Showing posts with label kawen. Show all posts
Showing posts with label kawen. Show all posts

04 December 2011

[kawen] aimy

awek ni dah kawen akhirnya. melepas aku. hehe.

pastinya ramai lelaki di luar sana yang berkongsi perasaan yang sama dengan aku. seorang awek yang lawa, cun, cantik telah terlepas ke tangan lelaki lain. what a lucky guys. walau kami cuma berkenalan sebagai rakan sekelas tetapi aku rasa hubungan aku dengan aimi sangat rapat dan tidak salah kalau aku gelar dia sebagai seorang kakak kepada aku. dia banyak membimbing aku tidak kira dalam urusan pelajaran atau pun hidup. aku sering menghubungi dia untuk mendapatkan nasihat.

Aimy. from the bottom of my heart. hope you and your husband will live happily ever after.

sedikit cebisan daripada majlis persandingan.

suasana dalam dewan


singgahsana yang tersergam indah

kek

memotong kek

pengantin bersama rakan rakan

taca menyain dengan penuh tekun

yah cuma berlakon

best picture of the day

selesai sudah aimy. lepas ni siapa pula??? keh keh keh . . .

02 December 2011

[kawen] amen & bye

minggu lepas aku ke utara tanah air untuk menghadiri majlis persandingan amin bersama pasangan juga bye bersama pasangan. bulan lepas ketika majlis sebelah pihak perempuan yang di adakan di sah alam tidak dapat aku hadiri kerna aku sekolah. oleh itu aku ke perlis. bye punya majlis pula sekali harung. alang alang sudah di sana kami stop by je la. namun jika 24 december ini ada kaki akan ku terjah jua pulau mutiara lagi sekali.

cakap banyak tak guna. ni sedikit gambar yang sempat aku petik. ada juga yang wan petikkan ketika aku sedang melahap di bawa khemah.

banner yang halus 

amin menyeringai...mentang mentang dah dapat

amin & ami

lovely couple...kadang aku jeles gak dengan dorang ni...hehe

bandi with his family

bye...bulu banyak dah cukuq...katanya...

serius...lu orang takkan jumpa amp ni kat KL...sungai kelang mungkin...

aku gerak dari sini dengan asan, ami & abib. dorang pck up aku jam 3 pagi di keramat. sampai rumah amin lebih kurang jam 1.30. ami punya bising. haha. kemudian gerak ke rumah bye. sampai jam 5. orang tengah berkemas baru kami nak sampai. tapi tak mengapa kerna lauk masih ada. 

kepada abang asan (bukan asan gay) saya meminta maaf. ko sombong sangat. mentang mentang dekat boleh nak gerak lambat. ingat kami orang takda kerja lain nak tunggu ko?? haha


09 October 2011

[kahwen] amen nikah

semalam aku sempatlah menyibuk kat masjid. untuk majlis pernikahan amen dengan bini dia. aku sampai lambat sikit sebab biasalah aku naik dengan orang. orang tu ucu. time time orang nak gerak baru nak isi minyak lah...

aku masuk masjid tengok orang dah duduk. ada yang bersila ada yang bersimpuh. orang melayukan penuh dengan tertibnya. aku melangkah masuk dengan konfiden. aku nampak amen dah bersila depan kadi. aku ingat dah setel. rupa rupanya baru mukadimah.

amin bagi aku guna d80. aku tak tau sapa punya. yang penting aku dapat menembak. puas gak lah menggodek sebab tak pernah pegang. hasilnya banyak juga gambar kat kamera tu. kamera aku? ucu pegang. gambar gambar kat bawah ni semua hasil tembakan ucu.



amin tenang selepas 3 kali lelap

awek pengapit yang lawa

pengantin perempuan dengan mas kawen 

pemberian mas kawen

menyarung cincin emas
amin masa kat rumah

kekacakan amin pudar semasa bergambar dengan aku

beberapa perkara yang perlu di ketahui anda semua semasa hari kejadian ini.

1. awek pengapit yang lawa itu rupa rupanya telah dimasuk jarum oleh asan basri sebelum aku dan ucu jumpa. berita dari amen mengatakan bahawa asan telah maju setapak sehingga membawa berjumpa ibu bapa beliau ke rumah awek pengapit yang lawa tersebut. harap kisah silam asan sebagai seorang gay tidak diketahui awek pengapit yang lawa tersebut.

2. masa minum petang di rumah pengantin perempuan kami dihidangkan dengan kuih muih. tetapi yang paling penting mereka juga menghidangkan pulut dan sambal. pada mulanya aku ingat amen yang supply pulut sambal tetapi mengenangkan tiada ayam goreng maka aku amat pasti ia bukan hasil tangan amin. pulut ayam yang amin dengan wan buat dulu memang pergh. cuma tiada market disini.

3. pak imam memang best. dari lepas asar sehingga 630 baru setel. memang legend la dia punya syarahan agama. dari bab orang kawen sampai ko dapat cucu nanti. aku rasa imam tu orang pas sebab ustaz umno mana reti sangat bab bab agama ni. ke laut lebih.

yang pasti seorang lagi rakan aku telah selamat diijabkabulkan. ini bermakna semakin kecillah grup orang bujang. nanti majlis di perlis tinggal aku dengan bob je lah. yang lain diharap kamon lah gerak beramai ramai.

**gambar purely direct from memory card. no editing b'coz i have no medium to do so.

06 October 2011

[kahwen] pre-wed amen & syafiq

hujung minggu ni 2 orang kawan aku akan kawen. sorang kawan sekolah menengah sorang lagi sekolah universiti. mereka ber-2 sama usia dengan aku tapi dah nak kawen. ye la. sudah jodoh mereka.

aku rasa dulu aku ada pernah sebut (sound) kat dorang. pasal nak kawen ni. kalau time aku sekolah memanglah aku tak datang. tapi rasa bersalah juga kalau tak datang kawen dorang ni.

amen kawen buat kali ke-1. harapan la lu nak ke-2 bro. haha. tak silap aku bakal bini dia ni dulu pernah aku jumpa dan pernah lepak sekali. maen kate tu sepupu die. serius sampai hari ni aku percaya tu sepupu die. nasib baik aku tak ejas. haha

masa lepas lepas amen kate awek tu sepupu die aku tengok die bukan maen mesra lagi. manada orang mesra dengan sepupu sampai macam tu. fikir aku. tapi sebagai seorang yang tak suka bersangka buruk maka sebab itulah sampai hari ni aku percaya yang awek tu sepupu die.

tujuan aku tulis ni bukan apa cuma aku dalam dilema sekarang ni. nak pergi ke tak? kita sering di'omok'kan jika tak pergi jemputan kawen orang nanti kita kawen orang tak datang. celaka ape ntah hari tu membe aku yang lain kawen time 1 mei. sanggup aku tak pergi KL metalcamp. pastu kawan kitornag yang lain kawen die tak datang. bukan jauh pun die kat jalan kebun. so teori orang dulu dulu ni memang menipu banyak.

jadi akhir kalam. aku nak kene pergi ke tak? hadoiyai....

19 June 2011

[kahwen] zafwan bertunang

tadi siang aku pergi ke majlis wan dan shima bertunang. tapi aku tak bawa kamera. sorilah takda gambar ye.

beberapa perkara yang telah aku observe semasa disana. antaranya ialah

  1. aku dah lama tak jumpa dengan shima. adalah dalam 3-4 tahun. dia masih macam 1st time jumpa dulu dekat busut 2. still macam ella. hehe sori shima
  2. sekarang trend fashion budak budak urban agak lain macam. pakai seluar ketat tapi londeh. pastu pakai kemeja yang agak besar dan tuck-in.
  3. orang tua pun tidak ketinggalan dalam urbanisasi. pakcik tu sudah tua berumur 64 tahun mengikut apa dia kata(aku terdengar semasa mereka berborak). beliau berborak dalam bahasa penjajah sedang yang membalas sekadar berbahasa ibunda. macam ayam dan itik. yang penting mereka faham.
  4. lagi satu pasal orang tua mereka berborak memang takda sensor. tak kira lah pakai lebai ke tak pakai. habis cerita dalam kain keluar.
yang sedihnya kereta amin kene pecah dan laptop aku hilang. tak mengapalah walau sedih tapi biasalah hukum dunia.

TAHNIAH WAN & SHIMA...nanti korang kawen aku pegi melawati jela...kalau ade duit lebih mungkin aku panjat perlis kot...hahaha

13 June 2011

[kahwen] maell

malam tadi aku dan rakan rakan ke kenduri kawen maell kat kg delek baru. majlis yang simple dibuat pada waktu malam. ramai juga yang hadir. aku datang bersama rakan rakan seperjuangan semasa di sekolah dulu. talib malai zul kerek aidi datang single walaupun masing masing ada pasangan dan kerek dah ada anak pun. syafiq dan muzamel datang bersama pasangan mereka. aku juga dengan pasangan ku cuma dia kena tinggal di tempat letak motor.

lepas ambil nasi minyak nak duduk nampak la pula dugung n wak. tak pasti mereka bersama bini masing masing atau pun sendirian. ramai juga rakan rakan sesekolah yang hadir malam tadi. selain nama yang di sebut sorang pun aku tak kenal. muka tu macam biasa tengok tapi nama haram aku tak tau.

lepas makan sesi amek gamba. tapi disebabkan waktu malam maka tidak banyak gamba yang menjadi. aku salahkan maell dalam hal ni. cuma beberapa yang agak ok telah aku aplot kat fesbuk. kecewa juga aku.

selesai menggila kami pun lepak. mula mula kat depan rumah maell pastu mak maell suruh kami ke depan. dorang cakap malai telah menghalang laluan. ye la orang tak nampak dia kan malam. lepak kat depan kitorang tetap buat hal. gelak macam orang dah masuk syurga.

sedang borak zaini cakap "hidup single la best. senang nak pergi mane"
muzamell menjawab "sampai bila nak tembak dinding?"
kesian muzamell dia tak tau orang dah kapel la banyak menembak dinding sebab ada sorang je tapi tak dapat sedangkan kami orang orang single ni bersepah kami boleh pilih. mana ada kami tembak dinding lagi.
hahaha.

apa pun congratulate to maell & pasangan semoga berkekalan sehingga ke syurga.

untuk tatapan kalian aku bagi jugalah 1 gamba. gamba terbaik malam tadi

12 June 2011

[kahwen] matching

kadang kadang tu time time bosan aku suruh jugalah mana mana kawan aku kenalkan kat aku sorang 2 awek. biasanya time tu aku tengah cuba mengayat member aku tu sendiri(perempuan). atau tengah memaki mereka(lelaki). dan ada di kalangan kawan aku yang bermurah hati take care bersimpati paling ramai. dengan mudah mereka pun share la kawan kawan mereka yang cuba di jodohkan dengan aku. sharing is caring.

ada yang aku add kat fesbuk ada yang aku add kat frenster ada yang add ym. kejadian meng'add' awek awek kat laman sosial ni bukanlah aku sorang yang buat. aku tahu ramai lagi lelaki durjana yang kegersangan turut bersama satu line dengan aku. mula dulu aku untuk stalking kegiatan tak bermoral awek awek. namun aku kecewa kerna tak ramai awek yang mendedahkan kegiatan jahat di laman sosial.

back to the point. dalam perkiraan aku adalah berpuluh juga awek awek yang cuba dijaja oleh kawan kawan mereka sendiri. ada yang aku cuba tapi mostly aku cuma 'hai' dan tanya khabar sahaja. ayat lebih lebih aku tak reti + tak berani. WHAT!! ucop tak berani ayat awek? kalau pukul orang aku berani nak ayat ayat ni memang agak janggal perlakuan tersebut.

kadang akuu bersyukur juga tak mengayat awek awek jajaan kawan kawan aku tu. sebabnya ramai di kalangan mereka aku tengok ada yang dah kawen ada yang dah bertunang. bukan apa risau juga kalau kalau dikalangan awek yang aku ayat tu tiba tiba ajak kawen. dalam masa yang singkat pula tu.

ini kerja gila. aku mana ada duit.

04 June 2011

[hidup] review hari ini

pagi pergi tengok baris kat dataran...
satu gambar pun aku tak tembak...
hampa...

pergi tukar rantai + sprocket...
kene beratus...
koyak...

tengahari ke cheras...
gadis bertunang...
melepas...

petang nak tonton x-men...
tiket habis...
kecewa...

malam ini...
baru bermula...
melukis peta...

sigh~~

[kahwen] bucuk bertunang



bucuk yang di sebut bukanlah adik aku yang bucuk bernama aiman itu. tetapi rakan sekelas yang juga aku panggil bucuk. kenapa aku panggil dia bucuk? sebenarnya dia taklah busuk pun malah dia sentiasa berbau harum ketika kami bersua. aku pun tiada sebab yang munasabah untuk diberikan cuma aku rasa itu panggilan yang mesra buat dia dari aku.

lelaki malang yang bertunang dengan bucuk tidak pula aku sempat berkenalan. aku sampai pun dah lewat tatkala orang sedang bersiap untuk pulang. makan pun time orang tengah kemas. yang pasti nama beliau razi. jambu gak mamat tu tadi aku tengok. kalau di bandingkan dengan aku sudah tentu aku ini macho orangnya. tapi apakan daya bucuk suka yang jambu. hehehe

ini je gambar yang aku sempat tembak. ada ke patut taca & yah kata aku kecewa bucuk bertunang. segala yang dalam email itu cuma satu gurauan. nak test market kata orang.



dimulakan dengan hantaran dari pihak perempuan kepada lelaki


 


hantaran dari pihak lelaki kepada perempuan
 




sesi bersama tunangan orang
gadis gadis yang datang amek berkat atas pelamin

gadis gadis amek berkat sebelum balik

yana bersama bucuk

taca bersama bucuk(sori gambar dari tepi je yang ada)

yan dan bucuk

bucuk dan aku kiut...keh keh keh


25 May 2011

[jiwa jiwa luka] couple

sekarang aku seorang...
single...
solo...
lone ranger...

rasa macam nak couple...
duet...
berpacaran...
double trouble...

aku tau ko baca blog ni...
jom kita kapel???

AKU SERIUS!!!

24 May 2011

[jiwa jiwa luka] masa berubah

aku rindukan...
masa masa gembira...
kita semua bersama...
seperti dulu...

i really do...

[kahwen] comel

minggu bile ntah...
aku pergi majlis kahwin comel...
name sebenar beliau ialah...
faizul azhar...
mane datang comel ntah...
tak comel pun orangnya...
keh keh keh...

aku gerak dengan malai dan fairuz...
disana terjumpa pula...
rusdi...
wak...
amang...
zaini...
hafis...
mail & isteri...
mahani & laki...
mamat & linda...

hari hujan...
aku salahkan karaoke punya orang...
lagu tak best...
penyanyi hampeh...
nyanyi lagu tobat maksiat kumpulan indon...
woi...orang kenduri kawen la bukan funeral...

sedutan dari majlis tersebut...



sebenar tadi aku dah edit 2-3 gambar lagi...
tapi aku tak save lagi...
laptop hang...
so aku sudah malas...
ini je la nampaknye...
hahaah

22 May 2011

[hnd] wa kene beb 2

ini kali sebuah prank yang agak panjang...
juga melibatkan orang luar...

masa ni kami orang sudah tinggal di busut 2...
amir tinggal bersama keluarga beliau di kelana jaya...
yus sudah bekerjaya di stesyen tv yang lagho itu...

maka merancanglah kami untuk ke baling...
rumah hasan...
dan kami khabarkan kepada mereka ber-2 bahwa...
hasan yang akan berkahwin...
riang gembiralah hati mereka ber-2 mendengan perkhabaran tersebut...
lagi lagi ia disampaikan oleh seorang yang amat dipercayai...
ahmad botak...

setelah berkumpul pada malam itu...
malam merdeka rasanya...
kami pun memulakan perjalanan dalam jam 2 pagi...
celaka mus boleh layan bunga api kat dataran dengan ain...
bersama kami ialah husin...
beliau juga menjadi mangsa persepakatan kami...

sampai di masjid rumah hasan...
(rumah hasan belakang masjid)...
kira kira jam 9 pagi...
kami orang pergi mencekik di kedai mamak di pekan baling...
lepas tu pusing pusing sebentar...

kira kira jam 12-1...
kami pun bertandang ke rumah hasan...
hasan menyambut kami dari dapur...
dengan pakaian biasa...
t-shirt dan jeans sahaja...
yus dan amir berpandangan sesama sendiri...
mungkin memang budaya orang disini fikir mereka...

lalu kami beramai ramai mengecohkan suasana...
WA KENE BEB! LU KENE BEB!
orang kampung memang tak faham...
sebenarnya...
bukan hasan yang kahwin...
tetapi kakak beliau...
keh keh keh...

lantaran kejadian tersebut...
berbuku dihati yus...
hasan kahwin yang sebenar...
beliau tidak pergi...
alasan : kerja...
namun kami tahu...
beliau agak berkecil hati...
hahaha

09 May 2011

[kawan kawan] poligami

segelintir kawan kawan...
baru kahwin setahun...
ada yang anak seorang...
ada yang belum mengandung pun lagi...

dekat luar...
dah pasang awek...
bila bini tak ikot lepak...
aku bujang la beb...

cerita bukan main gah lagi...
"ni baru 1...tak lama lagi adalah no 2"...
"aku direct cakap kat bini aku...abang nak kahwin lagi 1"...
"bini aku bukan berani nak melawan pun"...

realitinya...
kerja pun macam tak stabil lagi...
kerja...berhenti...kerja...berhenti...
income bini lagi lebat dari dia...

sebenarnya...
"macam mana ni...kantoi pula dengan bini aku"...
"bini aku dah bising bising lah pula"...
"siapa tak sayang bini oi!"...

dengarnye...
dah bagi tau aku dah kahwin...
tapi...
korang bagi tau tak bini korang ade awek???

ade seorang senior...
anak dah sekolah menengah...
"bukan tak pernah terfikir...
yang 1 ni pun sudah tidak terjaga"...

mereka masih hijau...
baru merasa...
yang sudah biasa...
aku tengok steady je...

aku???
yang 1 ni pun belum confirm...
hahaha

07 May 2011

[hidup] bahan

pergi kenduri member sekolah kahwin...
kene bahan dengan kenalan lama...

tak jadi pergi tengok maharaja lawak...
pun...
kene bahan dengan taca & fid...

30 April 2011

[hidup] hujung minggu yang membosankan

minggu ini tiada kelas...
kerna ia minggu belajar(study week)...
bagi pelajar pelajar...yeay!!!

sebenarnya aku telah merancang untuk bebereapa aktiviti...
1. pergi book fair...

  • membeli buku
  • nak jumpa penulis penulis buku  minta tandatangan
2. lepak rumah asan pada malam minggu

  • nak main main dengan anak asan
  • asan nak cari kerja dia suruh aku bawak laptop
3. KL metalcamp

  • acara tahunan yang mesti dihadiri
  • kali ini ada karl n sofea
namun begitu...
takdir untuk aku merilis tension agak pudar...
aku DEMAM...

satu pun dari aktiviti diatas mungkin tidak dapat dipenuhi...
melainkan asan yang tiba tiba nak balik jengka...
aku baru nak memanfaatkan hujung minggu tanpa kelas...

tapi ada back-up...
aku mungkin pergi dett kahwin kot...
tapi macam malas pun ada...
mesti mereka membahan aku lagi kali ni...
celaka...

10 March 2011

26. perkahwinan achong

ok...
achong tidak semestinya seorang lelaki berbangsa cina...
ada 3 orang achong yang melayu...
1. penyanyi sweetchild yg kini pelakon lawak...
2. roomate aku mase 2nd sem kat BMI dulu...
saing kawe ni ore klate...dok tahu iduk lagi ko dah out...
hahaha...
3. klassmate aku sekarang...
beliau menjadi topik kita kali ini...

pada 6hb mac 2011...
kawan aku yang seorang ni melangsungkan majlis persandingan di rumah beliau...
di seremban...
maka setelah dicanang seluruh inderapura...
pergilah kami ber-8 dari kota metropolitan...

apa yang hendak ditulis ini...
tiada idea...
korang tengok gambar je lah ye...
enjoy...

tatkala berhenti sarapan...


kek...nyum..nyummm


ape bende ni???aku xingat name nye...


fid dengan aksi manja di hadapan kamera...


sedang mengumpat dengan makcik2...


ada juga cina yang nak buat adat melayu...


makan xberadab...(achong je)...


asyik melaram dihadapan kamera sendiri...


merenung masa depan....


cukop2lah cha....


gadis2 bergambar bersama pengantin...


hapis yang masih dalam mood berbulanmadu....
"welcome to da club" kata beliau kepada achong...

darwish & papa...

ok...gambar memang xedit...
gila malas aku ni...
masa pergi beli hadiah untuk achong...
taca menitiskan air mata...
sirius...
tak percaya tanya yah...