01 July 2011

[askar] rokok

antara latihan masa rekrut ialah latihan medan. latihan medan ialah simulasi latihan peperangan sebenar. kami perlu bersiap sedia untuk menghadapi peperangan sebenar. kira macam latihan praktikal sebelum kerja la.

pada malam terakhir kami perlu membuat serang hendap. kawasan yang mungkin akan dilalui oleh musuh telah dikenal pasti dan kami akan menyerang ketika mereka melalui jalan tersebut.

sarjan saliham awal awal lagi telah berpesan supaya tidak membawa apa apa barangan yang tidak diperlukan. kami cuma perlu membawa diri dan juga senjata. itu sahaja. air pun boleh la bawa tapi makanan dilarang.

jam 2000 kami mula bergerak ke kawasan yang telah di tetapkan. sebagai askar sembahyang agak diabaikan. maka isyak hari tu lebor. kira kira jam 2130 kami pun sampai. masing masing mengambil tempat di atas bukit supaya senang menyerang musuh yang melalui denai di bawah.

agak agak bila musuh lalu? jam 0645h. celaka kan? aku entah berapa kali tertidur. senjata pun kene rembat dengan staf. asan pun sama.

pagi itu macam biasa. sarapan dengan maki hamun dari sarjan saliham dulu. pastu sarjan suruh keluar semua barang yang tak diperlukan tapi di bawa. maka ada yang bawa kertas, ada yang bawa cawan, ada yang bawa berus gigi, ada yang bawa ubat gigi, ada yang bawak daun rokok(salis).

maka akmi perlu berkongsi segala benda yang dibawa bersama. sebatang ubat gigi dengan air segelas dikongsi bersama 1 platun. air ade kaler kaler darah lagi. nasib baik apit lepas aku kalau tak tentu aku kene sawan anjing. kertas yang dibawa pula dikongsi dengan cara mengulum di dalam mulut. lepas sorang, sorang. semua dapat rasa.

tapi yang paling best pagi tu ialah rokok yang perlu dikongsi. bukan rokok pun sebenarnya daun rokok. adalah 1 ikat. semua kene rasa. lelaki ke perempuan kene rasa. masa tu ketua platun ialah shah. bukan shah koman do tapi shah taf. badan dia taf dowh. walau badan dia taf tapi bila sarjan suruh dia hisap rokok dia menangis sambil berkata "pasai hangpa la aku kene hisap rokok ni. aku dah bersumpah dengan orang tua aku tak mau hisap rokok"

lepas tu terus kami orang panggil dia shah nangis. celaka ape entah habis kitorang batch kene panggil rekrut nangis. bangang bangang bangang.

No comments: