01 November 2011

[kawan] dunia akhirat

orang kata kawan ketawa mudah dicari kawan menangis ko nangislah sorang sorang.

aku bersyukur walau aku sedang down gila babi sekarang ni tapi sekurang kurangnya kawan kawan aku masih sayang aku. walau kalian tidak dapat membantu secara langsung - material - sekurang kurangnya kalian masih mahu menghubungi dan bertanya khabar. terima kasih kalian.

ada juga kawan yang sanggup bersusah untuk aku. aku gelar mereka sebagai sahabat. sahabat pada aku adalah mereka yang sanggup bersusah untuk kita tanpa mahu sebarang balasan. mereka menemani tidak kira waktu kita senang atau susah. mereka bersama kita sebilang masa. buat mereka ini diharap Allah akan membalas dengan segala kebaikan. aku cuma mampu berdoa di kala ini. jika punya perkataan yang lebih dari terima kasih akan aku ucapkan sebagai tanda perhargaan buat mereka.

ada juga kawan yang jenis downkan kita masa kita sedang down. aku bersyukur kerna aku tidak punya kawan begini. kawan kawan aku semuanya supportive. biar cuma melalui kata kata tidak mengapa kerna aku tahu kalian ikhlas.

2 comments: