Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

18 September 2011

[makan] tengah malam

semenjak kebelakangan ni aku ada juga mula bersenam. berjogging di tasik taman keramat biasanya di pagi dan malam hari. niat aku tidak pernah menyimpang dari untuk menjadi sihat. biasanya orang akan pandang serong dengan perlakuan aku untuk berjogging. meng'usha' awek kata mereka. sedang aku cuma mencuci mata sahaja.

aku mula berjogging ni pun bukan dah lama, baru lagi lepas raya. ye lah dah macam macam di sumbat. dengan makanan berlemak dan air yang manis, kandungan kolesterol dan gula dalam darah perlulah dikawal.


namun begitu setiap kali selepas aku keluar berjogging satu halangan terbesar dalam hidup aku akan menjelma. MAKAN! aku sering kali kalah dengan makanan.


selepas aku penat berjogging 5-6 round pusing tasik yang kecil itu. aku mula mencari sesuatu untuk di isi kedalam rongga perut. juga ada yang sudi meneman. nasib baik mereka jenis mencari makan seperti aku juga. dan malam tadi sekali lagi. nasi lemak kecik kat kg baru menjadi habuan terbaru. masa? jam 1 pagi. dengan ayam goreng sebagai lauk utama.

setelah di fikirkan kembali...agak agaknya... bilalah badan aku nak jadi cantik macam flanker all black???

29 July 2011

[makan] mi udang kuala sepetang

aku sampai sana petang. dah maghrib dah sebenarnya. tapi aku tak berhenti solat kat masjid sebab aku takda mood nak mandi lagi.

ada jugalah 3-4 buah kedai yang jual mi udang kat kuala sepetang ni. yang paling grand tutup pula lalu aku memilih yang banyak sign board masa on the way tadi.

kedai yang aku singgah ni memang bercirikan kedai kampung. takda ak dekored apa. yang pasti ada layar besar macam kat mapley. pastu kedai ni tak bestnye sebab nyamuk ramai. dah macam pesta nyamuk.

datang je mi atas meja aku lupa pesta nyamuk tadi. dengan keadaan udang yang berenang renang membuat aku hilang akal. ada 9 ekor aku kira. besar besar. kalau kat pasar yang harga 32 hengget punya. kepakaran aku mengopek udang guna sudu dan garfu tak boleh dipraktikkan kerna tak prektikal. aku kene guna tangan juga.

udang yang 9 ekor ni memang sedap, manis. tapi kuah udang dia rasa sos je. aku saspek dia tak masukkan udang masa goreng mi. yang pasti aku puas hati walaupun harga dia 12 hengget sepinggan.

gambar? klik kat sini ----------->>> mi udang

[sesuap nasi] R&R

masa dalam perjalanan pulang daripada bekerja di taiping, aku berhenti kat kawasan rehat dan rawat tapah. rehat sebentar juga untuk menunaikan apa yang wajib. kemudian aku ke arah kawasan kedai makan. mencari makanlah. lapar pula lepas terhentak hentak ketika memandu.

masa nak makan kat meja depan aku adalah 2 orang gadis duduk untuknjamah makanan juga. aku saspek sorang tu pengkid. yang pasti rambut mereka unik. sebelah kaler hitam sebelah perang. lawa juga, tapi kalau aku buat dah tentu tak boleh masuk rumah.

apa yang aku respek kat dorang ni ialah dorang baca doa makan sebelum mula makan. siap tadah tangan 2-2. sepengkid pengkid dorang pun baca doa sebelum makan. aku baca bismillah je.

22 July 2011

[sesuap nasi] kilang

korang pernah masuk kilang memproses makanan tak? sebagai pekerja yang kerjanya mengerjakan timbang, agak banyak kilang memproses makanan yang telah aku terjah. ada kilang tepung, kilang gula, kilang makanan segera, kilang coklat juga kilang telur dan kilang ais. banyak lagi sebenarnya kilang memproses makanan yang aku masuk.

korang tau tak apa terjadi semasa operasi pemprosesan berlaku? secara jujurnya kalau korang jenis lembut hati macam ucu atau penggeli macam apit, pasti lepas ni korang masak makan kat rumah je.

percayalah...

27 June 2011

[askar] makan durian

askar dan orang asli adalah sinonim. aku masih teringat semasa di dalam hutan beberapa tahun dahulu. ketika itu sedang membelasah budak rekrut untuk latihan medan.

datanglah beberapa orang asli dari kawasan sekitar memberi buah durian kepada kami. maka makan lah kami dengan sopan santun kerna masa tu ada sarjan saliham. sarjan saliham garang + tak siuman.

kami pun mengopek durian pemberian orang asli. tapi adalah seorang pegawai. nak kata bodoh memang bodoh. nak kata bengap lebih tepat mungkin.

beliau tidak mengopek durian tersebut sebaliknya membelah seperti belah kelapa untuk makan isi di dalamnya. terbelah 2 lah durian tersebut.

sarjan saliham di sebelah aku. "BONGOK". 1 perkataan.

[hidup] tag nama

tadi makan tengahari dengan asan. dia belanja. aku takda duit.

meja sebelah ada awek sebarang dua. kerja kilang amerika yang ada di ulu klang ni. lawa awek tu. memang rasa macam nak rasa lah. rasa nak ngorat. nampak plak tag nama yang dia pakai sangkut di leher dengan tali panjang.

aku cuba usha juga nama supaya senang nak skip 2 -3 step. apa nama dia? aku tak nampak. yang nampak jelas cuma nama abah dia. nama empunya diri punya halus dia tulis.

melepas....

20 June 2011

[makan] megi

megi bukan kegemaran aku. kalau terdesak atau malas nak pegi kedai barulah ia menjadi option untuk aku. 

scene megi adalah scene yang paling best buat budak budak asrama. tak kiralah kepada yang bersekolah menengah atau di universiti. aku ingat lagi adik aku masa duduk kat asrama kg pandan. sekali beli megi macam nak buat kenduri. masa aku mula masuk bmi pun lebih kurang jugak. aku beli 4 bundle megi. disebabkan aku kurang into scene megi maka megi aku bertahan sehingga 4 bulan tu pun pasal budak budak dapat tahu aku ada simpan megi. bilik aku dah tentu bukan port.

masuk sem 2 sem 3 aku mula into scene megi ni. itu pun pasal beso yang pengaruh. scene megi pada beso adalah scene yang wajib. dia kalau sekali beli macam dah taknak makan benda lain. ada sekali tu dia beli 1 kotak. memang dewa megi lah beso ni. disebabkan kitorang ni jahat maka megi beso selalu menjadi mangsa. dia letak megi dalam almari. bukan megi saja. macam macam makanan lagilah. coklat ada. biskut ada. kami orang panggil almari beso sebagai peti ais.

lepas kene ceroboh beso tak tau pun sebab kuantiti yang ada dalam peti ais tu sangat banyak. tapi sekali dia tau amek kau dia punya muncung. pagi sampai esok pagi. kami orang pedulik apa kan. orang yang biasa menceroboh ialah boboi dan zaim. aku tak menceroboh. kalau aku nak aku mintak je. beso mana berani dengan aku. hahaha

lepas habis hnd aku kerja la pulak. scene megi langsung takda dalam diari aku. sampai lah tadi. sebab kedai makan kat bawah rumah ni tutup aku terpaksa beli megi. 

aku ingat lagi last aku beli megi tomyam harga dia 60sen. aku tak ingat bile. tadi aku beli sebungkus harganya singgit. sejak bila scene megi jadi kapitalis ni??

06 June 2011

[kawan kawan] bicara ilmiah

pada mulanya kami bercadang untuk bersua untuk melepas rindu pada kenalan yang tidak kerap berjumpa. walau tinggal 1 kampung namun untuk berjumpa amat payah sekali. seorang menuntut di penang, seorang di tanjung malim, 2 lagi disini tapi lebih kepada membuat aktiviti ekonomi masing masing.

seperti biasa perbincangan berkisar tentang khabar dan aktiviti terbaru. yang di penang baru sahaja tamat degree dan sedang menganggur. menjual takaful sementara mendapat kerja tetap. yang di tanjung malim sedang membuat phd dalam bidang bahasa. baru tahun pertama. lagi 2 tahun baru habis kata beliau. seorang disini tetap dengan kedai runcit beliau di shah alam dan dalam usaha membesarkan perniagaan. seorang lagi bekerja sebagai profesional dalam bidang beliau dan sedang melanjutkan degree secara sambilan. pertengahan tahun hadapan tamat katanya.

berbual tentang bola sepak, tentang filem tentang apa sahaja yang terlintas di fikiran. yang penang membuka cerita tentang takaful yang sedang diusahakan sekarang. aku yang sedang berjinak dalam bidang ini juga cuba mencerna seberapa banyak informasi untuk di kongsi bersama. yang lagi 2 cuma mendengar cuma kadang menyampuk untuk mengetahui lebih mendalam.

jam 1 pagi hujan turun dengan lebatnya. belum sempat berlari ke arah motorsikal terpaksa duduk semula. maka yang penang dan bakal phd bertanya pada aku tentang politik. apa akan terjadi jika pr menguasai negara? tidakkah akn muflis? jawaban aku cuma 1. buku jingga.


bertitik tolak dari point ini kami mula berdebat secara ilmiah. aku cuba mempertahankan kerajaan pakatan rakyat manakala bakal phd cuba mematahkan hujah hujah aku walau beliau seperti tidak menyokong kerajaan. kami berbicara tentang ketuanan melayu tentang anwar tentang kepimpinan tentang penyatuan umno-pas tentangpolitik yang pastinya.

aku bukanlah seorang pendebat sebenarnya namun aku berhujah mengikut pengetahuan aku dari pembacaan. secara terbuka aku menyatakan aku tidak mampu untuk berlwan cakap dengan beliau. bukan kerna beliau seorang bakal phd tapi mungkin kerna pengetahuan aku yang tidak menjangkaui pengetahuan beliau juga kerna beliau sungguh petah berkata kata. aku sangat beruntung kerna punyai seorang rakan begini. me salute you.

jam 315 baru hujan mulai reda. diharap ada bahagian kedua untuk sesi bicara ilmiah bersama bakal phd.

04 June 2011

[hidup] review hari ini

pagi pergi tengok baris kat dataran...
satu gambar pun aku tak tembak...
hampa...

pergi tukar rantai + sprocket...
kene beratus...
koyak...

tengahari ke cheras...
gadis bertunang...
melepas...

petang nak tonton x-men...
tiket habis...
kecewa...

malam ini...
baru bermula...
melukis peta...

sigh~~

28 May 2011

[jiwa jiwa luka] lelaki dan perasaan

pernah satu malam aku dan salah seorang teman wanita sedang makan sup meletup di bandar tasik permaisuri. kedai ini menyiarkan radio suria fm sebagai halwa telinnga para pelanggan. ketika itu jam 1130 malam. pada waktu begini segmen suria cinta sedang rancak berkumandang.

kemudian kedengaran deejay bertugas membaca satu luahan hati pendengar yang mengirimkan surat/sms/email. sebab ia agak panjang was was juga aku kalau katakan ianya sms kan. biasalah luahan perasaan mestilah ayat ayat jiwang yang berbunga bunga yang keluar. memang jiwanglah macam tulisan jiwa jiwa luka aku. hahaha

kemudian teman wanita yang bersama aku pun bersuara memperkatakan tentang lenggok bahasa yang digunakan lelaki tersebut. "gila lah ayat, jiwang gila, jiwang karat, geli aku". tatkala itu aku cuma tersenyum tanpa sebarang response.

dalam perjalanan ke kolej pagi itu aku terfikir semula tentang kata kata teman wanita aku malam tadi. kemudian aku membuat kesimpulan bahawa;

  1. adakah beliau ingat lelaki ini tiada perasaan?
  2. adakah beliau fikir yang lelaki ini robot?
  3. adakah beliau rasa lelaki hanya tahu memainkan perasaan wanita?
  4. lelaki = ganas ?
tidak terfikirkah oleh beliau dari mana datangnya ayat ayat puitis yang sering memuji wanita? dari mana datang karya cinta agung seperti romeo & juliet dan qaish & laila? penulis penulis jiwang yang hebat adalah lelaki? lagu lagu yang sering berkumandang di corong corong radio kebanyakan adalah dari lelaki?
shakespear, ahadiat akasha, m.nasir, eddie hamid. mereka semua lelaki.

maka adakah salah bagi seorang lelaki meluahkan perasaan yang terbuku di hati mereka untuk di tujukan kepada yang tersayang. percayalah bahawa lelaki juga punya perasaan seperti wanita. ia juga bisa di lukai.

27 May 2011

[hidup] aktivity semasa

1. nak cari tempat makan dan siapkan cerita sebelum 31 may untuk pertandingan selangorlicious.

2. mencari quote quote yang menari dari lagu untuk kedamaian

3. kerja kat lafarge baru start dan aku tak join untuk esok sebab kene sekolah

4. kene kumpul duit untuk bayar ke kolej 

5. buku di rumah sudah khatam. nak cari bahan baru yang murah.

6. masih belum berjaya memikat hati si dara. apa aku nak buat? aku bukan seorang yang ada pengalaman.


25 May 2011

[hnd] kobrima

kobrima ialah singkatan kepada...
koperasi british malaysia...
ok nama sahaja sudah cukup mengambarkan bahawa...
mereka adalah golongan kapitalis...

kapitalis adalah suatu golongan yang cuba memeras...
menyembelih...
menindas...
rakyat marhaen...
persaingan akan mengurangkan keuntungan...
maka pesaing perlu di hapus...

cukup intro...
dulu che wan bukak lah kedai...
jual barang barang makan...
sama macam kobrima ni...
tapi tutup lewat...
kadang sampai jam 1 pagi...
kobrima cuma jam 11malam...
lagi pula...barang yang dijual oleh che wan lebih murah harganya...
walaupun 10sen namun ia sungguh berharga kepada pembeli bergelar pelajar...

disebabkan persaingan...
maka dengan kuasa yang ada...
tuan pengarah kobrima telah menghapuskan kedai che wan...
alasan:

  1. beroperasi lebih masa...
  2. menggugat koperasi yang telah lama berkhidmat kepada masyarakat...
  3. tiada kedai yang spesifik...main pacak je...menyakitkan pemandangan...
maka dengan rasminya kedai che wan ditutup...
selapas beroperasi selama beberapa bulan...
dengan jayanya...

kami dari golongan "wing jahat"...
cuba membantu che wan...
bukan untuk mempertahankan...
tetapi lebih kepada mengkhianati kobrima...

apa yang dapat dengan wang 20 sen???
teka...teka...teka...
tooooooooot!!!!
masa sudah tamat...
jawabannya ialah...

  1. choki choki
  2. biskut
  3. roti
  4. mayonis tuna dalam tin
  5. air oren
lokasi makan...
kerusi taman yang cuma 5 kai daripada pintu kobrima...
keh keh keh...
agak kerap kami melakukan kejahatan begini...
namun mereka tetap teguh bertahan...
dasar kapitalis betullah...

tapi dengar mereka sudah tidak menjual barang makanan lagi...
cuma banyak stationary dan khidmat fotokopi...
makan makan dia orang dah tender dekat beso...
hahaha...
makin beso la beso...

beso pun antara kapitalis yang kejam pernah aku jumpa...
hahaha

24 May 2011

[jiwa jiwa luka] masa berubah

aku rindukan...
masa masa gembira...
kita semua bersama...
seperti dulu...

i really do...

[kahwen] comel

minggu bile ntah...
aku pergi majlis kahwin comel...
name sebenar beliau ialah...
faizul azhar...
mane datang comel ntah...
tak comel pun orangnya...
keh keh keh...

aku gerak dengan malai dan fairuz...
disana terjumpa pula...
rusdi...
wak...
amang...
zaini...
hafis...
mail & isteri...
mahani & laki...
mamat & linda...

hari hujan...
aku salahkan karaoke punya orang...
lagu tak best...
penyanyi hampeh...
nyanyi lagu tobat maksiat kumpulan indon...
woi...orang kenduri kawen la bukan funeral...

sedutan dari majlis tersebut...



sebenar tadi aku dah edit 2-3 gambar lagi...
tapi aku tak save lagi...
laptop hang...
so aku sudah malas...
ini je la nampaknye...
hahaah

18 May 2011

[hidup] dosa

tadi makan tengahari...
di sebuah kedai...
di bulatan berkeley...

maka duduklah aku dan bondes di sebuah meja...
disebelah kami...
sekumpulan anggota JPJ...
baru balik buat sekatan jalan raya...
rasanya...
kerna penuh kon didalam pajero mereka...

oleh kerna tiada masalah pendengaran...
maka terdengarlah oleh aku dan bondes akan perbualan mereka...
bukanlah mencuri dengar...
tetapi suara mereka memang jelas kedengaran...
kerna hanya sebelah meja sahaja...

yang menjadi tajuk perbualan mereka ialah...
dosa...
pelik mendengar anggota JPJ bercakap tentang dosa...
lebih pelik...
mereka bercakap tentang dosa tidak memberi sama rata...
hasil sekatan jalan mereka...
(rasuah)...

tidaklah aku tahu jika ada polisi terbaru...
JPJ pungut saman on the spot...
tetapi itulah yang aku dengar...
salah seorang daripada mereka...
begitu bersungguh sungguh mempertahankan...
duit itu perlu di beri sama rata...
jika tidak berdosa...

adakah mempertahankan dosa dengan dosa???
bodoh punya melayu...

06 May 2011

[buku] target 2

blook ni masih belum disambar...
cilakak...

kene serang gerai beger rokes ni...

28 April 2011

[hidup] kerja

minggu ni...
oompa loompa...
tiada job...
nganga...
apa nak makan ni...

*tengah kira duit syiling...

25 April 2011

[takde kerja] malam minggu

semalam aku keluar...
setelah sekian lama tidak membuat aktiviti tidak sihat...
kali ini sirius tidak sihat...

sepatutnya pagi ahad aku kene submit report robot...
maka disebelah malamnya itu...
berfikiran aku untuk menyiapkan tugasan yang diberi...

setelah lama berfikir...
setelah lama bertafakur...
setelah lama termenung...
idea untuk menyiapkan tugasan masih tidak muncul...

dalam keadaan bosan aku menegur seorang gadis di alam maya...
bercerita dan bercinta tentang dunia...
tatkala jam menunjukkan waktunya 12 tengah malam...
maka berjanji kami untuk sehidup semati...ok bukan...
berjanji untuk keluar minum sebenarnya...

sambil ditemani seorang rakan...
kami ke hulu langat...
fikiran ku untuk menjamah tubuh gadis tersebut...ok bukan lagi...
menjamah sup kambing...

setelah menempuh 2 sekatan jalan raya...
sampai kami di kedai sekitar jam 1230...
chelsea sedang bertarung dengan bayang bayang sendiri...
kami duduk dan memesan makanan...

terlupa aku untuk memberitahu mereka...
makanan dikedai tersebut cuma sup kambing sahaja yang sedap...
kerna terlambat maka mereka sudah memesan makanan yang lain...
aku masih setia untuk melahap kaki kambing...

aku sebenarnya dalam usaha membina semula bentuk badan unggul...
sup kambing jam 1 pagi nyata telah memusnahkan impian aku...

perut pun sudah santak dengan makanan...
kami beredar...
aku sengaja cuba berlegar di tengah bandar kuala lumpur...
niat cuma mahu mencari sekatan jalan raya...
tidak menghampakan...
3 sekatan jalan raya berjaya di temui...
namun tidak 1 pun yang bertanya khabar pada kami...
ape kes buat sekatan jalan raya pun aku tidak faham...

jam 3 pagi tiba di rumah...
pergh...
sebentar lagi jam 930 perlu berada di dalam bilik darjah...
tugasan robot maih tertangguh...

aku memilih untuk memainkan lagu yang ada di senarai putar(gugel translate)...
sedang enak dibuai lagu FTG...
keluar lagu anuar zain...
secara spontan bibirku berbicara...
CELAKA...mana datang lagu lelaki metroseksual ni???
akibatnya...
hampir  jam 5 aku baru terlelap...
layan lagu lelaki metroseksual punya pasal la ni...

22 April 2011

[makan] mcD

sedap...
kalau ditemani 2 gadis...

macam makan sampah...
kalau makan sorang sorang...

so...
pilih lah sendiri...

13 April 2011

[jiwa jiwa luka] udang

aku memang suka gila makan udang...
pantang jumpa udanglah...
kat pasar ke...
kat kedai makan ke...

mak selalu marah...
kalau masa goreng mee...
aku suka ratah udang...
"nanti orang nak makan apa??"

rupa-rupanya...
dia juga minat udang...

kita serasikan...
hahaha