Ketika dingin pagi masih menggigit
Suatu berita menerjah gegendang telinga
Menerobos ke kotak pemikiran
Membuat dunia seakan terhenti seketika
24 jam sebelum satu lagi episod bermula
Engkau menamatkan tanpa pengakhiran gembira
Bersama mimpi akan datang yang indah
Merancang untuk hari hari yang gembira
Getir di mata cuma seketika
Namun kita cuma insan kerdil
Rancangan megah tanpa hasil
Sang Pencipta yang maha penyayang
Bukan seperti kami
Sayang lahir bila tiada
Selepas setahun kami maasih berjuang
Ada yang terjatuh bangun kembali
Jua yang tersungkur tidak berdiri
Namun semangat semangat kau
Menjadi inspirasi buat kami
Pada tarikh ini
Setahun yang lalu
Tidak kusangka
Air mataku mengalir
Atas nama sahabat
*Al-fatihah buat Azaharie (19 Mac 1980 - 23 Julai 2010)
No comments:
Post a Comment