24 July 2011

[agama] masjid

masjid adalah tempat suci bagi umat islam. walaupun aku bukanlah orang masjid tetapi beberapa perkara telah aku observe yang sering bermain di kotak pemikiran aku.

mula mula kita cerita pasal solat jumaat. bukan nak memuji diri sendiri tetapi memang setiap kali solat jumaat aku akan cuba mencari tempat yang paling hampir dengan mimbar. bukankah itu sunnah. semalam masa di kuliah ustaz azhar idrus aku lihat berebut rebut orang nak duduk depan. yang ramai kat depan ni orang orang muda. lebih kurang umur akulah. alangkah elok jika perkara yang sama terjadi ketika solat jumaat? ini tidak. jika aku terlewat ke masjid aku lihat mereka ini lepak belakang sekali. kalau boleh nak sandar kat dinding. tak sampai sengah jam pun dengar khutbah tu tak bengkok tulang belakang lah.

kemudiannya tentang kanak kanak yang membuat bising. sedang khatib berkhutbah mereka juga berkhutbah sesama mereka. kadang ada yang berlari sambil membuat bising. sedikit aku salahkan mereka kerna mereka masih kecil. patut ada orang dewasa yang mengawasi mereka. tetapi aku nak bagitau kat khatib tu. bukankah sedang berkhutbah hanya beliau sahaja yang boleh bersuara? gunakan kesempatan ini untuk memarahi kanak kanak yang membuat bising. aku percaya jika mereka dimarahi di khalayak pasti mereka ada sedikit rasa malu dan mungkin perkara ini tidak akan berlaku lagi.

tentang teks khutbah jumaat pula. seriusly boring. aku pernah juga terlelap semasa khutbah. tapi aku akan sedaya upaya untuk menahan diri daripada terlelap untuk mendengar khutbah. tidakkah mereka tahu yang teks yang mereka baca dengan 1 nada amat membosankan? aku pernah dengar ustaz kata perlu ada turun naik nada dalam berdakwah. kadang perlu dikeraskan suara. kadang perlu lembut.

bercerita pula tentang kebersihan. rata rata tandas di masjid pada tahap bolehlah. pernah aku masuk ke tandas masjid yang tersumbat. tahi bersepah. bukankah ini merosakkan pandangan terhadap islam? kebersihan itu sebahagian dari cabang iman. aku ada terfikir untuk form 1 company untuk jaga kebersihan masjid masjid di mesia ni tetapi aku rasa macam tak boleh berjayha sebab pasti otai otai tak setuju kerna sepatutnya segala kebajikan perlu di lakukan atas nama agama bukan untuk keuntungan. lagi pula apa fungsi tok siakkan?

korang biasa masuk surau surau di shopping komplek? bau kasut + kapet basah = busuk. jangan tipulah. memang itu 1st impression kan? tak ada yang terfikir pasal ni ke? we should do something to eliminate this kind of thing. apa guna belajar kat universiti dengan pelbagai jurusan. kalau korang sekadar nak kertas untuk gaji besar baik pegi mati. buat sesuatu untuk masyarakat.

*maaf jika menyentuh sensitiviti agama. it just from my point of view. islam tak menghalang kebebasan bersuara bukan? sekadar untuk kebaikan bersama.

No comments: