12 February 2011

exam

peperiksaan adalah sesuatu perkara yang boleh membuat perut ku menjadi senak...
mengapa mesti ada peperiksaan dalam sistem pembelajaran???
cara pemikiran adalah berbeza bagi setiap insan...
jadi ianya tidak adil kepada setiap insan...

mengapa aku katakan ianya tidak adil???

semasa dalam proses pembelajaran...
aku dapat melihat beberapa kategori pelajar...
dan pelajar-pelajar tersebut mempunyai kelebihan tersendiri...



pelajar al-hafiz
mereka ini golongan yang pasti berjaya ketika peperiksaan...
manakan tidak...
kemahiran mereka dalam menghafal teori digunakan sepenuhnya ketika peperiksaan...
mereka hanya perlukan suasana yang tenang untuk menyerap segala perkataan didalam buku...
walaupun mereka tidak berada didalam kelas...
tetapi dengan gaya penulisan seperti didalam buku...
cukup untuk meyakinkan hati pemeriksa bahawa mereka ini golongan yang memberi tumpuan semasa didalam kelas...

pelajar McGyver
kalau bagi kat dorang ni sebiji motor pun mereka boleh leraikan...
dan pasang semula...
mereka adalah golongan yang diperlukan dalam industri...
mereka boleh membuat kerja...
namun untuk teori mereka agak lemah...
mereka tahu basic dalam sesebuah teori...
tetapi untuk membuat penjelasan lanjut amatlah sukar...
ada juga dikalangan mereka yang kurang membaca...
jadi ketika didalam dewan mereka akan menjadi kaku...
(aku juga seperti mereka)

pelajar ilmu hitam
hahaha...
bukan dorang belajar ilmu hitam la...
dorang ni jenis bawak toyol...
kalau exam toyol boleh di selit dimana-mana sahaja...
setakat tulis kat kertas letak dalam pencil box...
itu biasa...
seperti mudin...kantoi tulis formula pada alat kira-kira siantifik beliau...
namun bapak segala toyol dan harus diberi pujian ialah...
abas...memiliki susuk tubuh yang runcing umpama batang buluh...
muka yang innocent macam cibai...
kulit putih bak kertas kajang...
beliau membuat toyol dengan menulis pada kaki beliau...
dan kalau tengok dia masuk pakai long sleeve bermaksud ada sambungan pada tangan beliau...
memang keji perlakuan belliau...
namun beliau tidak pernah kantoi...
haram jadah...

pelajar cemerlang
kalau masuk kelas muka dorang mesti ada...
lepak sambil usha awek dorang join...
main bola dorang ada...
jalan-jalan kat klcc dorang ikut...
curi air kat cafe dorang hulurkan bantuan...
skodeng hostel pompuan dorang bagi petunjuk...
kantoi tengok belu sama-sama...
hahaha...
tetapi...
kalau datang bilik dorang tengah baca buku...
orang belum azan dorang dah sampai surau...
keluar result mereka yang teragung...

so...
aku nak sambung study ni...
doakan aku berjaya dunia dan akhirat...
paper ape???
ntah...aku pon xingat...
hahaha...

No comments: