29 January 2011

gadis

semenjak semalam...
aku merasakan sesuatu yang amat ganjil telah berlaku kepada diriku...
hidupku dirasakan seperti di syurga mungkin...
gadis-gadis genit...montok...cun...
berlegar-legar di sekitar ku...

sudah kurasakan seperti hugh hefner diriku ini...
namun mereka semua berpakaian...
jika tidak sudah ku bukukan mereka semua...
hahaha...

pagi tadi sekali lagi aku bertembung dengan seorang gadis...
bukan awek skuter...
tapi seorang gadis...
wajahnya ayu...bertudung gaya seorang yuna...

aku bertembung dengannya dalam perjalanan ke gerai nasi lemak...
dia sedang mengemas kereta...perjalanan jauh mungkin...
pertembungan di tengah jalan sesuatu yang tidak romantik...
aku mengarah ke kanan...beliau mengacah ke kanan...
aku mengarah ke kiri...beliau mengacah ke kiri...
seperti mahu menari hati ku berdetik...

aku mengangkat muka...
cuba untuk melihat beliau...
lantas mata kami bertentang...
tiba-tiba kami tergelak...
hahaha...
lalu sebagai seorang lelaki budiman(gentleman)...
aku berdiri dan memberi laluan kepad beliau...

ingin ku berikan kad nama seperti semalam...
namun tiada ku bawa ia bersama...
cuma kali ini aku hanya mampu memberi sekuntum senyuman...
buat ia bawa bersama dalam perjalanan jauh beliau...

sebentar lagi aku akan ke gombak...
ada 6 lagi gadis+awek yang cun...genit...montok...yang perlu aku hadapi...
walaupun mereka menjadi pilihan hatiku...
adakah aku dihati mereka???
hmmmmm......

28 January 2011

20. berkenalan

lokasi: kedai makan
waktu: balik solat jumaat

perkara ini baru sahaja berlaku...
panas lagi...

tatkala aku sedang dalam proses memilih lauk untuk makan tengahari ku...
berkira-kira sama ada mahu memilih daging masak kari atau ikan masak asam pedas...
datang seorang awek...
pergh....cun giler...

aku dengan gaya macho yang memang selama ini tersemat dijiwa...
buat ignore je dengan kehadiran beliau...
namun begitu aku masih mencuri-curi pandang wajah beliau...
dapat ku lihat yang beliau sedang membimbit sebiji topi keledar...
waaahh...minah rempit mungkin...

aku mashi lagi meneruskan gaya macho ku dengan menguis-nguis daging masak kari tadi...
manakala beliau sedang menguis-nguis sayur goreng...
jaga badan ku fikir...
iye lah...kalau tidak manakan dapat badan sebegitu...

setelah selesai membayar...
aku kembali ke motor berkuasa sederhana besar ku...
terlihat sebiji motor skuter bernombor pendaftaran negeri perak disisi motor ku...
barang kali motor beliau...fikir ku...
dan memang firasatku kali ini benar...
beliau ke motor tersebut...ego mungkin...sudah ku lupa...

bagi seorang aku...
menegur seorang wanita untuk memulakan perbualan adalah sesuatu yang amat ganjil...
tidak pernah lagi...
tapi kali ini aku seperti berani...

aku meng'hai' beliau...
lantas beliau menghadiahkan sekuntum senyuman...
aku...kaget...
sudah 'hai' nak cakap apa???
fikiranku bercelaru...
aku jadi panik...
lantas dengan gaya yang tetap macho...
aku menghulurkan kad namaku kepadanya...
dan berpesan..."jika sudi"

dengan masih macho...
aku start motor dan berlalu...
aku lihat di cermin sisi...
beliau masih terpinga-pinga sambil membaca kad namaku...

sekarang...
aku menunggu panggilan misteri dari beliau...

26 January 2011

how to win a girl

hahaha...
pastinya anda semua sedang tergelak membaca tajuk yang diraut di atas...
manakan tidak...
seorang aku menulis tentang meng'ayat' awek...

gambar sekadar hiasan

ok...since aku still seorang single...
dan still dalam proses meng'ayat' awek...
aku ada beberapa perkara yang nak kongsi dengan anda semua...

mesti anda biasa mendengar tips "be yourself"...
percayalah...ini sucks...
ini terbukti kepada diri aku sendiri...
aku menjadi diri aku sendiri...
cara pemakaian...percakapan...pergaulan...dan macam-macam per lagi...
namun semua hampa...
lalu seorang rakan rapat ku berkata...
ko kene tukar cara ko tu...
pakai ko kene ubah...cakap tu cube elok-elok sikit...
dan macam-macam perkara yang perlu aku ubah...

so sesiapa yang bagi idea macam ni...
boleh pergi gone...
hahaha...

kemudiannya...wanita tidak memandang luaran...
kamon la...jangan menipu boleh tak...
kalau korang takde duit...
ade ke awek nak???
kalau korang muka macam puak uruk hai...
tak kan ada awek nak dekat kot...

believe me...
awek-awek sekarang tak pandang kalau korang cuma menunggang motosikal...
macam aku...walaupun motor aku berkuasa sederhana besar...
walaupun aku seorang yang kacak(sumber-sumber yang boleh dipercayai)...
hahaha...

ade lagi...
tunggu bahagian seterusnya...
aku nak buat robot pulak...

23 January 2011

19. pemikiran

selepas kelas aku terus menuju surau untuk menunaikan kewajiban...
setelah selesai aku pon melepakkan diri di luar surau...
tujuan...untuk menanti achong pulak...

seusai menanti achong...aku pon buka laptop...
melayari internet setelah meninggalkannya lebih 12jam...
blog-blog wajib seperti tukartiub...rakyat marhaen...sembang kencang...krenmaut...aku mulakan...
semua untuk mengikuti perkembangan semasa...

ketika sedang membaca entri tentang prk tenang...
datang pula lecturer yang disayangi...
sebagai anak murid yang patuh...aku dan achong mulai berborak dengan beliau tentang politik semasa...
aku tidak menyanggah kredibiliti beliau sebagai seorang pengajar...
namun beberapa pandangan dari beliau aku tidak berapa setuju...

pertamanya beliau mengatakan bahawa orang cina sedang bergabung...
mca dalam sembunyi-sembunyi mulai berpakat dengan dap...
keduanya orang melayu sedang berpecah kepada 3...
ameno...pas...pkr...
jika dibiarkan kita akan menjadi seperti singapura...
apa jadi kepada melayu singapura...kata beliau...

tuan lecturer...
kamon la...bukan semudah itu untuk orang cina bergabung didalam dap...
kapal singh tu cina ke???
ingat orang cina tiada masalah perpaduan macam melayu ke???

keputusan tuan untuk mengundi ameno juga untuk pru akan datang bukanlah sesuatu yang bijak...
tuan kata biarlah ameno berkuasa kerna perpecahan kita kepada 3...
kalau pon tuan tidak mengundi ameno melayu tetap pecah kepada 3...
lagipun pkr bukanlah melayu semuanya...
kenapa tidak memilih pas yang teguh memperjuangkan islam sekian lama...

sebenarnya otak tuan telah dicemari oleh juak-juak ameno...
mereka inilah yang telah memecah-belahkan masyarakat melayu...
media massa yang sepatutnya bergerak bebas dikongkong supaya 'bias' kepada mereka...
tivi3 suku yang setiap malam menyebarkan fitnah dan tidak jujur dalam menyiarkan berita...
blogger-blogger ameno yang tidak putus-putus menyebarkan benih-benih kebencian...perkauman...
dengan tujuan supaya pihak pembangkang nampak buruk...
perkara ini memang menjadi darah daging mereka...

aku...penyokong pembangkang???
mungkinlah...tetapi lebih kepada benci kerajaan...
cara mereka mentadbir...
kronism...rasuah...
konon-konon je kempen anti semua tu...
namun itulah cara mereka yang sebenar...
tanah orang kampung ditukar hak milik menjadi hak milik mereka...
diberi kepada kroni-kroni mereka...
orang-orang kampung yang merempat disitu diabaikan...
ini semua didepan mataku...

anak muda sekarang telah mula sedar semua ini...
cara pemikiran orang kampung juga telah berubah...
kamon lah...
selamatkan negara kita daripada juak-juak yang sibuk memenuhkan kantung mereka...
rakyat marhaen macam kita yang tertindas...

18. robot

aku letih...
itu yang dapat digambarkan terhadap perasaan aku sekarang ini...
aku perlu membuat sedikit 'research' untuk tugasan robot...
ianya akan dibentangkan pada esok pagi...

membuat robot bukanlah sesuatu yang mudah...
ia memerlukan daya imaginasi yang tinggi...
bak kata albert einstein...
"untuk berjaya kita memerlukan 1 peratus kepandaian dan 99 peratus angan-angan"

petang tadi didalam kelas...
yah telah memberi 1 tajuk yang agak menarik...
aku cuba untuk menyesuaikan diri dengan idea yang diberi oleh yah...
ini kerna aku perlu mencari bahan untuk kelentong mr. razak esok pagi...

seusai aku berjaya menyiapkan rangka kerja untuk robot yang dicadangkan oleh yah...
aku juga telah mereka 1 lagi robot...
ianya sebagai 'back-up' jika idea yah tidak diterima oleh mr. razak...
jika idea aku juga ditolak...
harap-harap yana & hapis ada sesuatu...
hahaha...

ape keputusannya pagi esok???
berdoa pada yang esa...
moga dipermudahkan urusan...
insya allah...

20 January 2011

17. van boy

bercerita tentang van boy cafe...
pernah kami meminjam van tersebut untuk merembat peti sejuk dari rumah sewa ibu...
ibu ialah mak mus merangkap mak angkat kami...
aku...amin...asan...dan sape ntah lg...
kami memacu van kepunyaan boy cafe dari bmi ke sentul untuk mengambil peti sejuk tersebut...

kemudian memindahkannya ke seri gombak...
perjalan yang mengambil masa sekitar 45 minit tersebut dirasakan yang terpanjang dalam hidup kami...
perasaan kami bercampur-baur kerna van tersebut terperap dengan bau hanyir darah...
kerna van tersebut digunakan untuk membawa barang  basah dari pasar...
hanya tuhan yang tahu perasaan kami tatkala itu...

selepas dihantar pulang...
aku dapat lihat apit muntah-muntah...
ucu xdapat tidur malam...
yang lain-lain steady je...
biasalah mereka itu anak manja...

ini lah van boy...
aku pinjam siang tadi untuk menolong gadis-gadisku pindah rumah...


*van boy ialah van yang dimiliki oleh boy cafe...

19 January 2011

16. malam tahun baru

ape kene ntah aku ni...
dah 18 hari baru nak cerita tentang malam tahun baru...
sebenarnya aku dalam keadaan tidak tahu apa nak buat...
idea robot aku tidak menerjah keruangan minda lagi...

pada malam tahun baru yang lepas...
buat pertama kalinya aku tidak membuat kerja gila...
tiada klcc...tiada bukit bintang...tiada pesta buih...
tetapi pada malam itu aku rasa bahagia...
hahaha...

untuk malam tahun baru kali ini...
aku hanya keluar makan...dinner...
yana...yah...aku...
kami bertiga ke sebuah kedai makanan mexico...

hanya yana yang pernah sampai ke kedai ini...
mengular masa kerja...hahaha...
kedai ini terletak di jalan ampang berhampiran dengan tasik ampang yang tepi mrr2...
namun oleh kerana yana ni seorang yang amat suka mellupakan jalan...
kami terpaksa berpusing-pusing di sekitar ampang...
gile sampai taman kosas tu aku bawak kereta...

namun pencarian kami berakhir...
pabila yana dengan percubaan terakhir mengatakan kedai berkenaan di belakang shell di jalan ampang...
dan aku dengan rela hati mencuba untuk kali terakhhir...
jikalau tiada kedainya di situ kemungkinan kami akan ke chilis klcc atau ke delifrance flamingo...

percubaan untuk mengingati lokasi sebenarnya telah berjaya...
yana yang dalam samar-samar untuk mengaku kesalahan beliau dengan wajah ceria menunjukkan kedai tersebut...
kedai yang agak tersorok di celah-celah rumah orang kami hinggapi...
untuk makan malam ini...

makanan dikedai ini memang sedap...
aku cuma makan tortilla wrap with chicken...
yana dan yah memilih speghetti sebagai santapan mereka...
kami makan dengan penuh sopan-santun...
walaupun makan di kedai mexico namun kami tidak bertukar menjadi kaum aztec...
hahaha...

selesai makan malam kami pon terus pulang kerumah...
walaupun ketika itu jam baru menunjukkan pukul 10 malam...
tetapi oleh kerna aku memerlukan tidur yang cukup untuk memandu ke kuala kangsar esok pagi...
aku memilih untuk berehat di rumah...

terima kasih yah sebab belanja kami makan malam tersebut...
doakan beliau dapat buat sales banyak-banyak lagi...
dan aku dapat memenuhkan perut aku lagi...
hahaha...

sedikit sebanyak perkara yang berlaku di kedai tersebut...
appertizer...nachos...

si cute + si kacak...

filem photographer...

menyocok ayam secara kejam...

menikmati speghetti...yum yum

18 January 2011

15. pindah

2 minggu ni aku sibuk dengan pindah rumah...
2 rumah yang terlibat dalam perpindahan ini...
1 berlaku didalam rumah aku sahaja...
memindahkan atok...wan dari dalam bilik mereka ke tempat yang lebih dekat dengan bilik air...
wan sejak akhir-akhir ini kerap pitam...
dengan rasa prihatin aku memindahkan mereka ke tempat yang lebih selesa...ya aku tipu...mak aku yang prihatin...
sebagai anak yang prihatin...ringan tulang...kacak...aku menolong mak ku memindahkan mereka...

lagi 1 perpindahan melibatkan rumah gadis-gadisku...
dari rumah sekarang di tingkat 5 ke 1 block yang lain di tingkat bawah...
jarak perpindahan hanya 5 minit...
sebagai lelaki yang maco...kacak...pembela wanita...aku dengan rela hati membantu mereka...
nak kene angkat peti sejuk...tibi 29"...tong gas...kata mereka...
untuk itu aku akan merembat van kepunyaan boy cafe...
van ni legend...nanti aku cerita...

kalau aku seorang mungkin tidak cukup untuk proses perpindahan tersebut...
maka itu aku akan meminta pertolongan dari seorang makhluk tuhan yang kelam...
aku tidak menanyakan kepada beliau lagi...
mungkin aku akan gunakan kekerasan keatas beliau...
hahaha...

sekarang aku terfikir...
ape aku nak pindahkan ke rumah sewa di keramat itu???

17 January 2011

14. bini aku tomboy ke?

menjelang waktu petang hari ini...
aku selesai membaca novel ku yang ke-2...
untuk kesekian kalinya...
buku aku pinjam dari yah...

aku mulai jatuh cinta dengan membaca novel tatkala aidiladha yang lepas...
ketika sedang bosan baring dirumah sewa...
sambil menanti taca bersiap untuk dihantar ke stesyen bas jalan duta...
aku menginginkan membuat sesuatu untuk mengisi masa lapang ku...

jam di dinding memberitahu baru pukul 4 petang...
tiket bas taca mulai bergerak jam 9 malam...
aku ada 4 jam untuk di isi dengan sesuatu...
tetapi tidak ku tahu apa sesuatu itu...

dengan tidak semena-mena idea mendatang...
lalu aku meminta 'sesuatu' dari taca...
pemberian taca amat bermakna...
itulah kali pertama ku...

novel yang bertajuk 'sepatu biru' berjaya memikat hatiku...
sedari itu aku cuba mendekatkan diri dengan novel...
pabila ke kedai buku pastinya akan ku cuba mencari novel...
tetapi sehingga ke hari ini aku masih belum berjaya membeli walau sebuah novel sekali pun...
pepatah inggeris ada menyebut 'don't judge a book by its cover'...

setakat ini aku hanya berjaya membeli buku-buku indie sahaja...
ini kerna buku-buku indie ini ada para penyebarnya...
ramai dari kalangan pengarang...penerbit...editor...peminat...akan membuat review terhadap buku2 indie di blog-blog mereka...
dari sini aku membuat penilaian untuk membeli buku-buku tersebut...

mungkin aku masih belum menjumpai blog-blog yang membuat review untuk novel barangkali...
kalau sudah nanti akan ku cari novel yang mungkin membuat ku jatuh hati...

entri ini bukan lah sebuah entri yang membuat review terhadap novel 'bini aku tomboy ke?'...
tetapi aku ingin memberi tahu yang novel ini best...
aku suka...

ditangan aku ada lagi sebuah novel...
yang juga dipinjam dari yah...
mungkin selepas membacanya aku akan terus membuat pinjaman terhadap beliau...
beliau mempunyai noleksi novel yang banyak...
sehingga aku membelinya sendiri...
yah...nanti aku bawak ko g klcc/mid valley ye...kite g bli byk2...hahaha...

*aku ada idea nak buat novel gak la...sape nak join??kite up indie sudey...

15 January 2011

13. hujung minggu

bermula hari ini kelas aku bermula sekali lagi...
untuk tahun ni aku berazam untuk cuba me'maintain'kan pointer aku...
walaupun subjek yang mendatang pastinya lebih mencabar...
namun aku akan cuba sedaya-upaya untuk belajar bersungguh-sungguh...
dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain...

ini tahun ke-4 aku sambung belajar separuh masa...
banyak yang telah dilalui disepanjang perjalanan ini...
aku cuba bertahan untuk sampai ke garisan penamat dengan jayanya...

dengan usaha...support dari orang sekeliling...juga tawakal kepada yang esa...
aku berharap hari-hari yang mendatang akan berpihak kepada aku...
semoga segala usaha aku dihargai orang-orang sekeliling...
direstui mak dan ayah...
dan di redhai sang pencipta...

setelah cita-cita aku untuk bergelar doktor berkubur...
diharap agar aku dapat menggapai untuk menjadi seorang 'engineer'...
'engineer' yang tahu ape yang dilakukan...
dan bukan 'engineer' hanya pada pangkat tapi haprak...
itu pun jika dibenarkan oleh 'supreme engineer'...

kepada rakan-rakan yang baru mendirikan rumahtangga...
didoakan kalian berkekalan sehingga ke akhirnya...
kepada yang akan melangsungkan pada tahun ini...
selamat menempuh alam perkahwinan...
sori la bro...kalo aku malas pergi kelas dapat la aku ke majlis korang...
yang sudah kawen...sedar diri la woi...
anak bini kat rumah tu tak payah la berlagak bujang...
hahaha...

aku memohon jasa baik kalian untuk mendoakan kejayaan untuk aku...
hanya Allah yang layak membalas jasa anda semua...
insyaallah...

13 January 2011

12. lakon

industri perfileman kita sekarang sedang rancak...
banyak cerita-cerita seram...tahyul...kubur...mati...
cerita hantu...pontianak...kene rasuk...dan yang sama waktu dengannya...
ditayangkan...
yang penting ialah pengajaran yang didapati dari cerita-cerita tersebut...

semua cerita2 ini mempunyai mesej yang tersendiri...
contohnya...perbuatan khianat sesama saudara...santau...
saka dari nenek moyang...
kita disajikan dengan cerita-cerita begini sebab ini yang kita suka...
sejak dari mulanya kita gemar membaca mastika...menonton misteri nusantara...
maka dengan sebab inilah penggiat seni banyak mengahabiskan masa dengan mencari bahan untuk menghiburkan kita...
dengan cara ini industri seni kita akan bercambah...

dalam cerita-cerita ini juga menylitkan unsur-unsur ketuhanan...
cinta kepada islam...kembali kepangkal jalan...
aku suka cerita yang membuat kita berfikir kembali...
dimana asal-usul kita...
apa tujuan kita diatas muka bumi...
unsur-unsur yang menginsafkan ini amat menonjol dalam setiap cerita yang ditayangkan...
bahkan bole membuat para penonton juga menginsafi perbuatan mereka...

namun begitu...
itu hanya lakonan...
para penonton hanya membazir air mata mereka tanpa sebrang nilai...
para pelakon hanya memainkan watak tersebut didalam cerita...
namun di dunia realiti...mereka tidak...
menjadi ustazah di peti televisi namun rupanya kaki clubbing...
bertelekong pada akhir cerita namun ber'skirt' pendek di klcc

aku tak salahkan mereka...
mereka hanya 'pelakon'...
kamus dewan:pelakon...orang yang berpura-pura
mereka hanya berpura-pura menjadi baik untuk periuk nasi mereka...
mereka hanya berpura-pura mengenakan tudung untuk mencari sesuap nasi...
mereka hanya berpura-pura duduk tahiyat akhir untuk bayar loan banglo mereka...
mereka hanya berpura-pura menjadi pelacur murahan untuk menghiburkan kita semua...

tidakkah anda semua terhibur dengan sandiwara ini???
pastinya terhibur...masakan tidak...
anda sanggup mengeluarkan rm10 untuk satu filem yang ditayangkan di pawagam...
anda sanggup membayar rm40 untuk astro dirumah...
anda juga sanggup berhabis rm100 untuk sebuah teater...

jadi...
apakah maksud lakonan mereka???
mahu menginsafkan para penonton???
supaya penonton kembali ke pangkal jalan???
jadikan segalanya sebagai iktibar...
yang baik dijadikan tauladan...yang buruk dijadikan sempadan???

atau merak hanya mahukan kertas kepala agong???
kemasyhuran???populariti???disanjung???
bukankah itu semua mesej dalam lakonan mereka???

aku masih tidak mengerti ini semua...
maafkan aku...
aku juga perlukan 'cermin'...

11 January 2011

11. ballon d'or

bola sepak merupakan permainan no.1 di dunia...
kita di malaysia disajikan dengan pelbagai genre bola sepak di television...
la liga...bpl...serie a...bundesliga...n many more...
namun begitu tahap mutu permainan bola sepak di malaysia masih jauh ketinggalan...

walaupun malaysia menang piala aff bulan lepas...
ianya tidak menandakan kebangkitan skuad kebangsaan yang kita banggakan sangat itu...
aku akui memang ia kesinambungan dari pingat emas sukan sea yang lepas...
perlu diingat...
kalau itu yang mahu dibanggakan...
kita hanya layak di gelar jaguh kampung...
kerna ianya baru dalam daerah asean...

terdapat 203 negara yang berdaftar dibawah payung fifa...
statistik terakhir dikeluarkan pada 15 dec 2010...
malaysia dikedudukan ke-144...
esok statistik terbaru akan di'release'kan...
dan kemungkinan besar rangking malaysia akan naik...

ballon d'or adalah bola emas dalam bahasa perancis...
ia akan dikurniakan kepada pemain terbaik untuk 1 tahun...
cara pemilihan ialah dimana setiap negara diwakili oleh 3 individu...
kapten pasukan...jurulatih...pengamal media(wartawan)...
mereka akan mengundi 3 pemain terbaik pada persepsi mereka...
pemain no1:5mata...no2:3mata...no3:1mata...

untuk tahun 2010...
seperti aku jangkakan la masia akan menjulangnya...
"messi adalah kurniaan tuhan"...maradona kata...
beliau amat hebat ketika di atas padang...
ketika pertemuan el-classico...
seperti ronaldo tidak bermain...

barça trio...
messi...iniesta...xavi...
mereka merupakan 3 pemain terbaik dunia...
villa di tempat ke-8...
4 daripada 10 pemain terbaik dunia ada di kelab catalan ini...

namun begitu...
wakil-wakil dari malaysia tadi tidak nampak atau terlepas pandang perkara tersebut...
tidak seorang pun dari kalangan mereka yang memilih messi...
ini adalah vote dari mereka...

1. Malaysia Norhafiz Zamani Misbah 1. Xavi 2. Sneijder Wesley 3. Puyol Carles
2. Malaysia Rajagobal K. 1. Iniesta Andrés 2. Xavi 3. Özil Mesut
3. Malaysia Hashim Rizal 1. Sneijder Wesley 2. Xavi 3. Forlán Diego

mungkin pada mereka messi tidak layak...
ini untuk anda...

09 January 2011

10. Perkahwinan pejam














31 dec 2010 mencatat sejarah apabila seorang lagi rakan ku melepaskan title bujang…
Pejam yang sudah bercinta dengan aini sejak bekurun lalu akhirnya mengikat tali perkahwinan…
Lalu pada 8 jan 2011 kami rakan-rakan seperjuangan di BMI dahulu mengambil kesempatan untuk menghadiri upacara persandingan yang diadakan di bandar putra mahkota, bangi…

Aku sejak dari mula cuba merancang untuk pergi seminima mungkin kerana seperti biasa pasti aka nada yang me’ngensel’ temujanji ini…
Pada mulanya aku hanya berjanji dengan ucu dan bamin sahaja…
Namun segala perancangan aku ternyata salah…
Tetiba ramai pula yang ingin menyertai dan ucu pula membuat pembatalan…
Itu semua tidak melemahkan semangat aku untuk pergi ke majlis tersebut…

Tepat jam 1 tengahari aku sudah terpacak dihadapan rumah ame tua…
Beliau yang baru dikejutkan segera bersiap…
Setengah jam kemudian kami bergerak pula ke rumah mudin di Bandar bukit puchong…
Setelah itu kami bersama-sama ke rumah hasan yang terletak di puncak jalil…
Perjalanan kami dari rumah hasan agak lewat kerana menunggu seorang lagi jemaah yang ada hal di pagi hari…
Jam 330 ptg baru lah kami keluar dari rumah hasan…

Lebih kurang jam 430ptg barulah kami tiba di perkarangan kediaman dato’ johar…
Pastinya keadaan di kawasan khemah kelihatan para penanggah sedang mengemas…
Hahaha…tiada apa yang tinggal untuk kami…
Hanya yang ada segelas teh tarik setiap seorang…
Xbanyak yang dapat aku nak shot sebab dah tiada view yang menarik…
Hanya inilah yang dapat untuk tatapan saudara sekalian…






bergambar bersama pengantin secara xformal..


pejam baru keluar menyambut kami orang






sempat tembak pengantin perempuan






ketika ini pejam kata"cop2...ko xbole buat mcm ni"
aku "CIBAI LU"






disebabkan lauk kenduri da habis terpaksa mencekik kat kedai...hahaha...

05 January 2011

9. minyak

minggu lepas negara digemparkan dengan fenomena minyak masak yang tak cukop...
kemudian semalam dlm buletin utama tivi3suku ade mamat tu ckp...
harge minyak masak dijangka naek...
hahaha...
tektik yang sanme sejak dulu lg...
mule2 dorang sorok minyak...
kate minyak xde...
pastu tibe-tibe naek kan harge minyak jadi byk balik...

pelik bin ajaib...
malaysia merupakan pengeluar minyak sawit ke-2 terbesar didunia...(source)
tapi minyak xcukop...
sape yg cekik minyak tu sampai habis...
agak2 la rakyat kite yg 28 juta ni cekik sampai kering...
indonesia yg ade 220juta org pon xde masalah bekalan...

mlm ni...
harga petrol ron97 naik lg 10sen...
CIBAI...xkan moto aku nak telan ron95...
sempot la...kemak jua...
baru bln lepas naek 15sen...
ni nak naek lg...
alasan same yg digunakan...
apungan...subsidi da byk...harge siling...
cakap je la nak bagi kroni2 korang...
nak buat modal PRU13...
rakyat da xpecaye korang...
nak kene tabur duit kat orang2 kampong...

malaysia melalui petronas merupakan salah sebuah syarikat O&G terbesar dunia...
negara ke-8 yang mempunyai ekuiti 100% keatas syarikat minyaknya...(source)
dah tu bagi kenyataan...
harga petrol di malaysia nasih murah jika dibandingkan dengan negara serantau...
BODOH...ko compare dengan singapore...die ade minyak ke???air pon mintak kat johor...
thailand...dorang ade minyak ke???
apesal xcompare dengan brunei???

yang masih menjadi tanda tanya kepada aku ialah...
kenapa juak2 UMNGOK ni xpaham2...
korang still sokong parti ketuanan melayu ni...
dorang hidup senang lenang...
isi minyak pakai kupon je...
korang yang keje siang malam...
kene bayarkan duit minyak dorang...

kamon la...
pikey la...
jangan pecaye je ape botak cakap...
ape mat sembab cakap...
ni sume korang telan je...
bace...bace...bace...
ape gune google...
jangan stick dgn 1 source je...
luas kan pencarian...

TERIMA KASIH PM...
1MALAYSIA...(kene tipu)
RAKYAT KENE DULU...
KRONI DIUTAMAKAN...

*kumpol duit nak beli prius...

04 January 2011

8. mengedit blog

xde keje nak buat...
aku tengok yah buat blog die macam best...
xkan yah lebih dari aku...
mane boleh macam ni...

*brani edit macam ni la yah...
**blog yah

7. melangkah ke alam per-universiti-an

tahun 2004...

bermulanya aku sebagai seorang pelajar universiti...
pada tarikh ini...
baman, mak & aku ke BMI untuk aku mendaftarkan diri disana...
aku macam biasa dengan pakaian ku...
jeans & t-shirt...
pada ta'akulan ku di kolej pastinya berpakaian seperti hippies...
namun aku silap...
disini mereka mementingkan grooming...
aku dipaksa menukar pakaian kepada kemeja & slack & neck-tie...
da macam pekerja pejabat da aku rasa...
terpaksa ku mengikut kata kerna tidak mahu ketinggalan untuk membuat pendaftaran...

siap daftar balik ke bilik...
disini aku berkenalan dengan abg faisal...(semoga beliau sehat dalam peliharaan yang maha esa)...
bilik 1-27...(agaknyalah)
bilik sebesar lubang kubur yang menempatkan katil double-decker & 2buah almari besi...

selepas zohor ibubapa/penjaga dah boleh balik...
bermulanya 1 minggu yg penuh dengan seksaan...

orientasi bermula dengan pembahagian kumpulan...
aku dalam group aberdeen...
name xglamer langsung...
aku berkenalan dengan asan & mus & cip & yop...
macam2 aktiviti yang tak masok akal dilakukan...
semuanya untuk memuaskan nafsu facilitator...
pastu kenal pulak dengan yus & ucu...


pada mulanya aku hampir menemui jalan kebenaran...
namun setelah berkenalan dengan klan-klan ini...
aku masih di jalan yang sama...
itu xtermasuk boboi & bamin & bai & tulang & kapten & pejam & adam & abas...
dan ramai lagi...
namun aku bersyukur kepada yg maha kuasa...
mereka kawan & sahabat & klan & abang yg banyak membantu aku...

disini bermulanya era aku sebaga pelajar universiti....

*aku benci dengan OC(especially BOB)...
**ada seorang OC yg aku sayang hari ni(kawan OC lg la sayang kan)...

02 January 2011

6. esok bukak sekolah

baju......check
buku......check
seluar......check
alatulis......check
yamaha cub......check
kasot putih......check



semua tu 9 tahun lepas..........

5. lagi gamba hafis & juju

atas permintaan...
sekitar majlis walimatulurus hafis n juju...

"bersama penganti semasa makan xberadab..."


"juju dr celah2 bunga"


"siapa itu......."


"di pertemuan"


"hafis........"


"BUNGA"


"menanti suatu yg xpasti"


"sabar menanti......"


"aku plak lepas ni"


"bapa mithali"


"hot chicks"

4. apis & juju kawen

event pertama ditahun 2011 ini----->>orang kawen...
ke majlis raja sehari hafiz & cik juju...
di kuala kangsar,perak...

....................................................makan beradab...............................................

perancangannye pukol 830 pg da siap tgu kat bawah...
tp mcm biase lah...org pompuan...
akibatnye kol 910pg baru gerak...
kami berhenti di R&R jejantas sg buloh utk sarapan...
pastu jln trus...

...................................yah & yana bersama hadiah dr kami..................................


sampai kat kuala kangsar sekitar jam 1215tghr...
aku kene g cari kedai yg jual kodak dulu...
pusing pny pusing jmp la satu kdai kat town kuala tu...
dah tu kene U-turn blk...

sampai kat majlis tepat jam 1tghr...
tanpa berlengah achong dan suhaimi trus senduk nasi(lapar benor mereka ni)...
aku acah2 nak masok tp tgk ramai org kat dlm xjd...
yah n yana masok jmp juju...

pengantin lelaki sampai dlm kol 2suku...
dgn gagah mengenakan songket biru...
tp aku tau mesti tgh panas gile...hahaha...
dpt la tembak 2-3 gamba...
dorg trus masok dlm...
upacara tepong tawar...

dah tu kluar...cekik tyme...
lauk meriah...ayam golek, udang panjat nenas, siakap 3rase...
dorg da x bole pikey lauk lain gamaknye...
mase dorg tgh mkn tembak gak 2-3das gamba...
yg laen pon mcm biase interframe...

.................................................taca yah pira dgn raja sehari................................

......................................sblm blah...coretan utk pengantin..........................

..............................................bergandingan pulang......................................


perjalanan pulang kami mengambil masa selama 3jam 1/2...
achong baru 2min kete jln da keras...
sampai di keramat dlm jam 630ptg...

Alhamdulillah kami selamat pergi dan pulang....

kepada hapis & cik(skrg puan) juju...

01 January 2011

3. azam

bila masuk tahun baru je orang mesti cakap pasal azam...
tiap2 tahun aku memang xpenah ade azam...
aku xpenah nak buat perancangan setahun...
gile ko 365 hari pny job tu...
kalo arrange keje utk sebulan dua bole la...

tahun 2010 agak muram bagi aku...
bkn gak...memang pon...
setahun aku xde keje(tetap)...
semua depends on wak din...
kalo ade keje kecik2 aku on ja...
pojek paling besa kat cima perlis...
dah tu...oompa lumpa...hahaha...

tapi tahun ni lain...
aku nak pasang azam...
tahun ni aku nak kene start balik company dgn wak din...
kitorang kene kerje keras...
cari customer byk2...
b uat mase ni da ade 2-3 pojek besar...
insyaallah...target aku hujung tahun akaun aku nak kene ade 5 angka besar...
senang sket tahun depan aku nak pasang azam baru...
hahaha...


*muhamad azam sepupu aku..die seorang chef..xpenah masak kat uma..mak lang aku yg masak...hahaha

2. tahun baru

2011...
aku mulakan tahun baru dengan blog ni...
hahaha...x islamik langsung...
malam tahun baru ni aku x pegi mane2...
xde idea n xde membe...
gadis2ku(yah n yana) ngantuk...
kenyang makan spegeti tadi kot...
yg sorang da selamat sampai kampung(taca)...
lg sorang aku x kol pon(aimi)...

kenape aku bukak akaun blog???
aku suke bace blog orang...
so aku nak cube tulis...
kalau2 orang suke bace blog aku plak...

banyak bende nak kene blaja ni...
aku nak masukkan gambar, video dan ape2 je yg bole ditanam(embed)kat sini...
kalau ade cadangan...
korang komen la...
aku cube menyenangkan hati aku...
hahaha...

1. dipermulaan.......

mane nak mule ni.......