aku terbaca disebuah blog yang agak aku minati(suka sangat sebenarnya). dimana pengarangnya menggunakan 10 patah perkataan untuk meluahkan isi hati, perkara terjadi di sekeliling dan sebagainya. 10 perkataan sahaja.
mengambil inspirasi dari hasil tulis beliau aku akan memulakan 'serangkap'. ia boleh jadi pantun atau puisi. yang pasti aku akan hanya menulis satu rangkap sahaja. ok bm korang dapat 6 ye. satu rangkap atau dalam bahasa mudahnya 4 baris. aku tulis dalam 4 baris sahaja.
dengan 4 baris sahaja aku harap aku dapat meng'update'kan blog ini dengan lebih kerap.haha
aku mulakan dengan pantun paling terkenal dalam alam bani melayu...
Showing posts with label menulis. Show all posts

24 March 2012
16 October 2011
[menulis] pertandingan
suatu hari kenalan phd telah mesej aku.
phd : salam usop. minat berkarya? ada pertandingan cerpen putrajaya. untuk maklumat layari www.ppj.gov.my
*lebih kurang lah mesej dia. tapi maksud dia sama.
maka sedari hari itu aku sedang berusaha untuk menyiapkan sebuah cerpen yang bertajuk "putrajaya di hatiku".
setakat ini aku baru siapkan 1700++ patah perkataan dalam muka surat. apa crita selasa tarikh tutup penyertaan tapi idea takda.
semasa di perpustakaan minggu lepas aku telah membuka laman sesawang (pergh ayat sekema) pnm.gov. web page library la. aku terjumpa pula satu pertandingan menulis esei. kalau korang rajin bolehlah tulis. tajuknya
”Tun Dr. Mahathir : Ikon Membaca Kebangsaan Penggerak Kemajuan Negara Bangsa” korang tulis dalam 1000-1500 perkataan je.
dahagakan maklumat? korang pergi la kat page pnm.gov tu...

15 October 2011
[menulis] 4
"kalau orang bagi kau rm10 juta dan suruh habis kan dalam masa 2 hari, kau nak buat apa?" jawab fauzi dengan nada mengeluh. apa lagi yang mampu dilakukan selain mengeluh. wang sebanyak itu tidak mungkin dapat dihabiskan dalam masa yang sebegitu singkat. bersyarat pula. tidak boleh diberi kepada orang seperti menderma. mesti dibelanjakan dengan material yang tampak.
"gila kau. mana datang rm10 juta beb? kau kene nombor ke? kau rompak bank?" pertanyaan azman bertalu talu untuk mendapat penjelasan yang lebih jelas. terasa excited beliau dengan wang yang sebanyak itu. "kau bagi je kat aku sikit tahu la aku apa aku nak buat." sambung azman.
"itulah masalahnya. aku tak boleh bagi orang. aku kene belanja. jika tidak aku tak dapat lagi rm750 juta." jelas fauzi yang sedari tadi dahinya berkerut memikirkan masalah yang sedang menimpa dirinya ini. dulu masa takda duit banyak masalah sekarang duit dah banyak pun masalah. tak tahu mana nak di salurkan.
azman yang sememangnya excited dengan kata kata fauzi tentang wang rm10 juta itu tanpa disedari telah duduk bersebelahan sambil ditangan beliau sudah tersedia pen dan kertas. "haa. ni pen dengan kertas. kita nak berbelanja ni kene ada perancangan tak boleh main tabur je. rugi nanti. walaupun rm10 juta tu tak sikit tapi membazirkan amalan syaitan. kita kena berimat cermat."
**ide...idea

12 October 2011
[menulis] 3
"awak akan menjadi pewaris tunggal harta peninggalan tuan zaid" kata lelaki yang lagaknya seperti seorang peguam. fauzi yang masih dalam keadaan kaget dan tidak mengerti akan apa yang sedang terjadi cuba memahami situasi yang sedang berlaku dihadapannya.
"seluruh harta tuan zaid yang berjumlah rm750 juta akan menjadi milik awak sekiranya anda patuh kepada wasiat yang ditinggalkan. anda perlu melunaskan syarat syarat yang telah dekemukakan tadi dan kemudian harta itu akan berpindah milik kepada awak." sambung si peguam dengan kot dan memakai rambut palsu peguam sambil memegang sehelai kertas ditangan.

**********
sambil membelek belek sehelai kertas di tangan, fauzi termenung mengenangkan kisah yang bakal terjadi kepada dirinya. tak disangka beliau akan mewarisi sebuah empayar yang amat di segani di tanah air. namun bagaimana mungkin dia melunaskan segala syarat yang telah di tetapkan itu? teramat sukar dan canggung buat beliau untuk mematuhi syarat syarat yang dikenakan.
azman - rakan serumah fauzi - yang sedari tadi menonton televisyen melihat fauzi dari hujung mata sahaja. nampak benar yang beliau tidak keruan dan kerisauan seperti punya masalah yang amat besar yang tidak mungkin dapat terpikul olehnya sendirian. "kau macam ada masalah besar je ji? tak nak cerita kat aku ke? kot kot aku boleh tolong?" sergah azman sambil mengunyah keropok lekor.
***xda idea...
09 October 2011
[menulis] 2
sementara itu di sebuah rumah agam yang terletak di pinggir bandar. kelihatan beberapa penduduk tempatan dan saudara terdekat sudah memenuhi ruang laman hadapan rumah agam tersebut. ada yang berkopiah dan ada juga yang bersongkok tinggi. ada yang sedang menyiapkan kelengkapan untuk memandi. kolong, tong tong air sudah di pinjam dari surau berhampiran. hanya menanti sekujur tubuh kaku tiba dari hospital.
para pembantu rumah sedang teresak esak menangisi akan pemergian tuan rumah tersebut. seakan tidak percaya sehingga ada antara mereka yang pengsan. ada yang mengaji dan juga yang membaca yaasin. untuk di sedekahkan kepada tuan yang dikasihi.
ketua pembantu rumah sibuk masuk keluar rumah. pelbagai perkara perlu di selesaikan. dari menyedia tempat bermandi sehingga tempat mengkafan. beliau juga perlu menguruskan surat mati untuk diedar kepada mereka yang datang menziarah.
**diminta reades memberi idea atau komen. sumbangan anda amat dihargai

[menulis] 1
ketika itu hujan turun dengan lebatnya. fauzi yang menunggang motosikal tidak dapat memulakan perjalan untuk pulang ke rumah. jam di tangan sudah menunjukkan pukul 7. beliau duduk di meja tepi sebuah kedai minum barat. ditemani laptop pemberian syarikat beliau bekerja.
sedang fauzi mengemaskini status beliau di laman sosial facebook beliau didatangi oleh lima orang lelaki. mereka berbadan sasa juga memakai kot. fauzi yang seperti tidak mengerti akan apa yang sedang berlaku hanya bertindak selamba dan meneruskan bermain angry bird. fauzi gemar bermain angry bird kerana beliau suka melihat babi babi itu meletup.
sorang daripada lelaki yang berbadan sasa itu memulakan bicara."Encik fauzi? anda perlu ikut kami"
fauzi yang masih terpinga pinga tidak menghiraukan lelaki tersebut kerana beliau terlallu asyik melayan angry bird.
lelaki tadi bersuara lagi tetapi kali ini dengan suara yang agak kasar. para pelanggan di kedai tersebut memandang dengan wajah curiga. fauzi memandang lelaki tersebut dan terkejut kerana tidak menyedari akan kehadiran mereka. "apa boleh saya bantu" kata fauzi yang kaget.
"encik fauzi perlu ikut kami" tegas lelaki yang berbadan sasa tadi. lagaknya seperti ketua kepada mereka berlima.
"tapi saya dah nak balik ni. waktu kerja saya sudah lama habis. kalau nak jumpa pun esoklah." jawab fauzi yang cuba untuk meloloskan diri dari mereka yang berbadan sasa tadi. salah seorang daripada lelaki berbadan besar terus memaut tangan kanan fauzi dan terus mengiringi fauzi yang masih tidak faham apa yang sedang berlaku.
**diminta readers memberi idea atau komen. sumbangan anda amat dihargai

20 June 2011
[hidup] novel
lepas 3 hari aku hilang laptop baru aku perasan bahawa...
karya aku yang sudah 100 muka surat tu ada dalam laptop...
huuuuuuwwwwwwaaaaaaa.............
:'(

19 June 2011
[jiwa jiwa luka] manis
walau kau kadang berkasar...
walau kau kadang seperti tidak menghirau...
walau kadang aku terhiris...
tapi bila memandang...
biar cuma sepintas...
aku mulai cair...
aku lupa segala kekasaran...
dengan harapan engkau memahami...
bahawa kau sentiasa bersinar di hati...

08 June 2011
[cerita kontot] lori hantu
maka tadi semasa membuang masa berborak dengan para pemandu lori diceritakan oleh mereka bagaimana asal usulnya lori hantu.
lori hantu pada asalnya di beri nama bukanlah kerna lori tersebut tidak mempunyai permit atau rotex atau insuran. kisahnya bermula pada waktu sebelum tengahari. tapi tengah panas pukul 11 macam tu. disebabkan cuaca yang panas menyengat seorang dari kalangan pemandu lori di sebuah kawasan kuari telah mengambil keputusan untuk berhenti sebentar di kantin untuk membeli air minuman.
pemandu lori dikawasan kuari mempunyai satu tabiat dimana mereka tidak suka menarik hand break kecuali di kawasan bukit. kantin tempat pemandu itu berhenti tidaklah berapa bukit sangat. oleh kerna beliau berpuas hati dengan cara parking dan yakin bahawa lori tersebut tidak akan berganjak pemandu lori tersebut meninggalkan lori tersebut tanpa menarik hand break. sementara menunggu makcik kantin tersebut membungkus air yang diminta pemandu tersebut terdengar akan jeritan dari para pelanggan kantin tersebut.
"lori takda pemandu...lori takda pemandu..."
sambil memerhatikan pelanggan yang sedang menjerit tadi pemandu lori tersebut sempat juga menoleh ke arah lori yang bergerak tadi. "macam kenal lori ni?rompong depan takda pintu rangka je tinggal" bisik pemandu lori dalam hati.
tenpa berlengah beliau mengejar lori tersebut. sambil menjerit bagai nak gila "hantu punya lori...hantu punya lori..."
disebabkan mereka malas nak sebut panjang panjang mereka telah memendekkan kepada lori hantu.
apesal cerita ni macam tak best tapi masa aku dengar berguling guling aku gelak. celaka.

02 June 2011
[hidup] tidak faham
ada banyak benda dalam dunia ni yang buat aku tak faham dan keliru. contohnya laplace transform. soalan 1 baris tapi pengiraan sampai 7 helai kertas a4. itu tak termasuk kalau keliru antara laplace dan fourier lagi. tapi sesukar mana pun laplace transform dan fourier, akhirnya dapat jua aku selesaikan dengan bergaya.
lagi 1 contoh jalan. kita tengok jkr sibuk buat jalan bersimpang siur. flyover sampai 5 tingkat. tapi jem tetap jem. aku tak faham kenapa buat flyover banyak banyak tapi masih jem dan sebenarnya flyover yang banyak ini telah mengelirukan pengguna jalan raya. ada yang kat lane 3 tiba tiba nak keluar susur kat lane 1. bukankah itu perbuatan yang mengundang maki hamun. namun setelah beberapa kali melalui jalan itu kita akhirnya akan faham jalan yang kita lalui itu dan kalau tutup mata pun tiada masalah rasanya.
contoh seterusnya ialah makan. kadang kita tak faham bagaimana tukang masak di kedai tomyam boleh menyiapkan begitu banyak makanan dalam masa yang singkat. juga bagaimana seorang mamak boleh mengambil order tanpa menulis? bagaimana mereka boleh tidak terkeliru antara order meja kita dan order meja sebelah? ia tidak lah pelik sangat jika kita dapat tahu bahawa makanan kegemaran bagi umat mamak ialah kismis.
dalam banyak banyak perkara yang tidak faham dan keliru ni. aku jumpa satu perkara yang tidak mungkin bagi seorang aku untuk merungkaikan masalah yang timbul. ianya ialah perempuan/wanita/gadis/awekz/cikaro. serius aku fail dalam chapter memahami hati kaum hawa ini. kadang bila aku buat suatu perkara yang betul dan mulia pada pandangan masyarakat namun pada si dia ia sesuatu yang useless dan hanya membuat dia semakin sakit hati. juga jika aku mengambil berat tentang mereka akan dikata aku menyibuk tetapi jika tidak di hantar mesej dikata aku tak ingat padanya.
aku harap si dia membaca coretan aku ini. tolonglah jelaskan pada aku yang tidak pernah faham ini kerna aku ingin memahami...

[puisi] sunyi
kita bertemu kerana cita cita...
bersama punya impian yang gemilang...
untuk hari mendatang...
yang tidak pasti akan hadirnya...
namun usaha perlu di kerjakan...
kita bermesra kerana suruhan agama...
perlu di erat silaturrahim...
juga untuk berkongsi masalah...
agar dapat meringan segala beban di bahu...
aku hadir ketika engkau hilang tempat berteduh...
ketika hati dan perasaan di robek sang teruna pujaan...
yang lari tanpa mempertahan kasih sejati...
sayang hanya kaca yang diberi tatkala permata menjadi idaman hati...
aku bukan sang dewa yang bisa memiliki segala keinginan...
aku bukan malaikat yang bebas dari sebarang dosa...
aku cuma manusia yang penuh dengan nafsu dan dosa...
salahkah aku jika cuma memiliki sekeping hati???
untuk melengkapi hati ini???
masa silam itu pengalaman...
apa ada pada hadapan???
cuma angan dan khayalan...
yang perlu di gubah dan digarap...
semoga ia dapat di erat...

01 June 2011
[cerita kontot] bergegas
setiap pagi warga kota sibuk menyiapkan diri untuk bekerja. tidak terlepas affifudin dan zakaria yang sudah lebih 13 tahun di kota metropolitan ini. bekerja di sebuah syarikat yang perkhidmatan, mereka perlu pergi dari sebuah kilang ke sebuah kilang untuk bekerja memberi khidmat. syarikat tempat mereka bekerja menawarkan perkhidmatan kejuruteraan elektrik dan mekanikal.
seperti biasa pagi itu zakaria memulakan langkah dengan membuka van bagi memanaskan enjin. affifudin terkocoh kocoh membawa toolbox dan segala barangan keperluan bagi mereka bekerja pada hari tersebut. barang barang yang tidak diperlukan juga dimasukkan kedalam van. zakari memandang affifudin dengan seribu satu persoalan di benak fikiran. buang tebiat ke apa kawan aku seorang ni? bentak beliau di dalam hati.
affifudin yang sedari tadi terkocoh kocoh memerintahkan zakaria agar segera bersiap masuk ke dalam van dan memulakan perjalanan keluar daripada pejabat. zakaria yang masih mencari cari mood bermalas malasan membontoti affifudin yang tergesa gesa itu.
sebagai pemandu utama van besar milik pejabat, zakaria tidak akan menekan pedal minyak selagi enjin tidak pada tahap kepanasan yang sepatutnya. tertib ini telah beliau praktikkan sejak mendapat van besar yang baru ini 3 bulan yang lalu. van baru jadi buat buat jaga la. affifudin juga selalu mengingatkan zakaria tentang peri pentingnya menjaga van besar yang baru di beli oleh majikan mereka.
namun tidak pada pagi ini. affifudin dengan muka merah padam segera mengarahkan agar zakaria cepat cepat memulakan perjalanan. seingat beliau kerja yang perlu di buat pada hari ini bukanlah suatu kerja penting yang memerlukan perhatian dan perlu dihadiri awal pagi. malah ia kerja biasa jika buat atau tidak, tiada masalah bagi sesiapa pun. seperti mengejar sesuatu affifudin mahu segera meninggalkan pejabat. muka beliau yang berpeluh peluh sedari tadi membuat hati zakaria serba salah. dengan berat hati zakaria terpaksa juga memulakan perjalanan keluar daripada ruang letak kereta pejabat.
sampai di hujung simpang pejabat kelihatan kenderaan sudah mulai berbaris. "jem lah tu" kata zakaria seperti ingin memulakan bicara. tidak bagi affifudin. beliau dengan nada keras memarahi segala kenderaan yang sedang berbaris itu. " time ni la nak jem. diorang ni tak tau cuti sekolah ke? cukup cukup lah jem masa budak sekolah".
agak terkejut zakaria kerana teman sekerja beliau ini tidak pernah pula memarahi jem. jika ada kereta terbalik sekalipun beliau hanya memandang sinis. tidak pada pagi ini. semuanya berubah. zakaria seperti sudah tidak mengenali rakan sekerjanya itu.
melepasi simpang di hadapan pejabat mereka sampai pula ke sebuah lampu isyarat. "takde pulak polis jaga pagi ni. selalu bukan main sibuk bagi orang jalan. hari ni pegi mane pulak polis ni. pegi cari makan ke?". bentak affifudin. zakaria pula semakin kaget dengan perlakuan rakan sekerjanya itu. namun masih tidak mahu bersuara. beliau hanya memandu seperti biasa sambil tangan mencari cari stesyen radio yang sesuai dengan sistem pendengaran beliau.
melepasi lampu isyarat jalan tetap jem. "ko masuk sini. masuk sini cepat" sergah affifudin. "mana ada short cut pun kalau lalu sini" jawab zakaria pantas. "ko masuk je lah. banyak cakap pula" sambung affifudin. kerna tidak mahu sebarang perbalahan zakaria hanya mengikut sahaja kata affifudin.
"sini sini. kanan. ok masuk kiri. cari parking. haa...tu kosong". arah affifudin lagaknya co-driver rally.
selesai affifudin turun daripada van seraya itu zakaria menyumpah seranah beliau berbaku; bakul. "celaka. cakaplah nak berak. buat aku risau je. ingat dah tanda tanda perubahan nak mampus"

28 May 2011
[jiwa jiwa luka] lelaki dan perasaan
pernah satu malam aku dan salah seorang teman wanita sedang makan sup meletup di bandar tasik permaisuri. kedai ini menyiarkan radio suria fm sebagai halwa telinnga para pelanggan. ketika itu jam 1130 malam. pada waktu begini segmen suria cinta sedang rancak berkumandang.
kemudian kedengaran deejay bertugas membaca satu luahan hati pendengar yang mengirimkan surat/sms/email. sebab ia agak panjang was was juga aku kalau katakan ianya sms kan. biasalah luahan perasaan mestilah ayat ayat jiwang yang berbunga bunga yang keluar. memang jiwanglah macam tulisan jiwa jiwa luka aku. hahaha
kemudian teman wanita yang bersama aku pun bersuara memperkatakan tentang lenggok bahasa yang digunakan lelaki tersebut. "gila lah ayat, jiwang gila, jiwang karat, geli aku". tatkala itu aku cuma tersenyum tanpa sebarang response.
dalam perjalanan ke kolej pagi itu aku terfikir semula tentang kata kata teman wanita aku malam tadi. kemudian aku membuat kesimpulan bahawa;
shakespear, ahadiat akasha, m.nasir, eddie hamid. mereka semua lelaki.
maka adakah salah bagi seorang lelaki meluahkan perasaan yang terbuku di hati mereka untuk di tujukan kepada yang tersayang. percayalah bahawa lelaki juga punya perasaan seperti wanita. ia juga bisa di lukai.

- adakah beliau ingat lelaki ini tiada perasaan?
- adakah beliau fikir yang lelaki ini robot?
- adakah beliau rasa lelaki hanya tahu memainkan perasaan wanita?
- lelaki = ganas ?
shakespear, ahadiat akasha, m.nasir, eddie hamid. mereka semua lelaki.
maka adakah salah bagi seorang lelaki meluahkan perasaan yang terbuku di hati mereka untuk di tujukan kepada yang tersayang. percayalah bahawa lelaki juga punya perasaan seperti wanita. ia juga bisa di lukai.
24 May 2011
[belog] kritikan
ucu selalu sound...
"cho muke ganas hati ada taman"
"tulis iron maiden gambar wolverine cerita jiwang"
taca cakap...
"cerita cerita jiwang pasal perempuan"
ok lah...
aku dah tukar...
background...
harap ucu suka...
taca gembira
keh keh keh . . .
mawar memang tak boleh dipisahkan...

23 May 2011
[jiwa jiwa luka] persoalan
aku tidak tahu...
aku merindu...
pada apa???
aku cemburu...
pada siapa???
aku tiada jawaban...
aku merindu...
pada apa???
aku cemburu...
pada siapa???
aku tiada jawaban...
17 May 2011
[hidup] selamat hari ibu
kenapa aku tak tulis pasal hari ibu???
nothing to say...
speechless...
wordless...
when it come to mother...
1 word do the rest...
SAYA SAYANG MAK!!!
nothing to say...
speechless...
wordless...
when it come to mother...
1 word do the rest...
SAYA SAYANG MAK!!!
14 May 2011
[cerita kontot] abang pernah tengok jin?
*di ceritakan oleh seorang imam (abang halim)
maka pada hari itu di tempat kerja beliau, suraya, sibuklah para cikgu kerna salah seorang pelajar perempuan telah dirasuk. bukan seorang tetapi 4 orang pelajar sekaligus. pelajar pelajar berkenaan meracau racau seperti terlihat akan jembalang yang amat hodoh lagi buruk rupanya. sebagai salah seorang pendidik, beliau secara paksa rela memberi pertolongan kepada para ustaz dan ustazah dalam usaha untuk memulihkan pelajar pelajar berkenaan.
dan para ustaz secara berterus terusan terkumat kamit mulut membaca ayat ayat untuk menjampi pelajar pelajar tadi. sedang dalam pertarungan antara ustaz dan pelajar yang dirasuk tadi, suraya terasa meremang akan bulu tengkuknya. tiba tiba dia terpandang kelibat suatu susuk tubuh. cuma sekali imbas dan beliau hanya dapat ingat pun sekali imbas juga.
petang itu setelah pulang dari sekolah, suraya bercerita tentang kejadian di sekolah beliau kepada suaminya, hanif."abang pernah tengok jin? tadi kat sekolah ada budak kene rasuk. sayang nampak jin". "iye ke jin? entah entah jon jenin tak?" jawab hanif seorang yang tidak percaya kepada perkara perkara sebegini hanya acuh tak acuh mendengar cerita dari mulut suraya. namun di dengarnya juga kerna hari itu hari kamis. takut juga hanif kerna ditakuti tidak dapat bercucuk tanam di ladang.
malam itu, selepas makan malam bersama, hanif duduk di hadapan tivi untuk menonton wrestling. "dong" "dong" jam dinding dirumahnya berbunyi menandakan sudah jam 12 tengah malam. terkejut hanif dengan bunyi jam dinding itu. tidak beliau sedari yang hari sudah lewat. tiba tiba beliau teringat akan cerita yang dibawa oleh suraya di sekolah siang tadi. rasa berdebar menangkap jantung beliau. rasa seperti nak terkencing mula menyelinap ke bahagian organ reproduksi beliau. "nasib baik ada toilet dalam bilik" getus hati berdebar hanif.
tanpa berfikir panjang beliau terus bangun daripada pembaringan di atas sofa di ruang tamu ke bilik tidur beliau. semasa membuka pintu bilik tiba tiba beliau rasa bulu roma meremang dan terasa seram sejuk. suhu bilik terasa sangat sejuk tidak seperti di ruang tamu. rasa seperti ingin terkucil semakin hebat. rasa seperti tidak mahu ke toilet namun air sudah di muncung tidak guna di tahan lagi. tatkala membuka pintu toilet hanif terkejut. penampakan susuk bergantungan di suatu sudut. cerita suraya petang tadi rupa rupanya benar.
sudut yang berpaku itu tidak menampakkan pakunya. terlindung oleh susuk susuk tadi. bau busuk terus menerpa ke dalam hidung beliau. sesak nafas jadinya dengan bau itu. dalam keadaan separuh berani hanif memetik suis lampu. segala keadaan resah gelisah, gundah gulana tadi bertukar dengan senyuman. susuk yang bergantungan di sudut toilet beliau rupanya seluar jeans yang beliau gantung minggu lepas. "bilalah aku nak basuh seluar ni ye. dah berbau." berkata hanif sendirian.
*keh keh keh...jangan marah...
**penambahan pada beberapa bahagian cerita telah dilakukan plot certita lebih menarik
11 May 2011
[jiwa jiwa luka] seseorang
aku punya seorang...
teman...
sahabat...
kawan...
beliau sangat...
sayang...
kasih...
mengambil berat...
sepertinya beliau...
faham keadaan aku...
apa perasaan aku...
tahu akan niat aku...
tapi...
tahukah beliau tentang perasaan ku terhadapnya???
atau...
beliau juga sepertiku???
perlukah...
aku berterus terang???
tidakkah...
tidakkah nanti ia akan menjadi suatu masalah???

[hidup] mendengar masalah
setiap manusia ada masalah tersendiri...
hidup...
keluarga...
kekasih...
uang...
kawan kawan...
sekolah...
kerja...
aku jua punya masalah...
sekarang ini...
masalah terbesar aku ialah...
mendengar masalah orang lain...
bukan aku punya masalah pendengaran...
tetapi lebih kepada mendengar masalah mereka...
pabila seseorang menceritakan masalah mereka...
aku rasa seperti aku yang menghadapi masalah itu...
"feel like put my foot in your shoes"
hamdi ada cakap dulu...
kita kene jadikan masalah ini sebagai satu hiburan...
mereka yang membaca blog ini...
yang menceritakan masalah mereka kepada aku...
pesanan aku...
aku akan tolong sehabis daya...
no matter what...
but when i reach my limit...
sorry...
i have do my best...
yang penting...
sesuatu perkara itu...
janganlah ambil deep sangat...
kita amek surface je...
kalau deep...
nanti kita akan lemas...
percayalah...

10 May 2011
[busut 2] awek sebelah rumah
aku nak releasekan benda yang sudah lama menjadi tanda tanya...
semasa tinggal di seri gombak...
adalah seorang awek yang tinggal di sebelah rumah kami...
dia tinggal bersama sama keluarganya...
ada bapak dia...
ada mak dia...
ada adik dia...
bapak dia seorang polis pencen...
pantang aku keluar rumah...
macam macam ditanya...
tapi bukan pasal bapak dia aku nak cerita...
mak dia seorang yang peramah...
selalu juga menegur kami...
kadang menghulur juga...
mi goreng ke...
bihun goreng ke...
apesal cerita mak dia pula ni???
adik dia boy...
seorang yang sangat bizi...
sirius...
motor kalau dia parking adalah dalam 3 minit...
pastu jalan lagi...
parking 3 minit...
hilang...
oi orang tak mau tau pasal boy la...
awek...
ok...
awek ni memang mudah untuk kelihatan...
kerna dia suka tersidai di luar rumah...
bentuk badan dia...
pergh...
kalau dari belakang memang tak pandang ke lain lah...
ala ala pelakon era era p.ramlee la...
pinggang kerengga kata orang...
aku tak ingat siapa yang mulakan...
tapi kami sepakat...
sepakat yang membawa berkat...
sumpah laknat...
blood contract...
kami menggelar beliau mak lampir...
kalau mak lampir tu korang paham paham je la ye...
sure la dia seorang yang...
"cun"..."lawa"..."manis"...
walaupun bentuk badan menggiurkan dari belakang...
*sirius aku pernah mimpi ngeri sekali dulu...

Subscribe to:
Posts (Atom)