solat raya macam biasa aku ke masjid. bukan tidak mahu ke surau berhampiran rumah tetapi crowd yang ramai disana menyebabkan kesesakan. lagi pula di masjid kalau ustaz mahfuz baca khutbah sedap dengar.
raya ke-1 (baca pertama) aku hanya duduk di rumah. tiada kemana kerna memang tiada arah untuk dituju. nak lepak dengan member member semua sibuk raya dan menolong di surau/masjid. surau di rumah berhampiran hanya menjalankan aktiviti korban pada hari raya ke-2.
raya ke-2 aku ke surau untuk memberi tangan dalam aktiviti korban. aku datang dengan semangat. lebih kurang jam 8 sudah pacak. akan tetapi orang ramai sudah pun mula menelubingi kawasan penyembelihan. aku ingat nak tolong tetapi sudah banyak orang yang sudah ada disana. mereka juga punya seragam hitam sebagai tanda ahli yang diberi tanggungjawab untuk menjalankan tugas masing masing.
selepas seekor lembu telah tumbang aku rasakan aku tiada punya ruang untuk memberi tangan memandangkan ahli seragam hitam sudah banyak. aku pulang ke rumah sebentar untuk mengambil kamera. aku dapat rasakan mengambil gambar lebih baik dari jadi penyemak yang hanya memandang.
sekitar aktiviti penyembelihan di surau haji sulaiman kg delek kiri (baca tragedi berdarah)
menanti giliran
dipinggirkan
penyerahan
pap yang penting? KERJASAMA!!!
potong telur
bersama melapah
membersih perut
dari celahan
YB
pemuda harapan kampung
memberi dan menerima
**last aku datang surau 2 tahun lepas masa raya haji juga...tapi masa tu aku tolong...
No comments:
Post a Comment