aku sampai sana petang. dah maghrib dah sebenarnya. tapi aku tak berhenti solat kat masjid sebab aku takda mood nak mandi lagi.
ada jugalah 3-4 buah kedai yang jual mi udang kat kuala sepetang ni. yang paling grand tutup pula lalu aku memilih yang banyak sign board masa on the way tadi.
kedai yang aku singgah ni memang bercirikan kedai kampung. takda ak dekored apa. yang pasti ada layar besar macam kat mapley. pastu kedai ni tak bestnye sebab nyamuk ramai. dah macam pesta nyamuk.
datang je mi atas meja aku lupa pesta nyamuk tadi. dengan keadaan udang yang berenang renang membuat aku hilang akal. ada 9 ekor aku kira. besar besar. kalau kat pasar yang harga 32 hengget punya. kepakaran aku mengopek udang guna sudu dan garfu tak boleh dipraktikkan kerna tak prektikal. aku kene guna tangan juga.
udang yang 9 ekor ni memang sedap, manis. tapi kuah udang dia rasa sos je. aku saspek dia tak masukkan udang masa goreng mi. yang pasti aku puas hati walaupun harga dia 12 hengget sepinggan.
gambar? klik kat sini ----------->>> mi udang
29 July 2011
[sesuap nasi] taiping
ni kali ke berapa aku sampai taiping pun aku tak ingat. terima kasih haji malek sebab bagi aku job. alhamdulillah.
kat taiping ni ada sorang awek yang aku kenal. jadi beliau adalah bahan - penunjuk arah - untuk aku disana. selalunya kedai makanlah.
satu benda yang dikesali dia ni ialah masa aku kat taiping dia kata datanglah kamunting sebab tak tau sangat taiping.tapi bila aku dah sampai kamunting dia suruh aku cari kedai kat taiping pula.
aku kecewa punya awek begini.

[sesuap nasi] R&R
masa dalam perjalanan pulang daripada bekerja di taiping, aku berhenti kat kawasan rehat dan rawat tapah. rehat sebentar juga untuk menunaikan apa yang wajib. kemudian aku ke arah kawasan kedai makan. mencari makanlah. lapar pula lepas terhentak hentak ketika memandu.
masa nak makan kat meja depan aku adalah 2 orang gadis duduk untuknjamah makanan juga. aku saspek sorang tu pengkid. yang pasti rambut mereka unik. sebelah kaler hitam sebelah perang. lawa juga, tapi kalau aku buat dah tentu tak boleh masuk rumah.
apa yang aku respek kat dorang ni ialah dorang baca doa makan sebelum mula makan. siap tadah tangan 2-2. sepengkid pengkid dorang pun baca doa sebelum makan. aku baca bismillah je.

[bola sepak] fam mintak maaf
bukan sebab kalah semalam.
aku bukak berita tv2. berita inggeris. slot sukan.
FAM minta maaf kepada chelsea sebab sikap rasis penyokong mesia terhadap benayoun.
kenapa berita ni tak siar kat surat khabar atau pun tivi3suku? takut hilang sokongan?

[bola sepak] wcq - rimau lawan singa
game mesia kali ni aku tak dapat bekalan tiket. susah nak percaya sebab tiket habis. 90 ribu tiket game mesia habis. bunyi macam petaka pun ada. dari game mesia temasik dapat aku observe beberapa kejadian.
1. mesia cuma bermain dengan 3 orang pemain. kiper, anne no 16 dengan safi sali. yang lain macam celaka pun ada. hadi janggut 1st ball hancur. dulu masa sekolah pandai je marah aku. aidil masih bersemangat walaupun lutut koyak. yang lain aku malas nak citer.
2. k.rajagobal marah player temasik yang suka main baring baring. seriusly kalau korang lawan barcelona pun dorang akan buat benda yang sama. buang masa sekerap boleh. itu adalah tektik biasa.
3. perkara yang paling aku kesal sekali ialah sikap pemain mesia dari dulu lagi. bila kita tak datang stadium kata kitaa tak patriotik. datang pakai baju liverpool kata takda semangat cinta negara. tapi bila kita bagi full sapot korang hancurkan perasaan kami. aku ingat lagi game mesia lawan indon 2-3 taun lepas piala tiger. benda sama berulang. kamonlah. keperacayaan aku terhadap pasukan mesia makin pudar.
4. najib suroh ambik iktibar dari kekalahan. celaka ayat sama dari aku kecik.

24 July 2011
[camping] berkelah
berkelah di berkelah. faham? aku peduli apa korang tak faham. yang faham tu faham faham je la. apa aku merepek ni?
masa belajar dulu 2 kali kami orang panjat berkelah. masa 1st time tu main terjah je. anggota yang terlibat ialah bamin, amin londeh, yus, mus, aku. ada lagi ke? aku tak ingat. gambar tengok kat fesbuk aku. hehe. disebabkan ianya secara terjahan maka perancangan yang dibuat secara ringkas. pegi naik bas. mandi mandi. balik naik bas. just that.
berkelah dari jalan besar adalah dalam jarak 5km. benda benda terjah ni kita tak boleh jangka. maka menapaklah kami dari jalan besar sampai ke dalam. ada perkhidmatan pengangkutan naik luri 1 tan tapi kami sombong. haha. dipendekkan cerita sampailah dalam. mandi mandi nak balik.
dah letih letih nak balik. kene menapak 5km tu. korang bayangkan dah letih tak cukup tidur (aku tidur nyenyak dalam khemah) nak kene menapak balik. memang tak tercapai akalmu. maka bergeraklah kami. kadang yus depan. kadang amin depan. kadang aku depan. dah macam lumba basikal. tengah tengah letih menapak lori yang bawak orang keluar masuk melintasi kami. yus selamba cakap "apa barang naik lori. macam ni baru adventure"
amin londeh yang dah penat gila bersuara " ini bukan adventure. ini bangang" dalam nada marah.
kami semua terdiam sehingga jumpa jalan besar. adalah dalam 2km.

[agama] masjid
masjid adalah tempat suci bagi umat islam. walaupun aku bukanlah orang masjid tetapi beberapa perkara telah aku observe yang sering bermain di kotak pemikiran aku.
mula mula kita cerita pasal solat jumaat. bukan nak memuji diri sendiri tetapi memang setiap kali solat jumaat aku akan cuba mencari tempat yang paling hampir dengan mimbar. bukankah itu sunnah. semalam masa di kuliah ustaz azhar idrus aku lihat berebut rebut orang nak duduk depan. yang ramai kat depan ni orang orang muda. lebih kurang umur akulah. alangkah elok jika perkara yang sama terjadi ketika solat jumaat? ini tidak. jika aku terlewat ke masjid aku lihat mereka ini lepak belakang sekali. kalau boleh nak sandar kat dinding. tak sampai sengah jam pun dengar khutbah tu tak bengkok tulang belakang lah.
kemudiannya tentang kanak kanak yang membuat bising. sedang khatib berkhutbah mereka juga berkhutbah sesama mereka. kadang ada yang berlari sambil membuat bising. sedikit aku salahkan mereka kerna mereka masih kecil. patut ada orang dewasa yang mengawasi mereka. tetapi aku nak bagitau kat khatib tu. bukankah sedang berkhutbah hanya beliau sahaja yang boleh bersuara? gunakan kesempatan ini untuk memarahi kanak kanak yang membuat bising. aku percaya jika mereka dimarahi di khalayak pasti mereka ada sedikit rasa malu dan mungkin perkara ini tidak akan berlaku lagi.
tentang teks khutbah jumaat pula. seriusly boring. aku pernah juga terlelap semasa khutbah. tapi aku akan sedaya upaya untuk menahan diri daripada terlelap untuk mendengar khutbah. tidakkah mereka tahu yang teks yang mereka baca dengan 1 nada amat membosankan? aku pernah dengar ustaz kata perlu ada turun naik nada dalam berdakwah. kadang perlu dikeraskan suara. kadang perlu lembut.
bercerita pula tentang kebersihan. rata rata tandas di masjid pada tahap bolehlah. pernah aku masuk ke tandas masjid yang tersumbat. tahi bersepah. bukankah ini merosakkan pandangan terhadap islam? kebersihan itu sebahagian dari cabang iman. aku ada terfikir untuk form 1 company untuk jaga kebersihan masjid masjid di mesia ni tetapi aku rasa macam tak boleh berjayha sebab pasti otai otai tak setuju kerna sepatutnya segala kebajikan perlu di lakukan atas nama agama bukan untuk keuntungan. lagi pula apa fungsi tok siakkan?
korang biasa masuk surau surau di shopping komplek? bau kasut + kapet basah = busuk. jangan tipulah. memang itu 1st impression kan? tak ada yang terfikir pasal ni ke? we should do something to eliminate this kind of thing. apa guna belajar kat universiti dengan pelbagai jurusan. kalau korang sekadar nak kertas untuk gaji besar baik pegi mati. buat sesuatu untuk masyarakat.
*maaf jika menyentuh sensitiviti agama. it just from my point of view. islam tak menghalang kebebasan bersuara bukan? sekadar untuk kebaikan bersama.

23 July 2011
setahun yang lalu
Setahun yang lalu
Ketika dingin pagi masih menggigit
Suatu berita menerjah gegendang telinga
Menerobos ke kotak pemikiran
Membuat dunia seakan terhenti seketika
24 jam sebelum satu lagi episod bermula
Engkau menamatkan tanpa pengakhiran gembira
Bersama mimpi akan datang yang indah
Merancang untuk hari hari yang gembira
Getir di mata cuma seketika
Namun kita cuma insan kerdil
Rancangan megah tanpa hasil
Sang Pencipta yang maha penyayang
Bukan seperti kami
Sayang lahir bila tiada
Selepas setahun kami maasih berjuang
Ada yang terjatuh bangun kembali
Jua yang tersungkur tidak berdiri
Namun semangat semangat kau
Menjadi inspirasi buat kami
Pada tarikh ini
Setahun yang lalu
Tidak kusangka
Air mataku mengalir
Atas nama sahabat
*Al-fatihah buat Azaharie (19 Mac 1980 - 23 Julai 2010)
22 July 2011
[hidup] dekoret rumah
lepas bukak beberapa blog aku dapat idea nak dekoret rumah aku. bukan dalam tapi luar. aku nak transformasikan pokok pokok bunga kat rumah tu menjadi kebun sayur.
setakat ni aku dah berjaya menyemai pokok kari dan kunyit dalam pasu. lepas ni aku nak letak serai pulak lah. lagi pula aku nak tanam sayur sayur lain macam sawi kat belakang rumah dan tengok pokok ape yang sesuai tinggal dalam pasu. kalau ikot atok dah tentu dia tanam pokok mangga kat tepi rumah.

[sesuap nasi] kilang
korang pernah masuk kilang memproses makanan tak? sebagai pekerja yang kerjanya mengerjakan timbang, agak banyak kilang memproses makanan yang telah aku terjah. ada kilang tepung, kilang gula, kilang makanan segera, kilang coklat juga kilang telur dan kilang ais. banyak lagi sebenarnya kilang memproses makanan yang aku masuk.
korang tau tak apa terjadi semasa operasi pemprosesan berlaku? secara jujurnya kalau korang jenis lembut hati macam ucu atau penggeli macam apit, pasti lepas ni korang masak makan kat rumah je.
percayalah...

[hidup] baju putih
aku tidak punya masalah dengan gadis yang mengenakan t-shirt putih namun aku rasa lebih elok jika kalian mengenakan t-shirt putih yang kainnya lebih tebal atau di tukar sahaja kepada t-shirt yang bewarna lebih gelap.
sebagai seorang lelaki normal aku punya masalah bila berhadapan dengan situasi dimana gadis yang mengenakan t-shirt putih. lebih lebih lagi yang kainnya nipis. keadaan kain yang nipis menampakkan sosok badan kalian. kadang sehingga menyerlahkan warna bra. pernah aku lihat yang memakai bra pink juga tidak salah pun jika mengenakan bra hijau. tidak cukup dengan itu ada pula kadang kenipisan baju tersebut menyebabkan penampakkan pada susuk alur lurah di dada. ada yang kecil lurahnya tipis tatapi yang besar lurahnya bisa buat kalain hilang arah.
apa yang menjadi masalah kepada aku ialah aku terpaksa melihat segala yang berlegar dihadapan mata aku. mula terlihat kemudian melihat diikuti dengan merenung dan akhirnya aku cuba menafsir pula. banyak perkara yang berlegar legar di kotak pemikiran ku. kadan terpaksa aku ulang tonton sehingga berkali kali. aku sudah katakan yang aku cuma lelaki normal. harap kalian faham.

[jiwa jwa luka] marah
sms kadang bisa membuat orang bercakaran. mungkin kerna nada atau jua kerna lenggok bahasa yang digunakan.
aku dikata emo selepas beberapa sms yang ku ketik buat si dia. kata ku marah? tidak. mungkin dia salah faham.
tapi mengapa harus aku terus dipersalahkan??
[hnd] ecstacy
baca tajuk saja sudah faham bukan. sebiji pil yang bisa membuat hidup kalian kacau dan bilau. namun bukan itu yang ingin aku ceritakan. ia tentang seseorang. ini cerita pasal wing jahat masa duduk hostel dulu.
antara yang menghuni wing jahat ialah botak. walaupun beliau nampak alim dengan janggut beliau yang lebat tetapi kepala beliau yang tidak berambut menyebabkan ke'alim'an beliau terhijab. bukan kerna apa cuma gaya beliau ada iras iras ahli kumpulan rock yang memuja setan. tetapi botak tidak. beliau kerap ke surau jika tidak dihasut hanif basri untuk lepak bersama.
ok lagi sekali. bukan botak yang menjadi subjek cerita kali ini. ecstacy yang akan diceritakan ialah seorang lelaki yang sopan, baju masuk dalam, sikat rambut belah tengah juga berkasut hitam. pendek kata macam orang gomen la. beliau juga 1 batch dengan kami. masuk pun sebagai lepasan spm macam aku. tetapi dia tak join dengan geng kami orang. sebab? kami orangkan jahat dia baik geng dengan budak poket belakang kat tepi juga budak krs.
apa yang menjadi masalah? raut wajah beliau yang kelihatan murung, sedih seperti orang dah habis dos. orang yang bertanggungjawab menggelar dia ecstacy ialah yus. sejak bila tu aku tak ingat tapi setiap kali jumpa memang kami semua akan panggil dia dengan nama ecstacy. nama sebenar ecstacy aku tak ingat. rusdi kot?
maka terjadilah suatu kisah. sedang pulang dari pasar malam. hari rabu. sebagai penghuni wing jahat tidak sah jika kami tidak membuat kacau. dari 1 bilik ke 1 bilik kami ketuk. bilik mie kelantan, bilik mudin, amin & sabahan. bilik botak & ecstacy adalah bilik terakhir sebelum sampai ke area bilik kami orang. kiranya ia bilik terakhir yang akan kami buat kacau.
yus dengan perangai pelik beliau mengetuk pintu bilik tersebut sambil memekik nama ECSTACY! ECSTACY! ECSTACY! ecstacy pun keluar dan sound balik. "mak bapak aku bagi elok elok nama aku rusdi(agaknya). suka suka ko panggil aku ecstacy" yus meneruskan perangai pelik beliau dan menjawab " blah la ecstacy orang nak mesra sikit pun tak boleh"
walau kejadian tersebut sedikit sebanyak memberi impak kepada kami namun sehingga habis belajar kami tetap memanggil dia dengan nama ecstacy. terima kasih yus. haha

11 July 2011
[agama] iktikad
bagaimana cara untuk beriktikad pada Allah lebih dari kita beriktikad pada duit?
tolong aku....
tolong aku....
[filem] review - transformer
megatron mati.....
aku sedih.....
aku sedih.....
[jiwa jiwa luka] pelanduk 2 serupa
kata orang ada 7 orang muka sama dengan kita. betul ke? aku tak jumpa sorang pun lagi. kalau aku jumpa aku nak parut muka dia. kasi tak sama. haha
si 'dia' yang selalu bermain dalam ruangan jiwa jiwa luka aku pasti menjadi teka teki kepada mereka yang membaca blog aku ni kan? aku bagi siket lah kat korang. orang nya iras vanessa marcil. pelakon las vegas tu. bukan csi ye ni yang cerita kat kasino tu.
aku cari gambar dia tapi tak da 1 pun yang ada tahi lalat macam dalam cerita. ke tahi lalat tu untuk berlakon je. si 'di' juga bertahi lalat. di bawah bibir.
seriusly. wajah ini pernah buat aku tak khusyu' solat.

[politik] selepas bersih
orang bertanya pada aku. apa kau dapat join bersih? ape ko dapat lepas demo? capai tak matlamat? ko ikot ambiga tu? ko tau tak ambiga tu siapa?
kepada yang tanya tanya aku soalan soalan ni aku ada jawapan untuk kalian.
keluarlah dari kepompong melayu mu itu. banyakkan membaca. jangan tengok tivi baca surat khabar je. korang kata korang islam tapi lupakah korang pada wahyu pertama?
korang salahkan ambiga sebab kes lina joy dan agama islam. ok fine. tapi kalau orang tu memperjuangkan keadilan takkan ko nak sepak dia?
kalau kafir laknat ajak ko buat baik takkan ko nak salahkan dia jugak?
kemon lah kawan kawan ku. bacalah...bacalah...bacalah...

[politik] review bersih
aku gerak dari rumah jam 12 tengahari. dalam dada berkobar kobar ingin menegakkan keadilan di bumi tercinta. ada presentation untuk innovasion pun aku tak pergi kerna perjuangan untuk agama dan negara mengatasi keperluan diri. aku naik bas sampai putra jelatek. otw ada 1 road block. aku cuak gak siket takut polis naik bas sekali. tetapi nyata mereka tidak. namun aku kesal kerna terlihat 1 buah kereta yang dinaiki oleh para lebai berserban yang ditahan. habis segala beg kena punggah. polis pula buat muka cibai.
naik putra dari jelatek memang best. ada f.a. air asia. skirt pendek. aku pula tanpa segan silu duduk depan. kalau kamera aku ada silent mode dah banyak gamba jadi tatapan kalian. otw ke masjid jame' speaker putra bersuara. train tidak akan berhenti di hentian pasar seni dan masjid jame' atas sebab sebab keselamatan. takut kene bom ke ape? lawak betul. aku ambil keputusan untuk turun di stesyen dang wangi. memang jauh menapak sampai masjid jame' sebab kenalan ku berada di sana.
azan zohor berkumandang di masjid india. bersama itu kedengaran tembakan tear gas oleh anggota polis. asap berkeliaran. aku terus ke masjid jame' juga. aku jumpa amin disana dan terus pergi ke pudu. dengar khabar disana juga ada yang berkumpul. dalam perjalanan ke pudu sudah kelihatan mereka bermain air pancut dan gas. memang tak reti tunggu aku langsung.
aku dengan amin bersama join demo depan pudu. ke depan ke belakang. ramai awek awek purdah kat sana. tapi aku tak reti nak ayat. takkan nak ayat stail stail mat rempit kot? dah tentu reject on the spot. lepas tu kitorang main gas lagi. lari punya lari tau tau dah kat belakang polis.
dah tu ingat nak gerak pergi stadium. otw tengok orang ramai kat petaling street. semua pergi cm pula. kat sini pun main gas gak. aku lagi suka main air dari main gas. gas kali ni lebih pedih dari masa kat demo air selangor hari tu. last last tak da arah. bukan sebab takda pemimpin macam kat berita kata tapi sebab dah di pecah pecahkan oleh polis.
nak balik kene menapak lagi ke dang wangi. sampai sampai stesyen tutup. celaka lafaz aku. terpaksa tunggu samapi buka kembali. aku jumpa lagi awek purdah yang sama untuk kali ke-3. jodoh aku agaknya tapi aku still tak tau macam mane nak ayat. macam kata amin aku jenis tegur dalam hati. tak sampai level aku awek awek kat mesia ni. haha

09 July 2011
[politik] review
aku sakit kepala...esok la aku tulis...
[hidup] belu
usha mamat sebelah tengok belu...
kat cc...
kat cc...
03 July 2011
[part time] solo
aku kene buat kerja pro comm 2 seorang diri.
aku tau aku hebat.
tak payah nak puji sangat.
aku tau aku hebat.
tak payah nak puji sangat.
01 July 2011
[hidup] kerja 2
maka hari ini genaplah 18 bulan aku tanpa pekerjaan tetap...
[politik] BERSIH 2.0 : POLIS DAN HAK-HAK ASAS ANDA
directly copying from http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/06/bersih-20-polis-dan-hak-hak-asas-anda.html
1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS
memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda, • Balai Polis di mana anda dibawa.
1.1
Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri
Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan
pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”
1.2 Kad Kuasa Polis
Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada
kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda.
Anda boleh berlalu dari situ.
Lain-lain Warna :
• Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
• Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
• Putih : Polis Simpanan
Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.
1.3
Berpakaian seragam
Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.
1.4
Kenderaan Peronda Polis
Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda
berkenaan.
2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN
2.1
PengenaIan Diri
Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.
2.2
Polis bertanyakan soalan-soalan lain
Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"
2.3
Adakah anda sedang ditangkap
Anda sedang ditangkap jika Polis:
• menjawab "ya";
• tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke
Balai Polis; atau
• menggari anda.
Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk
mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.
2.4
Bilakah anda tidak boleh ditangkap
Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda
berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan
daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).
3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN
3.1
Pernyataan 112
Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu
kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan
tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan
mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).
3.2
Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi
Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda
anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan
bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak
untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara
bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis)
mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi
Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau
bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh
memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhadap
anda mendesak anda supaya bekerjasama.
3.3
Membuat Pernyataan 112
Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk
menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin
mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.
• Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).
• Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.
• Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.
• Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan di
dalam Nota Peribadi anda.
• Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
• Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.
3.4
Menandatangani Pernyataan 112 anda
Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua
soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.
• Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota
Peribadi anda.
• Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan
tersebut sebelum ditandatangani.
• Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir
Pernyataan anda.
4. POLIS MENANGKAP ANDA
4.1
Tanya: "Mengapa saya ditangkap?"
Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan
tangkapan.
4.2
Jangan melawan semasa ditangkap
Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah
semasa menangkap anda jika anda melawan.
4.3
Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?"
Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera
membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.
4.4
Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap
Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:
1. Keluarga atau rakan; dan/atau
2. Seorang peguam.
Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).
Maklumkan kepada mereka:
• yang anda telah ditangkap;
• masa, tempat dan alasan ditangkap;
4.5
Apa yang akan berlaku selepas ditangkap
Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:
• Di Balai Polis, atau
• Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.
5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN
5.1
Hak untuk berunding dengan seorang peguam
Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda
mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai
Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang
munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan
berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun
boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda
boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan
bahaya kepada pihak lain.
5.2
Pakaian
Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda
semasa di dalam lokap.
5.3
Barangan peribadi
Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan
meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda
mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.
5.4
Kebajikan
Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda
berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda
sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan
secukupnya semasa dalam tahanan.
5.5
Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda
Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk
siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan
dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak
Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam,
Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk
mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh
penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).
6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM
6.1
Siapakah Majistret
Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa
untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada
24 jam.
6.2
Tujuan Perintah Reman
Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan
penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk
mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh
memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan
daripada anda.
6.3
Berapa lamakah Perintah Reman
Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret
untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan
alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam.
Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati
alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.
Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:
• untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya
melepaskan anda; atau
• membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih
pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.
Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah
Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis
kesalahan yang sedang disiasat.
Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya
Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah
Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari
bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.
6.4
Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapan
seorang Majistret untuk proses reman
Maklumkan kepada Majistret:
• anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu
menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;
• jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau
telah dipukul;
• jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa
dalam tahanan;
• jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau
perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;
• sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;
• sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan
semasa anda dalam tahanan.
6.5
Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat
Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon
tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak
Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama
dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila
masa dan tidak akan melarikan diri" dll).
7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN
7.1
Bilakah ianya boleh dilakukan
Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/
pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk
mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan
memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau
sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu.
Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis
berpangkat Inspektor dan ke atas.
7.2
Apa yang perlu dilakukan
• Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya
ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.
• Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu
persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.
• Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/
saku/beg anda.
7.3
Hak-hak anda
• Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional
dan sopan.
• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang
Pegawai Polis wanita.
• Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:
1. Bantah;
2. Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan
3. Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.
8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU
8.1
Bila Polis boleh berbuat demikian
• Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai
bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.
• Anda ditangkap.
• Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda
mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.
8.2
Jenis-jenis Pemeriksaan Badan
Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis
pemeriksaan badan:
1.
Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah
-pemeriksaan pakaian luaran.
2.
Pemeriksaan tanpa pakaian -untuk mencari bukti, objek, barang
terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran
seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.
3.
Pemeriksaan sulit -selain daripada mencari di dalam mulut, hidung
and telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai
berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.
4.
Pemeriksaan dalaman -untuk menentukan kewujudan objek-objek
dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran
Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang
Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.
8.3
Hak anda
• Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan
sopan.
• Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda
semasa pemeriksaan dilakukan.

9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP
9.1
Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda
Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.
9.2
Hak anda untuk berdiam diri
Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya:
bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya
perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda
(Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi,
anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda
tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda
memilih untuk berdiam diri, katakan, "Saya ingin menggunakan hak
saya untuk berdiam diri."
9.3
Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan
Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan
kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh
mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda
diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap
Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.
9.4
Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti
Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis
semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti
kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah,
sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta
Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda boleh
menggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda
semasa perbicaraan.
POLIS DAN HAK-HAK ASAS ANDA
Diterbitkan dengan kerjasama TANGKAP
(Tindakan Anti PenyalahGunaan KuAsa Polis)
www.malaysianbar.org.my
PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)
•
Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
•
Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428
•
Negeri Sembilan : 06-6013 844
•
Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
•
Johor : 07-2235 698
•
Perak : 05-2550 523
•
Kedah & Perlis : 04-7333 467
•
Kelantan : 04-7448 660
•
Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
•
Pulau Pinang : 04-2617 451/ 04-3108 451

[hiburan] review - karak
filem melayu yang pertama berjaya buat aku nervous. serius. banyak scene dalam filem yang mencabar minda. period.
cerita pendek yang mula mula adalah kisah terkenal highway karak yang datang dari mulut ke mulut. tapi ada juga yang kata ia terjadi di laluan gerik. period
jalan cerita best. cinematografi menarik. costum sempoi tapi berkesan. jack makan luka paling ngeri. aksi mandi kemban klasik. nik konon hebat 1st filem mungkin. zura, pak malam tengok bernafsu je. period.
tapi kenapa nik nak tempuh black maria masa last scene? kenapa banyak period dalam cerita? kenapa pak malam tinggal dalam hutan sorang sorang? yang penting sekali kenapa tiba tiba dorang kat simpang keluar highway?
aku bagi filem ni 3 binatang sengah. aku nak bagi 4 tapi aku drop sengah sebab aku tengok filem ni kat laptop. adam donlod. hahaha

[askar] rokok
antara latihan masa rekrut ialah latihan medan. latihan medan ialah simulasi latihan peperangan sebenar. kami perlu bersiap sedia untuk menghadapi peperangan sebenar. kira macam latihan praktikal sebelum kerja la.
pada malam terakhir kami perlu membuat serang hendap. kawasan yang mungkin akan dilalui oleh musuh telah dikenal pasti dan kami akan menyerang ketika mereka melalui jalan tersebut.
sarjan saliham awal awal lagi telah berpesan supaya tidak membawa apa apa barangan yang tidak diperlukan. kami cuma perlu membawa diri dan juga senjata. itu sahaja. air pun boleh la bawa tapi makanan dilarang.
jam 2000 kami mula bergerak ke kawasan yang telah di tetapkan. sebagai askar sembahyang agak diabaikan. maka isyak hari tu lebor. kira kira jam 2130 kami pun sampai. masing masing mengambil tempat di atas bukit supaya senang menyerang musuh yang melalui denai di bawah.
agak agak bila musuh lalu? jam 0645h. celaka kan? aku entah berapa kali tertidur. senjata pun kene rembat dengan staf. asan pun sama.
pagi itu macam biasa. sarapan dengan maki hamun dari sarjan saliham dulu. pastu sarjan suruh keluar semua barang yang tak diperlukan tapi di bawa. maka ada yang bawa kertas, ada yang bawa cawan, ada yang bawa berus gigi, ada yang bawa ubat gigi, ada yang bawak daun rokok(salis).
maka akmi perlu berkongsi segala benda yang dibawa bersama. sebatang ubat gigi dengan air segelas dikongsi bersama 1 platun. air ade kaler kaler darah lagi. nasib baik apit lepas aku kalau tak tentu aku kene sawan anjing. kertas yang dibawa pula dikongsi dengan cara mengulum di dalam mulut. lepas sorang, sorang. semua dapat rasa.
tapi yang paling best pagi tu ialah rokok yang perlu dikongsi. bukan rokok pun sebenarnya daun rokok. adalah 1 ikat. semua kene rasa. lelaki ke perempuan kene rasa. masa tu ketua platun ialah shah. bukan shah koman do tapi shah taf. badan dia taf dowh. walau badan dia taf tapi bila sarjan suruh dia hisap rokok dia menangis sambil berkata "pasai hangpa la aku kene hisap rokok ni. aku dah bersumpah dengan orang tua aku tak mau hisap rokok"
lepas tu terus kami orang panggil dia shah nangis. celaka ape entah habis kitorang batch kene panggil rekrut nangis. bangang bangang bangang.

[politik] lagi lagi bersih
lawak ape korang buat ni???
komunis dibelakang bersih???
oi...komunis mana nak pilihanraya...
BODOH!!!
komunis dibelakang bersih???
oi...komunis mana nak pilihanraya...
BODOH!!!
[mat rempit] awek body solid 2
awek body solid memang menggegar iman.
tadi masa menunggang belalang tempur biru aku seperti biasa akan berselisih dengan mat rempit yang membonceng awek body solid.tapi tadi awek body solid memang jahat. dia pakai baju putis dengan bra kaler gelap. dah la badan dia pun cerahkan semakin kejelasan tali branya.
celaka betul awek body solid sekarang ni. jangan bermain main dengan api ye kamu orang...

[hidup] jealous
mak aku komplen pasal blog ni. dia kata aku tak adil pasal entri yang aku tulis. entri pasal hari ibu aku tulis pendek sedangkan aku tulis panjang untuk entri hari bapa.
kenapa aku macam tu? kenapa aku tulis entri hari ibu pendek sedangkan aku menulis entri untuk hari bapa panjang? sebenarnya aku sendiri tidak tahu kenapa.
yang aku tahu aku sayang mak...aku sayang ayah...

Subscribe to:
Posts (Atom)