hubungan aku dengan polis memang tak ngam. aku memang anti dengan polis sejak sekian lama. sebab utama? aku sendiri tak tahu.
antara sebab aku tak suka dengan polis ialah sebab mereka suka kacau masa demo. mereka sangat berat sebelah kepada kerajaan sekarang. sepatutnya mereka bertindak mengikut perlembagaan. oleh kerna ada suara suara ghaib mereka terpaksa mengikut segala arahan walau ianya berlawanan sama sekali dengan perlembagaan.
akan tetapi bila aku ada masalah aku akan buat repot kepada polis juga. mula dulu masa kereta amin kene pecah kami buat repot di balai. kemudian belalang tempur biru pula hilang juga aku repot pada polis. namun apa yang aku pelik bila kejadian begini aku akan jadi baik pula dengan polis. masa laptop hilang aku boleh beritahu yang laptop berharga 1500 je? masa belalang pula boleh aku buat repot sebelum renew roteks.
apa kena aku ni? hari tu siap boleh nak bertumbuk dengan polis tapi bila benda jadi kat aku boleh pula jadi baik. betul lah amin kate "apahal aku baik sangat dengan polis ni?"
celaka apa. polis pasang hantu ke kat balai??
1 comment:
polis ada dua label, yang satu macam garang sikit,satu lagi yang rilek je..masa tu kau jumpa yang baik punya kot..Ahaks!
Post a Comment