26 April 2011

[buku] KL book fair

hari keempat pesta buku baru aku menjengah kesana...
bukan tidak mahu pergi pada hari sebelumnya...
tetapi kerna waktu hujung minggu ku yang padat...
makanya aku terpaksa melengahkan lawatan ku ini...

tujuan pagi isnin itu tidak lain...
cuma mahukan 3 buah novel terbaru...
keluaran fixi...
secara percuma...
cuma perlu menjadi orang pertama ke booth...
dan ucapkan frasa untuk hari tersebut...

dipendekkan cerita...
aku berjaya...
lalu aku menyambar 2buah buku lagi di booth tersebut...
Rojak dan Orang Macam Kita...
seraya itu wakil di booth itu berkata...
aku layak untuk mendapat 2 buah buku secara percuma...
kerna membeli 2 buah buku...

setakat ini...
aku sudah mendapat 5 buah buku secara percuma...

kemudian aku berjalan jalan di dalam Pwtc yang tersergam itu...
mencari sesuatu yang boleh aku telan sebagai makanan jiwa...
aku cuma menyambar sebuah buku lagi...
yang ada gambar Bob Lokman di kulit depan...

aku ingat nak pergi lagi...
kali ini kene bawak budak busuk kat rumah pulak...
nak sambar jugak 2-3 buah buku lagi...

tapi...
poket tipis ini...
membatas segala perancangan...

No comments: