16 February 2011

22. pindah v 2.0

aku teringat mase belajar HND dulu…
2 sem pertama kene dok kat hostel…
masok sem ke-3 kitorg kene halau…(ye ye pointer aku mcm gampang kene halau)
so aku sewa rumah dengan botak…dengan mat zam…dengan kapten…dengan yo…
rumah sewa tu terletak kat cemerlang height taman melati…
yup rumah atas bukit yang korg nampak kalau lalu kat Gombak tu…
ape???ingat ktorg miskin ke???
hahaha…
sebenarnya kami orang Cuma menyewa kondo kat cemerlang height tu…
yus mengelarnya busut…cipet yus…

  mamat dalam gamba tu owner rumah...bukan model...


namun begitu…
walaupun nama aku ada kat rumah tu…
cuma sekali sekala sahaja aku dok kat rumah tu…
pada kebanyakan masa aku scouting kat bilik budak-budak jahat…
hahaha…
even cek wan ingat aku budak hostel…
keadaan hostel yang sempit memaksa kami berdikari di luar...

then pada sem ke-4…
budak-budak jahat diperintah keluar dari hostel…(bahasa halusnya tak dapat hostel)
maka bertaburanlah mereka mencari rumah sewa…
setiap hari akan berlegarlah makhluk-makhluk tuhan ini untuk mencari rumah sewa…
pada mulanya kami telah mendapat sebuah villa tidak jauh dari kondo yang aku sewa…
namun tuan rumah membuat tahi…

villa yang hampir kami duduki...


pada ketika kami sedang membasuh rumah beliau menelefon ketua pasukan kami…
bob ke asan…aku tak ingat…
beliau mengatakan bahawa villa tersebut telah disewakan kepada org lain…
alangkah sedih hati kami mendengar berita tersebut…
luluh hati…jantung berhenti berdetik…
namun apakan daya…she’s the boss…
dengan sisa-sisa tenaga yang ada pada kami…
kejahatan akan melanda…tahi akan dibalas tahi...
kami mengotorkan semula rumah tersebut…
dedaun kering kami taburkan didalam rumah tersebut…
kami menari tango didalam rumah tersebut untuk meluahkan rasa marah kami…
tak kami tak tinggalkan tahi dalam rumah tu...
hasilnya…sebuah rumah bersih kini menjadi kotor semula…
hahaha…
lu orang memang jahat…

selama 4 minggu kami berkampung di busut…
barang-barang bersepah di ruang tamu…
dah macam duduk rumah kontrek…
kapten pun dah menyampah melihat muka kami…
pernah sekali kami membeli durian dengan banyaknya…
lalu dibawa ke busut…
kapten dengan muka menyinga…
bodoh ape orang perak tak layan durian…
hahaha…

akhirnya setelah berusaha dengan sepenuh hati…
kami pun Berjaya menemui sebuah rumah teres 2 tingkat di seri Gombak…
kadar yang dikenakan agak menyentap iaitu rm650…
bagi pelajar ipt seperti kami ia jumlah yang agak besar…
namun apakan daya…
kami terpaksa menerima juga…

penghuni yang mula-mula menjadi ahli di busut 2 ialah…
aku…asanamin...ucuboboybaipejam…mudin…abas…
sebelah rumah ni ade awek cun…
nak tau siapa pernah cuba ngorat dia???
Hehehe…

1 comment:

Anonymous said...

mak lampir