24 July 2011

[camping] berkelah

berkelah di berkelah. faham? aku peduli apa korang tak faham. yang faham tu faham faham je la. apa aku merepek ni?

masa belajar dulu 2 kali kami orang panjat berkelah. masa 1st time tu main terjah je. anggota yang terlibat ialah bamin, amin londeh, yus, mus, aku. ada lagi ke? aku tak ingat. gambar tengok kat fesbuk aku. hehe. disebabkan ianya secara terjahan maka perancangan yang dibuat secara ringkas. pegi naik bas. mandi mandi. balik naik bas. just that.

berkelah dari jalan besar adalah dalam jarak 5km. benda benda terjah ni kita tak boleh jangka. maka menapaklah kami dari jalan besar sampai ke dalam. ada perkhidmatan pengangkutan naik luri 1 tan tapi kami sombong. haha. dipendekkan cerita sampailah dalam. mandi mandi nak balik.

dah letih letih nak balik. kene menapak 5km tu. korang bayangkan dah letih tak cukup tidur (aku tidur nyenyak dalam khemah) nak kene menapak balik. memang tak tercapai akalmu. maka bergeraklah kami. kadang yus depan. kadang amin depan. kadang aku depan. dah macam lumba basikal. tengah tengah letih menapak lori yang bawak orang keluar masuk melintasi kami. yus selamba cakap "apa barang naik lori. macam ni baru adventure"

amin londeh yang dah penat gila bersuara " ini bukan adventure. ini bangang" dalam nada marah.

kami semua terdiam sehingga jumpa jalan besar. adalah dalam 2km.

1 comment:

Anonymous said...

haha...