kedai tersebut...
appertizer...nachos...

si cute + si kacak...

filem photographer...

menyocok ayam secara kejam...

menikmati speghetti...yum yum

No comments: