12 March 2011

[cerita kontot] haji karim kaya

pagi itu seperti biasa haji karim berhasrat untuk pergi menebas di kebun belakang rumahnya. suasana yang dingin sehingga ke tulang kadang-kala membuat haji karim menggigil. dengan mengusung sebilah parang panjang beliau berjalan terus ke hujung kebun beliau.

beliau memulakan aktiviti penebasan beliau berhampiran dengan anak sungai. fikir beliau ingin dibawak sampai ke depan. sedang dalam aktiviti penebasan beliau tiba-tiba parang panjang tinggalan pusaka arwah atuk beliau hinggap di atas sebuah botol kaca. namun botol itu tidak pecah.

haji karim mengambil botol itu dan kelihatan cebisan kain kuning membaluti tubuh botol tersebut. dalam hati beliau berkata mungkin botol perangkap hantu atau jembalang yang ditangkap oleh bomoh kampung sebelah. atau mungkin ada jin di dalamnya seperti cerita aladdin yang beliau layan di estro ceria. lantas haji karim menyimpan botol sepanjang sejengkal itu di poket tepi seluar camel beliau.

setelah siap menebas sehingga ke tengah kebun, haji karim mulai rasa kepenatan. pangkal pokok manggis menjadi tempat beliau bersandar. pokok manggis mempunyai dahan yang rendang dan sesuai untuk lepak dibawahnya. dalam keadaan yang sangat letih haji karim teringat ada botol di poket tepi seluar camel beliau.

sebagai seorang manusia yang sedang dalam kehausan haji karim tanpa berfikir panjang terus membuka botol tersebut dan menonggengkan botol tersebut ke mulut beliau. dicuba berkali-kali tetapi hampa. air yang diidamkan tidak mengalir keluar.

dengan tidak semena-mena botol tadi mengeluarkan asap yang berkepul-kepul. haji karim yang terkejut terus mencampakkan botol tersebut ke tanah. botol itu terus mengeluarkan asapnya. asap tersebut berkumpul lalu membentuk suatu lembaga yang menyerupai seorang wanita. sekali pandang ada iras-iras maya karin dalam filem puntianak harum sundal malam.

haji karim yang masih kaget mulai menjadi hairan. bagaimana semua ini boleh berlaku?apakah wanita dihadapan beliau adalah seorang wanita atau seekor jin berupa wanita atau juga mungkin pontianak yang dikurung didalam botol tersebut?

setelah badan wanita tersebut siap dari kepulan asap tadi dia terus mengucapkan terima kasih kepada haji karim. lalu wanita tersebut memberitahu
"katakan 3 hajatmu akan ku tunaikan"

haji karim yang masih dalam keadaan terkejut lantas bangun. mendengar 3 hajat yang akan ditunaikan oleh wanita botol tersebut haji karim menjadi bersemangat. teringat akan isteri beliau dirumah yang sudah berkedut. lalu haji karim menyatakan hajat yang pertama,
"jadikan isteriku muda dan cantik seperti ratu cantik dunia"

"setel" jawab wanita tersebut pendek.
"apa hajat mu yang ke-2?" sambung wanita berkenaan.

haji karim berfikir sejenak. jika isteriku muda dan cantik tak kan dia mahu aku yang sudah tua berkedut ini? lantas beliau menyatakan hajat beliau yang ke-2,
"aku ingin menjadi muda, kacak dan bertenaga"

"jadik" kata wanita tersebut.

haji karim terpinga-pinga dengan perubahan fizikal beliau. kulit yang dahulunya berkedut kini tegang juga berketul-ketul ala-ala malek noor dikala muda.

wanita tersebut berkata lagi,
"fikirkan dahulu hajatmu yang terakhir. jangan sehingga memakan diri"

adat hidup manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada. haji karim terfikir untuk hidup senang. tidak perlu ke kebun. hanya goyang kaki dan duit bertimbun-timbun mencurah ke rumah beliau. haji karim ingin menjadi seorang yang kaya-raya. berkatalah beliau,
"aku ingin menjadi kaya-raya."

"wokeyh bos" turut wanita tersebut.

*****************

di sebuah rumah kampung, seorang wanita tua yang sedang menyisir rambut dihadapan cermin menjadi terpana apabila melihat akan perubahan pada fizikal beliau. beliau menjadi kembali muda. kedutan yang selama ini hinggap di badan beliau juga semakin menegang.

keluarlah wanita tua itu dari rumah beliau dan mula mencari suami tersayang. terus beliau ke kebun di belakang rumah kerana beliau yakin yang suami  beliau sedang berkebun disana.

terjerit-jeritlah beliau mencanang nama haji karim.sedang mencari-cari wanita tua tersebut terjumpa parang panjang kesayangan suaminya. namun suaminya tiada disitu. juga terdapat setin kaya yang masih baru dan tarikh tamat tempoh yang belum tiba. diambil parang panjang dan tin kaya tersebut untuk dibawa pulang. fikir beliau mungkin suaminya sedang berjimba-jimba di warung sood di simpang tiga kampung itu.

*****************

seekor jin yang sudah bertukar menjadi seorang wanita berjalan di bukit bintang sambil menahan gelak.
"dah minta jadi muda nak jadi kaya pula. kaya santan muda la kot"
"hik...hik...hik" tawa beliau kecil.

No comments: