27 February 2011

malam yang hangat

hilang rasa rindu selepas mendengar suara mu...

benar aku rindu...

kenapa masih belum mengerti...

bagaimana harus aku buktikan???

pasti ada sesuatu yang bisa mengusik hati kecil mu...

**
iye aku tulis...
nape???xpecaya???
AAK...

26. ahad tanpa kelas

tengahari perut lapar...
ulu langat kawasan ditempuh...
makan masak lemak kepala ikan jenahak...
bersama taca dan zul...

perut kenyang senang hati...
kuala kubu kawasan dituju...
baru bersalin waktu pagi...
segera bergelar seorang ibu...

best tak pantun aku???
hahaha...
makan tengahari yang enak...
zul belanja...terima kasih abang long...
mereka gembira dengan tempat makan yang aku cadangkan...
iye...selama ini aku tak pernah menghampakan...

selesai makan taca ajak pergi kkb...
aku yang memang tiada agenda segera setuju...
dia dapat sepupu baru...
perempuan...comel...macam taca...(NOT)...

balik jalan jem macam semut pergi cari makan...
ada juga yang tidak sabar dan memotong di bahu jalan...
biarlah mereka...
aku memandu kereta orang...

ada juga rakan yang baru bersalin...
kak mek...
aku???
aku mana boleh bersalin...
buat anak orang bersalin mungkin...
ooo...bile nak ada anak...
perjalanan masih jauh...
korang tunggu je la...
gadis itu masih belum menyalakan lampu hijau...

25. ahad sepatutnya indah

pagi ini sungguh indah...
dimulakan dengan menyerah diri kehadrat sang pencipta...
mula mencari erti hidup yang sementara ini...

membaca isu semasa secara maya...
ada yang benar...
ada yang dusta...
ada yang memuji...
ada yang mengeji...

"jika dunia yang kau kejar nescaya engkau akan ketinggalan...
namun jika akhirat yang cuba dikecapi...ketahuilah...
tuhanmu sentiasa bersamamu"...

indahnya hari ini terhenti...
burung yang sepatutnya bebas di angkasa...
di ikat bagai tawanan...
maka menyalaklah ia...

menggaanggu pagi ku yang indah...

26 February 2011

kelas selepas phase test

aku dah sampai awal...
cuma aimi yang ada di parkir...
mana yang lain???
masih belum tiba barangkali...

menunggu di hadapan kelas...
aku dan aimi...
hadir pula yah dan taca...
apa cuma kami???

cuba bertanya pada seorang tua...
rupa-rupanya kelas sudah bermula...

apa kes???
lepak depan kelas sampai tak sedar akak lecturer sampai...
hahaha...

25 February 2011

24. malam nan syahdu

tajuk sirius tak boleh blah...
hahaha...

petang tadi exam robot...
aku cuma dapat menjawab sebahagian sahaja...
the rest???tawakkal 'al allah...

malam ni hujan turun membasahi bumi Allah...
terasa kesejukan menusuk sehingga ke tulang...
aku memang tak boleh tahan sejuk...

tiba-tiba aku terasa sungguh syahdu...
seperti merindui sesaorang...
lantas ku hubungi seorang yang ku sayangi...
setelah tamat berbicara...
rindu masih menyelubungi kalbu...

siapa dia???
dimana dia???
tahukah dia???

benar...
aku yang tulis...

exam 2nd edition

hari ini ada 1 exam...
robot...gempak x???
hahaha...
dengan masa yang terhad aku dan rakan-rakan perlu menghadam 2 chapter...

aku sampai awal tadi...
kurang lebih jam 840...
terus ke staff cafe...
lepak jap sane ade wifi...
nak tengok ustaz azhar idrus live dari kota bharu...

setelah 1jam tamat sudah tazkirah pagi jumaat tersebut...
aku pon bergegas ke atas...
dalam perjalanan aku terserempak dengan seorang gadis...
sungguh ayu...berbaju kurung biru...bercermin mata...
iya...aku tak tipu...dia sungguh ayu...indahnya ciptaan tuhan...
namun aku masih tidak mampu untuk menegur seorang gadis...
bilalah aku ada kekuatan itu...

ok2...cukup...
setelah tiba di kelas(port biasa kata suhaimi)...
aku dapat menangkap 2 susuk tubuh yang sedang menelaah nota...
seperti biasa seorang warga emas(suhaimi) dan datok???
apakah benar zul sudah sampai awal begini???
terasa kekok untuk menyertai mereka...

yana tiba dengan sungguh ayu hari ini...
rasa seperti ku di syurga...
dia bidadari kayangan...

fid tiba dengan wajah manis beliau...
sentiasa beliau tersenyum...
sejuk hati ku pagi ini...

kemudian taca pun sampai...
walaupun sudah berumur namun masih anggun...
berbaju merah bertudung ungu...
pasti lelaki akan tertawan...
harap aku tidak berubah hati...

yang lelaki pon ada...
tapi agak tidak senonoh untuk aku bercerita tentang mereka...
kenapa???
nanti korang akan tau juga akhirnya...
hahaha

sudah-sudah menghafal lagi....
tak habis-habis nota ini...
(macam lagu deria ke-6)

21 February 2011

23. kura-kura mengawan

ini bukan filem blue...
hahaha...

macam biasa...
aku akan cuba untuk mengumpul rakan-rakanku yang lain untuk bersama-sama kemajlis persandingan...
namun apakan dayaku cuma insan biasa...
janji untuk berjumpa pada jam 12 tengahari...
hampir jam 2 baru mereka tiba...
aku kenal sangat rakan-rakan ku ini semua...
ini boleh dianggap suatu yang baik pada mereka...
kerna kami pernah sampai tatkala penanggah sedang mengemas khemah...
hahaha...

aku tiba jam 1245...
iye aku lewat sebab aku tahu mereka akan lebih lewat daripadaku...
ketika aku sampai tidak seorang pun yang kenali kecuali ibu ayah & 'faisal'...
aku menjadi seperti kurang selesa...
namun aku bijak memanipulasi keadaan...
aku mempergunakan kamera ku sebagai senjata...
aku amek gambar sampai depan pengantin...
tapi dia masih tidak perasankan ku dihadapanku kerna terlalu asyik dengan makanan...
hahaha...
anda semua pasti setuju dengan aku kan...

ini je gambar yang aku sanggup aplot...
korang pun pahamkan macam mane aku dengan maxis sekarang ni...
hahaha...

geramnya tengok udang

pelamin...

makan beradab oleh manusia yang tidak beradab...

suap kek coklat...yum yum...

orang-orang jahat...

siakap...aumm...siapa belakang tu???

pengantin kene dera amek gambar pulak...hahaha

gambar terakhir ni yang paling 'rare' sekali...
sirius lu orang tak akan dapat jumpe kat tempat lain...
biase orang nak amek gambar dengan pengantin...
ini terbalik...
mane ade pengantin kene amek gambar tetamu...
hahaha...
ape lah malang ko kawan dengan kami orang ni mus...
hahaha...

18 February 2011

22. lepak kat McD

esok ade presentation untuk technoprenuer...(betul ke eja?)
so malam ni kami orang perlu membincangkan strategi untuk esok...
siapa kami orang???
ooo...
aku(yang kacak)...hafis...yah...yana...fid...
grup ni ade gak cikgu tapi beliau tidak dijemput malam ini...
kerna rumah beliau yang agak jauh...

aku dengan penuh semangat nak menunjukkan hasil yang telah aku buat...
aku cuma meng'edit' gambar sahaja...
itu adalah 'task' yang paling sukar kerna tiada siapa yang mampu melakukannya...
hahaha...riak...
namun kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari...
yana yang melihat gambar yang telah ku 'edit'...
tanpa berfikir panjang terus me'reject'nya...
aku berasa sungguh 'down'...

alasan yang diberi amat kukuh...
'buruk giler'...'ade ke orang nak beli ni'...
lalu yah menunjukkan gambar iron yang dia telah jumpa di internet...

ok2...
gamba tu lawa...
tapi masih memerlukan sedikit 'editing' dari tangan ini juga...
LCD yang aku edit itu tiada tolok bandingnya...
hahaha...

tengah cari idea nak meng'edit' gamba ni...
aaaarrrggghhh....
jap lagi la....
aku nak download habis-habisan kat McD ni...
hahaha...

16 February 2011

22. pindah v 2.0

aku teringat mase belajar HND dulu…
2 sem pertama kene dok kat hostel…
masok sem ke-3 kitorg kene halau…(ye ye pointer aku mcm gampang kene halau)
so aku sewa rumah dengan botak…dengan mat zam…dengan kapten…dengan yo…
rumah sewa tu terletak kat cemerlang height taman melati…
yup rumah atas bukit yang korg nampak kalau lalu kat Gombak tu…
ape???ingat ktorg miskin ke???
hahaha…
sebenarnya kami orang Cuma menyewa kondo kat cemerlang height tu…
yus mengelarnya busut…cipet yus…

  mamat dalam gamba tu owner rumah...bukan model...


namun begitu…
walaupun nama aku ada kat rumah tu…
cuma sekali sekala sahaja aku dok kat rumah tu…
pada kebanyakan masa aku scouting kat bilik budak-budak jahat…
hahaha…
even cek wan ingat aku budak hostel…
keadaan hostel yang sempit memaksa kami berdikari di luar...

then pada sem ke-4…
budak-budak jahat diperintah keluar dari hostel…(bahasa halusnya tak dapat hostel)
maka bertaburanlah mereka mencari rumah sewa…
setiap hari akan berlegarlah makhluk-makhluk tuhan ini untuk mencari rumah sewa…
pada mulanya kami telah mendapat sebuah villa tidak jauh dari kondo yang aku sewa…
namun tuan rumah membuat tahi…

villa yang hampir kami duduki...


pada ketika kami sedang membasuh rumah beliau menelefon ketua pasukan kami…
bob ke asan…aku tak ingat…
beliau mengatakan bahawa villa tersebut telah disewakan kepada org lain…
alangkah sedih hati kami mendengar berita tersebut…
luluh hati…jantung berhenti berdetik…
namun apakan daya…she’s the boss…
dengan sisa-sisa tenaga yang ada pada kami…
kejahatan akan melanda…tahi akan dibalas tahi...
kami mengotorkan semula rumah tersebut…
dedaun kering kami taburkan didalam rumah tersebut…
kami menari tango didalam rumah tersebut untuk meluahkan rasa marah kami…
tak kami tak tinggalkan tahi dalam rumah tu...
hasilnya…sebuah rumah bersih kini menjadi kotor semula…
hahaha…
lu orang memang jahat…

selama 4 minggu kami berkampung di busut…
barang-barang bersepah di ruang tamu…
dah macam duduk rumah kontrek…
kapten pun dah menyampah melihat muka kami…
pernah sekali kami membeli durian dengan banyaknya…
lalu dibawa ke busut…
kapten dengan muka menyinga…
bodoh ape orang perak tak layan durian…
hahaha…

akhirnya setelah berusaha dengan sepenuh hati…
kami pun Berjaya menemui sebuah rumah teres 2 tingkat di seri Gombak…
kadar yang dikenakan agak menyentap iaitu rm650…
bagi pelajar ipt seperti kami ia jumlah yang agak besar…
namun apakan daya…
kami terpaksa menerima juga…

penghuni yang mula-mula menjadi ahli di busut 2 ialah…
aku…asanamin...ucuboboybaipejam…mudin…abas…
sebelah rumah ni ade awek cun…
nak tau siapa pernah cuba ngorat dia???
Hehehe…

12 February 2011

exam

peperiksaan adalah sesuatu perkara yang boleh membuat perut ku menjadi senak...
mengapa mesti ada peperiksaan dalam sistem pembelajaran???
cara pemikiran adalah berbeza bagi setiap insan...
jadi ianya tidak adil kepada setiap insan...

mengapa aku katakan ianya tidak adil???

semasa dalam proses pembelajaran...
aku dapat melihat beberapa kategori pelajar...
dan pelajar-pelajar tersebut mempunyai kelebihan tersendiri...



pelajar al-hafiz
mereka ini golongan yang pasti berjaya ketika peperiksaan...
manakan tidak...
kemahiran mereka dalam menghafal teori digunakan sepenuhnya ketika peperiksaan...
mereka hanya perlukan suasana yang tenang untuk menyerap segala perkataan didalam buku...
walaupun mereka tidak berada didalam kelas...
tetapi dengan gaya penulisan seperti didalam buku...
cukup untuk meyakinkan hati pemeriksa bahawa mereka ini golongan yang memberi tumpuan semasa didalam kelas...

pelajar McGyver
kalau bagi kat dorang ni sebiji motor pun mereka boleh leraikan...
dan pasang semula...
mereka adalah golongan yang diperlukan dalam industri...
mereka boleh membuat kerja...
namun untuk teori mereka agak lemah...
mereka tahu basic dalam sesebuah teori...
tetapi untuk membuat penjelasan lanjut amatlah sukar...
ada juga dikalangan mereka yang kurang membaca...
jadi ketika didalam dewan mereka akan menjadi kaku...
(aku juga seperti mereka)

pelajar ilmu hitam
hahaha...
bukan dorang belajar ilmu hitam la...
dorang ni jenis bawak toyol...
kalau exam toyol boleh di selit dimana-mana sahaja...
setakat tulis kat kertas letak dalam pencil box...
itu biasa...
seperti mudin...kantoi tulis formula pada alat kira-kira siantifik beliau...
namun bapak segala toyol dan harus diberi pujian ialah...
abas...memiliki susuk tubuh yang runcing umpama batang buluh...
muka yang innocent macam cibai...
kulit putih bak kertas kajang...
beliau membuat toyol dengan menulis pada kaki beliau...
dan kalau tengok dia masuk pakai long sleeve bermaksud ada sambungan pada tangan beliau...
memang keji perlakuan belliau...
namun beliau tidak pernah kantoi...
haram jadah...

pelajar cemerlang
kalau masuk kelas muka dorang mesti ada...
lepak sambil usha awek dorang join...
main bola dorang ada...
jalan-jalan kat klcc dorang ikut...
curi air kat cafe dorang hulurkan bantuan...
skodeng hostel pompuan dorang bagi petunjuk...
kantoi tengok belu sama-sama...
hahaha...
tetapi...
kalau datang bilik dorang tengah baca buku...
orang belum azan dorang dah sampai surau...
keluar result mereka yang teragung...

so...
aku nak sambung study ni...
doakan aku berjaya dunia dan akhirat...
paper ape???
ntah...aku pon xingat...
hahaha...

05 February 2011

21. aku

aku xde banyak idea untuk menulis kat blog ni...
aku tengah berusaha untuk aktiviti penulisan yang lebih panjang...
mungkin novel...
kalau xdapat panjang macam novel...
blook pun ok kot...
waaahh...cita-cita...
hahaha...

sekarang ni sedang 'bz' kat kolej...
nak kene buat robot pulak...
ideanya sudah ada...
tinggal nak buat sahaja...
masih tunggu update dari hafiz...
kalau kawan dia sudi menderma...
xpayah aku nak buat dah...
tinggal nak buat report je...

kerjaya aku masih terumbang-ambing...
aku perlukan sesuatu yang boleh push-up aku...bukan push-up bra ok...
tiap-tiap bulan aku mengalami masalah kewangan...
cume cukup-cukup bayar bil je...
nak belanja lebih-lebih siket kene berhati-hati...
lagi kalau awek tiba-tiba ajak kawen xmati tekejut aku...
hahaha...awek mane tu???

belalang tempur sudah 3bulan tiada permit...
sudah 30k tidak di servis...
tayar sudah botak...
clutch sudah keras...
macam-macam dia nak mintak tu...
huh...

sekarang aku nak pergi solat maghrib dulu...
aku nak berdoa mintak dipermudahkan urusan aku...
dunia akhirat...
insyaallah...

01 February 2011

aktiviti pemakanan

aku sedang dalam perancangan untuk makan...
sekarang sedang berada di up-town...
rasa seperti ingin makan makanan barat pula...

makanan yang sudah di'order' 45minit yanglalu...
masih belum tiba di meja kami...
aku sudah berasa bosan...
pasangan ku sudah berasa mengantuk...
keletihan bekerja diwaktu siang tadi barangkali...

laparnya terbau black pepper...
laparnya melihat asap dari makanan yang memancul dari kuali...
laparnya melihat sizzling di pinggan meja sebelah...
laparnya melihat pasangan ku bermain game...
hahaha...

wak din pasti sedang menanti kedatanganku kerumah beliau...
pastinya ada sesuatu untuk dibicarakan...
sabarlah sahabat...
makanan ku masih belum tiba...

mengapa memilih gerai biasa???
yazid di uptown hawkers sahaja...
mengapa tidak makan di kedai yang lebih standard???
TGI...chili's...VS...
hahaha...
bukan tidak mempunyai wang...
cuma tidak mahu bersesak di dalam kompleks membeli-belah...

pasangan ku sudah melai bosan...
matanya sudah kemerahan menahan letih...mengantuk...
maafkan daku...
takdir menentukan untuk kita bersama lebih lama malam ini...
takdir sengaja menyeksa batinmu...
mungkin ini takdir kita...

dimana makanan ku???
aku sudah lapar...
pasangan ku sudah lapar...

*maaf tiada gambar kerna kamera bersama adik ku untuk aktiviti pembelajaran beliau...
**lagi pula pasangan ku pastinya tidak mahu bergambar...
hahaha...