Showing posts with label suka hati. Show all posts
Showing posts with label suka hati. Show all posts

14 June 2011

[hnd] mercun katak

sempena nak dekat puasa ni ada satu cerita pasal mercun. ini pun diingatkan oleh ucu.

mercun memang di haramkan di hostel oleh cek wan. boboy dan zaim hampir di buang dari hostel kerna mercun. sebab diharamkan bukanlah kerna ia berbahaya kepada pelajar tetapi mengganggu cek wan tidur. budak budak ni mana reti bahasa. waktu tidur dorang rasa masa yang paling sesuai untuk main mercun. dan masalah yang lagi besar ialah dorang main bukan kecik kecik anak punya mercun. nah mercun bola, mercun telur. manalah cek wan tak mengamuk.

lagi pulak jenis budak budak yang dok tingkat empat jenis baling mercun bola ke bawah. pergh bunyi kat sebelah telinga tu masa tengah tidur. kene roh korang tengah melancong kat atas genting ok lagi dekat, tapi kalau tengah berenang kat selat inggeris atau tengah bersenggama dekat amsterdem tak ke naya. tak sempat nak masuk balik. itu yang membuat cek wan marah mungkin. ye la orang berkeluarga. rumah dekat sebelah hostel pulak.

nak dijadikan cerita hostel aku kat tingkat 1. b-1-27 kot. bilik tu aku ucu beso & acong. acong seorang lelaki melayu berasal dari kelantan yang rupa macam cina. tak tahu dia hidup lagi ke. lepas je isyak masa kejadian kitorang pun melepakkan diri sambil membuang masa seperti biasa. masa ni hobi membaca buku adalah sesuatu yang pelik dan menjengkelkan. sambil mendengar lagu lagu yang di putarkan di komputer tengok acong yang super hebat bermain minesweeper ada juga terdetik untuk menyiapkan assignment yang diberi. namun apalah ertinya membuat assignment awal awal tak thrill lah kan.

amin datang ke bilik hari tu untuk berbuka bersama mungkin. acong pula ada standby sebungkus mercun katak yang di ambil dari bilik kawan dia. alah yang kaler hijau pastu berikat kat tengah tu. lantas terus diambil seketul oleh amin lantas di baling ke bawah.

selang beberapa minit kemudian bilik dibuka dan suara garau yang memang sangat dikenali berkumandang. masing masing kaget. acong sedang menggulung rokok daun. ucu asap dalam mulut terus di telan. nak jadi jin agaknya orang tua ni. aku buat buat main minesweeper dan amin? aku tak ingat amin buat ape. cek wan memulakan teguran dengan lembut. mari kita ikuti dialog yang berlaku pada malam itu.

cek wan : "assalamualaikum"
kami semua : "walaikum salam. eh cek wan" kaget.
cek wan : "buat apa lo ni" sambil masuk kedalam bilik.
amin : "takda apa cek wan"
cek wan : "siapa yang baling mercun ni tadi?" sambil memegang mercun katak yang sudah berkecai.
kami semua : ".............." senyap. tiada bunyi.
cek wan : " cakap siapa baling tadi" dengan nada lebih keras.
kami semua : "............" masih senyap\
cek wan : " kalau taknak cakap semua saya buang hostel
amin : "saya cek wan. saya" dengan nada cuak
cek wan : " haa. ni siapa punya mercun banyak banyak ni" sambil menunjuk 1 bungkus mercun katak di atas meja.
acong : " ni takde apa ni cek wan. ni bunyi dia PE PEK je."
cek wan : "banyak awak punya pe pek. kali ni saya lepaskan." nada kesal
acong : "terima kasih cek wan"
cek wan : "haa. ni lagi satu" menggertak
kami semua : "........." kaget semula
cek wan : "siapa punya rokok ni?" sambil menunjuk sebungkus rokok daun
acong : "rokok daun je tu cek wan. pitih tak dop." jawab dengan konfiden
cek wan : "lain kali sorok siket."
acong : "ok cek wan"

keluar saja cek wan dari pintu bilik masing masing pecah perut. mercun pe pek. aku ingat cek wan balik rumah pun mengekek gelak agaknya. hahaha

08 June 2011

[hidup] pemandu f1

pagi itu pagi yang cerah. segalanya berjalan seperti biasa. tiada yang ganjil seperti lembu menumpang bas atau itik memandu kereta.cuma aku perlu ke rumah abang untuk mengambil kereta untuk keperluan kerja. aku ke rumah abang menunggang belalang tempur biru.

sampai di rumah abang aku meletakkan belalang di tempat letak motorsikal dan terus naik ke tingkat tiga untuk mengambil kunci kereta yang ada bersama akak ipar ku. rumah beliau di tingkat tiga.

usai mendapatkan kunci kereta aku terus ke arah kereta yang terletak di kawasan letak kereta pula. kalau diletakkan kereta di kawasan letak motorsikal pasti dibakar hidup hidup oleh jkkk kawasan tersebut. aku terus menghidupkan enjin supaya ia panas sedikit agar mudah aku memulakan perjalanan.

setelah agak panas - enjin dan aku - terus sahaja memulakan perjalanan. sampai di satu simpang kelihatan ramai orang berhenti. untuk membeli sarapan di bawah payung. ada antara mereka yang menoleh ke arah aku lalu tersenyum. aku membalas senyuman mereka lantas mereka ketawa. tidak sopan sungguh penduduk di sini.

aku meneruskan perjalanan sehingga sampai di sebuah traffic light. lampu ketika itu bernyala merah. merah tanda berhenti bukan berani kalau berani jalanlah masa merah tu. di sebelah aku kereta yang agak besar pada fizikalnya. kelihatan ramai juga kanak kanak di dalam kereta besar ini. mereka ada yang memandang aku. aku senyum pada mereka. mereka ketawa. budak budak sekarang tak pandai hormat orang nak pergi kerja gamaknya. mak bapak dia orang tak pergi kerja ke?

dengan hati yang terguris aku berlalu meninggalkan mereka. sampai di tol aku memilih lorong yang paling ideal. lorong ideal ialah lorong yang di duduki oleh seorang gadis yang manis. pagi ini aku bertuah kerna memang pilihan aku tepat. aku mengaja membayar lebih supaya ada masa lebih untuk beliau memulangkan duit baki. semasa memberi duit aku melemparkan senyuman yang paling manis buat beliau. beliau juga membalas senyuman padaku. selepas mendapat duit baki aku sengaja meminta resit. supaya lebih masa untuk aku menatap beliau. sambil memberi resit kepadaku beliau lemparkan senyuman yang paling manis buatku. terima kasih awek tol.

meniggalkan awek tol tanpa mendapat nomor telefon adalah fenomena biasa. maka itu aku tidak berapa terkilan. sampai sahaja di ofis rakan sejawatku tanpa segan silu berguling guling ketawa. pada aku pastinya ada sesuatu yang telah membuat beliau sangat bersuka hati. aku cuba untuk mencungkil apakah gerangannya yang telah membuat beliau begitu gembira. dengan muka yang merah padam - kerna ketawa tanpa ingat dunia - beliau datang padaku dan terus menunjal kepala ku. tidak berasa sakit fikirku dalam hati.

rupanya aku memakai topi keledar sepanjang masa aku memandu kereta dari rumah abang sehingga ke ofis. patutlah orang kat bawah payung gelak. patutlah budak budak hilang hormat pada mereka yang pergi bekerja. dan patutlah aku dapat senyuman yang paling manis dari awek tol.

[cerita kontot] lori hantu

maka tadi semasa membuang masa berborak dengan para pemandu lori diceritakan oleh mereka bagaimana asal usulnya lori hantu.

lori hantu pada asalnya di beri nama bukanlah kerna lori tersebut tidak mempunyai permit atau rotex atau insuran. kisahnya bermula pada waktu sebelum tengahari. tapi tengah panas pukul 11 macam tu. disebabkan cuaca yang panas menyengat seorang dari kalangan pemandu lori di sebuah kawasan kuari telah mengambil keputusan untuk berhenti sebentar di kantin untuk membeli air minuman.

pemandu lori dikawasan kuari mempunyai satu tabiat dimana mereka tidak suka menarik hand break kecuali di kawasan bukit. kantin tempat pemandu itu berhenti tidaklah berapa bukit sangat. oleh kerna beliau berpuas hati dengan cara parking dan yakin bahawa lori tersebut tidak akan berganjak pemandu lori tersebut meninggalkan lori tersebut tanpa menarik hand break. sementara menunggu makcik kantin tersebut membungkus air yang diminta pemandu tersebut terdengar akan jeritan dari para pelanggan kantin tersebut.

"lori takda pemandu...lori takda pemandu..."

sambil memerhatikan pelanggan yang sedang menjerit tadi pemandu lori tersebut sempat juga menoleh ke arah lori yang bergerak tadi. "macam kenal lori ni?rompong depan takda pintu rangka je tinggal" bisik pemandu lori dalam hati.

tenpa berlengah beliau mengejar lori tersebut. sambil menjerit bagai nak gila "hantu punya lori...hantu punya lori..."

disebabkan mereka malas nak sebut panjang panjang mereka telah memendekkan kepada lori hantu.

apesal cerita ni macam tak best tapi masa aku dengar berguling guling aku gelak. celaka.

07 June 2011

[part time] pakaian

sebagai seorang manusia kalau kita keluar rumah pastinya mengenakan pakaian. baju dan seluar adalah yang paling basic. kalau pakai spender dan bra itu optional. hahaha

setelah bertarung dengan hujan pada pagi minggu yang lalu aku tetap ke kolej. kali ini aku terpaksa menumpang taca. terima kasih taca.

pertarungan dengan hujan menyebabkan 2 helai jeans yang biasa aku pakai telah basah. yang tinggal di rumah keramat cuma 2 helai seluar slack. 1 yang digunakan untuk solat dan 1 untuk exam. ada juga lagi sehelai seluar jeans baru yang belum pernah aku gunakan kerna belum outer bahagian kaki. biasalah beli jeans mesti panjang dan kene outer kaki sebab panjang sangat. maka perlulah aku mengenakan jeans tersebut dengan melipat bahagian kaki yang panjang itu.

usai bersiap dan taca pun sudah sampai di bawah aku pun turun. taca tersenyum melihat aku. seakan akan ingin gelak pun ada. sampai di dalam kelas ramai rakan sedarjah sudah tiba. mereka juga tersenyum seakan mahu gelak. ada yang memuji ada yang mengeji. tidak mengapa itu semua hak individu.

* salah ke aku pakai seluar jeans hijau, baju biru, sweater ungu dengan inner oren, seliper merah dengan spek hitam hujan?

27 May 2011

[hidup] aktivity semasa

1. nak cari tempat makan dan siapkan cerita sebelum 31 may untuk pertandingan selangorlicious.

2. mencari quote quote yang menari dari lagu untuk kedamaian

3. kerja kat lafarge baru start dan aku tak join untuk esok sebab kene sekolah

4. kene kumpul duit untuk bayar ke kolej 

5. buku di rumah sudah khatam. nak cari bahan baru yang murah.

6. masih belum berjaya memikat hati si dara. apa aku nak buat? aku bukan seorang yang ada pengalaman.


25 May 2011

[hnd] kobrima

kobrima ialah singkatan kepada...
koperasi british malaysia...
ok nama sahaja sudah cukup mengambarkan bahawa...
mereka adalah golongan kapitalis...

kapitalis adalah suatu golongan yang cuba memeras...
menyembelih...
menindas...
rakyat marhaen...
persaingan akan mengurangkan keuntungan...
maka pesaing perlu di hapus...

cukup intro...
dulu che wan bukak lah kedai...
jual barang barang makan...
sama macam kobrima ni...
tapi tutup lewat...
kadang sampai jam 1 pagi...
kobrima cuma jam 11malam...
lagi pula...barang yang dijual oleh che wan lebih murah harganya...
walaupun 10sen namun ia sungguh berharga kepada pembeli bergelar pelajar...

disebabkan persaingan...
maka dengan kuasa yang ada...
tuan pengarah kobrima telah menghapuskan kedai che wan...
alasan:

  1. beroperasi lebih masa...
  2. menggugat koperasi yang telah lama berkhidmat kepada masyarakat...
  3. tiada kedai yang spesifik...main pacak je...menyakitkan pemandangan...
maka dengan rasminya kedai che wan ditutup...
selapas beroperasi selama beberapa bulan...
dengan jayanya...

kami dari golongan "wing jahat"...
cuba membantu che wan...
bukan untuk mempertahankan...
tetapi lebih kepada mengkhianati kobrima...

apa yang dapat dengan wang 20 sen???
teka...teka...teka...
tooooooooot!!!!
masa sudah tamat...
jawabannya ialah...

  1. choki choki
  2. biskut
  3. roti
  4. mayonis tuna dalam tin
  5. air oren
lokasi makan...
kerusi taman yang cuma 5 kai daripada pintu kobrima...
keh keh keh...
agak kerap kami melakukan kejahatan begini...
namun mereka tetap teguh bertahan...
dasar kapitalis betullah...

tapi dengar mereka sudah tidak menjual barang makanan lagi...
cuma banyak stationary dan khidmat fotokopi...
makan makan dia orang dah tender dekat beso...
hahaha...
makin beso la beso...

beso pun antara kapitalis yang kejam pernah aku jumpa...
hahaha

24 May 2011

[jiwa jiwa luka] masa berubah

aku rindukan...
masa masa gembira...
kita semua bersama...
seperti dulu...

i really do...

[belog] kritikan

ucu selalu sound...
"cho muke ganas hati ada taman"
"tulis iron maiden gambar wolverine cerita jiwang"

taca cakap...
"cerita cerita jiwang pasal perempuan"

ok lah...
aku dah tukar...
background...
harap ucu suka...
taca gembira
keh keh keh . . .

mawar memang tak boleh dipisahkan...

20 May 2011

[hidup] kamera

aku dah dapat balik kamera aku...
yang kasha pinjam selama 5 bulan...

apa maksud semua ini???
lepas ni...
entri bergambar...
keh keh keh...

19 May 2011

[mat rempit] hujan

aku pernah cerita tentang perkara yang tak disukai oleh para penunggang motorsikal...
maka petang tadi...
dalam perjalanan aku dari klang ke keramat...
hujan turun di pertengahan perjalanan...

masa dekat batu 3...
hujan turun renyai renyai...
aku meneruskan perjalanan kerna hujan jenis ni tak banyak berkesan pada aku...

masa sampai asia jaya...
ramai penunggang sudah parking motorsikal mereka...
dibawah flyover hilton...
ada yang sedang bertukar pakaian kepada baju hujan...
ada yang sudah double stand...
ada yang sedang bercumbu...
ok ini tipu...
tapi aku terus je tanpa ada niat untuk bertukar pakaian...

masuk je KL...
lepas volvo...
hujan agak ganas...
besar besar gak la dia punya titis titis air...
aku tetap degil...
tidak juga mahu berhenti untuk bertukar...

sampai dekat menara umno...
aku tengok langit area UK memang sudah gelap...
gementar juga nak meneruskan perjalanan...
tapi aku tabah...
depan IB memang sudah lebat...
aku fikirkan laptop dan kamera je...
tapi bila fikir balik...
apa guna beg aku yang mahal ni...

masuk je simpang jalan enggang...
disambut dengan air bertakung...
dekat depan tranasional tu lah...
hujan tetap menggila...
kalau kat klang mau kene rembat dengan hanger kalau main hujan macam ni...
walaupun hujan lebat...
aku still menunggang dengan kelajuan sedap badan...
men'cilok' antara bas dan lori...

depan texas...
dekat simpang nak masuk pergi NPG...
air sudah naik tinggi...
kalau nak motor cawan sudah tentu plug basah punya...
aku tetap menggila menunggang...
ye lah...
sudah hampir ke rumah...

masuk je rumah aku terfikir...
kenapa aku tidak berhenti di mana mana tadi???
di terowong boleh...
di bawah flyover boleh...
di stesyen stesyen minyak boleh...
tapi aku pilih untuk terus...
baju hujan dibeli siap dengan kasut hujan sekali...
apa makna semua ini???

mungkin benar kata mak...
aku ni degil...

17 May 2011

[hidup] selamat hari guru

kepada warga pendidik...
1 hari untuk menghargai pengorbanan kalian...

profesion sebagai cikgu dulu...
dianggap sebagai tidak popular...
2nd class...
namun kini...
ramai yang nak jadi cikgu...
kenapa???
kerna gaji mungkin...

sekarang ia masih menjadi 2nd class...
kenapa aku cakap begitu???
sebab tidak ramai yang 'true' nak jadi cikgu...
contoh...
selepas graduate dari mana mana universiti...
ramai yang akan mencari kerja...
di sektor swasta yang menawarkan gaji lumayan...
atau kerajaan yang dijamin sumber pendapatan...
jamin ke???

selepas beberapa ketika...
setelah mencuba membuat resume yang kononnya hebat...
still...
tak dapat kerja seperti yang diharapkan...
minta jadi technician dapat kerja angkat telephone...
minta bahagian hr dapat kerja bank...
semua tidak memenuhi kriteria si peminta kerja...

beberapa ketika dahulu...
kerajaan membuat 1 program...
kpli...dpli...
untuk melahirkan guru...
ini ialah pilihan terakhir bagi mereka yang tidak mendapat kerja...
ia bukanlah pilihan utama mereka...
itu sebab aku cakap ramai cikgu sekarang...
tak 'true' dalam scene mengajar...

aku tak kata yang cikgu cikgu yang masuk dari...
kpli...dpli...
semuanya tak 'true' scene cikgu ni...
ada juga yang terpaksa guna jalan ni...
untuk memenuhi cita cita sekolah rendah mereka...
untuk menjadi seorang cikgu...

scene mengajar adalah 1 scene yang suci...
kepada mereka yang betul betul 'true' dalam scene ni lah...
banyaknye yang masuk scene ni cuma untuk sesuap nasi...
saudara mara aku..
kawan kawan sekolah aku...
kenalan kenalan aku...
yang masuk scene ni...
aku harap mereka 'true'...
ikhlas dalam mengajar...

aku tak boleh masuk scene ni...
walau seorang cikgu pernah berkata...
aku memang sesuai...
ada ciri ciri...
tetapi mak aku secara sempoi berkata...
"cirit anak orang nanti"...
hahaha

ada tak cikgu cikgu solo yang baca ni???
lu orang mesej la aku...
aku pun solo...
(ni dah merepek)...

ok...
cikgu...
guru...
instructor...
lecturer...
mentor...
doa ku agar kalian bahagia dunia dan akhirat...
diharap halalkan segala yang telah kalian turunkan kepada ku...

15 May 2011

[buku] review - Hantus & spells

dari tajuk kita dah dapat agak...
isi kandungan berkisar tentang alam ghaib...
cerita cerita tentang hantu...
juga jampi serapah...

penulis tidak serius dalam penceritaan beliau...
diselit juga unsur unsur humor...

mudah di fahami walaupun dalam bahasa inggeris...
kerna ia menggunakan bahasa inggeris yang mudah...
kadang diguna bahasa rojak dan pasar...
kalau budak sekolah baca pun boleh faham...

aku setel buku ni dalam 3 hari...
my 1st english book setel...
it just <200pages...

banyak yang dapat di pelajari dari buku ini...
nak pinjam???
kita barter la...
mau???hehehe

14 May 2011

[cerita kontot] abang pernah tengok jin?


*di ceritakan oleh seorang imam (abang halim)

maka pada hari itu di tempat kerja beliau, suraya, sibuklah para cikgu kerna salah seorang pelajar perempuan telah dirasuk. bukan seorang tetapi 4 orang pelajar sekaligus. pelajar pelajar berkenaan meracau racau seperti terlihat akan jembalang yang amat hodoh lagi buruk rupanya. sebagai salah seorang pendidik, beliau secara paksa rela memberi pertolongan kepada para ustaz dan ustazah dalam usaha untuk memulihkan pelajar pelajar berkenaan. 
dan para ustaz secara berterus terusan terkumat kamit mulut membaca ayat ayat untuk menjampi pelajar pelajar tadi. sedang dalam pertarungan antara ustaz dan pelajar yang dirasuk tadi, suraya terasa meremang akan bulu tengkuknya. tiba tiba dia terpandang kelibat suatu susuk tubuh. cuma sekali imbas dan beliau hanya dapat ingat pun sekali imbas juga.

petang itu setelah pulang dari sekolah, suraya bercerita tentang kejadian di sekolah beliau kepada suaminya, hanif."abang pernah tengok jin? tadi kat sekolah ada budak kene rasuk. sayang nampak jin". "iye ke jin? entah entah jon jenin tak?" jawab hanif seorang yang tidak percaya kepada perkara perkara sebegini hanya acuh tak acuh mendengar cerita dari mulut suraya. namun di dengarnya juga kerna hari itu hari kamis. takut juga hanif kerna ditakuti tidak dapat bercucuk tanam di ladang.

malam itu, selepas makan malam bersama, hanif duduk di hadapan tivi untuk menonton wrestling. "dong" "dong" jam dinding dirumahnya berbunyi menandakan sudah jam 12 tengah malam. terkejut hanif dengan bunyi jam dinding itu. tidak beliau sedari yang hari sudah lewat. tiba tiba beliau teringat akan cerita yang dibawa oleh suraya di sekolah siang tadi. rasa berdebar menangkap jantung beliau. rasa seperti nak terkencing mula menyelinap ke bahagian organ reproduksi beliau. "nasib baik ada toilet dalam bilik" getus hati berdebar hanif. 

tanpa berfikir panjang beliau terus bangun daripada pembaringan di atas sofa di ruang tamu ke bilik tidur beliau. semasa membuka pintu bilik tiba tiba beliau rasa bulu roma meremang dan terasa seram sejuk. suhu bilik terasa sangat sejuk tidak seperti di ruang tamu. rasa seperti ingin terkucil semakin hebat. rasa seperti tidak mahu ke toilet namun air sudah di muncung tidak guna di tahan lagi. tatkala membuka pintu toilet hanif terkejut. penampakan susuk bergantungan di suatu sudut. cerita suraya petang tadi rupa rupanya benar. 

sudut yang berpaku itu tidak menampakkan pakunya. terlindung oleh susuk susuk tadi. bau busuk terus menerpa ke dalam hidung beliau. sesak nafas jadinya dengan bau itu. dalam keadaan separuh berani hanif memetik suis lampu. segala keadaan resah gelisah, gundah gulana tadi bertukar dengan senyuman. susuk yang bergantungan di sudut toilet beliau rupanya seluar jeans yang beliau gantung minggu lepas. "bilalah aku nak basuh seluar ni ye. dah berbau." berkata hanif sendirian.

*keh keh keh...jangan marah...
**penambahan pada beberapa bahagian cerita telah dilakukan plot certita lebih menarik

12 May 2011

[hidup] bas ekspress

scene bas ekspress adalah 1 scene yang hot sepanjang tahun...
terutama apabila tiba waktu perayaan...
kalau dekat raya puasa tu...
sebelum puasa orang dah beli tiket...

kat KL ni 3 port paling hot sekarang ni...
untuk scene bas ekspress...
pudu...
putra...
bandar tasik selatan...

scene pudu memang dah ada lama dah...
aku tak tahu la dorang start bile...
yang aku ingat...
kadang hujung minggu...
aku kene pergi sana...
sebab nak hantar atau angkut...
budak utara...

scene pudu ditutup tak berapa lama dulu...
untuk renovation...
dulu aku pergi ulat bersepah...
"bang nak g mane bang???"
soalan yang biasa ditanya...

aku tak suka pudu ni 1 je...
orang ramai gila...
ntah apa dorang buat tunggu bas lama lama ntah...
ejas la time korangkan...
sampai terus naik bas...
kalau dah sampai tu berambus je terus...
tak lah jadi sesak kat situ kan...

aku start scene bas ekspress ni dari kecik lagi...
masa tu ayah bawak balik kampung...
teluk intan...
naik bas anson bernam yang kaler hijau tu...
aku steady je naik bas...
abang aku yang biasenye muntah...

bila dah besar siket...
mase form 3...
aku joint scene pekeliling...
pergi area pahang...
main bola...
camping...
sampai sekarang scene pekeliling masih relevan...
untuk pergi camping belah pahang...

pastu masuk bmi...
aku layan gak scene pudu...
adelah 1-2 kali...
yang aku ingat pergi ikut amin balik kampung...
pastu balik sini...
macam takde keje...

dah lama gak sebenarnya aku tak layan...
scene bas ekspress ni...
4 tahun lebih kot...
aku ingat nak masuk balik scene bas ekspress ni...
tapi...
nak pergi mana ye???
hmmmm...

[part time] review sem1/2010

seperti biasa...
3 subjek...
masih terasa kehilangan seorang sahabat...
2 subjek yang aku pasti akan menjadi favourite kepada beliau...

pembelajaran seperti biasa...
sabtu dan ahad ku di penuhi dengan aktiviti...
memenuhkan lab dan kelas...

sem ni aku telah berjaya...
ponteng 2 kelas...
ke 2-2nya kelas power quality...
yang lain penuh...
dengar kata...
mereka terkejut dengan pemontengan aku...
aku percaya...

subjek robot...
bermula dengan 4 orang ahli...
presentation ber-3...
viva ber-2...
hampir hampir yang exam seorang...
syukur dapat juga aku menyertai si dia...

subjek tekno...
telah berjanji 6 orang untuk penubuhan...
akhirnya tinggal 4...
yang buat kerja cuma 3...
tidak mengapa...

subjek power...
memang power...
lecturer power...
kelas kat lab yang power...
exam pun power...
result belum tentu power...

2 sudah melabuhkan sauh...
1 kerna tidak mampu menangung kos...
tetapi kalau merayu mungkin dapat...
dia yang tidak kuasa...
1 lagi...
aku tidak tahu apa masalah...
katanya kerja yang semakin membebankan...
aku percaya...
semoga kamu ber-2 terus berjaya...
jangan putus persahabatan kita...

ada suka...
ada duka...
cuma 1 hujung minggu untuk berehat...
minggu hadapan daftar semula...
nak kene cari duit la pula...
damn!!!

11 May 2011

[part time] esok exam

tidur dekat rumah keramat...
tidak boleh lena...
sejak abang pergi dulu lagi...

balik malam tadi dari rumah abang halim...
sudah jam 1 pagi...
usha usha apa yang menarik di internet...
jam 2 baru lelap...

lebih kurang 4 pagi terjaga...
minum air sedikit...
lelap semula...
jam 630 pagi terjaga lagi...

kepala terasa berat...
badan rasa lemah...
tidur di rumah keramat...
tidak pernah dapat merasa...
tidur yang solid...

pagi pagi lagi...
sudah ada yang memanggil untuk bercerita...
tentang masalah...

mendengar...
itu sahaja yang mampu untuk di lakukan...
masih menanti jawaban dari pihak...
yang mungkin boleh membantu...
yang mungkin menolong...

lambat sedikit bergerak...
untuk bersarapan pagi bersama seorang kekasih orang...
kekasih orang ye...
aku cuma menumpang kasih...
namun agak terlewat...
beliau sudah mula beredar...

sekarang rasa bagai ingin berbaring...
sambil pegang nota pun boleh juga rasanya...
tapi semalam amin beritahu...
"orang genius mane stadi"...
celaka...
kene juga aku...
hahaha...

10 May 2011

[hnd] klcc

pernah sekali tu...
kami orang ke cyberjaya...
masa tu cyberjaya baru bukak...
so kami orang agak jakun untuk kesana...

pergi pun bukan kerna apa...
cuma untuk bertemu kawan bob...
fawaz...
pasal apa dorang jumpa pun aku tak tahu...
yang penting aku nak ikut...

punch line sebenarnya ketika pulang...
ketika bob merangkul stereng kereta...
beliau seperti tidak ketahuan arah...
sign board juga tidak membantu kami...
kerna tiada di jalan yang kami lalui...

maka aku dengan idea yang spontan...
"cari klcc"...
lalu semua bertanya...
"apesal klcc???"...
aku balas...
"klcc kan bangunan paling tinggi kat dunia...
mesti nampak punya"...
dorang pun...
"betul gak pandir"...

lantas kami pun mencari klcc...
sayup sayup je nampak...
bagai cahaya di hujung terowong...

kami pun terus menerus...
menjadikan klcc sebagai pedoman...
untuk pulang ke gombak...
nyata ia tidak sia sia...

semenjak dari kejadian itu...
bila kami agak agak kurang pasti dengan jalan yang dilalui...
kami akan mencari klcc sebagai pedoman...
walau pun tengah sesat kat kuantan...
celaka...
jadi bahan...

[busut 2] awek amin

sampai sekarang ni...
aku still percaya...
awek yang amin bawak balik tu...
sepupu dia...

celaka...
stail bertunang dengan sepupu sendiri...

[busut 2] awek sebelah rumah

aku nak releasekan benda yang sudah lama menjadi tanda tanya...
semasa tinggal di seri gombak...
adalah seorang awek yang tinggal di sebelah rumah kami...
dia tinggal bersama sama keluarganya...

ada bapak dia...
ada mak dia...
ada adik dia...

bapak dia seorang polis pencen...
pantang aku keluar rumah...
macam macam ditanya...
tapi bukan pasal bapak dia aku nak cerita...

mak dia seorang yang peramah...
selalu juga menegur kami...
kadang menghulur juga...
mi goreng ke...
bihun goreng ke...
apesal cerita mak dia pula ni???

adik dia boy...
seorang yang sangat bizi...
sirius...
motor kalau dia parking adalah dalam 3 minit...
pastu jalan lagi...
parking 3 minit...
hilang...
oi orang tak mau tau pasal boy la...

awek...
ok...
awek ni memang mudah untuk kelihatan...
kerna dia suka tersidai di luar rumah...

bentuk badan dia...
pergh...
kalau dari belakang memang tak pandang ke lain lah...
ala ala pelakon era era p.ramlee la...
pinggang kerengga kata orang...

aku tak ingat siapa yang mulakan...
tapi kami sepakat...
sepakat yang membawa berkat...
sumpah laknat...
blood contract...

kami menggelar beliau mak lampir...
kalau mak lampir tu korang paham paham je la ye...
sure la dia seorang yang...
"cun"..."lawa"..."manis"...
walaupun bentuk badan menggiurkan dari belakang...

*sirius aku pernah mimpi ngeri sekali dulu...

[part time] ulangkaji

dalam masa aku bernafas ni...
antara perkara yang aku tak suka...
ulangkaji pelajaran...

memang dari sekolah rendah lagi...
tabiat tidak suka mengulangkaji pelajaran ini...
telah menular di dalam jiwa aku...

maksud ulangkaji pelajaran di sini ialah...
ulangkaji untuk peperiksaan...

mula mula sekali aku nak beritahu...
aku memang tidak suka peperiksaan...
sebab aku teruk dalam peperiksaan...

bab bab menghafal teori memang aku fail...
namun jika benda itu nyata...
yang boleh di lihat atau di bayangkan...
ia sesuatu yang amat menarik bagi aku...

contohnya semalam...
peperiksaan robotics...
70% daripada soalan ialah teori penghafalan...
lagi 30% ialah pengiraan...

korang semua sudah mengetahui kehebatan aku dalam matematikkan...
tidak perlu di nytakan lagi disini...
(terdapat unsur unsur riak disini...astaghfirullah)

back to story...
aku tidak dapat menjawab dengan cemerlang...
aku cuma tulis apa yang aku ingat sahaja...
nak tiru tasha...
duduk silang meja pula...

sepatutnya...
institusi pembelajaran menitikberatkan tentang perkara ini...
tidak semua pelajar boleh menghafal sebegitu banyak teori...

manusia di lahirkan dengan pelbagai kelebihan juga kekurangan...
untuk pelajar seperti aku...
yang amat mementingkan praktikal daripada teori...
adalah tidak adil 40% markah keseluruhan...
adalah daripada peperiksaan akhir semester...
itu tidak termasuk 20% daripada peperiksaan pertengahan semester...

sistem pembelajaran yang tidak adil ini...
banyak merugikan para pelajar...
seperti aku...
apabila berhadapan dengan dunia pekerjaan...
kerna apa...
kerna pada peringkat awal memasuki alam pekerjaan...
saringan resume akan dibuat...
selalunya kami akan kandas kerna pointer cgpa yang tidak gempak...

contohnya...
exxonmobil mengambil fresh graduate yang pointer 3.5 keatas...
memang mereka pelajar cemerlang...
dean list lagi...

tetapi...
adakah mereka hebat dalam arena pekerjaan???
tidak semestinya...
kerna apa???
kerana mereka orang teori...
mereka akan cuba menegakkan teori yang mereka belajar...

namun begitu...
bagi pelajar pelajar seperti aku...
apabila memasuki alam pekerjaan...
kami adalah pelajar yang sudah biasa dengan praktikal...

tidak sukar untuk kami memahami sesuatu perkara...
kerna kami sudah biasa dengan keadaan begitu...

sebagai contoh...
pernah dalam satu temuduga...
aku ditanya...
sila lukiskan AND gate dan OR gate...
sumpah aku lupa...
hahaha...

jadi untuk meng'cover'kan diri...
aku lontarkan soalan pula kepada beliau...
"bukan aku tak nak lukis tapi...
adakah benda ini akan membantu dalam membuat kerja nanti???
perlukah aku mengetahui jenis gate semasa membuat kerja nnti???"
aku dapat kerja tu...
tapi ku tak pergi...

so my point is...
peperiksaan banyak menyusahkan pelajar dari segi pemarkahan...
kerna street smart is not a book smart...

i rest my case...